SERIUS... TERHARU SANGAT...
(copy n paste daripada emel dan tak edit sehuruf pun)

Special for Kak Sya

SITI AISYAH nama diberi.. nama secantik yg empunya diri.. 
- kadangkala ifa selalu terfikir, akak sesuai digelar Humairah..  "putih kemerah-merahan".. sesuai dgn muka akak yg putih gebu dan kemerah-merahan.. comel sgt.. Alololo :D
tetapi sepertinya nama Siti Aisyah amat sesuai dgn akak.. mungkin peribadi akak banyak persamaan dgn Siti Aisyah isteri kpd Rasulullah yg lembut, sopan dan taat kepada agama.. ^^

-akak menjadi contoh kepada ifa.. Dari segi agama, cara berpakaian, pelajaran dan semua kejayaan akak.. Insyaallah ifa akan berusaha untuk jadi yg terbaik.. hmm.. akak manis dan cantik.. akak mesti sedar kan kelebihan akak yg tu? akak perasan tak yg ifa suke pandang akak dlam kelas.. setiap kali ifa pandang akak mesti hati ifa puji.. "comel cikgu ni.. cantik!!".. yg lain pun cakap mcm tu jugak..

hmm....

-akak di antara cikgu yg ifa dah anggap macam kakak.. walaupun ifa tak tau mcm mne perasaan ade kakak sbb ifa takde kakak.. heheheehe.. tapi.. saat kita baru nak rapat. perpisahan hadir mendekati kita.. begitu pantas masa berlalu sehingga perpisahan akhirnya tiba juga.. perpisahan itu pasti.. tapi mengapa ia begitu pantas hadir lantas mengundang rasa rindu yg teramat di dalam hati..

-semua tentang kita akhirnya membuat air mata mengalir disaat terimbas kembali kenangan kita bersama. semua tentang kita terlalu pahit untuk dikenang juga terlalu manis untuk dibuang..

-hari ini dan hari2 seterusnya pasti akn mmbuat kami merindui akak. tiada lagi senyuman manis, gelak ketawa dan usik-mengusik di antara kita di 4setia. semua kenangan akan menjadi memori terindah dan terpahat selamanya di dalam lubuk hati kita..

Hadirmu secara tiba-tiba,
dengan semangat baru,
mendidik kami anak muridmu,
sehingga mata pelajaran BM kami kuasai,
walaupun terkadang hatimu terusik,
dengan kenakalan dan kedegilan kami..

Sesungguhnya..
maafkan kami kerana pernah terusik hatimu yg begitu lembut,
yg juga selembut wajah sucimu..

Dalam masa yg begitu singkat,
telah banyak kenangan tercipta bersama,
pahit, manis, suka dan duka..
Gelak tawa menceriakan suasana,
gurau senda mewarnai hari-hari kita,
manisnya saat kita bersama..

secara tiba-tiba perpisahan hadir memisahkan kita,
sebentar segenap hatiku luruh retak berkecai,
mengiringi dukaku yg kehilangan dirimu,
dan begitu juga yg lainnya,
turut berasa sedemikian..
sungguh kami tidak mampu,
untuk menyimpan derita hati,
untuk merelakan kepergianmu...

Namun, kehendak takdir harus di akur,
kepergianmu harus direlakan..
sudah ditetapkan setiap pertemuan,
pasti perpisahan pasti akan menanti di penghujungnya..

Tetapi juga harus diingati,
1 saat sudah cukup untuk menyayangi,
namun..
1 saat seperti tidak mencukupi untuk melupakanmu,
Malah seumur hidup juga belum tentu,
jasa dan gelak tawamu diingat selalu... :D

stiap pertemuan pasti akn temu deti perpisahan,
tapi tak bermakna takde pertemuan yg seterusnya kan?
semoga bertemu di lain masa..
sayang kak sya sentiasa.. :)

sincerely: si budak kecik