Buah Fikir

Memperkasa sekolah kebangsaan (SK) telah menjadi salah satu daripada enam agenda utama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan diteruskan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9). Hal ini demikian kerana pihak kerajaan secara optimis menganggap sekolah kebangsaan merupakan wadah terbaik untuk memupuk perpaduan, menyemai patriotisme dan semangat integrasi nasional serta dapat mencapai keseimbangan komposisi kaum dalam kalangan pelajar dan guru. Bagi mencapai matlamat pendidikan yang berkualiti, semua organisasi dalam KPM mesti beroperasi secara bersepadu.

Namun demikian, dalam satu kajian yang telah dibuat oleh Jemaah Nazir Sekolah pada tahun 2003, terdapat pelbagai isu dan cabaran yang dikenal pasti sebagai penghalang utama dalam memperkasakan SK. Menurut  Abdullah  Ahmad Badawi (2006) semasa membentangkan usul mengenai RMK-9, 2006-2010 di Dewan Rakyat pada 31 Mac 2006 menyatakan komitmen pihak kerajaan untuk memantapkan lagi usaha ke arah memperkasa SK dengan memikirkan pendekatan-pendekatan yang dapat digunakan agar masalah-masalah yang timbul dapat diatasi.  Menurut Hishammuddin (2006), menyatakan bahawa pihak KPM telah menyediakan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) sebagai landasan untuk mencapai matlamat“ Pendidikan Berkualiti Untuk Semua” dan sedikit sebanyak membantu dalam memperkasakan sekolah kebangsaan.


Sejak  sebelum  merdeka,  hasrat  penubuhan  SK telah diilhamkan  oleh  para  pemimpin  negara  sebagai  wahana  untuk  perpaduan  rakyat  pelbagai  kaum.  SK  diharap  dapat  dijadikan  tempat  untuk  generasi  muda  hidup  bermasyarakat,  saling  bekerjasama  antara  satu  sama  lain  serta  melahirkan  rakyat  yang  setia  dan  menyumbang  kepada  kesejahteraan  negara  seperti  yang  dinyatakan  dalam  Ordinan  Pelajaran  1952 ( Pelan  Induk  Pembangunan  Pendidikan : 2007 : KPM ).

      Oleh  itu,  Laporan  Razak  (1956)  telah  ditubuhkan  yang  dijadikan  asas  dalam  Dasar  Pelajaran  Kebangsaan.  Laporan  Razak  mencadangkan  penggunaan  bahasa  Melayu  sebagai  bahasa  pengantar  utama  dalam  sistem  pendidikan  untuk  mewujudkan  sebuah  masyarakat  yang  bersatu  padu.  Bagi  menjadikan  hasrat  ini  sebagai  satu  realiti,  maka  Laporan  Razak  telah  mencadangkan  untuk  mewujudkan  dua  jenis  aliran  bagi  sekolah  rendah  iaitu  SRK  dan  SRJK  dan  menggunakan  bahasa  Melayu  sebagai  bahasa  pengantar  utama  bagi  SRK.  SRK  sebenarnya  ditubuhkan  untuk  mewujudkan  perpaduan  kaum  melalui  penggunaan  bahasa  Melayu  sebagai  bahasa  pengantar  utama.  Bagi  SRJK  pula,  bahasa  Melayu  diwajibkan  diajar  kepada  murid-murid  sebagai  satu  mata  pelajaran  dan  bahasa  pengantar  utamanya  ialah  bahasa  Cina,  bahasa  Tamil,  atau  bahasa  Inggeris.  Perenggan  12,  Penyata  Razak  menyatakan  bahawa :

“ Tujuan  dasar  pelajaran  ini  ialah  bermaksud  hendak  menyatukan  budak-budak  daripada  semua  bangsa  dalam  negeri  ini  dengan  memakai  satu  peraturan  pelajaran  yang  meliputi  semua  bangsa  pengantar  yang  besar,  walaupun  perkara  ini  tidak  dapat  dilaksanakan  dengan  serta  merta  melainkan  hendaklah  diperbuat  dengan  beransur-ansur ” ( Pendidikan  Malaysia-wikipedia,ms.wikipedia.org).

Kenyataan  ini  jelas  membawa  satu  mesej  bahawa  perpaduan  perlu  dipupuk  sejak  di  bangku  sekolah  lagi.  Perpaduan  itu  mungkin  tidak  dapat  dicapai  dalam  masa  yang  singkat  tetapi  perlulah  beransur-ansur  dan  berterusan. Abdullah  Ahmad  Badawi berkata  mengenai  SK  ketika  merasmikan  Konvensyen  Pendidikan  UMNO  Pulau  Pinang  di  Kepala  Batas  pada  25  Januari  2003  berbunyi :

“  Kepimpinan  di  SK  hendaklah  menghalusi  implikasi  senario  ke  arah  polarisasi  sebagai  satu  ancaman  kepada  perpaduan  nasional.  Keyakinan  warga  Malaysia  terhadap  SK  perlu  dipulih  dan  ditingkatkan.  SK  perlu  mempelbagaikan  kegiatan  kokurikulum  yang  melambangkan  kehidupan  masyarakat  Malaysia  yang  berbilang  kaum,  agama,  budaya,  dan  bahasa.  SK  perlu  mewujudkan  persekitaran  budaya  yang  mencerminkan  masyarakat  Malaysia  sebenar.  SK  sepatutnya  merupakan  ‘miniature  reality’  sebuah  negara  Malaysia “( http//:www.scribd.com/Dasar  Pendidikan  di  Malaysia ).

Dalam  PIPP pula,  SK  merujuk  kepada  sekolah  rendah  kebangsaan  dan  sekolah  menengah  harian  yang  menggunakan  bahasa  Melayu  sebagai  bahasa  pengantar.  Sekolah-sekolah  ini  ditubuhkan  sebagai  sekolah  aliran  perdana  bagi  memupuk  perpaduan  rakyat  Malaysia  melalui  sistem  pendidikan ( Pelan  Induk  Pembangunan  Pendidikan : 2007 : KPM ).


Memperkasakan  sekolah  kebangsaan  telah  termaktub  dalam  PIPP  yang  telah  diperkenalkan  oleh  KPM  untuk  memberi  tumpuan  kepada  sekolah  rendah  kebangsaan  kerana  sekolah  ini  mempunyai  peranan  penting  sebagai  tapak  untuk  menyemai  dan  memupuk  perpaduan  antara  kaum  daripada  peringkat  awal  persekolahan  lagi.  Dasar  memperkasakan  SK  diwujudkan  bagi  memastikan  semua  sekolah  rendah  yang  berbahasa  pengantar  bahasa  Melayu  dan  sekolah  menengah  menjadi  pilihan  utama  masyarakat  Malaysia.  Walau bagaimanapun,  terdapat  beberapa  kelemahan  yang  perlu  diatasi  supaya  SK  menjadi  sekolah  pilihan  utama  masyarakat  Malaysia.     

Sehingga  kini,  masih  terdapat  SK  yang  mempunyai  prasarana  kurang  memuaskan,  terutama  di  kawasan  pedalaman.  Selain  itu,  terdapat  anggapan  masyarakat  bahawa  pencapaian  akademik  di  SK  adalah  lebih  rendah  berbanding  sekolah  rendah  aliran  Cina.  Masyarakat  bukan  Bumiputera  juga  menganggap  SK  terlalu  bercirikan  islam  manakala  masyarakat  Islam  pula  mengatakan  sebaliknya.  Bagi  mengatasi  masalah  ini,  KPM  telah  menyediakan  pelan  jangka  panjang  mereka  untuk  memperkasakan  SK  iaitu  menjadikan  SK  sebagai  pusat  kecemerlangan  pendidikan  daripada  semua  segi  seperti  prasarana,  disiplin,  keselamatan  pelajar,  pencapaian  kokurikulum  dan  sukan,  penguasaan  ICT,  kualiti  guru  dan  kepimpinan  sekolah.  Satu  petanda  aras  pula  akan  ditetapkan  bagi  memastikan  agenda  memperkasakan  SK  akan  terus  berada  pada  landasan  yang  betul.  Walaupun  KPM  memberi  penekanan  kepada  usaha  memperkasakan  SK,  namun  SJK  tidak  akan  diabaikan  supaya  pendidikan  kepada  anak  bangsa  Malaysia  di  sekolah-sekolah  itu  terjamin ( Pelan  Induk  Pembangunan  Pendidikan : 2007 : KPM ).

Usaha  untuk  memperkasa  dan  mengatasi  kelemahan  yang  terdapat  pada  SK  akan  diatasi  oleh  KPM  sebaik  mungkin.  Hal  ini  dapat  dibuktikan  melalui  kenyataan  Hishammudin :

“ KPM  akan  berusaha  menjadikan  sekolah  kebangsaan  lebih  beraspirasi  nasional,  meningkatkan  pencapaian  akademik  dan  kokurikulum  pelajar,  membangunkan  budaya  sekolah  yang  cemerlang,  meningkatkan  kualiti  kepimpinan,  pengurusan  guru-guru,  menyeimbangkan  nisbah  guru  daripada  pelbagai  etnik  serta  meningkatkan  penglibatan  dan rasa  kepunyaan  ibu  bapa  serta  komuniti  terhadap  SK ”( Pelan  Induk  Pembangunan  Pendidikan : 2007 : KPM ).

SK  yang  telah  diperkasa  pula  akan  diterajui  oleh  Pengetua  atau  Guru  Besar  yang  mempunyai  ciri-ciri  kepimpinan  yang  berkesan,  mempunyai  kumpulan  guru  yang  terdiri  daripada  pelbagai  kaum  yang  cekap,  terlatih,  komited  bagi  menjamin  budaya  sekolah  yang  sihat  dan  kondusif  serta  dapat  mengeratkan  hubungan  dan  penglibatan  masyarakat,  ibu  bapa,  dan  warga  sekolah.  SK  ini  juga  akan  mempunyai  infrastruktur  yang  lengkap  dan  berkualiti  bagi  melahirkan  pelajar  yang  mempunyai  pencapaian  akademik  dan  kokurikulum  serta  sahsiah  yang  cemerlang (Pelan  Induk  Pembangunan  Pendidikan : 2007 : KPM )

Melalui  usaha  pemerkasaan  SK  ini,  SK  pasti  dapat  mencerminkan  budaya  satu  Malaysia,  memenuhi  cita  rasa  semua  kaum  dan  dapat  menjadi  sekolah  pilihan  utama  masyarakat  di  Malaysia.  Kesannya,  pelajar  yang  berbilang  kaum  dapat  belajar  atau  menimba  ilmu  di  bawah  satu  bumbung,  seterusnya  mereka  ini  dapat  dilatih  hidup  untuk  saling  bekerjasama  dan  mempunyai  semangat  patriotik  serta  toleransi  yang  tinggi  selaras  dengan  aspirasi  nasional (Pelan  Induk  Pembangunan  Pendidikan : 2007 : KPM ).

      Tanggungjawab sistem pendidikan adalah untuk menyediakan pelajar dengan pelbagai pengetahuan dan kemahiran supaya mereka dapat menghadapi alam pekerjaan. Dalam konteks menyediakan pendidikan yang ideal, tujuan dan matlamat pendidikan negara pada abad ke-21 amat jelas sekali. KPM telah menyusun dan merancang untuk memperbaiki, memperkukuh, dan mempertingkatkan mutu pendidikan negara sesuai dengan perubahan sosialisasi masyarakat pada hari ini. Salah satu unsur yang penting adalah untuk memberikan peluang pendidikan yang saksama kepada semua pelajar tanpa mengambil kira budaya, kelas sosial, kelompok etnik dan amalan atau cara hidup.

Dalam buku Pembangunan Pendidikan 2001-2010 (KPM 2001), menyatakan bahawa pembangunan pendidikan dari Zaman Dasar Pembangunan hingga ke Zaman Dasar Wawasan Negara telah berjaya mencapai banyak kemajuan khususnya dalam penyediaan infrastruktur, kemudahan pendidikan dan latihan perguruan. Strategi meningkatkan peluang pendidikan sehingga berjaya mencapai sasarannya. Walau bagaimanapun, apa yang dilihat pada masa ini masih terdapat pelbagai isu yang ditimbulkan dalam usaha untuk memperkasakan sekolah kebangsaan, antaranya perkara berhubung dengan struktur pendidikan, akses kepada pendidikan, ekuiti, kualiti tenaga pengajar, ketidakseimbangan penyediaan infrastruktur, pelaksanaan program PPSMI, dan kurikulum yang kurang relevan. Hal ini selaras dengan pendapat Sufean Hussein (2004) yang menyatakan bahawa terdapat banyak isu pendidikan yang boleh dikategorikan iaitu pentadbiran, peringkat pendidikan, teknologi pendidikan, organisasi sekolah dan keguruan.

Akses pendidikan
Selaras dengan perkembangan teknologi semasa, KPM telah memperkenalkan Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau Information and Communication Technology (ICT) dalam pendidikan yang meliputi aspek prasarana, pengisian dan latihan guru. KPM telah melaksanakan pelbagai projek ICT dengan pembekalan komputer sebagai aktiviti utama penyediaan infrastruktur ICT. Namun isu dan masalah yang menjejaskan usaha penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Antara masalah tersebut adalah berkaitan dengan pembekalan komputer yang tidak seimbang antara sekolah kebangsaan di bandar dan luar bandar serta sekolah jenis lain. Hal ini juga menyebabkan perisian komputer untuk kemudahan pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang sesuai sukar diperoleh. Selain itu, guru-guru di sekolah kebangsaan tidak dapat mengendali dan menyelenggarakan sistem komputer dengan baik kerana bilangan guru ICT di sekolah kebangsaan yang belum mencukupi. Oleh sebab itu, isu akses pendidikan ini ditimbulkan dan isu ini menjadi cabaran kepada KPM untuk memastikan setiap sekolah kebangsaan akan memperoleh komputer kerana secara tidak langsung akses pendidikan ini membantu setiap murid dan guru celik ICT.

Sebagai contoh, sehingga tahun 2005, program ICT yang telah dilaksanakan KPM adalah seperti Projek Penyediaan Infrastruktur dan Pengkomputeran Sekolah (Makmal Komputer), Penyediaan akses jalur lebar Schoolnet, Projek Rintis Sekolah Bestari, Program Pengajaran dan Pembelajaran dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), dan Program TV Pendidikan. Melalui program-program tersebut, KPM telah menyediakan infrastruktur seperti makmal/bilik komputer, perkakasan seperti komputer, komputer riba, projektor LCD dan pelayan bagi P&P serta melatih guru berkaitan ICT. Bagi memperluas penggunaan ICT di sekolah, program Pembestarian Sekolah diperkenalkan dalam RMKe-9 secara berperingkat. KPM mensasarkan semua SK dilengkapkan infrastruktur, peralatan dan perisian yang lengkap dan mencukupi, serta guru dan kakitangan mendapat latihan yang mencukupi untuk memastikan pengintegrasian ICT berlaku dalam P&P dan urusan pentadbiran sekolah. Pelaksanaan pembestarian sekolah merangkumi tiga perkara iaitu Hardware, perkakasan ICT yang dibekalkan ke sekolah seperti Pusat Akses yang berfungsi ala kafe siber untuk menyokong sistem sedia ada seperti makmal komputer sekolah, Courseware pula iaitu perisian kursus dan sistem aplikasi dan Wetware bimbingan dan latihan kepada pentadbir sekolah, guru, ibu bapa dan komuniti setempat. Ketiga-tiga perkara ini menjadi pemacu dalam meningkatkan keberkesanan P&P serta pengurusan sekolah.

Ekuiti pendidikan
Dalam pelaksanaan Pembangunan Pendidikan 2001-2010, setiap institusi pendidikan seperti SK di bawah KPM akan dipastikan mempunyai infrastruktur yang berkesan yang mencukupi dan berkualiti untuk pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum yang berkesan. Oleh itu, input pendidikan yang meliputi guru, peruntukan kewangan, bahan dan peralatan pengajaran serta program sokongan akan diagih secara adil ke semua sekolah bagi mengurangkan jurang perbezaan antara sekolah beruntung (advantaged school) dan sekolah kurang beruntung (disadvantaged school). (Sumber: Pembangunan Pendidikan 2001-2010, Kementerian Pelajaran Malaysia, KPM).

Namun begitu, setelah lebih kurang tujuh tahun pelaksanaan program tersebut, masih terlalu banyak sekolah-sekolah kebangsaan di Malaysia yang belum dapat menikmati kemudahan yang telah dijanjikan. Hal ini menyebabkan timbulnya beberapa isu yang dikaitkan dengan ekuiti atau peruntukan yang disediakan oleh KPM tidak mencukupi untuk pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Sebagai contoh, kementerian tidak menyediakan prasarana yang sangat diperlukan di sekolah seperti bilik darjah yang mempunyai kemudahan khusus untuk proses P&P terutamanya sekolah-sekolah kebangsaan di luar bandar atau pedalaman. Selain itu, kemudahan lain seperti sumber pengajaran dan pembelajaran dan kelengkapan buku teks juga masih berkurangan.

Sebagai contoh, daripada 5761 buah SK pada peringkat rendah, 1642 buah sekolah merupakan sekolah kurang murid (SKM) dan kebanyakannya adalah lama dan daif. Selain itu, daripada keseluruhan bilangan sekolah rendah 1513 buah sekolah tidak mempunyai bekalan air awam, 767 buah sekolah tidak mempunyai bekalan elektrik 24 jam dan 1639 buah sekolah masih belum mempunyai makmal komputer atau bilik komputer manakala daripada keseluruhan sekolah menengah, sebanyak 28 buah sekolah tiada bekalan elektrik 24 jam dan 68 buah sekolah tiada bekalan air awam. Sehingga tahun 2005, terdapat 5077 (66.8%) buah sekolah rendah 792 (39.0%) buah sekolah menengah di luar bandar. Sekolah rendah dan menengah khususnya di luar bandar masih kekurangan infrastruktur dan kemudahan pendidikan. Terdapat 5951 (78.3%) buah sekolah rendah dan 870 (42.9%) buah sekolah menengah berusia melebihi 30 tahun dan memerlukan penyelenggaraan tinggi.

Tenaga pengajar
Kekurangan tenaga pengajar yang berkemahiran turut menjadi isu dalam memperkasakan sekolah kebangsaan. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Bahagian Perancangan Pembangunan Dasar  Pendidikan (BPPDP) KPM, pada tahun 2000 sebanyak 61.8 peratus orang guru terdiri daripada guru perempuan dan KPM telah menghadapi masalah dalam menempatkan guru-guru ini di sekolah luar bandar khususnya di kawasan pedalaman dan pulau-pulau. Kebanyakan SK di pedalaman dan pulau mendapat guru yang kurang berpengalaman dan kurang latihan. Keadaan ini juga turut menyebabkan berlakunya ketidaksepadanan (mismatch) dalam pengagihan guru mengikut opsyen. Oleh sebab itu, kebanyakan guru yang mengajar di sekolah menjadi “bidan terjun”. Guru-guru tersebut juga terpaksa mengajar mata pelajaran kritikal seperti Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris bagi memenuhi keperluan pelajar. Seterusnya, disebabkan guru-guru tersebut kurang pengalaman dan pengetahuan tentang subjek-subjek berkenaan maka kewibawaan guru dalam menyampaikan ilmu kepada pelajar mula dipertikaikan.

Sebagai contoh, jumlah keseluruhan guru di sekolah rendah sehingga Jun 2005 adalah seramai 190,336 orang. Daripada jumlah ini, seramai 149,852 berada di SK. Pada peringkat menengah, jumlah keseluruhan guru seramai 136,598 orang. Daripada jumlah ini 122,253 mengajar di SMK harian. Sehingga tahun 2005, jumlah guru siswazah di sekolah rendah adalah seramai 11,539 (6.1%) orang manakala di sekolah menengah pula seramai 112,578 (82.4%) orang. Sasaran KPM adalah untuk memastikan 25 peratus guru di sekolah rendah dan 100 peratus guru di sekolah menengah ialah guru siswazah menjelang 2010. Cabaran KPM adalah untuk menyediakan guru siswazah yang mencukupi melalui program pensiswazahan dan menempatkan guru-guru ini mengikut keperluan opsyen. Selain itu, sebagai salah satu langkah untuk menjadikan SK lebih beraspirasi nasional, KPM mensasarkan penempatan guru daripada pelbagai kaum secara lebih seimbang terutamanya di lokasi yang mempunyai penduduk pelbagai kaum.

Sahsiah Pelajar
Kualiti sahsiah pelajar pada pelbagai peringkat pendidikan juga turut menjadi isu dan dipersoalkan kerana masih terdapat sebilangan pelajar rendah yang naik ke sekolah menengah, atau pelajar menengah rendah yang naik ke Tingkatan 4 memiliki kualiti sahsiah yang kurang baik. Hal ini berlaku pada kebanyakan murid tanpa mengira kaum dan agama. Sebagai contoh, tabiat merokok dalam kalangan pelajar, gejala vandalisme, melepak, ponteng sekolah dalam kalangan pelajar sekolah semakin menjadi-jadi. Keadaan ini mencerminkan imej sesebuah sekolah. Sebenarnya, pelajar-pelajar tersebut menyumbang kepada peratusan kegagalan di sekolah dan menyebabkan peratusan prestasi akademik di sekolah menurun.

Ilmu bermakna kuasa. Mereka yang berilmu tetap memiliki kuasa dalam mana-mana masyarakat. Sejak zaman dahulu hingga ke era global kini, ilmu adalah pemisah antara yang berkuasa dan yang dikuasai. Oleh itu, dasar kerajaan untuk memperkasakan SK demi melahirkan pelajar bersatu padu tanpa mengira kaum haruslah diurus oleh guru besar yang cemerlang, murid-murid pula diajar oleh guru yang mahir dan mempunyai  ilmu yang tinggi dan dibantu oleh prasarana dan teknologi yang canggih dan terkini. Selain itu, antara aspek penting yang mesti diberi perhatian dalam usaha mencapai kecemerlangan di SK ialah kesesuaian dan kebolehan tenaga kerja iaitu guru, guru penolong kanan dan guru besar. Mereka perlu berpengetahuan, berkemahiran, cekap dan berdedikasi.

Oleh itu, ilmu mereka perlu ditambah dan kebajikan mereka perlu dijaga. Peluang perlu diberi kepada mereka untuk memperlengkap pengetahuan dan kemahiran yang sedia ada. Sesuatu peluang itu juga perlu disediakan untuk mereka memperoleh pengetahuan dan kemahiran yang baru. Apabila SK mulai perkasa dan menjadi pilihan masyarakat di Malaysia, maka kerajaan tidak perlu gusar jika gagasan sekolah wawasan kurang diberi sambutan manakala sekolah bestari pula sukar diwujudkan. Ciri, konsep dan falsafah bagi kedua bentuk sekolah itu sebenarnya pula boleh digarap dalam sebuah SK perkasa. Oleh itu, usaha untuk memperkasakan SK sudah hampir ke mercu kejayaan sekiranya segala cadangan yang telah dikemukakan dapat dilaksanakan dengan penuh komited dan bersungguh-sungguh (Mengatur Langkah Ke Arah Memperkasa Sekolah Kebangsaan: Pandangan dan Cadangan Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia).

Dalam negara yang berbilang kaum seperti Malaysia, SK merupakan wahana terbaik untuk memupuk perpaduan kaum sejak dari peringkat awal persekolahan kanak-kanak. SK perlu mencerminkan budaya Malaysia, menunjukkan pencapaian yang cemerlang dari segi akademik, kokurikulum dan pembangunan sahsiah, mempunyai persekitaran yang kondusif, budaya kerja yang positif dan mampu menawarkan program pendidikan yang berasaskan pelanggan bagi menarik minat semua ibu bapa dan pelajar dari pelbagai latar belakang, kaum dan agama.

-Dian Adni-


 
 

Setiap disiplin ilmu biasanya dibahagikan kepada subdisiplin atau cabang-cabang tertentu iaitu apabila adanya hubungan disiplin itu dengan masalah-masalah lain. Sebagai contoh, ilmu kimia dibahagikan kepada kimia organik dan kimia bukan organik. Dalam bidang psikologi pula dibahagikan kepada psikologi klinik dan psikologi sosial. Objek linguistik pula merujuk kepada bahasa iaitu satu keadaan yang tidak terlepas daripada kegiatan dalam kehidupan sesebuah masyarakat. Oleh sebab kegiatan tersebut sangat luas, bidang-bidang yang terdapat dalam subdisiplin juga menjadi sangat banyak. Sebagai contoh, antara subdisiplin linguistik yang ditemukan ialah linguistik umum, deskriptif, bandingan, struktural, dan antropologi.
      Pembahagian subdisiplin linguistik dibuat berdasarkan beberapa kriteria iaitu objek sebagai bahasa umum atau khusus dan objek bahasa pada masa tertentu atau sepanjang masa. Selain itu, objek bagi struktur dalaman atau luaran bahasa dan objektif untuk keperluan teori atau gunaan. Seterusnya, teori atau aliran penganalisisan objeknya.


Linguistik terbahagi kepada dua bidang iaitu linguistik umum dan linguistik khusus. Linguistik umum merupakan linguistik yang teorinya mengkaji kaedah bahasa dan pernyataan secara umum. Berbanding dengan linguistik khusus, linguistik ini lebih menekankan kajian tentang kaedah bahasa yang berlaku pada bahasa atau rumpun bahasa tertentu seperti Bahasa Inggeris dan Bahasa Indonesia. Kedua-dua pendekatan linguistik ini dapat digunakan terhadap keseluruhan sistem bahasa atau satu bahagian daripada sistem tersebut. Setiap disiplin ilmu biasanya dibahagikan kepada bidang-bidang bawahan (subdisiplin) atau cabang-cabang tertentu yang mempunyai hubungan disiplin dengan disiplin tersebut. Begitu juga dengan linguistik khusus, linguistik ini terbahagi kepada tiga subdisiplin iaitu linguistik terapan, linguistik teoretis dan linguistik sejarah.


      Linguistik terapan merupakan ilmu bahasa dalam bidang praktis dan hasil penelitian linguistik ini adalah untuk tujuan praktis selain turut digunakan untuk tujuan kamanusiaan dan keilmuan. Linguistik ini dapat dilihat sebagai disiplin baru yang boleh berkembang dan diperakui kewujudannya. Leksikografi, Penterjemahan, Patologi dan Terapi wicara adalah sebahagian daripada linguistik terapan kerana linguistik ini merupakan satu disiplin ilmu yang memenuhi berbagai fungsi bahasa dan memiliki dasar ilmu yang saling berkaitan antara bahagiannya.

      Linguistik teoretis merupakan subdisiplin kedua yang terletak di bawah linguistik khusus di mana linguistik ini melihat bahasa sebagai bukan sekadar alat. Linguistik ini turut membuat penyelidikan terhadap bahasa-bahasa atau hubungan bahasa dengan faktor-faktor yang berada di luar bahasa semata-mata untuk mengetahui kaedah-kaedah yang berlaku dalam objek kajiannya. Dalam linguistik ini, komponen-komponen bahasa yang dikaji ialah fonologi, fonetik, morfologi, sintaksis, semantik, stiliktik (subdisilin linguistik yang mempelajari bahasa yang digunakan dalam bentuk-bentuk karya sastera) dan pragmatik (berkenaan dengan peranan konteks dalam pentafsiran makna).

      Linguistik historis ialah satu cabang linguistik yang mengkaji satu-satu bahasa itu dari sudut sejarah iaitu menyelidiki segala perubahan dan perkembangan satu-satu bahasa. Sebagai contoh, linguistik ini mengkaji sejarah pertumbuhan dan perkembangan bahasa Melayu sejak zaman sebelum merdeka hingga ke hari ini. Perkara yang  diutamakan dalam disiplin ini ialah sejarah dan perubahan-perubahan yang berlaku dalam bahasa dari satu masa ke satu masa yang lain.

Linguistik sinkronik mengkaji bahasa pada masa yang terbatas misalnya, mengkaji Bahasa Indonesia pada tahun 20-an, bahasa Jawa pada masa ini atau mengkaji bahasa Inggeris pada zaman William Shakespeare. Linguistik deskriptif  bermaksud mendeskripsikan bahasa secara keseluruhan pada satu masa tertentu. Linguistik diakronik berupaya mengkaji bahasa pada masa yang tidak terbatas. Kajian Linguistik diakronik ini biasanya bersifat historis dan komparatif. Tujuan kajian linguistik diakronik ini dijalankan adalah untuk mengetahui sejarah struktural bahasa itu beserta dengan segala bentuk perubahan dan perkembangannya. Sebagai contoh, perkataan seperti kata batu berasal dari kata watu adalah pernyataan yang bersifat diakronik.

      Linguistik perbandingan yang asalnya filologi perbandingan ialah satu cabang linguistik sejarah yang berkenaan dengan perbandingan bahasa-bahasa dapat menentukan perhubungan sejarah antara bahasa-bahasa itu. Linguistik Perbandingan juga merupakan suatu sains penjelasan yang cuba menjelaskan fakta bukti bahawa bahasa itu berubah dan bahawa bahasa yang berlainan itu berkerabat dengan yang lain dalam had yang berlainan.  Perhubungan membayangkan asal yang sama atau bahasa proto dan linguistik perbandingan bertujuan untuk membina semula bahasa-bahasa proto dan menentukan perubahan-perubahan yang telah berlaku pada bahasa-bahasa yang didokumenkan itu. Ahli-ahli linguistik perbandingan telah membubuh awalan asterik pada mana-mana bentuk yang tidak terdapat dalam teks-teks yang masih wujud supaya dapat memastikan perbezaan yang nyata antara bentuk-bentuk yang diakui dengan bentuk-bentuk yang dibina semula.

     Linguistik perbandingan menyelidik, menganalisis, mengklasifikasi dan memberikan perbezaan dan persamaan struktur bahasa, hubungan sejarah dan kekerabatan bahasa itu diambil kira untuk mengenal pasti perbezaan dan persamaan struktur. Jika tujuannya untuk mencari sahaja, maka subdisiplin ini dinamakan linguistik konstrastif. Linguistik perbandingan melihat ciri-ciri perbezaan dan persamaan antara bahasa-bahasa dari segi bunyi, perkataan, imbuhan, ayat dan makna. Dengan melakukan perbandingan mengenai ciri-ciri tersebut Asmah Hj.Omar, R.Brandstetter, Dyen, R.blust, dan J.Collin mengetahui bahawa bahasa-bahasa Melayu, Jawa, Tagalog, Iban, Kadazan dan lain-lain adalah serumpun. Dalam kajian seperti ini, yang termasyur ialah dapat menghasilkan bukti bahawa bahasa Sanskrit
dan bahasa-bahasa Eropah juga mempunyai persamaan. Hal ini membolehkan ahli bahasa Linguistik Perbandingan ini menimbulkan bahasa induk Indo-Eropah.

      Linguistik bandingan sejarah ialah satu cabang ilmu bahasa yang mengkaji bahasa secara diakronik. Hal ini bererti, data sesuatu bahasa tertentu akan dibandingkan untuk melihat perubahan dan perkembangannya dalam tempoh masa yang tertentu. Bahasa Melayu dapat dikaji perkembangannya melalui batu-batu bersurat, manuskrip lama dan lain-lain.
     Abdul Samat Ahmad banyak membuat kajian tentang linguistik bandingan sejarah dan meneliti tinggalan sejarah pada batu bersurat dan dokumen lama. Dalam kajian beliau, terbukti bahawa bahasa Melayu ini sudah mempunyai sistem tulisannya yang menggunakan huruf  pallava dari India. Melalui penemuan tulisan pada batu bersurat yang ditemui di Batu Kapur di Palembang dan Sungai Teresat di Terengganu maka dapatlah kita memahami perkembangan bahasa Melayu sejak zaman sebelum merdeka hingga ke hari ini. Sebagai contoh, bentuk bahasa Melayu yang terdapat dalam novel-novel Melayu pada hari ini. Perubahan yang berlaku atas sesuatu bahasa kadang kala mengambil masa yang cukup singkat.

     Cabang ilmu bahasa ini dikembangkan atas dasar untuk memperoleh bentuk-bentuk prasejarah sesuatu bahasa yang tidak memiliki naskhah-naskhah tertulis.Untuk memperoleh bentuk bahasa prasejarah sesuatu bahasa yang tertentu yakni yang tidak memiliki naskhah-naskhah tertulis, ahli-ahli linguistik sejarah akan meneliti data bahasa atau varian-varian daripada bahasa tersebut yang wujud pada waktu ini.

      Linguistik sejarah mempunyai empat kepentingannya iaitu mengukur sejauh mana hubungan kekerabatan bahasa-bahasa yang berada dalam rumpun yang sama dan hubungan kekerabatan ini diukur melalui empat aspek linguistik iaitu fonologi, morfologi, sintaksis dan semantik dengan mengadakan rekonstruksi bahasa-bahasa yang ada pada masa ini kepada bentuk bahasa protonya, mengadakan pengelompokan ke atas bahasa-bahasa yang berada dalam suatu rumpun bahasa atau subkelompok bahasa yang tertentu dan menentukan pusat penyebaran bahasa-bahasa proto dan menetapkan gerak migrasi purba yang pernah berlaku.

Ilmu linguistik ialah bidang ilmu yang mengkaji bahasa secara santifik. Pada hari ini, ilmu linguistik menjadi satu cabang ilmu yang mempunyai disiplinnya tersendiri, iaitu mempunyai taraf yang sama dengan ilmu-ilmu lain. Terdapat prinsip-prinsip tertentu dalam mengkaji linguistik. Linguistik dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu linguistik mikro dan linguistik makro.    

     Dalam kajian linguistik mikro, objeknya ialah struktur dan elemen bahasa itu sendiri iaitu ciri hakiki daripada bahasa itu dengan tidak mengaitkannya dengan ilmu lain. Linguistik mikro juga mengkaji struktur dalaman bahasa seperti fonologi, morfologi, sintaksis, semantik, dan leksikologi atau gabungan subdisiplin itu seperti morfosintaksis dan leksikosemantik. Fonologi mengkaji ciri bunyi bahasa, cara terjadi dan fungsinya dalam sistem bahasa manakala morfologi bermaksud mengkaji struktur kata, bahagiannya dan cara pembentukannya. Ringkasnya, linguistik mikro lebih berfokus kepada aspek bahasa.    
     Namun begitu, linguistik makro pula berfungsi untuk mengkaji bahasa dalam hubungan faktor luar bahasa. Hal ini membuktikan bahawa kajian linguistik makro bersifat intradisiplin. Selain itu, bidang linguistik makro meliputi linguistik interdisiplin dan linguistik terapan. Bidang interdisiplin dalam linguistik makro meliputi subbidang seperti fonetik interdisiplin, sosiolinguistik, psikolinguistik, etnolinguistik, antropolinguistik, filologi, stilistik, semiotik, epigrafi, paleografi, etologi, etimologi, dialektologi, dan falsafah bahasa.   

     Bidang linguistik terapan termasuk dalam linguistik makro. Dalam bahasa Inggeris, linguistik terapan didefinisikan sebagai applied linguistics, manakala dalam bahasa Jerman pula ialah angewandte sprachwissenschaf. Bahasa Perancis mentakrifkan linguistic terapan sebagai linguistique applique Terdapat pelbagai definisi linguistik terapan. Antaranya ialah penggunaan temuan ahli bahasa oleh guru bahasa. Linguistik terapan ditakrifkan sebagai kumpulan istilah untuk penerapan keahlian dalam linguistik yang dikaitkan dengan bidang praktis. Selain itu, antara definisi lain ialah pemanfaatan pengetahuan tentang alamiah bahasa yang dihasilkan oleh penyelidik bahasa dan menggunakan bahasa sebagai komponen inti. Ahli linguistik terapan ialah pengguna teori bukan pencipta teori.                                                                                                                                                
     
 Linguistik terapan mula berkembang pada  akhir abad ke-19 berasaskan andaian  bahawa teori linguistik dapat diterapkan dalam pelbagai bidang pengetahuan. Di Eropah, linguistik terapan dipopularkan oleh Fries dan Robert Lado melalui English Language Institute. Institut ini menerbitkan majalah language learning yang menyiarkan karya dalam bidang linguistik terapan. Pada tahun 1969, telah diadakan kongres ahli linguistik terapan yang dinamakan Association Internationale de Linguistique Applique (AILA). Dalam kongres ini, dibahaskan teks sastera, leksikografi, linguistik konstrastif, dan sosiolinguistik. Antara majalah-majalah atau buletin yang mengemukakan pandangan ahli dalam bidang linguistik terapan ialah  Language Problem and Language Planning, English Teaching Forum, Applied Linguistics, Modern English Teacher, Guidelines, International Review of Applied Linguistic in Language Teaching, English Language Teaching, Journal of Phonetics, Foreign Language Annuals dan EFL Bulletin.  
   
      Menurut Spolsky (1978:1-2), ruang lingkup linguistik terapan sangat luas iaitu merangkumi bidang penterjemahan, leksikografi, dan perencanaan bahasa.Selain itu, menurut kongres Association Internationale de Linguistique Applique (AILA) pula ruang lingkup linguistik terapan ialah bidang yang berhubungan dengan pengajaran bahasa, bahasa dalam kehidupan bermasyarakat (sosiolinguistik), bahasa dalam kaitan antara jiwa manusia  (psikolinguistik), penterjemahan, leksikografi, linguistik komputer, bahasa yang dikaitkan dengan gangguan saraf, peta bahasa (dialektologi) dan perencanaan bahasa.     

      Linguistik terapan juga dikenali linguistik gunaan yang memanfaatkan teori, deskripsi, kaedah dan hasil kajian linguistik dalam mengajar bahasa dan menulis buku-buku teks serta terjemahan dan perkamusan. Linguistik terapan merangkumi subbidang seperti fonetik terapan, perancangan bahasa, pembinaan bahasa, pengajaran bahasa, penterjemahan, grafonomi, grafologi, leksikografi, mekanolinguistik, medikolinguistik, sosiolinguistik terapan , dan leksikostatik. Sebagai contoh, bidang grafonomi  berkaitan untuk mempelajari cara-cara mewujudkan bahasa dalam bentuk tulisan. Grafologi pula mempelajari tulisan dengan tujuan untuk mengetahui sifat, nasib, kesesuaian dan keberuntungan penulis. Bidang leksikologi ialah mengenai konteks penulisan leksikon dalam bentuk kamus, ensiklopedia, dan thesaurus. Leksikologi juga dikenali sebagai ilmu perkamusan.                                                                                                                                                  
     Selain itu, linguistik edukasional merupakan satu cabang linguistik terapan yang khusus menganalisis, menerangkan, dan menjelaskan tentang praktik perlaksanaan pengajaran dan pendidikan  bahasa yang berlandaskan teori-teori bahasa. Seorang sarjana pendidikan bahasa atau guru bahasa akan menggunakan hasil-hasil penelitian bahasa untuk pengajaran bahasa. Hasil-hasil penelitian linguistik membantu seorang sarjana pendidikan bahasa atau guru bahasa dalam menambahkan pengetahuan bahasa dan melakukan analisis serta evaluasi tentang hasil dan pelajaran bahasa. Aplikasi linguistik bererti penggunaan dan pemanfaatan ilmu ilmu pengetahuan untuk merencanakan kegiatan-kegiatan yang praktis seperti pengajaran dan pelajaran bahasa.
      
       Menurut S.Pt Corder, aplikasi linguistik merupakan suatu problem-based activity iaitu masalah yang muncul akan dijawab atau diselesaikan oleh prinsip-prinsip atau pengetahuan yang didasarkan pada telaah ilmiah tentang struktur bahasa dan masyarakat. Sumbangan linguistik kepada pengajaran bahasa bersifat tidak langsung. Oleh itu, bidang aplikasi linguistik dan pengajaran bahasa merupakan satu bidang yang otonom dan menjadi bidang keahlian tersendiri.     

     Secara ringkasnya, linguistik terapan timbul apabila bidang linguistik bergabung dengan ilmu pendidikan psikologi. Linguistik terapan merupakan hasil penelitian linguistik untuk tujuan praktis.  Linguistik terapan juga merupakan salah satu subdisiplin linguistik. Kongres AILA yang ditubuhkan merupakan satu usaha atau alternatif untuk membahaskan perkara-perkara berkaitan linguistik terapan.

-Dian Adni-

Dalam  mengkaji  asal  usul  bahasa  Melayu,  para  penyelidik  menggunakan  rajah  salasilah  bahasa.  Dalam  rajah  salasilah  itu,  faktor  usia  bahasa  menjadi  kriteria  untuk  memeringkatkan  bahasa-bahasa  di  dunia  kepada  filum,  rumpun  dan  keluarga.  Istilah  filum  bermaksud  kelompok  bahasa  induk  yang  paling  tua  usianya,  iaitu  berumur  5000  tahun  ke atas.  Rumpun  pula  bermaksud  kelompok  bahasa  yang  berumur  antara  2500  hingga  5000  tahun manakala  keluarga  merujuk kepada  kelompok  bahasa  yang  berumur  kurang  daripada  2500  tahun.
     
Berdasarkan  konsep  usia  bahasa  ini,  bahasa  yang  menampakkan  penyimpangan  yang  agak  sedikit  daripada  segi  pembentukan  kata,   bunyi  dan  golongan  kata  dikenali  sebagai  bahasa  sekeluarga.  Selain itu,  sesebuah  keluarga  bahasa  dapat  dibahagikan  kepada  subkeluarga  atau  subkelompok  berdasarkan  faktor  geografi  dan  nama  bahasa  tertentu.  Oleh  itu,  dalam  mengkaji  asal  usul  bahasa  Melayu  kita  haruslah  mengetahui  maksud  bahasa  Austronesia  dan  bahasa  Nusantara  dalam  susur  galur  bahasa  yang  membawa  kepada  wujudnya  bahasa  Melayu.

       Filum  Austris  merupakan  salah  satu  kelompok  bahasa  induk  di  dunia.  Filum  ini  menguasai  hampir  seluruh  benua  Asia  dan  terdiri  daripada  tiga  rumpun.  Rumpun  pertama  ialah  bahasa  Austroasia  yang  terdiri  daripada  bahasa  Khasi  di  Annam,  Nicobar,  Mon  atau  Peguan,  Khmer,  dan  Munda.  Rumpun  kedua  ialah  bahasa  Cina-Tibet  yang  terdiri  daripada  bahasa  Cina,  Tibet,  Burma,  Siam,  Annam,  dan  lain-lain.  Rumpun  ketiga  pula  ialah  bahasa  Austronesia  yang  terdiri  daripada  bahasa  di  Nusantara,  Polinesia,  Melanesia,  dan  Mikronesia.

Istilah  Austronesia  terhasil  daripada  kata  bahasa  Latin,  iaitu  “austro”  yang  bermaksud  “selatan”  dan  kata  bahasa  Yunani  iaitu  “nesos”  yang  bermaksud  “pulau”.  Oleh  itu  bahasa  Austronesia  membawa  maksud  “bahasa-bahasa  di  pulau-pulau  selatan”.  Sebelum  wujudnya  istilah  Austronesia,  istilah  yang  digunakan  ialah  “Melayu-Polinesia”.
      Terdapat  kalangan  pengkaji  yang  membahagikan  rumpun  Austronesia  kepada  rumpun  Austronesia  Barat  dan  Rumpun  Austonesia  Timur.  Sesetengah  pengkaji  menamakan  rumpun  Austronesia  Barat  sebagai  bahasa  Hesperanesia  manakala  rumpun  Austronesia  Timur  sebagai  bahasa-bahasa  Ocenesia.  Rumpun  Austronesia  Barat  melahirkan  keluarga  bahasa  Nusantara  atau  bahasa  Indonesia.  Keluarga  bahasa  ini  dapat  dibahagikan  lagi  kepada  bahasa  subkeluarga  Indonesia  Pusat  dan  subkeluarga  Filipina-Farmosa.

      Kelompok  Indonesia  Pusat  terdiri  daripada  bahasa  Melayu,  bahasa-bahasa  bumiputera  di  Sarawak  kecuali  bahasa  Bisaya,  bahasa-bahasa  di  Kalimantan,  dan  bahasa-bahasa  di  Kepulauan  Indonesia.  Kelompok  Filipina-Farmosa  pula  terdiri  daripada  bahasa-bahasa  di  Filipina,  bahasa  bumiputera  di  Sabah,  dan  bahasa  di  Brunei  kecuali  bahasa  Melayu  dan  bahasa  Lun  Dayeh.
      
Bagi mendapatkan maklumat terperinci tentang bangsa Austronesia, para cendekiawan telah menjalankan penyelidikan berkaitan bukti yang diperoleh berdasarkan arkeologi dan ilmu genetika. Walau bagaimanapun, rujukan daripada ilmu genetika memberikan hasil yang bertentangan. Beberapa pengkaji telah menemui bukti bahawa tanah air bangsa Austronesia purba berada pada benua Asia (Melton dkk, 1998) sedangkan pengkaji lain yang mengikuti penelitian linguistik menyatakan bahawa bangsa Austronesia pada awalnya bermukim di Taiwan.

       Berdasarkan sudut pandangan ilmu sejarah bahasa Melayu, bangsa Austronesia berasal dari Taiwan kerana berdasarkan pulau tersebut dapat ditemukan pembahagian dalam bahasa-bahasa Austronesia dari rumpun bahasa Formosa asli. Bahasa-bahasa Formosa membentuk sembilan dari sepuluh cabang pada rumpun bahasa Austronesia. Comrie (2001:28) menemukan hal ini ketika beliau menulis:

... Bahasa-bahasa Formosa lebih beragam satu dengan yang lainnya dibandingkan seluruh bahasa-bahasa Austronesia digabung menjadi satu sehingga dapat disimpulkan bahawa terjadi perpecahan genetik dalam rumpun bahasa Austronesia diantara bahasa-bahasa Taiwan dan sisanya. Memang genetik bahasa di Taiwan sangatlah beragam sehingga mungkin saja bahasa-bahasa itu terdiri dari beberapa cabang utama dari rumpun bahasa Austronesia secara keseluruhan.
     
Menurut pandangan Sapir (1968), ahli bahasa telah menerima pendapat bahawa kronologi dari penyebaran sebuah keluarga bahasa dapat diteliti daripada bahagian keseragaman bahasa yang besar kepada bahagian keseragaman bahasa yang kecil. Walaupun para cendekiawan telah menduga bahawa jumlah cabang-cabang antara bahasa-bahasa Taiwan mungkin lebih sedikit dari perkiraan Blust sebesar 9 seperti Li 2006 hanya ada sedikit perdebatan yang berlaku antara para ahli bahasa dengan analisis daripada keseragaman dan kesimpulan yang dibuat tentang asal dan arah migrasi rumpun bahasa Austronesia.

      Bukti daripada ilmu arkeologi menyatakan bahawa bangsa Austronesia bermukim di Taiwan sekitar 8000 tahun yang lalu. Dari pulau ini para pelaut bermigrasi ke Filipina, Indonesia, kemudian ke Madagaskar berdekatan benua Afrika dan ke seluruh Samudera Pasifik, mungkin dalam beberapa tahap ke seluruh bahagian yang kini diliputi oleh bahasa-bahasa Austronesia. Bukti daripada ilmu sejarah bahasa menyarankan bahawa migrasi ini bermula sekitar 6000 tahun yang lalu. Namun, bukti daripada ilmu sejarah bahasa ini tidak dapat menghubungkan  antara dua tempoh tersebut.
       Terdapat juga pandangan yang menyatakan bukti daripada ilmu bahasa telah menghubungkan bahasa Austronesia purba dengan bahasa-bahasa Tiongkok-Tibet seperti yang diajukan oleh Sagart (2002) adalah pandangan minoriti seperti yang dinyatakan oleh Fox (2004:8):

Disiratkan dalam diskusi tentang pengelompokan bahasa-bahasa Austronesia adalah permufakatan bahawa tanah air bangsa Austronesia berada di Taiwan. Daerah asal ini mungkin juga meliputi kepulauan Penghu diantara Taiwan dan China dan mungkin juga daerah-daerah pesisir di daratan China, terutamanya apabila leluhur bangsa Austronesia dipandang sebagai populasi dari komunikasi dialek yang tinggal di permukiman pesisir yang terpancar.
     
Analisis Fox menunjukkan bahasa daripada bahasa Austronesia purba berhenti pada pesisir barat Taiwan. Bahasa-bahasa Austronesia yang pernah dituturkan di daratan China tidak bertahan. Satu-satunya pengecualian, bahasa Chamic, adalah migrasi yang baru terjadi setelah penyebaran bangsa Austronesia.

       Agak sukar untuk mendefinisikan struktur kekeluargaan bahasa-bahasa Austronesia kerana rumpun bahasa Austronesia terdiri daripada bahasa-bahasa yang sangat serupa dan berhubungan erat dengan kesinambungan dialek yang besar sehingga sukar untuk kita mengenali batas-batas di antara cabang-cabangnya. Bukan itu sahaja, pada pembahagian terbaik yang ada sekarang banyak kumpulan bahasa yang terdapat di Filipina dan Indonesia dikelompokkan berdasarkan kedudukan  geografi dan kedua-duanya berkait antara satu sama lain. Namun, keadaan ini jelas menunjukkan bahawa keseragaman genealogis terbesar ditemukan pada bahasa-bahasa Taiwan dan keseragaman terkecil ditemukan di Kepulauan Pasifik sehingga menyokong teori penyebarannya, iaitu dari Tiongkok atau Taiwan.

      Penggolongan bahasa-bahasa Formosa dilakukan kepada keluarga bahasa-bahasa Formosa sebelum kolonisasi China. Blust (1999) menyatakan bahawa penggolongan bahasa yang paling sedikit ialah 17 penggolongan dan ia membincangkan fitur-fitur dan perincian dari pengelompokan tersebut. Terdapat beberapa ahli bahasa Formosa yang membincangkan perincian dari penggolongan lain namun penggolongan ini tetap menjadi sumber rujukan untuk menganalisis ilmu bahasa pada masa ini. Oleh itu, dapat dilihat bahawa sembilan cabang utama dari bahasa Austronesia  adalah berasal daripada bahasa-bahasa Formosa.

       Hipotesis filum Austris menyatakan bahawa semua bahasa di bahagian selatan Tiongkok atau pun dikenali sebagai Taiwan sebenarnya mempunyai kekerabatan dengan rumpun bahasa Austronesia, bahasa Austroasia, bahasa Tai-Kadai dan bahasa Hmong-Mien  yang juga disebut Miao-Yao. Para penutur keempat-empat rumpun bahasa yang dianggap mempunyai kekerabatan ini bermukim di bahagian selatan daerah Tiongkok(Taiwan)  antara tahun 2000 SM hingga 1000 SM. Ketika itu, Keu suku bangsa Han, yang merupakan penutur bahasa Sino-Tibet, yang berasal dari Tiongkok utara menyerang Tiongkok selatan dan menyebabkan para penutur bahasa Austris bercerai-berai. Hal ini juga dianggap sebagai faktor penyebab kaum Austronesia berpindah ke Taiwan, Kepulauan Asia Tenggara dan Samudera Pasifik.

       Beberapa hipotesis filum Austris juga menunjukkan perubahan dari akar kata dwisuku kata di mana bahasa Austronesia menyimpan kedua-dua suku kata sedangkan bahasa Austroasia menyimpan suku kata pertama dan bahasa Tai-Kadai menyimpan suku kata kedua. Namun, satu-satunya pendapat yang mematuhi metod perbandingan adalah hipotesis "Austro-Tai" yang menghubungkan rumpun bahasa Austronesia dengan rumpun bahasa Tai-Kadai. Roger Blench (2004:12) menyatakan tentang Austro-Tai bahawa:

Ostapirat mengasumsikan sebuah model sederhana dari sebuah perpecahan dengan para Daik [Tai-Kadai] sebagai orang-orang Austronesia yang menetap di daerah asalnya. Namun, hal ini nampaknya tidak mungkin kerana Daik nampak seperti percabangan dari bahasa Filipina Purba dan tidak mempunyai kerumitan seperti yang dimiliki oleh bahasa-bahasa Formosa. Mungkin dapat lebih baik dipandang bahawa penutur Daik Purba bermigrasi kembali dari Filipina utara ke daerah di pulau Hainan. Hal ini dapat menjelaskan perbezaan dari Hlai, Be, dan Daik sebagai hasil dari penstrukturan ulang secara radikal kerana kontak dengan penutur bahasa-bahasa Miao-Yao dan Sinitik.
     
Dengan kata lain, pengelompokan bahasa di bawah Tai-Kadai telah menjadi cabang kepada bahasa Kalimantan-Filipina. Namun, pendapat tersebut tidak mendapat sambutan luas dari komuniti ilmu bahasa.
     
Telah diajukan juga hipotesis bahawa bahasa Jepun mungkin tergolong dalam rumpun bahasa Austronesia. Terdapat pengkaji bahasa yang mengelompokkan bahasa ini dalam rumpun bahasa Austronesia berdasarkan beberapa kata dan fonologi bahasa Jepun. Namun, pengkaji lain berpendapat bahawa bahasa Jepun termasuk dalam rumpun bahasa Altai di mana bahasa ini sangat serupa dengan cabang bahasa Mongol. Bahasa Korea juga berkemungkinan besar termasuk dalam rumpun bahasa yang sama. Walaupun bahasa Korea sama dengan bahasa Jepunnamun sehingga kini belum ada yang menghubungkannya dengan rumpun bahasa Austronesia.

      Hipotesis mengenai hubungan bahasa Jepun sebagai cabang dari bahasa-bahasa Austronesia ditolak oleh hampir seluruh pakar ilmu bahasa kerana hanya terdapat sedikit bukti tentang hubungan antara bahasa Jepun dengan rumpun bahasa Austronesia dan kebanyakan ahli bahasa berpendapat bahawa persamaan yang sedikit ini adalah hasil dari pengaruh bahasa-bahasa Austronesia pada bahasa Jepun, mungkin melalui substratum. Mereka yang mengajukan senario ini menyarankan bahawa rumpun bahasa Austronesia pernah meliputi pulau-pulau di utara dan selatan Taiwan suatu ketika dahulu. Namun, tidak ada bukti genetis yang memperlihat hubungan  rapat antara penutur bahasa-bahasa Austronesia dan bahasa-bahasa Japonik. Walaupun mungkin terdapat interaksi pra-sejarah antara penutur bahasa Austronesia purba dengan bahasa Japonik purba, interaksi itu tidak lebih sebagai sebuah pertukaran budaya yang sederhana dan percampuran etnik yang signifikan.

      Analisis genetis menunjukkan secara konsisten bahawa orang-orang Ryukyu di Taiwan dan pulau-pulau utama Jepun lebih mirip dengan orang Jepun berbanding dengan orang asli Taiwan. Hal ini menunjukkan bahawa interaksi yang telah ada antara bangsa Austronesia purba dan bangsa Japonik purba mungkin berlaku di benua Asia timur sebelum  bahasa-bahasa Austronesia ini dibawa ke Taiwan (atau setidak-tidaknya sebelum kemusnahan hipotetis bahasa-bahasa Austronesia dari daratan Tiongkok), dan bahasa-bahasa Japonik ke Jepun.


Rumpun bahasa Austronesia dapat didefinisikan melalui kaedah perbandingan bahasa untuk mencari sesuatu kata dari asal yang sama iaitu kata-kata yang sama dari segi bunyi dan makna.  Kaedah ini juga perlu membuktikan bahawa kata-kata tersebut berasal dari kata yang sama dari bahasa Austronesia purba dan harus menurut sebuah aturan yang regular. Beberapa kata dari asal yang sama ini juga mestilah boleh diterima umum, sebagai contoh kata untuk mata pada kebanyakan bahasa-bahasa Austronesia ialah "mata", sama seperti bahasa yang digunakan di utara Taiwan sehinggalah bahasa selatan di Aotearoa.

-Dian Adni-



Songket merupakan sejenis kain yang biasanya ditenun tangan dan mempunyai corak unik benang emas atau perak. Perkataan songket bermaksud membawa keluar atau menarik benang daripada kain atau menenun menggunakan benang emas dan perak. Berdasarkan sejarah, songket hanya dipakai oleh golongan bangsawan, kerabat diraja, dan orang-orang besar negeri. Kehalusan tenunan dan keunikan motif dan corak songket ketika itu menggambarkan pangkat dan kedudukan tinggi seseorang pembesar. Sejak abad ke-13 lagi, songket telah terkenal di Malaysia dan Indonesia.       

Songket mempunyai nilai sejarah yang tinggi sebagai fabrik warisan agung. Selain mampu mengangkat martabat si pemakai, motif dan warna tenunan songket melambangkan kedudukan seseorang. Sejarah asal usul kain songket tidak dapat dipastikan dengan tepat. Namun, asal usul perkataan songket dikatakan berasal daripada perkataan ‘menyungkit’ kerana dalam bahasa Siam ‘kek’ membawa erti menyungkit selain ‘songkok’ China  membawa maksud yang sama. Mengikut Robyn Maxwell (1990), pengetahuan orang Melayu mengenai teknik songket mungkin diambil daripada orang Cina yang memperkenalkan bahan logam tetapi kehadiran budaya dari Timur Tengah, Parsi, Turki dan Moghul (India) telah memperkukuhkan lagi penghasilannya.

Ramai yang tidak tahu mengenai asal usul songket, tetapi kemungkinannya penenunan songket berkembang di Malaysia melalui perkahwinan antara keluarga diraja, yang merupakan strategi penyatuan biasa sekitar abad ke-15. Songket menggunakan teknik tenunan, di mana benang emas ditenun antara benang sutera pada kain latar. Fabrik yang mewah dan mahal ini menggambarkan struktur sosial dalam kalangan bangsawan Melayu.

Corak dan motif songket memaparkan ciri-ciri unik identiti orang Melayu sekaligus mencerminkan cita rasa budaya bangsa yang mekar dalam persekitaran yang kaya dengan keindahan dan keunikan. Antara corak yang digunakan ialah susunan bunga penuh, bunga bertabur dan susunan bercorak. Manakala motif yang digunakan pula adalah seperti motif  flora. Contoh-contoh bagi motif flora ialah seperti pucuk rebung, tapak manggis, bunga raya, bunga teratai, dan bunga daun sirih. Motif  fauna yang biasa digunakan ialah lawi ayam. Selain itu, motif  alam atau benda juga digunakan dalam menghasilkan motif songket. Contoh motif bagi alam atau benda ialah seperti bintang, rumah, dan bangunan. Bagi motif kuih pula, contoh motif yang selalu digunakan ialah  lopak tikam.

Ragam hias masih dipertahankan terutama dalam aspek pembahagian dan penempatan beberapa bentuk bahagian kain seperti kepala, kaki dan badan kain. Penyusunan motif pula terbahagi kepada dua iaitu susunan bunga penuh dan bunga tabur. Motif  kain songket terdiri daripada dua unsur penting iaitu unsur alam dan tumbuhan. Motif  yang sering digunakan meliputi bentuk bunga, daun, pucuk dan bahagian tampuk buah-buahan. Motif-motif reka corak yang menghiasi kain songket kebanyakannya berasaskan bunga-bungaan. Dengan teknik menenun yang tersendiri, kesemua bentuk motif terhasil dalam corak geometrik. Motif-motif pada kain songket disusun dengan susunan bunga penuh, bunga bertabur atau susunan bercorak. Motif pucuk rebung dan lawi ayam juga sering ditempatkan di kepala kain manakala motif ‘awan larat' pula dijadikan sebagai kaki kain  (borderdesign). 


Secara ringkasnya proses menenun songket dimulakan dengan menggunakan teknik menyungkit iaitu menggunakan lidi buluh atau bilah nibung melalui benang loseng (warp) di permukaan alat tenun yang dipanggil kek tenun. Proses menyungkit dilakukan setelah benang karat butang disediakan. Benang karat butang digunakan untuk membuat reka corak atau sulaman benang emas.


Proses pertama untuk menenun songket ialah proses mencelup benang. Benang yang digunakan untuk menenun terdiri daripada benang kapas, benang sutera, benang emas, dan benang perak. Benang emas dan benang perak merupakan bahan asli yang tidak perlu diwarnakan. Tujuan gumpalan benang mentah diwarnakan berulang kali adalah untuk mendapatkan warna yang sekata dan tidak mudah luntur.
      Benang perlu dibersihkan terlebih dahulu sebelum dicelup ke dalam pewarna. Setelah proses mewarna benang dijalankan, benang tersebut dimasukkan ke dalam kawah berisi air mendidih kemudian dibilas dengan air, dan dijemur sehingga kering sebelum kerja selanjutnya dijalankan.

Proses seterusnya ialah proses melerai benang. Dalam proses ini, sejenis alat yang dinamakan pelenting digunakan untuk melilit benang. Pelenting yang digunakan diperbuat daripada buluh kecil. Benang dileraikan daripada tungkulan besar dengan bantuan alat pemutar rahat dan alat darwin.


Proses ketiga iaitu proses menganeng benang. Benang yang telah dileraikan atau dipintal ke pelenting disusun di atas anian. Benang ditarik mengikut panjang yang dikehendaki berselang-seli mengikut pacak-pacak di batang anian. Proses membuat benang loseng yang diregang di alat penenun adalah untuk menentukan saiz panjang atau jumlah helai kain yang akan ditenun.

Dalam proses menggulung, benang yang telah dianian digulung mengikut lebar gigi jentera dan panjang loseng iaitu mengikut lebar kain yang dikehendaki pada papan gulung. Benang-benang yang diregang di alat menganeng (anian) digulung dengan sekeping papan loseng.

Proses kelima pula ialah proses menyapuk benang. Setelah benang loseng dimasukkan ke dalam gigi atau sikat jentera, kemudian kerja-kerja menyapuk dilakukan. Dua urat benang loseng dikaitkan melalui setiap celah gigi jentera. Selepas itu, benang yang digulung dimasukkan menerusi gigi jentera sebelum dilekatkan ke pesak yang terletak di bahagian depan tempat duduk penenun. Proses ini dilakukan dengan menggunakan sejenis alat dipanggil pengait.

Proses mengarak benang pula dilakukan dengan menggerakkan loseng secara turun naik. Proses ini dimulakan dengan menggerakkan loseng secara bersilih ganti iaitu apabila jijak karak ditekan. Karak diperbuat daripada benang asing yang digelung. Benang loseng berangka genap dan ganjil akan diangkat turun naik secara berselang seli sewaktu menenun.

Proses ketujuh ialah proses menyongket benang. Proses ini juga dikenali sebagai proses mereka corak di atas benang loseng dengan menggunakan alat yang di panggil lidi iaitu dengan menyongketkan benang loseng sebanyak tiga atau lima lembar dan kemudiannya diikat. Proses ini juga dikenali sebagai proses ikat butang. Kerja-kerja menyongket ini dilakukan dengan menyusun lidi atau bilah-bilah nibung melalui celah-celah benang loseng.

Proses seterusnya ialah proses menekat. Proses ini dilakukan dalam dua cara iaitu tekat lima atau tekat tiga. Setelah songket-songket diikat dan lidi-lidi yang digunakan dikeluarkan daripada celah-celah benang. Motif songket kemudiannya dibuat dengan menggunakan benang emas yang diisi ke dalam Cuban. Proses pelancaran Cuban ini dikenali sebagai proses menyulam atau menekat benang emas.

Proses terakhir ialah proses menenun songket. Proses tenunan dilakukan dengan menggunakan alat yang dipanggil kek. Kek terbahagi kepada tiga bahagian iaitu kaki, badan dan kepala kek yang saling berkaitan antara satu sama lain. Proses menenun ialah dengan melancarkan benang corak ke atas benang loseng. Semasa proses ini dilakukan, penenun mestilah menumpukan perhatian terhadap ragam hias yang bakal ditenun pada kain. Alat torak yang diisi dengan benang pakan atau benang emas, dimasukkan ke kiri dan kanan di celah-celah benang loseng mengikut corak yang telah ditentukan hinggalah menjadi sekeping kain. Kain yang telah siap akan dipotong mengikut saiz.

1. Songket Bunga Dalam
        Songket Bunga Dalam lebih murah dan sesiapa sahaja berkemampuan untuk membelinya. Songket jenis ini terdapat dalam pelbagai warna dan sesuai dipakai ke masjid kerana kainnya yang lebih selesa dipakai.             
2. Songket Samarinda Emas
       Songket Samarinda Emas mempunyai warna latar yang pelbagai. Songket jenis ini ditenun dengan menggunakan benang emas di antara patak. Songket ini juga sesuai untuk semua golongan. Songket jenis ini juga sesuai untuk hantaran pertunangan.           

3. Songket Hitam I              
      Songket Hitam I mempunyai warna latar hitam yang ditenun dengan menggunakan benang emas sahaja dan mempunyai corak penuh. Songket ini sesuai dipakai untuk majlis akad nikah dan majlis-majlis rasmi.    

4. Songket Hitam II            
       Songket Hitam II mempunyai ciri-ciri yang sama seperti Songket Hitam I, tetapi songket jenis ini ditenun dengan 2 jenis benang iaitu benang emas dan perak. Songket jenis ini juga lebih berkilau dan menampakkan keanggunan si pemakai. Songket ini sesuai dipakai untuk majlis akad nikah dan sebarang majlis rasmi.             

5. Songket Benang Pelangi             
      Songket Benang Pelangi mempunyai warna latar yang pelbagai. Songket jenis ini biasanya ditenun dengan benang emas sahaja. Songket ini sesuai dipakai semasa hari raya dan majlis kenduri kendara.

                        6. Songket Jarum Emas                                                                                                       
       Songket Jarum Emas mempunyai warna latar yang pelbagai kerana ditenun dengan tiga jenis benang iaitu benang emas, perak, dan metalik dalam pelbagai corak. Songket ini membuatkan si pemakai tampak lebih menawan dan bergaya. Songket ini juga sesuai untuk mereka yang berkemampuan dan mementingkan penampilan.       
                                                                                                                                          
4.7 Songket Tanah Emas      
       Songket Tanah Emas mempunyai kain latar pelbagai warna yang kemudiannya ditenun pula dengan 2 jenis benang iaitu benang emas dan perak. Songket ini sesuai dipakai oleh semua golongan bukan sahaja semasa berhari raya bahkan semasa majlis kenduri kendara. Si pemakai akan tampak lebih hebat dan bergaya.              

4.8 Songket Benang Pelangi
      Songket Benang Pelangi mempunyai warna latar yang pelbagai kerana ditenun dengan benang berwarna pelangi yang berkilau. Songket jenis ini mampu menyerlahkan seri si pemakai di pagi raya.         

4.9 Songket Mahkota            
       Songket Mahkota mempunyai warna latar yang pelbagai. Corak tenunan pada songket ini berbeza dan unik. Songket ini juga mempunyai tenunan yang halus, bermutu tinggi, dan juga terdiri daripada pelbagai benang.  

4.10 Songket Istana              
       Songket Istana ditenun di atas kain sutera. Songket jenis ini mempunyai warna latar yang lembut dan menawan. Corak tenunan pada songket ini juga sangat unik dan mempunyai tenunan halus yang bermutu tinggi. Songket Istana terdiri daripada pelbagai benang berwarna. Songket jenis ini sungguh lembut apabila dipakai ibarat memegang kapas. Songket ini juga sungguh berprestij, tampak eksklusif dan menjadi idaman kepada penggemar songket.

Pada zaman dahulu songket melambangkan kebesaran golongan diraja. Raja-raja dan pembesar-pembesar istana sahaja yang berkemampuan untuk memakainya. Pada ketika itu, kegunaan songket adalah untuk membuat tanjak, samping, kain selendang dan persalinan diraja. Walau bagaimanapun, pada zaman moden ini songket telah digunakan untuk pakaian pengantin, perhiasan dinding, beg tangan, alas meja, barang-barang cenderamata dan sebagainya mengikut keupayaan pengusaha untuk mempelbagaikannya.
      Setelah sekian lama perusahaan songket berkembang di Malaysia, kini corak songket mendapat tempat di hati para arkitek. Terdapat beberapa bangunan pencakar langit telah diterapkan dengan corak songket contohnya Bangunan Perpustakaan Negara Malaysia
      Selain itu, usaha memartabatkan industri songket Malaysia ke persada fesyen tanah air dan seterusnya  antarabangsa  telah  dicetuskan  oleh  Allahyarham  Datin  Seri Endon Mahmood. Perjuangan Allahyarham Datin Seri Endon Mahmood yang tidak mengenal putus asa dengan menganjurkan pelbagai program bagi mengembalikan kegemilangan songket Melayu seolah-olah memberi nyawa baru kepada industri seni fabrik yang menjadi identiti masyarakat Malaysia.
      Hakikatnya, pemergian Allahyarham Datin Seri Endon Mahmood ke rahmatullah disifatkan sebagai satu kehilangan besar kepada industri dan karyawan batik serta songket yang kini menjadi satu sejarah dan warisan negara. Allahyarham sebenarnya merupakan tokoh yang bertanggungjawab mengembalikan semula kesegaran industri batik dan songket bukan sahaja di dalam bahkan di luar Negara. Usaha beliau juga sebenarnya telah berjaya membantu meningkatkan rezeki pengusaha-pengusaha songket dan batik terutamanya pengusaha songket dan batik kecil-kecilan.   

      Sememangnya peranan yang dimainkan oleh Allahyarham dalam menobatkan batik, songket serta kebaya nyonya sekaligus industri fesyen negara amat besar dan akan kekal dalam lipatan sejarah tanah air. Jadi, tentu sekali pemergian mengejut Allahyarham merupakan sesuatu yang sukar diterima oleh mereka yang berkecimpung di dalam industri ini. Kata orang, “hilang sudah rimbun berteduh, patah sudah ranting berpaut”.
1 Pengukuhan Penghayatan Budaya, Seni dan Warisan              
     Bagi memupuk penghayatan yang lebih baik kepada budaya, seni dan warisan dalam kalangan rakyat Malaysia, akses kepada aktiviti kesenian dan kebudayaan akan ditingkatkan manakala penglibatan aktif kesemua komuniti akan digalakkan. Sehubungan ini, Program Merakyatkan Seni dan Budaya yang bertujuan untuk mendekatkan kembali seni kepada masyarakat serta menjadikan seni sebahagian daripada kehidupan seharian telah dilaksanakan. Aktiviti ini merangkumi aktiviti berkaitan seni tampak seperti penghasilan songket, kraf tangan, persembahan seperti tarian tradisional dan moden, drama, dan muzik yang melibatkan masyarakat di kawasan bandar dan luar bandar.               
     
 Untuk meningkatkan penghayatan seni dan budaya terutamanya di peringkat akar umbi, pelbagai program jangkauan seperti Laman Seni Kuala Lumpur dipergiat dan diperluaskan ke semua negeri. Bagi meningkatkan kesedaran dan penghayatan serta kefahaman dalam seni tampak seperti songket dan persembahannya, beberapa program interaktif melibatkan penyertaan belia, masyarakat dan sektor swasta akan dilaksanakan. Selaras dengan dasar yang diluluskan, langkah bagi merealisasikan Kuala Lumpur sebagai pusat budaya dan aktiviti kesenian telah diambil dalam tempoh RMKe-9.
           
2 Pemeliharaan dan Pemuliharaan Produk Warisan                     
      Sebagai satu usaha untuk memupuk kesedaran dan penghayatan yang tinggi terhadap kekayaan warisan budaya negara, Muzium Tekstil telah ditubuhkan pada tahun 2006. Muzium ini membantu menyebarkan pengetahuan dan maklumat serta menggalakkan penyelidikan mengenai tenunan songket dan batik dengan mempamerkan tekstil dari seluruh negara. Muzium ini juga menjadi pusat sumber yang baik kepada pelajar, penyelidik, ahli akademik dan pengusaha.     


3 Pembangunan Industri Kebudayaan Yang Kreatif       
      Malaysia mempunyai sumber budaya yang kreatif dan luas dalam bidang seni persembahan seperti tarian, seni halus, seni tampak seperti songket, kaligrafi Islam dan penulisan Jawi, filem, pendidikan seni, kesusasteraan dan kraf yang boleh dimaju dan diterokai. Dalam tempoh rancangan, potensi ekonomi industri budaya kreatif akan terus dibangunkan melalui kerjasama erat antara sektor awam dan swasta. Bagi memudahkan pembangunan industri ini, kerajaan akan terus menyediakan persekitaran yang kondusif.
  Pihak industri digalakkan untuk mengguna pelbagai kemudahan di peringkat negeri seperti pusat kebudayaan negeri dan galeri untuk menjayakan aktiviti mereka. Di samping itu, kerajaan juga menyediakan premis perniagaan kepada usahawan untuk mempromosikan kraf dan barangan keluaran mereka.      

        Promosi dan pemasaran keluaran seni, budaya dan produk warisan di peringkat tempatan dan antarabangsa akan dipergiatkan melalui pelbagai kempen pemasaran dan penganjuran acara antarabangsa yang berprestij. Acara seperti Pesta Kuala Lumpur, Pesta Filem Malaysia, dan Hari Kraf Kebangsaan juga diadakan untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai pusat kebudayaan.

4
Pengukuhan Program Bina Usaha
     Program bina upaya terus dilaksanakan di Institut Kraf Kebangsaan serta melalui pelbagai program pembangunan usahawan bagi menyumbang kepada pembangunan artisan berkemahiran teknologi bagi menghadapi cabaran masa depan. Satu program khas, iaitu Skim Perintisan Warisan Kraf akan dilaksanakan dalam tempoh rancangan untuk memberi kemahiran di samping memelihara seni dan kraf tradisional.

Dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan, penumpuan yang lebih perlu diberikan untuk mempertingkat peranan budaya dan seni dalam kehidupan rakyat Malaysia serta menggalakkan industri berkaitan budaya dan seni. Penumpuan ini perlu kerana penglibatan aktif semua golongan dalam aktiviti kebudayaan dan kesenian juga menyumbang ke arah pembangunan individu secara menyeluruh, memupuk perpaduan serta meningkatkan kualiti hidup rakyat Malaysia.
       Sehubungan dengan itu, usaha yang lebih gigih perlu diambil bersama sektor swasta bagi mewujudkan kesedaran dan penghayatan yang lebih baik terhadap kekayaan warisan budaya Negara. Dengan demikian, teras strategik untuk tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan dapat dicapai contohnya memupuk nilai budaya positif dalam kalangan rakyat Malaysia, memperkukuh penghayatan budaya, seni dan warisan dalam kalangan rakyat Malaysia dan  memelihara dan memulihara produk warisan ketara dan tidak ketara. Selain itu, rancangan ini juga membantu memajukan industri kraf dan menggalakkan produk kraf untuk pasaran dunia,   membangunkan industri kebudayaan yang kreatif, dan mengukuhkan program bina upaya bagi memastikan pembangunan budaya, seni dan warisan yang mapan dan berterusan. Oleh itu, warisan melayu seperti songket dapat dikembangkan dan bukannya hanya tinggal sebagai warisan semata-mata.


             -Dian Adni-


Secara konseptualnya, cerita motivasi ialah cerita yang mempunyai nilai-nilai motivasi yang boleh diguna pakai untuk memotivasikan diri. Individu yang cemerlang dan bermotivasi akan sentiasa merenung setiap cerita, catatan dan pengalaman orang lain tentang kehidupan secara kritis untuk meningkatkan motivasi dirinya dan membantu meningkatkan motivasi orang lain di sekelilingnya. Kita tidak perlu memikirkan sama ada cerita tersebut logik atau pun hanya khayalan semata-mata. Hal ini demikian kerana, perkara yang lebih penting ialah untuk meneroka falsafah-falsafah kehidupan dan pengajaran yang boleh diperoleh daripada cerita tersebut. Terdapat pelbagai medium untuk menyampaikan cerita motivasi iaitu melalui buku, akhbar, televisyen, radio, dan penceritaan orang-orang yang berada di sekeliling kita.

Kesimpulannya, cerita motivasi dapat memberi kesedaran kepada kita sehingga mampu membawa kepada lahirnya nilai motivasi yang sebenar iaitu lahir dari hati dan sanubari kita sendiri. Pelajar juga boleh bergantung kepada faktor luaran untuk memotivasikan dirinya. Namun demikian, perkara yang lebih diutamakan ialah unsur motivasi dalaman sendiri yang akan mendorong kita mencapai sesuatu kejayaan dan kecemerlangan. Dalam erti kata lain, sekiranya seseorang pelajar itu tidak disuruh, dipaksa atau dijanjikan dengan apa-apa ganjaran, pelajar tersebut akan tetap terus belajar dan berusaha bersungguh-sungguh sehingga berjaya mencapai matlamatnya. Keadaan ini yang dinamakan motivasi kendiri yang sejati.


Motivasi ialah penggerak kepada kemahuan dan keinginan untuk berjaya dan mencapai sesuatu matlamat. Motivasi juga boleh dikatakan sebagai rancangan untuk kejayaan seseorang atau rangsangan untuk mengelakkan diri daripada kegagalan. Individu yang mempunyai motivasi diri yang tinggi, hal ini bererti individu tersebut telah memperoleh kekuatan dalaman untuk mencapai kejayaan dalam hidup sama ada kejayaan di dunia, akhirat, atau kedua-duanya sekali.

Dalam sesebuah kumpulan pula, motivasi dapat dijadikan penggerak kepada sesuatu kejayaan. Apabila motivasi hadir dalam diri setiap individu yang berada dalam kumpulan tersebut, semangat kerjasama, tolong menolong, toleransi dan bantu-membantu antara satu sama lain akan dapat diwujudkan. (Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip, 2005)

Dalam bidang pendidikan khususnya, motivasi mempunyai peranan yang sangat penting. Guru-guru memerlukan motivasi untuk menggerakkan diri untuk mencapai kualiti kerja yang maksimum. Pada waktu yang sama, guru akan menjadi motivator kepada para pelajar yang akan mendorong mereka untuk berjaya dalam kehidupan mereka. Guru yang mempunyai motivasi diri yang tinggi ialah guru yang dinamik, cekap, dan sentiasa kreatif  serta berusaha untuk memajukan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Guru yang bermotivasi juga berupaya untuk menjadi nadi penggerak kepada para pelajarnya.

Pelajar yang bermotivasi pula ialah pelajar yang menaruh minat untuk belajar. Pelajar-pelajar tersebut akan memberikan sepenuh pehatian kepada pelajaran mereka. Selain itu, pelajar-pelajar tersebut juga akan mengaktifkan diri sama ada di dalam atau pun luar bilik darjah.

Bukan itu sahaja, mereka akan bersedia untuk menerima arahan dan sentiasa memberikan tindak balas yang positif. Pelajar-pelajar tersebut juga mampu berdikari dan suka memberikan pandangan dan pendapat mereka semasa di dalam bilik darjah. Pelajar-pelajar sedemikian mempunyai motivasi diri yang tinggi dan sentiasa berusaha untuk mencapai kecemerlangan bukan sahaja dalam bidang kurikulum tetapi juga kokurikulum. (Saedah Siraj, Zainun Ishak, Tunku Mohani Tunku Mokhtar, 1997).
Oleh itu, proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan di sekolah dapat dicapai melalui guru dan pelajar yang sentiasa bermotivasi. Motivasi boleh dikategorikan kepada tiga jenis yang penting. Motivasi melibatkan hal-hal yang bersangkut-paut dengan keperluan pelajar, emosi, dan motif.

Motivasi jenis ini biasanya dilihat dari segi keperluan fisiologi dan psikologi. Pelajar dapat dirangsang untuk belajar dengan baik sekiranya keperluan mereka dipenuhi. Sebagai contoh, keperluan makanan merupakan prasyarat yang harus dipenuhi sebelum pelajar melibatkan diri dalam proses pembelajaran. Apabila perut kosong, anggota badan akan lemah dan tentu sekali tidak menggalakkan pembelajaran yang sempurna.

Dari segi aktiviti, pelajar harus melibatkan diri dengan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan seperti bercerita, berlakon, menyanyi, membuat demonstrasi, dan projek. Hal ini secara tidak langsung boleh mendorong pelajar untuk meminati pelajaran tersebut dan mendorong mereka untuk terus belajar. (Kamarudin Haji Husin, 1997)

Seterusnya, dari segi penghargaan kendiri pula, pelajar harus merasakan diri mereka dihargai terutama apabila mereka dapat menunjukkan sesuatu pencapaian atau prestasi yang baik dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru harus memuji pelajar-pelajarnya untuk semua jenis pencapaian walaupun pencapaian tersebut sangat kecil. Pamerkan hasil kerja mereka di dalam kelas, bacakan karangan-karangan terbaik mereka, sediakan ganjaran-ganjaran, dan peneguhan-peneguhan lain yang bermakna. Sekiranya pelajar merasakan diri mereka dihargai, minat mereka untuk terus belajar dapat ditingkatkan dan dikekalkan.


Emosi memainkan peranan yang penting dalam kehidupan pelajar. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, struktur emosi yang ada pada pelajar harus digunakan untuk membangkitkan minat mereka untuk belajar. Pelajar dapat merasakan satu kejayaan apabila mempunyai minat dalam tugasan di sekolah. Interaksi antara guru dengan para pelajar hendaklah baik dan sentiasa memikirkan perhubungan mereka agar berada dalam keadaan harmoni. Dalam banyak hal, guru hendaklah selalu memberikan pandangan-pandangan yang membina dan selalu menyelesaikan masalah mereka dengan alat-alat perlindungan yang berkesan.

Salah satu cara untuk menggerakkan pelajar-pelajar belajar ialah guru boleh menggunakan emosi seronok dan keriangan yang wujud dalam diri mereka. Pelbagai aktiviti boleh dirancangkan bagi mewujudkan proses pembelajaran yang seronok. Sebagai contoh, penggunaan muzik dalam pembelajaran, mengadakan permainan dalam mata pelajaran matematik dan bahasa, dan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan.

Motivasi jenis ini menggalakkan seseorang pelajar bertindak ke arah sesuatu motif yang disedari. Dalam pengajaran dan pembelajaran, pelajar akan didorong untuk belajar bagi mencapai motif tertentu sama ada dalam bentuk matlamat, objektif, insentif, ganjaran, minat, rasa ingin tahu, dan sistem nilai.

Dari segi matlamat dan objektif, guru boleh menyatakan faedah yang akan diperoleh hasil daripada sesuatu pembelajaran. Dalam konteks yang lebih luas, guru mungkin boleh mengaitkan topik-topik pembelajaran dengan jenis pekerjaan yang diminati oleh pelajar. Dalam hal insentif, guru boleh menyatakan markah atau gred yang akan diperoleh. Bahagikan kelas kepada beberapa kumpulan, menyediakan hadiah, berikan penghargaan, pujian dan sebagainya. Semua ini dapat menggerakkan pelajar ke arah minat yang tinggi dalam sesuatu pembelajaran.

Motivasi mempunyai kaitan dengan pembangkitan minat. Hal ini disebabkan, motivasi merupakan asas kepada pengajaran dan pembelajaran. Seorang guru yang cekap akan sentiasa berhati-hati mencari rangsangan yang dapat menimbulkan perasaan puas dan menarik supaya minat pelajar-pelajar dapat dikekalkan selama yang diperlukan untuk menguasai idea atau isi pelajaran yang disampaikan. Pendekatan, kaedah, dan teknik, bantuan alat-alat mengajar adalah antara bahagian yang lengkap dalam prosedur pembelajaran dan kerap kali menjadi bentuk motivasi yang paling berkesan. (Kamarudin Haji Husin, 1997).

Tugas guru adalah untuk mengembangkan minat pelajar-pelajarnya, bukan hanya terhad di dalam bilik darjah tetapi apa yang penting ialah minat tersebut dapat dibangkitkan secara berterusan. Minat mereka harus diarahkan kepada satu matlamat tertentu yang akan membawanya jauh melebihi pengalaman yang digunakan sebagai penggerak atau motivasi ke arah pembelajaran selanjutnya. Dalam pengajaran dan pembelajaran bilik darjah, motivasi harus dapat memberi satu akal yang tersedia terhadap pembelajaran. Oleh itu, motivasi memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. (Sadirman A.M, 2005).

Motivasi dapat menarik minat dan perhatian pelajar untuk menyertai dan melibatkan diri dalam kegiatan mental. Dalam suatu pengajaran dan pembelajaran, guru dapat menarik perhatian pelajar dengan mengarahkan pemikiran mereka kepada sesuatu idea atau menjadikan mereka peka terhadap bunyi, penglihatan, sentuhan dan sebagainya. Kepekaan seseorang terhadap rangsangan-rangsangan yang dikemukakan bergantung kepada banyak faktor seperti, kematangan umur, minat, sikap, kebolehan, dan keupayaan mental, serta kesediaan.

Oleh itu, untuk mewujudkan satu motivasi yang bermakna dan berfaedah, rangsangan-rangsangan yang dipilih hendaklah memenuhi keperluan para pelajar. Gunakan rangsangan tertentu untuk sesuatu situasi. Rangsangan-rangsangan tersebut biarlah dalam bentuk yang luar biasa, menarik, dan memberangsangkan.

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, motivasi yang berterusan sangat diperlukan. Hal ini demikian kerana, guru dapat membantu para pelajar untuk menumpukan perhatian terhadap bahan-bahan pengajaran sepenuhnya. Perhatian kanak-kanak terhadap sesuatu benda adalah pendek dan mereka cepat berasa jemu jika perhatian mereka tidak diubah dengan segera kepada benda-benda yang lebih menarik.

Oleh sebab itu, guru perlu bertindak secara bijak dengan menyediakan kepelbagaian dalam rangsangan yang akan dikemukakan. Pembelajaran yang berjaya akan menghasilkan sesuatu kejayaan. Hal ini dapat dilakukan dengan cara memberi galakan kepada pelajar-pelajar untuk menumpukan perhatian kepada mata pelajaran yang dibincangkan dan tidak membiarkan fikiran mereka merayau ke arah lain.

Perhatian berubah daripada satu rangsangan kepada satu rangsangan yang lain. Guru harus menggunakan banyak rangsangan dan setiap satunya harus berupaya mendapatkan perhatian pelajar. Penyampaian yang menarik dan memberangsangkan berkemungkinan dapat memusatkan tugas mental pelajar terhadap idea yang sedang dikemukakan.

Motivasi mempunyai nilai persaingan. Hal ini bermaksud pelajar-pelajar akan terdorong untuk belajar dengan lebih kuat apabila wujudnya persaingan-persaingan antara mereka. Dorongan tersebut boleh dilakukan oleh guru. Dalam suatu pengajaran dan pembelajaran, guru dapat membangkitkan keinginan pelajar untuk maju dan mencapai prestasi yang lebih baik melalui pertandingan prestasi atau kebolehan. Mungkin persaingan boleh dibuat dalam bentuk mengatasi rekod sendiri atau bersaing dalam kumpulan.

Dalam situasi bilik darjah, tekanan yang terlalu banyak kepada persaingan dapat menimbulkan kebiasaan yang tidak diingini. Sesetengah pelajar mungkin akan bertindak memilih cara yang tidak adil untuk mengelakkan kekalahan. Mereka mungkin menipu dalam ujian atau bertindak mengganggu pelajar-pelajar lain untuk meminimumkan pencapaian mereka. Hal ini tentulah tidak sihat jika berlaku dalam bilik darjah. Oleh itu, guru-guru hendaklah bijak melaksanakan motivasi supaya tidak disalahtafsirkan.

Guru perlu mengetahui kaedah sesuai yang boleh diguna pakai untuk memupuk motivasi dalam diri para pelajar. Sebagai contoh, guru boleh mengadakan sesi motivasi beberapa minit sebelum guru memulakan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dan sesi tersebut sebenarnya sedikit sebanyak akan memberi kesedaran kepada pelajar. Ibu bapa juga perlu memberikan kerjasama dan berganding bahu dengan pihak sekolah untuk memberi dorongan kepada pelajar untuk belajar dengan bersungguh-sungguh.

Cerita motivasi dan kata-kata hikmah juga boleh diberikan agar pelajar dapat menghayati nilai dan idea motivasi dengan lebih berkesan. Sesi motivasi setiap kali waktu perhimpunan pelajar juga boleh diadakan lebih-lebih lagi dengan adanya kerjasama daripada Kelab Bimbingan dan Kaunseling. Kem ketahanan diri dan seminar motivasi juga boleh dijadikan aktiviti untuk memupuk motivasi dalam kalangan pelajar. Oleh itu, guru yang bermotivasi juga perlu mengetahui prinsip-prinsip sesuai untuk memotivasikan para pelajar. (Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip, 2005).

Langkah tersebut amat penting untuk mempengaruhi motivasi pelajar. Pelajar yang telah berjaya dalam sesuatu kerja selalunya suka menjalankan kerja yang sama jenisnya. Pelajar yang telah gagal pula berasa kecewa dan enggan menjalankan kerja yang serupa. Sememangnya sukar bagi guru untuk menjamin kejayaan semua pelajar di dalam kelas terutama sekali jika di dalam kelas tersebut terdapat perbezaan dalam kebolehan pelajar.

Salah satu kaedah yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah tersebut ialah dengan mengadakan tugasan yang berasaskan apa yang pelajar tahu. Guru boleh mengajar perkara yang diketahui oleh pelajar sehingga mengajar perkara yang tidak diketahui oleh mereka. Guru juga boleh memastikan bahawa bahagian penting dalam kandungan tiap-tiap aktiviti tersebut ialah pada tahap yang boleh diselenggarakan oleh pelajar yang kurang berkebolehan. Hanya sebahagian kecil sahaja pada tahap yang dapat menguji kebolehan pelajar yang berkebolehan. Dengan cara ini kadar kejayaan yang tinggi adalah terjamin dan motivasi pelajar dapat ditingkatkan.

Ada kalanya pelajar yang kurang berkebolehan mengalami kerumitan semasa melaksanakan tugasan mereka kerana mereka kurang berpengetahuan tentang konsep dan kemahiran asas. Guru dapat mengatasi masalah tersebut melalui beberapa cara iaitu memudahkan perkara yang diajar dan membahagikan pelajarannya kepada langkah-langkah yang lebih mudah. Selain itu, guru juga boleh mengurangkan penggunaan terlalu banyak perkataan dan penyelesaian masalah yang abstrak dalam tugasan. Guru juga harus sentiasa menyemak kerja pelajar dan memberikan mereka pujian. Bukan itu sahaja, guru juga boleh menunjukkan kejayaan mereka, apa yang harus mereka lakukan untuk mengekalkan atau meningkatkan kejayaan mereka. 

Kesimpulannya, pemahaman konsep motivasi dapat memberikan kesan positif bukan sahaja kepada para pelajar, guru, sekolah tetapi juga kepada sistem pendidikan negara. Apabila setiap guru mempunyai tahap motivasi yang tinggi dalam diri, guru tersebut secara tidak langsung mampu memotivasikan pelajarnya dan mendorong para pelajar untuk melakukan perubahan dengan memperbaiki kelemahan diri dan meningkatkan prestasi dan kecemerlangan diri. Secara tidak langsung, keadaan ini juga akan membantu meningkatkan prestasi para pelajar di sekolah seterusnya meningkatkan kualiti sistem pendidikan yang ada.

Di sekolah, nilai motivasi boleh diguna pakai dalam tiga keadaan iaitu motivasi guru dan pengajaran berkesan, motivasi pelajar dalam pembelajaran berkesan, dan motivasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, bagi memupuk nilai motivasi dalam diri setiap pelajar, kerjasama semua pihak amat diperlukan. Bukan hanya pihak sekolah sahaja yang memainkan peranan tetapi semua pihak seperti ibu bapa, keluarga, dan masyarakat.

-Dian Adni-


Setiap kanak-kanak mempunyai salah satu daripada sembilan kecerdasan. Walau bagaimanapun, terdapat juga kanak-kanak yang mempunyai lebih daripada satu kecerdasan tersebut dan antara kecerdasan-kecerdasan yang dianugerahkan iaitu kecerdasan linguistik, logik matematik, seni visual, muzik, kemahiran interpersonal, kemahiran intrapersonal, dan kemahiran spiritual. Namun demikian, kemahiran spiritual (SQ) dapat diajar dan dipelajari oleh kanak-kanak. Hal ini dinyatakan oleh ahli psikolinguistik Amerika Syarikat, Elizabert B.Hurlock yang menyatakan bahawa pada tahap usia kanak-kanak merupakan tempoh keemasan dalam proses perkembangan kanak-kanak. Pada usia tersebut mereka mengalami perkembangan yang luar biasa baik dari segi fizikal, emosional, dan sosial sehingga mereka dapat mempelajari apa-apa sahaja.

Mendidik kanak-kanak untuk memperoleh SQ sangat penting kerana terdapat ramai orang yang mempunyai IQ an EQ yang tinggi tetapi tidak mempunyai akhlak dan moral yang baik. Keadaan ini dapat ditangani apabila guru dan kerjasama ibu bapa bersama-sama memberi penekanan dalam aspek SQ iaitu dengan mendidik dan menerapkan unsur-unsur nilai murni. Hal ini diharapkan dapat memupuk sikap dan akhlak yang baik dalam diri kanak-kanak bermula dari awal usia lagi bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Hal ini dapat diterapkan dalam diri kanak-kanak bukan sahaja melalui proses pengajaran dan pembelajaran secara formal tetapi juga melalui cara memberi teladan hidup melalui kaedah bercerita.   

Anak-anak adalah aset penting bagi ibu bapa dan berada di bawah jagaan ibu bapalah anak-anak akan tumbuh membesar berdasarkan corak-corak yang dilakarkan oleh ibu bapa. Namun demikian, apabila di sekolah, para guru juga bertanggungjawab membentuk dan mendidik kanak-kanak tersebut. Dalam usia lima tahun pertama yang juga disebut the golden years, kanak-kanak mempunyai potensi yang sangat besar untuk berkembang. Menurut analisis psikologi perkembangan kanak-kanak menyatakan bahawa usia tersebut merupakan tempoh paling sesuai untuk membentuk keperibadian kanak-kanak kerana pada tempoh tersebut, perkembangan personal sosial dan moral kanak-kanak senang dibentuk. Pembentukan keperibadian dengan meletakkan penerapan syarat nilai-nilai murni melalui kaedah-kaedah kreatif dan efektif.

Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, terdapat masalah yang telah dikenal pasti. Masalah tersebut ialah kurangnya kesedaran tentang keupayaan kaedah bercerita dalam penerapan nilai-nilai murni untuk membentuk peribadi positif dalam kalangan kanak-kanak.


Kajian yang dijalankan adalah bertujuan untuk mengupas lebih lanjut mengenai penerapan nilai-nilai murni melalui kaedah bercerita dalam kalangan kanak-kanak. Oleh itu, objektif yang cuba dicapai ialah mendefinisikan konsep kaedah bercerita dan menganalisis unsur-unsur penting dalam kaedah bercerita yang kreatif dan efektif agar nilai-nilai murni dapat diterapkan dalam diri kanak-kanak.


Dalam kajian yang telah dijalankan, terdapat beberapa persoalan yang timbul. Antaranya ialah, apakah maksud bercerita? dan apakah unsur-unsur penting dalam kaedah bercerita yang kreatif dan efektif?

Kaedah kajian yang telah digunakan untuk mengupas tajuk tugasan tersebut ialah kaedah secara kualitatif iaitu pencarian maklumat berdasarkan buku-buku yang berkaitan yang diperolehi di Perpustakaan Tuanku Bainun UPSI, sumber melalui internet iaitu dengan melayari laman sesawang yang berkaitan.

Konsep Bercerita

Cerita pada kebiasaannya terdiri daripada serangkai peristiwa yang saling berkaitan dalam satu tempoh waktu yang di dalamnya terdapat watak-watak tertentu. Unsur penting yang terdapat dalam cerita ialah mesej yang ingin disampaikan sangat jelas dan difahami. Nilai-nilai murni yang terkandung dalam cerita dapat diambil untuk dijadikan mutiara kehidupan dan iman yakni panduan dalam hidup agar dapat membentuk peribadi yang positif.

Cerita sememangnya sangat berperanan dalam membantu membentuk peribadi kanak-kanak. Hal ini disebabkan, cerita memainkan peranan yang sangat signifikan bukan hanya dalam perkembangan bahasa kanak-kanak tetapi juga perkembangan emosional dan psikologi mereka. (Wals, 1993 dalam Sarumpaet, 2003) Cerita dan rangkaian kisah yang disampaikan dalam bahasa yang berstruktur dengan kosa kata yang tepat amat mempengaruhi kemampuan dan penguasaan bahasa kanak-kanak. Cerita juga membantu memperkaya daya imaginasi kanak-kanak, mengembangkan fikiran, dan meningkatkan pengalaman kanak-kanak berdasarkan nilai-nilai yang terdapat dalam cerita.

Kaedah Bercerita dan Penerapan Nilai

Antara teknik yang berkesan untuk kanak-kanak diterapkan nilai-nilai murni adalah melalui kaedah tontonan kisah atau cerita di televisyen yang boleh dijadikan alat bantuan mengajar oleh guru-guru di sekolah. Teknik ini merupakan antara teknik yang berkesan kerana televisyen merupakan pengaruh yang kuat dalam diri kanak-kanak dan tontonan televisyen juga telah didedahkan kepada kanak-kanak sejak kecil lagi. Setiap pembentukan kanak-kanak, kesan daripada tontonan televisyen terut mempengaruhi pembentukan dan perkembangan minda atau perlakuan kanak-kanak selain daripada pengaruh rakan sebaya, ahli keluarga dan diri sendiri.

Sebagai contoh, kisah Upin dan Ipin merupakan salah satu penceritaan yang menarik dan mempunyai nilai-nilai moral serta nilai-nilai murni, bukan sahaja untuk kanak-kanak malah sesuai juga bagi peringkat remaja mahupun belia atau orang dewasa. Kisah ini mempunyai pelbagai nilai-nilai murni yang boleh dijadikan teladan, pengajaran, peringatan mahupun panduan dalam kehidupan seharian. Melalui nilai murni yang diserapkan dalam kisah Upin dan Ipin ini amat berkesan untuk diterapkan dalam diri kanak-kanak.
Antara nilai yang terdapat dalam kisah Upin dan Ipin ialah baik hati. Nilai baik hati yang dimaksudkan ialah mempunyai sifat belas kasihan dan bertimbang rasa. Belas kasihan bermaksud bersimpati terhadap kesalahan orang lain. Bertimbang rasa pula ialah mengambil kira keperluan dan perasaan orang lain. Sifat-sifat ini telah banyak ditunjukkan dan dipaparkan dalam kisah Upin dan Ipin ini. Antaranya sikap ini telah ditonjolkan dan dipaparkan serta dimainkan peranannya oleh Kak Ros iaitu kakak kepada Upin dan Ipin. Kak Ros mempunyai sifat nilai-nilai murni yang tinggi seperti baik hati, bertimbang rasa dan perasaan belas kasihan terhadap adik-adiknya. Meskipun Kak Ros seringkali menyakat dan mendengki adik-adiknya, namun di sebalik kelakuannya itu, Kak Ros mempunyai hati yang sangat baik sebagai seorang kakak.

Hal ini jelas menunjukkan, seharusnya nilai-nilai baik hati ini harus diterapkan dalam diri kanak-kanak khususnya kanak-kanak tadika. Pada peringkat usia sebeginilah, kanak-kanak lebih mudah untuk dibentuk dan dilentur agar menjadi insan yang berakhlak dan mempunyai budi pekerti yang mulia. Nilai-nilai murni seperti baik hati, belas kasihan dan bertimbang rasa ini harus dipupuk dalam diri kanak-kanak.

Bagi kanak-kanak tadika, khususnya di sekolah tadika atau prasekolah, mereka boleh dididik menerusi cikgu-cikgu yang mengajar. Melalui alat bantuan mengajar seperti tontonan cerita atau kisah-kisah teladan yang disediakan oleh guru-guru dapat membantu kanak-kanak tadika ini untuk mentafsir nilai-nilai yang terkandung dalam cerita atau kisah yang disediakan oleh guru dengan bantuan dari guru-guru ang mahir.

Di peringkat sekolah tadika ini, guru-guru memainkan peranan penting untuk menanamkan nilai-nilai murni dalam diri kanak-kanak ini. Menerusi nilai baik hati yang merangkumi perasaan belas kasihan dan bertimbang rasa ini perlulah ditunjukkan dan dicontohi oleh guru-guru untuk ditonjolkan dan dipamerkan kepada kanak-kanak. Sebagai contoh, sekiranya kanak-kanak ini melakukan kesalahan. Kesilapan atau berkelakuan tidak baik, guru-guru tidak seharusnya segera menghukum mereka. Tindakan ini akan meneybabkan kanak-kanak akan merasa takut dan hilang rasa hormat akan guru-guru mereka.

Guru-guru haruslah bersikap terbuka, mempunyai kesabaran yang tinggi dan tidak mudah melenting atau melatah dengan sikap kanak-kanak ini. Hal ini kerana kanak-kanak tidak dilahirkan untuk sentiasa berkelakuan dan bertindak positif sehingga dewasa bagi melahirkan rasa puas hati terhadap orang lain.

Oleh itu, guru-guru haruslah bijak untuk mengawal keadaan kanak-kanak yang berkelakuan kurang atau tidak baik dan melakukan kesalahan ini sebagai cabaran kepada guru-guru untuk bertindak dan berfikiran bijak untuk mengawal keadaan kanak-kanak terbabit. Bagi kanak-kanak yang melakukan kesalahan sedemikian, guru-guru haruslah menyelidiki kanak-kanak tersebut tentang sebab kanak-kanak tersebut berkelakuan sedemikian dan bertimbang rasa akan hal yang telah dilakukannya. Akhirnya, memaafkan kesalahan kanak-kanak tersebut dan disusuli dengan kata-kata nasihat yang dapat memeberikan semangat kepada kanak-kanak tersebut. Secara tidak langsung, hal ini dapat meyakinkan kanak-kanak tersebut bahawa guru tersebut sebenarnya sayang akan dirinya sekaligus dapat menyedarkan diri kanak-kanak tersebut agar tidak lagi mengulangi kesalahannya.

Melalui contoh sedemikian, kanak-kanak tutur dapat diterap nilai-nilai murni ini sekiranya situasi yang sama berlaku oleh kanak-kanak tersebut bersama rakan-rakannya. Jika rakan-rakan mereka melakukan kesalahan, mereka juga tidak seharusnya menghukum rakan-rakan mereka, tetapi menjadikan sikap dan tingkah laku cikgu itu sebagai contoh. Menerusi sikap cikgu yang baik hati, bertimbang rasa dan belas kasihan terhadap kanak-kanak ini, seterusnya kanak-kanak tadika ini turut dapat diserapkan nilai-nilai murni ini bukan sahaja pada rakan-rakan mereka malah kepada ahli keluarga dan orang sekeliling.

Nilai kedua ynag ditonjolkan ialah nilai kasih sayang. Nilai kasih sayang ini telah banyak dipaparkan dan ditonjolkan dalam kisah Upin dan Ipin. Hampir setiap watak yang dimainkan dalam kisah ini mempunyai nilai kasih sayang. Pelbagai konteks yang boleh dihubungkan oleh kanak-kanak untuk menunjukkan nilai kasih sayang oleh mereka. Antaranya ialah kasih sayang terhadap diri sendiri, ibu bapa, ahli keluarga, rakan-rakan, guru-guru, jiran tetangga dan sebagainya.

Kasih sayang yang dimaksudkan ialah sayang akan diri sendiri dan sayang akan orang lain yang berada di sekeliling. Nilai kasih sayang ini perlulah diterapkan dalam diri kanak-kanak ini. Kanak-kanak ini haruslah diserapkan nilai sayang akan diri sendiri terlebih dahulu sebelum menyayangi insan lain. Nilai sayang akan diri sendiri lebih mudah dieertikan sebagai tidak melakukan perkara-perkara yang negatif dan merugikan diri sendiri. Sayang akan diri sendiri dapat memupuk kanak-kanak untuk bersikap dan berkelakuan positif.

Bagi memupuk nilai kasih sayang ini, pelbagai pihak memainkan peranan penting. Seharusnya nilai-nilai murni ini dipupuk dan diserapkan sejak kecil lagi, bukan sahaja dari peringkat sekolah tadika. Di peringkat sekolah tadika, nilai-nilai ini seharusnya lebih banyak diterapkan kerana kanak-kanak lebih banyak berhubung dan berkomunikasi.

Sebagai contoh, dengan guru-guru dan sahabat handai. Sebelum kanak-kanak melangkah ke alam persekolahan, ibu bapa dan ahli keluarga lebih banyak memainkan peranan untuk membentuk sikap dan menerapkan nilai-nilai murni dalam diri kanak-kanak. Ibu bapa haruslah menjadi contoh kepada kanak-kanak ini kerana ibu bapa merupakan orang yang terdekat untuk mereka jadikan rujukan dan contoh untuk mereka ikuti selain daripada pengaruh-pengaruh lain. Ibu bapa seharusnya menunjukkan rasa kasih dan sayang terhadap sesama ahli keluarga dan memeberi tunjuk ajar kepada anak-anak supaya sama-sama menerapkan nilai kasih sayang terhadap sesama ahli keluarga, adik beradik, jiran tetangga dan sebagainya sebelum anak-anak ini menjejakkan kaki ke sekolah.

Apabila di peringkat sekolah pula, khususnya sekolah tadika, kanak-kanak ini pula dididik dan diberi tunjuk ajar oleh guru-guru tadika mereka, supaya diterapkan tentang nilai-nilai murni ini dan khususnya berkaitan dengan nilai kasih sayang ini. Di sekolah, kanak-kanak lebih banyak berhubung dan berkomunikasi dengan guru-guru dan rakan-rakan. Oleh itu, guru-guru di sekolah ini memainkan peranan terhadap kanak-kanak ini agar mereka mempunyai perasaan untuk menyayangi guru-guru dan rakan-rakan mereka di sekolah.

Menerusi alat bantuan mengajar mnerusi kisah Upin dan Ipin ini, guru-guru dapat menerapkan nilai kasih sayang terhadap kanak-kanak tadika ini dengan contoh-contoh watak yang dipaparkan dan ditonjolkan dalam kisah ini seperti watak Upin dan Ipin bersama guru dan rakan-rakannya. Melalaui alat bantuan mengajar ini dapat membantu guru supaya dapat menerangkan kepada kanak-kanak akan gambaran situasi yang seharusnya dilakukan oleh kanak-kanak tadika ini agar mereka mempunyai nilai-nilai murni itu.

Selain mempunyai nilai kasih sayang terhadap diri sendiri dan orang lain, kanak-kanak ini juga harus dididik dan diterapkan nilai untuk menyayangi alam sekitar. Menyayangi alam sekitar adalah bertujuan untuk memelihara dan memulihara kehidupan flora dan fauna untuk kesejahteraan hidup. Guru-guru di sekolah turut memainkan peranan dalam hal ini.

Sebagai contoh, guru-guru mengajak dan mengajar kanak-kanak untuk bercucuk tanam, menanam bunga, pokok dan sebagainya. Sambil melakukan aktiviti ini, guru-guru juga perlu menerangkan akan kebaikan untuk manusia berbudi kepada tanah dan melakukan kebaikan terhadap flora dan fauna serta hidupan di alam bumi. Aktiviti-aktiviti ini yang bersifat aktiviti luar bilik darjah sangat berkesan dan mampu mengembangkan minda dan meningkatkan tahap pemikiran kanak-kanak agar lebih keratif dan kritis.

Bagi melahirkan kanak-kanak yang pintar, bijak dan kreatif, guru-guru juga haruslah berfikiran kreatif dan kritis dlam menjalankan aktiviti pembelajaran dan pengajaran dan bijak untuk mendidik dan menerapkan nilai-nilai murni dan positif dalam diri kanak-kanak khususnya kanak-kanak di peringkat tadika.

Nilai  ketiga  yang  dapat  diterapkan  kepada  kanak-kanak  melalui  cerita  yang  ditonton  daripada  televisyen  ialah  nilai  hormat-menghormati.  Nilai  ini  terpampang  jelas  dalam  kartun  bersiri  Upin  dan  Ipin.  Watak  utama  itu  sendiri,  si  kembar  Upin  dan  Ipin  amat  menghormati  nenek  mereka  yang  sudah  tua.  Mereka  tidak  berani  untuk  menyakiti  hati  nenek  mereka  itu,  sebaliknya  mereka  sering  membawa  keceriaan  dan  kegembiraan  kepada  nenek  mereka  dalam  menjalani  kehidupan  seharian.  Nilai  yang  ada  dalam  watak  Upin  dan  Ipin  ini  amat  patut  dicontohi  kanak-kanak  kini  kerana  salah  satu  nilai  dalam  cerita  inilah  yang  akan  menentukan  bagaimanakah  rupa  corak  keperibadian  kanak-kanak  ini  apabila  sudah  dewasa  kelak. 

Dalam  situasi  ini,  ibu  bapa  turut  berperanan  penting  dalam  menerapkan  nilai  hormat-menghormati  dalam  diri  anak-anak  mereka  sedari  kecil  selain  melalui  tontonan  tv.  Ibu  bapa  perlu  berusaha  dan  istiqamah  agar  berjaya  melahirkan  anak-anak  yang  mempunyai  sikap  hormat  dalam  diri mereka.  apatah  lagi  dalam  dunia  canggih  kini,  melalui  tontonan  tv  sahaja  telah  banyak  mempengaruhi  sikap  atau  kelakuan  kanak-kanak  sama  ada  membentuk  kelakuan  yang  baik   atau  sebaliknya. 

Namun  begitu,  melalui  watak  Upin  dan  Ipin  ini,  kelakuan  yang  baik  dapat  dilahirkan  dalam  diri  kanak-kanak.  Watak  Upin  dan  Ipin  yang  bersekolah  di  tadika  juga  menunjukkan  sikap  hormat  mereka  terhadap  guru  di  sekolah.  Segala  arahan  guru  mereka  patuhi  tanpa  sebarang  bantahan  kerana  mereka  tahu  bahawa  gurulah  contoh  atau  ‘role  model’  yang  terbaik  untuk  mereka  contohi. 

Oleh  itu,  segala   percakapan  atau  ujaran  yang  dikeluarkan  oleh  guru  tadi  dipatuhi  tanpa  alasan,  yang  akhirnya  menandakan  bahawa  sikap  hormat-menghormati  itu  sudah  ada  dalam  diri  mereka.  Sikap  sebegini  amat  patut  dicontohi  oleh  kanak-kanak  ditambah  lagi  bagi  kanak-kanak  yang  sememangnya  bersekolah  di  tadika  ataupun  yang  berada  pada  peringkat  prasekolah.

Nilai  hormat-menghormati  dalam  watak  Upin  dan  Ipin  kepada  guru  tadikanya  dapat  ditunjukkan  dalam  babak  di  mana  si  guru  menyuruh  murid-muridnya  membawa  koleh  atau  bekas  untuk  aktiviti  memberus  gigi  di  tadika.  Bagi  kanak-kanak  seusia  Upin  dan  Ipin,  agak  sukar  bagi mereka  untuk  membawa  atau  menyediakan  bekas  bagi  memenuhi  permintaan  gurunya  itu  tadi. 

Namun  begitu,  akibat  adanya  rasa  hormat  yang  mendalam  dalam  diri  Upin  dan  Ipin  tadi,  maka  mereka  mencari  sedaya  upaya  bekas  yang  diinginkan  oleh  guru  mereka  untuk  aktiviti  memberus  gigi  di  sekolah.  Babak  inilah  yang  menunujukkan  bahawa  nilai  hormat  itu  tadi  wujud  dalam  kartun  Upin  dan  Ipin  yang  patut  diserapkan  dalam  diri  kanak-kanak  di  tadika.  Selain  itu,  watak  utama  Upin  dan  Ipin  juga  amat  menghormati  saudara  perempuan  mereka,  iaitu  Kak  Ros.  Walaupun  kakak  mereka  ini  garang  dan  sering  memarahi  mereka,  namun  Upin  dan  Ipin  tetap  menghormatinya  kerana  dia  tetap  saudara  kandung  si  Upin  dan  Ipin.
 
Walaupun  Kak  Ros  ini  selalu  menengking  mereka, tetapi  Upin  dan  Ipin  tidak  pernah  menunjukkan  rasa  tidak  hormat  atau  tidak  ada  adab  apabila  berkomunikasi  dengan  kakak  mereka  ini.  Nilai  ini  amat  patut  dicontohi  oleh  kanak-kanak  kini,  ditambah  lagi  apabila  pengaruh  rakan  yang  amat  kuat  sedikit  sebanyak  menyebabkan  rasa  hormat  dalam  diri  kanak-kanak  semakin  terhakis.  Hal  ini  disebabkan  oleh  kanak-kanak  amat  mudah  terpengaruh    dengan  perlakuan  yang  kurang  sopan,  seterusnya  boleh  mendatangkan  kemarahan  kepada  orang  yang  lebih  tua  daripada  mereka  apabila  berada  di  rumah  nanti. 

Oleh  itu,  nilai  hormat-menghormati  yang  ditonjolkan  dalam  watak  kembar  si  comel  Upin  dan  Ipin  amat  sesuai  dicontohi  dalam  diri  kanak-kanak  agar  rasa  hormat  kepada  ibu-bapa,  adik  beradik,  guru-guru  dan  jiran  tetangga  sentiasa  melekat  dalam  jiwa  kanak-kanak  tadi.  

Nilai  yang  terakhir  yang  dapat  ditonjolkan  daripada  watak  Upin  dan  Ipin,  seterusnya  dapat  diserapkan  dalam  jiwa  kanak-kanak  tadika  ialah  nilai  kesyukuran.  Nilai  ksesyukuran  ini  amat  meluas  maksudnya.  Nilai  ini  boleh  sahaja  terangkum  dalam  kesyukuran  terhadap  nikmat  pemberian  Tuhan,  rasa  berterima  kasih  dan  menerima  seadanya.  Watak  yang  ada  dalam  Upin  dan  Ipin  ini  sebenarnya  sedikit  sebanyak  memberi  kesan  kepada  perlakuan  kanak-kanak  di  tadika  kerana  nilai  kesyukuran  yang  ada  dalam  salah  satu  daripada  watak  Upin  dan  Ipin  telah  menunjukkan  bahawa  watak  ini  memang  patut  dicontohi  oleh  kanak-kanak  di  tadika. 

Sebagai contoh,,  Upin  dan  Ipin sentiasa  bersyukur  dengan  nikmat  pemberian  Tuhan  iaitu  dalam  bentuk  makanan  yang  sederhana  sahaja  hidangannya  dan  tidak  berlebih-lebihan.  Nenek  Upin  dan  Ipin  pula  sentiasa  menasihati  kedua-dua  cucunya  itu  agar  sentiasa  bersyukur  dengan nikmat  pemberian  Tuhan.  Dia  juga  menambah  bahawa  di luar  sana  terdapat  orang  yang  lebih  susah  lagi  kehidupannya  berbanding  kehidupan  mereka sendiri. 

Nilai  kesyukuran  ini  amat  sesuai  pula  dicontohi  oleh  kanak-kanak  zaman  kini  yang  sebenarnya  lebih  besar  cabarannya  apabila  golongan  mereka  ini  lebih  banyak  hidup  bermewah-mewahan.  Kehidupan  mewah  itu  menyebabkan  kanak-kanak  ini  lebih  teruji  apabila  nilai  kesyukuran  itu  masih  lagi  melekat  dalam  diri  mereka  atau  tidak.  Kita  sedia  maklum  bahawa  kartun  bersiri  Upin  dan  Ipin  mempunyai  peminatnya  sendiri  dan  kanak-kanaklah  yang  memonopoli  minat  tersebut.  Oleh  itu,  nilai  murni  yang  ada  dalam  watak  Upin  dan  Ipin  itu  tadi,  iaitu  nilai  kesyukuran  mudah  sahaja  menyerap  masuk  dalam  diri  mereka. 

Kanak-kanak  yang  sebelum  ini  selalu  hidup  bermewah-mewah  akhirnya  mengubah  cara  hidup  mereka  supaya  lebih  bersederhana  akibat  pengaruh  daripada  watak  Upin  dan  Ipin  tadi.  Hal  ini  membuktikan  bahawa  melalui  tontonan  tv,  nilai  murni  mudah  sahaja  meresap  masuk  dalam  jiwa  atau  diri  kanak-kanak.  Apabila  ini  berlaku,  sacara  tidak  langsung  tabiat  buruk  mereka  yang  dibincangkan  sebentar  tadi  dapat  diubah  menjadi  tabiat  yang  terpuji  dan  menyenangkan  ibu  bapa  itu  sendiri. 

Selain  itu,  sikap  yang  suka  berterima  kasih  dapat  diserapkan  dalam  diri  kanak-kanak  melalui  watak  Upin  dan  Ipin  tadi.  Upin  dan  Ipin  sering  mengucapkan  terima  kasih  kepada  sesiapa  sahaja  yang  melakukan  sesuatu  kebaikan  kepada  mereka.  Ucapan  ini  sangat  ringkas  tetapi  mendalam  maknanya.  Masyarakat  umum  boleh  sahaja  menganggap  ucapan  ini  hanyalah  ucapan  yang  remeh,  tetapi  sekali  kita  mengucapkannya, orang  yang  menerima  ucapan  itu  akan  berbungalah  hati  mereka.  Nilai inilah yang ingin kita serapkan dalam diri kanak-kanak. 

Selain  mempunyai  sikap  hormat,  kanak-kanak  juga  amat  menyedapkan  hati  ibu  bapa  apabila  mereka  bijak  dan  terbiasa  menggunakan  ucapan  itu  dalam  kehidupan  seharian  mereka.  Hati  ibu  bapa  mana  yang  tidak  sejuk  apabila  anak  mereka  sudah  pandai  untuk  berterima  kasih kepada  orang  lain  membuat  kebaikan  kepada  mereka.  Apabila  ucapan  in  sudah  melekat  pada  lidah  mereka,  maka  kita  boleh  menyimpulkan bahawa  watak  Upin  dan  Ipin  berjaya  membawa  nilai-nilai  murni  dalam  kalangan  murid-murid  tadika. 

Apabila sikap berterima kasih  diikuti dengan  rasa  kesyukuran  tadi,  maka  ini  melihatkan  bahawa  kanak-kanak  ini  sentiasa  menerima  seadanya  apa  yang  terjadi  atau  diberikan  kepada  mereka.  Mereka  tidak  pernah  merungut,  sebaliknya  sentiasa  bersyukur  dengan  nikmat  yang  mereka  perolehi  tadi.  Nilai-nilai  murni  sebeginilah  yang  patut  ada  dan  diterapkan  kepada  kanak-kanak  sedari  mereka  kecil  lagi  agar  apabila  dewasa  kelak,  mereka  akan  menjadi  belia  yang  baik  akhlaknya  dan  menyenangkan orang  di  sekeliling  mereka.

Kesimpulannya, kaedah bercerita mempunyai kemampuan dan merupakan salah satu cara yang efektif dan berkesan untuk menerapkan nilai-nilai murni dalam diri kanak-kanak. Sebagai contoh, melalui penceritaan antara nilai-nilai yang dapat dijadikan unsur pembentukan peribadi kanak-kanak ialah baik hati, kasih sayang, bersyukur dan hormat menghormati. Hal ini disebabkan, melalui bercerita banyak manfaat yang dapat diambil. Oleh yang demikian, pihak ibu bapa dan guru perlu berganding bahu bersama-sama menerapkan nilai-nilai murni dalam diri kanak-kanak dengan meluangkan masa untuk berkongsi cerita dengan kanak-kanak. Hal ini bukan sahaja dapat membentuk peribadi kanak-kanak menjadi insan yang berguna tetapi dapat mengeratkan lagi hubungan antara kanak-kanak dan ibu bapa serta kanak-kanak dan para guru.

-Dian Adni-


Analisis Gaya Bahasa Sastera Era 80-an dalam Sejarah Perkembangan Kesusasteraan Melayu Berdasarkan Novel Senjakala.

Oleh: Siti Aisyah Binti Asis

Abstrak
Gaya bahasa sememangnya sering diperkatakan tetapi gaya bahasa sastera sangat jarang kita bincangkan. Sehubungan dengan itu, dalam kertas kerja seminar ini, saya cuba mendiskusikan corak gaya bahasa sastera dalam sejarah perkembangan kesusasteraan Melayu. Kertas kerja seminar ini cuba memperlihatkan pelbagai corak gaya bahasa sastera dengan contoh-contoh relevan yang dipetik daripada novel senjakala.
Cerita dalam sesebuah novel disampaikan melalui bahasa sebagai alat perantaraannya. Pengarang menggunakan gaya bahasa sastera dengan melibatkan tiga aspek yang utama, iaitu pemilihan perkataan, menyusun ayat, dan penggunaan bahasa kiasan. Kejayaan pengarang dalam melahirkan novel yang kreatif ialah dari segi pemilihan perkataan yang hendak disampaikan. Perkataan-perkataan yang dipilih dapat menggambarkan sesuatu peristiwa dan jalan cerita yang jelas agar pembaca dapat memahaminya dengan mudah dan cepat. Untuk menghasilkannya, pelbagai bentuk struktur ayat yang wujud. Kepelbagaian tersebut ditimbulkan pengarang dengan tujuan untuk melahirkan gambaran-gambaran yang jelas, hidup, dan berkesan.
Hampir keseluruhan ayat dalam novel Senjakala tersusun dalam bentuk yang pendek dan ringkas. Susunan tersebut dapat melahirkan gambaran dengan cepat dan mudah agar pembaca dapat mengikuti setiap gambaran secara satu per satu dengan jelas dan terus menerus.

Pengenalan
Sebelum kita merungkaikan definisi jelas berkaitan gaya bahasa sastera, terdapat beberapa perkara yang harus kita fahami pengertiannya terlebih dahulu. Pertama sekali ialah gaya kemudian gaya bahasa seterusnya barulah maksud gaya bahasa sastera. Gaya pada umumnya bermaksud cara dan ragam. Bagi manusia, gaya ialah cara seseorang memperlakukan dirinya berpakaian, bertingkah laku, bercakap, makan minum, dan sebagainya. Kadang-kadang cara atau ragam seseorang memperlakukan dirinya itu dipandang dari segi fizikal sahaja seperti cara berpakaian, cara berjalan, cara bercakap. Kadang-kadang gaya yang lahir itu dianggap sebagai bayangan daripada adab sopan dan akhlaknya.
Gaya bahasa pula diertikan sebagai cara atau ragam bahasa itu dipakai khususnya dalam aspek penulisan. Penggunaan atau pemakaian bahasa mempunyai jenis-jenis khusus seperti untuk menghuraikan ilmu pengetahuan, menulis berita pada dada-dada akhbar, dan mengarang esei. Penggunaan bahasa untuk tujuan-tujuan khusus mempunyai gayanya tersendiri. Gaya bahasa juga dimaksudkan kepada gaya seseorang penulis menggunakan bahasa. Sebagai contoh, gaya bahasa penulis A tidak sama dengan gaya bahasa penulis B. Perbezaan gaya penulisan ini biasanya berlaku kerana berbeza sudut pandangan dalam menyusun atau memilih ayat.
Seterusnya, gaya bahasa sastera ialah gaya yang khusus digunakan dalam bidang kesusasteraan yang sememangnya berbeza dengan gaya menulis karangan-karangan lain. Kesusasteraan ialah kesenian yang menggunakan bahasa sebagai alatnya. Perbezaan bahasa sebagai alat seni dengan bahasa sebagai alat komunikasi ialah bahasa sebagai alat seni mengandungi nilai estetik iaitu nilai yang mengharukan dan membangkitkan perasaan.
Oleh itu, bahasa sebagai alat seni ini bukan sahaja menyampaikan idea dan maklumat tetapi juga dapat menimbulkan perasaan di samping merangsang daya fikir dan akal. Kehadiran nilai estetik ini menjadikan bahasa kesusasteraan mempunyai gaya tersendiri. Seperti penggunaan bahasa dalam bidang lain, penggunaan bahasa dalam bidang sastera juga tertakluk kepada tatabahasa. Walaupun pada umumnya gaya bahasa sastera sering menyeleweng daripada aturan yang biasa namun, penyelewengan tersebut bukanlah penyelewengan tatabahasa. Keadaan ini hanyalah penyelewengan yang berupa manipulasi kebahasaan yang menimbulkan rasa khusus yang mengandungi estetik. Manipulasi tersebut ialah dari aspek pemilihan kata, struktur sintaksis, pemakaian dan pemilihan bahasa figuratif, ungkapan, peribahasa, dan unsur-unsur stilistik yang lain.

Analisis Gaya Bahasa Sastera
Untuk menceritakan sesuatu peristiwa dan gambaran tentang watak dan perwatakan misalnya, pengarang telah menggunakan bahasa sebagai alat perantaraannya. Melalui bahasa tersebut, pengarang dapat menggambarkan segala-galanya. Dalam penggunaan bahasa tersebut, pengarang telah memilih satu gaya khusus supaya apa yang hendak diceritakan menjadi mudah diikuti dan juga menarik.
Demikianlah halnya dengan pengarang novel Senjakala. Baharuddin Kahar mempunyai satu corak gaya bahasa tertentu yang digunakan dalam penulisannya dan gaya tersebut terserlah dalam beberapa aspek.

Pemilihan kata atau diksi
Pada keseluruhannya, novel Senjakala ternyata telah memilih perkataan-perkataan yang amat sesuai dengan temanya. Seperti yang diketahui, novel Senjakala lebih menekankan tema kasih sayang, perasaan cinta yang mendalam terhadap anak, isteri, dan keluarga, dan  rasa kasih sayang tersebut bukan sahaja terserlah pada sebelah pihak tetapi menampakkan hubungan saling menyayangi dalam kalangan anggota keluarga.
Pengarang memilih perkataan-perkataan yang ada hubungannya dengan rasa kasih sayang, penuh kecintaan, dan sanggup melakukan pengorbanan bagi menunjukkan rasa tersebut. Petikan tersebut jelas digambarkan menerusi petikan tersebut.

“Anak ayah dah sembahyang?”
“Sudah”
“Ayah pergi, ya?”
“Ayah jaga diri baik-baik.”
“Tentu, hah mari ayah cium sikit, sayang.”
                                                                       (Senjakala: 14)

            Dalam pemilihan perkataan-perkataan juga, pengarang memperlihatkan ketelitiannya dengan memilih perkataan-perkataan yang sesuai dengan pengalaman dan pendidikan watak-wataknya, sepadan dengan keturunan atau suku bangsa atau kaum, latar daerah, dan tempat. Bagi menggambarkan loghat pertuturan bahasa pasar atau bahasa harian yang dituturkan oleh watak bukan Melayu, iaitu Muniappa, telah digambarkan oleh pengarang seperti berikut.

“Ayo…yo…itu fasal sudah tiga empat hari tarak tengok dia sini minum. Kasihanlah itu orang tua, saya ingat ini bulan dalam dia hari-hari pergi buru, tapi tarak dapat. Apa fasal sekarang dia pergi buru ha? Sudah tua, lebih baik diam-diam rumah duduk.”
                                                                                  (Senjakala: 85)

            Perkataan-perkataan seperti “ayo…yo…”, “ampat”, “tarak”, “buru”, dan “diam-diam” merupakan bahasa pasar yang lazim diucapkan oleh penutur bukan Melayu yang kurang berpendidikan. Semasa berada di perkampungan suku kaum Temiar, kita temui pula loghat pertuturan bagi suku kaum Temiar melalui watak Batin Itam. Beberapa contoh perkataan suku kaum tersebut dapat dilihat berdasarkan petikan berikut.

“Ehh…abang cakap saja, kalau boleh sema tolong, sema mesti buat…”
“Isy…weh ngidam ke bang?”
“Alahai…benolah ut, sayang anak deh…kesihan. Jadi tiga bulan ni abang jenuh saja, ya?” Tanya Batin Itam.
                                                                                (Senjakala: 118)

            Perkataan-perkataan seperti “sema”, “weh”, “alahai”, “benolah”, “ut”, dan “jenuh” dapat memberikan gambaran cara kehidupan oaring-orang Temiar semasa berhubungan dengan orang luar atau kenakalan mereka. Selain itu, perkataan-perkataan tersebut secocok dengan cara pemikiran dan pengalaman hidup orang-orang di daerah pedalaman.
            Di samping itu, terdapat agak banyak penggunaan perkataan-perkataan asing, khususnya perkataan-perkataan darpada bahasa Arab dan bahasa Inggeris. Antara perkataan-perkataan bahasa Arab tersebut ialah “azan”, “al-Fatihah”, “Qulhu”. “bismillah”. “Allah”, “assalamualaikum”. “Alhamdulillah”, “Muqaddam”, “Quran”, “syawal”, dan “selawat”. Pemilihan perkataan-perkataan daripada bahasa Arab tersebut dapat diterima kerana dianggap wajar berdasarkan watak-watak seperti Kinto, Dasima, dan Noor yang merupakan manusia yang patuh pada agama yang dianuti mereka. Tambahan pula, mereka sering menunaikan segala suruhan Allah.
            Pemilihan perkataan-perkataan Inggeris juga sesuai dengan gaya bahasa penceritaan pengarang yang memberikan tumpuan kepada watak-watak seperti Noor, Aman, dan Sarah yang sememangnya mendapat pendidikan menengah dan terdedah pada pengaruh barat. Tambahan pula, Sarah aktif dalam persatuan, Noor berkelulusan MCE dan Aman seorang mahasiswa di pusat pengajian tinggi. Pelbagai contoh perkataan-perkataan Inggeris yang terdapat dalam novel Senjakala, antaranya seperti “T-shirt”, “jean”, “handsome”, “pause”, “scrambler”, dan “shift”.
            Oleh sebab Kinto berasal dari Indonesia atau lebih spesifiknya Sumatera, terdapat juga perkataan-perkataan Indonesia yang digunakan, misalnya “akang, “sore”, “pasrah”, dan “tega”.
            Daripada aspek pelukisan latar tempat umpamanya, jelas ternyata pengarang berjaya memilih perkataan-perkataan yang sesuai, tepat, jelas, dan berupaya untuk membangunkan daya imaginasi pembaca. Hampir seluruh perkataan-perkataan yang dipilih adalah berhubungan rapat iaitu antara cara hidup daerah pedalaman dengan persekitaran alam hutan. Senario tersebut dapat diteliti berdasarkan petikan berikut.

“Di sekitar perkampungan itu ditanami jagung, ubi kayu, dan buah-buahan berselang-seli. Pokok-pokok petai, meranti bukit, keledang, dan jelutung menjulang tinggi menjadi seperti benteng yang memagari sekeliling kampung tersebut. Tidak jauh dari situ, di sebuah bukit di selatannya terhampar tanah huma yang subur dan sepi.”
                                                                                 (Senjakala: 121)

Penyusunan Ayat
Perkataan-perkataan yang dipilih disusun pula dala satu-satu bentuk ayat yang tertentu. Dalam novel Senjakala, terdapat dua jenis susunan ayat yang kerap digunakan oleh pengarang. Pertama, susunan ayat yang pendek. Kedua, susunan ayat yang panjang. Kedua-dua susunan ayat tersebut tidaklah terlalu kompleks. Oleh itu, hampir keseluruhan ayat-ayat dalam novel Senjakala dapat diikuti dengan mudah dan difahami oleh pembaca.
            Ayat-ayat yang pendek tidak digunakan pada semua tempat dan keadaan. Ayat-ayat tersebut hanya digunakan pada tempat dan keadaan yang tertentu sahaja. Lazimnya pula ayat-ayat pendek dalam novel tersebut digunakan dalam dialog antara watak-watak. Ayat tersebut juga tidak menggambarkan pemikiran yang mendalam sebaliknya cuma sekadar pertuturan biasa  yang digunakan dalam kalangan orang kampung. Dialog yang dimaksudkan dapat dilihat berdasarkan petikan berikut.

“Kalau aku minta nak kahwin dengan engkau macam mana? Tanyanya pada suatu hari”
“Entahlah.”
“Mengapa entahlah?”
“Emm…Mana Ma tahu, tanyalah pada ayah”.
“Engkau tak menyesal nanti?”
“Err…aku jauh lebih tua daripada engkau”.
                                                                                (Senjakala: 129)

            Dalam dialog tersebut terdapat penggunaan perkataan-perkataan singkatan atau ringkas seperti “Ma”, “tak”, dan, “nak”. Penggunaan terebut sesuai dan memang sering terdapat dalam perbualan seharian. Disamping itu, ayat-ayat yang pendek juga sangat banyak digunakan dalam melukiskan gerak laku watak. Susunan ayat-ayat yang pendek dan ringkas tersebut menjadikan tempoh bercerita seakan-akan lebih cepat dan bertenaga. Hal ini dapat dilihat dalam petikan berikut.

“Aku menutup tingkap. Kemudian melangkah ke dapur. Aku tahu itu kepercayaan ayah. Kalau tak basuh kaki memang payah hendak tidur. Atau kalau tidur nanti termimpikan yang bukan-bukan…”
                                                                                  (Senjakala: 53)

            Ayat yang panjang pula berfungsi untuk menjelaskan sesuatu gambaran, terutama tentang latar alam, keadaan watak dan peristiwa. Sebagai contoh, ayat yang panjang dapat dilihat berdasarkan petikan berikut.

“Wak Duri tahu, kedainya itu bukan sahaja untuk para penoreh getah dan pekerja-pekerja lombong yang pergi dan datang melalui simpang tersebut, ia juga menjadi tempat persinggahan kumpulan-kumpulan pemburu, baik sewaktu akan pergi mahupun ketika pulang. Mereka bercakap-cakap tentang harimau belang yang mengejipkan sebelah mata apabila tersuluh di waktu malam, tentang rusa yang dapat melompat dari bukit ke bukit dan tentang beruang yang dapat berjalan seperti manusia…”
                                                                                  (Senjakala: 69)

            Sebenarnya, dengan menggunakan ayat-ayat yang panjang begini dapat memberikan kesempatan kepada pembaca untuk membangunkan daya imaginasi mereka tentang sesuatu yang digambarkan. Pengarang juga turut menggunakan pengulangan pada setiap awal ayatnya dengan  tujuan untuk memberi penegasan tentang peri pentingnya sesuatu perkara. Hal ini dapat dilihat dalam petikan berikut.


“…Kalaulah dia seorang pengarang yang baik tentu dia dapat menuliskan semuanya dengan jelas dan berkesan. Dari awal hingga akhir. Dia dan Aman. Dan rumput-rumput. Dan matahari. Dan rama-rama. Dan bunga-bunga. Dan segalanya yang menjadi saksi atas kisah itu.”
                                                                                  (Senjakala: 38)

Demikianlah, pengulangan perkataan “dan” tersebut memberikan penegasan terhadap sesuatu yang ingin dibicarakan dengan tegas. Hal ini disebabkan, pengulangan juga sesuatu hal yang penting. Namun begitu, tidak banyak pengulangan yang ditemui dalam novel Senjakala.

Perbandingan
Dalam novel Senjakala memang terdapat banyak unsur perbandingan bagi memperjelas sesuatu pelukisan suasana, tempat, sikap, perasaan, dan tanggapan watak terhadap sesuatu misalnya melalui personifikasi dan simile.

Personifikasi
Dengan adanya personifikasi, sesuatu benda yang digambarkan telah diberikan sifat manusia. Oleh itu, apabila benda-benda mati diberikan gambaran sedemikian, keadaan tersebut menjadikan benda yang digambarkan itu seakan-akan bergerak atau berkelakuan seperti manusia. Hasilnya, gambaran tersebut seakan-akan menjadi hidup dan berkesan. Sebagai contoh, unsur personifikasi dapat dilihat berdasarkan ayat-ayat yang berikut.

“… Bau tanah dan daun-daun kering bersatu lalu bangkit dari bumi oleh sejuknya cuaca sepanjang malam.”              (Senjakala: 18)

“… angin hutan yang terus-terusan berhembus dan lidapan daun-daunan yang menyerkup begitu menyamankan.” (Senjakala: 23)

“Mega di langit barat tampak suram kemerah-merahan oleh ciuman terakhir matahari.”                                      (Senjakala: 41)


Simile
Simile pula ialah perbandingan betul yang menggunakan kata-kata “seperti”, “umpama”, “bagai”, “macam”, dan “laksana”. Dalam novel Senjakala, pengarang telah menggunakan simile dengan cermat dan tepat. Penggunaan unsur simile dapat dilihat dalam petikan-petikan yang berikut.

“Ketenangan yang merata menyebabkan dia berasa hutan itu seperti seorang puteri yang terlena di peraduan yang sejuk dan nyaman.”                                                                   (Senjakala: 27)

“…akan dimahkotai uban seluruhnya lalu menjadi putih seperti kekabu.”                                                                    (Senjakala: 43)

“Seperti ombak yang datang bertubi-tubi menerjang pantai, begitulah keharuan datang membanting hatinya.” (Senjakala: 67)



Kesimpulan
Secara keseluruhannya, gaya bahasa sastera yang digunakan oleh pengarang adalah bahasa yang mudah difahami walaupun terdapat percampuran bahasa seperti bahasa Inggeris, Arab, begitu juga dengan pengaruh bahasa Indonesia.
Selain itu, juga tidak kurang pentingnya ialah tentang keindahan bahasa pengarang dalam mengungkapkan sesuatu perkara atau masalah sehingga kita dapat merasakan keindahan tersebut meresap masuk ke dalam hati dan ingatan kita. Dalam erti kata lain, gaya bahasa sastera yang digunakan adalah kreatif dan menarik.

-Dian Adni-


           1.0Pengenalan

Koleksi puisi “Wahai Api Jadilah Dingin, Jadilah Embun” merupakan satu kelangsungan tradisi warga penggiat dan peminat sastera dalam menyuarakan keprihatinan dan apresiasi kemanusiaan atas penderitaan manusia sejagat. Persoalan-persoalan yang dibangkitkan oleh golongan penyajak dalam koleksi puisi-puisi tersebut tertumpu kepada kezaliman, penderitaan, kemusnahan akibat perang, harapan, dan persaudaraan. Keadaan tersebut merupakan penyataan perasaan sedih, simpati, harapan, dan kemanusiaan yang sangat murni bagi mengenangkan nasib yang dideritai oleh sebuah masyarakat yang dinafikan kemerdekaannya di dunia. Melalui puisi-puisi tersebut kita dapat membayangkan kehidupan rakyat Gaza yang berhujankan peluru, berlantaikan darah, berdindingkan batu-batu runtuh, dan bertilamkan kekecewaan. Kelukaan, pembunuhan, dan kematian merupakan helaian sejarah yang tertulis daripada perasaan amarah.
            Oleh itu, koleksi puisi-puisi tersebut merupakan himpunan suara hati yang mencitrai rasa kebersamaan dalam derita dan air mata. Puisi-puisi tersebut juga seakan-akan himpunan doa yang memohon dan meminta agar derita yang membakar Gaza menjadi embun yang menyejukkan rasa, menjernihkan mata, dan mendinginkan hati yang parah terluka.
Secara umumnya, hampir keseluruhan daripada sajak-sajak yang terkandung dalam  “Wahai Api Jadilah Dingin, Jadilah Embun” bertemakan kemanusiaan. Kemanusiaan  merupakan ilmu akademik yang mengkaji unsur-unsur manusiawi menggunakan kaedah analisis, kritis dan spekulasi dan bukan kaedah empirik sains semula jadi dan sosial. Bidang kemanusiaan termasuklah kajian bahasa, kesusasteraan, sejarah, falsafah, agama, seni visual, seni pentas (termasuk muzik). Bidang antropologi, kajian kawasan, komunikasi, kajian budaya dikatakan bidang sains sosial yang bertindih dengan ilmu kemanusiaan. Bahasa dan kesusasteraan merupakan tulang belakang kajian kemanusiaan moden. (Linguistik dikelaskan sebagai sains sosial) Kesusasteraan merupakan kegunaan bahasa dalam pelbagai bentuk, termasuk prosa (seperti novel), puisi dan drama. Kajian sesuatu bahasa dalam peringkat pengajian tinggi biasanya meliputi kajian karya kesusasteraan yang penting dalam bahasa itu, di samping aspek bahasa itu seperti tatabahasa dan  perbendaharaan kata.
Dalam koleksi sajak-sajak tersebut, tema kemanusiaan telah digunakan sebagai tema utama yang cuba ditonjolkan. Kemanusiaan adalah getaran rasa yang tersentuh dijiwa insan terhadap keinsanan yang dihancurkan. Selain itu, sajak-sajak tersebut juga sebagai medium luahan kemanusiaan yang turut dirasai angkara kezaliman yang dihadapi.
  
2.0 Definisi Teori Sastera

            Teori didefinisikan sebagai tekaan, tanggapan, atau spekulasi terhadap sesuatu. Hal ini menyebabkan, antara satu teori dengan teori yang lain tidak sama, kerana fenomena yang ditanggapi adalah berbeza. Namun demikian, setiap teori itu sebenarnya saling berkait antara satu sama lain. Sebagai contoh, berdasarkan buku Abdul Halim Ali, teori Revisionisme Harold Bloom dan teori Arkitaipel Curl Jung berkait rapat dengan teori Psikoanalisis Sigmund Frued. Selain itu, apabila dikaji dengan lebih mendalam, teori Teksdealisme yang dihasilkan oleh Mana Sikana juga mempunyai hubungkait yang sangat rapat dengan teori Psikoanalisis, khususnya teori Revisionisme yang dikemukakan oleh Harold Bloom.
            Abdul Halim Ali menyatakan bahawa Rene Wellek dan Warren (1988) merupakan tokoh sastera moden terawal yang memberi makna kepada teori sastera. Teori sastera dikatakan menjelaskan perkara-perkara seperti prinsip, kategori, dan kriteria sastera.
            Teori berasal daripada perkataan Yunani iaitu therio yang membawa makna pemandangan. Definisi tersebut membayangkan bahawa, teori berasaskan kepada konsep seseorang yang kemudiannya mengemukakannya dalam bentuk suatu pandangan. Selain itu, definisi tersebut juga memberi kefahaman tentang sifat teori yang relatif dalam pelbagai pendapat. Terdapat juga definisi teori yang dikemukakan oleh para sarjana dan pengkaji Melayu di Malaysia. Menurut Abdul Halim Ali, dalam bukunya menyatakan bahawa Ramli Isin (1997) menjelaskan teori sebagai gagasan tentang definisi, konsep, prinsip, kriteria, dan saranan yang memperjelaskan sesuatu objek. Teori merupakan sesuatu pendapat, cara, atau sesuatu aturan yang sistematik sifatnya yang dicetuskan oleh seseorang pemikir atau penteori yang boleh digunakan oleh pencetus atau pengikutnya sama ada yang sezaman atau lebih kemudian untuk melakukan sesuatu pengkajian atau penelitian dalam sesuatu bidang ilmu.
            Secara keseluruhannya, definisi teori sastera dapat disimpulkan sebagai gugusan idea atau konsep yang membentuk suatu tanggapan bagi memahami dan menjelaskan sesuatu fenomena kesusasteraan berasaskan aturan yang sistematik.

3.0  Pendekatan Teori Sastera dalam Koleksi Sajak “Wahai Api Jadilah Dingin,  Jadilah  Embun”

Pendekatan bermaksud pelaksanaan atau aplikasi prinsip-prinsip atau dasar-dasar sesebuah teori dalam kritikan. Hal ini bermaksud, untuk mengkritik sesebuah teks, terlebih dahulu seseorang itu perlu memahami dengan baik prinsip-prinsip sesebuah teori. Berikut dibincangkan beberapa contoh pendekatan yang lazim digunakan dalam kegiatan kritikan sastera. Pendekatan yang digunakan tidak hanya berdasarkan prinsip-prinsip teori yang ada dalam disiplin sastera, tetapi juga mengambil teori daripada disiplin ilmu lain seperti sosiologi, moral, ekonomi, dan psikologi.

3.1 Pendekatan moral

Dalam koleksi sajak, “Wahai Api Jadilah Dingin, Jadilah Embun” telah menggunakan pendekatan moral sebagai teori sasteranya. Sebagai contoh, dalam sajak Selayang Pandang, Kaca Hidup, Insaflah, Langkah Sepi, dan Hai Manusia. Pendekatan ini memberi penekanan kepada isi teks yang dihubungkan dengan prinsip-prinsip moral yang universal. Teks sastera bukan sahaja sebagai satu hasil seni tetapi bagaimana isi dan matlamat sastera tersebut boleh menyumbang kepada pembentukan masyarakat yang baik dan sempurna. Pendekatan dari sudut moral mempunyai unsur yang bersifat didaktivisme iaitu mempunyai ideologi ke arah menyampaikan pengajaran, didikan, dan pembentukan akhlak yang baik. Sebagai contoh, kita dapat lihat pendekatan moral jelas terserlah dalam sajak Hai Manusia.

Hai manusia!!!
Ingatlah
Langit biru yang indah
Tidak menggambarkan ketenangan selamanya
Awan mendung yang kelabu
Bukan tanda hari nak hujan
Tetapi suatu malapetaka yang tiada berkesudahan
Terdengar jerit perit anak kecil
Yang tidak tahu akan satu makna kemusnahan
Si ibu hanya mampu meratap tangis
Memeluk erat anak tercinta
Si ayah hanya mampu berdoa kepada-Nya
Supaya selamat dari bencana
Hai manusia!!!
Ingatlah
Jangan angkuh didunia ini
Dunia hanya pinjaman semata
Tidak selalunya kita di atas
Ada masa kita di bawah juga
Sebelum terlambat insaflah kita
                                                               
Pendekatan moral yang digunakan dalam sajak tersebut memberi penekanan kepada nilai-nilai moral dan kesan didaktivisme kepada masyarakat. Teks-teks sastera yang sarat dengan persoalan-persoalan perilaku masyarakat juga sangat sesuai dikaji menggunakan pendekatan ini. Sebagai contoh, kita dapat lihat berdasarkan sajak Langkah Sepi.

Langkah sepi itu meniti persimpangan jalan
Meninggalkan kesan-kesan luka
Menghiris sebuah perasaan

Lihatlah dunia betapa hebatnya anak-anak itu
Sekecil usianya sudah kehilangan ibu bapa tercinta
Berjuang! Berjuang! Membalas segala kehancuran
Walaupun hanya seketul batu dtangan

Oh! Dimanakah sifat kemanusiaan
Anak-anak kecil itu ditembak dengan rakusnya
Terkulai layu menunggu kembali pada yang Esa
Jauh disudut hati meninggalkan kesan abadi

Kita seolah-olah menyokong perbuatan keji ini
Kita gadaikan maruah dengan menyumbang kepada Israel
Setiap ringgit yang kita salurkan
Menghujankan peluru di bumi Gaza
Lalu syahidlah mereka menghadap ilahi
Menjadi lambang kemegahan Islam
Bumi di mana para anbia disemadi
Bumi yang akhirnya
Terus diratah oleh bangsa bernama Yahudi
Pendekatan moral juga berusaha menimba dan menggali nilai-nilai murni, mesej, dan pengajaran yang mengandungi unsur pendidikan. Pendekatan tersebut juga menghubungkan isi teks dengan reality di luar teks untuk mengukuhkan signifikan moral.

3.2 Pendekatan Sosiologi

Pendekatan sosiologi dalam teori sastera merupakan salah satu bidang sains sosial yang mempunyai hubungkait dengan kesusasteraan. Sosiologi melibatkan pelbagai perkara termasuk latar sosial masyarakat baik di dalam mahupun lura teks. Aspek-aspek yang menjadi teras kemanusiaan dan kemasyarakatan seperti ekonomi, politik, budaya, dan etika sosial turut dilihat sebagai unsur-unsur penting yang mempengaruhi latar tekstual karya.

Secara ringkas, pendekatan sosiologi memberi penekanan kepada aspek-aspek sosial tentang bagaimana seseorang itu seharusnya menjadi anggota yang berguna dan bertanggungjawab demi kepentingan masyarakat. Sebagai contoh, pendekatan tersebut dapat dilihat berdasarkan sajak Insaflah.

Sana sini butiran bom dilepaskan
Sini sana bunyi tempakan
Dari kejauhan terdengar jeritan
Dari kejauhan terdengaran suara tangisan
Ke mana hilangnya rasa perikemanusiaan
Lesap sudah nilai belas kasihan

Berat mata yang memandang
Berat lagi bahu yang memikul
Biar pun kerap kali kedengaran pekikan
Esak tangisan anak-anak semakin bergema
Seperti gema bom jatuh ke bumi
Namun mereka tetap berdoa kepada-Nya

Insaflah wahai manusia
Kekejaman bukan kehendak-Nya
Apa guna akal yang dianugerahkan-Nya
Berfikirlah dahulu baik buruknya
Kerana kita tidak rugi apa-apa
Melainkan kebahagiaan dan keamanan upah daripada-Nya
Marilah bersama-sama berdoa untuk mereka
Kerana itu kewajipan kita

3.3 Pendekatan Teori Marxisme

Teori Marxisme muncul bukan disebabkan oleh fenomena-fenomena kesusasteraan, sebaliknya lebih disebabkan oleh fenomena-fenomena sosial yang berkait dengan pertentangan kelas dalam sistem ekonomi, kekuasaan, dan pengaruh politik. Walau bagaimanapun, fenomena-fenomena sosial juga berkait rapat dengan kesusasteraan dan meletakkan kesusasteraan dalam struktur yang tinggi dalam sistem sosial. Realiti dalam teks merupakan cerminan daripada realiti dalam masyarakat. Sebagai contoh, pendekatan tersebut dapat dilihat berdasarkan gambaran fenomena dalam sajak Maharajalela Zionis.

Betapa sayunya hati
Melihat kekejaman dunia
Begitu angkuh menodai insan lemah
Bak harimau buas yang ganas
Kekejaman Zionis
Tatkala melihat darah merah mengalir
Meragut nyawa membawa jauh pergi
Badan dikandung tanah tidak berdaya

Oh…kejamnya dunia
Tidak terlawan dek bedilan buas
Meragut kebahagiaan Palestin
Di buminya sendiri maruah tergadai
Meranapakan jiwa yang kecil
Yang baru ingin mengenal dunia
Dunia dirampas dengan angkuh
Zionis bermaharajalela Palestin berdarah
Menghitung hari setiap detik
Agar buminya berhenti dari keganasan
Penderitaan dihanyut arus deras
Walau seketika…
Zionis bermaharajalela
Merampas cinta Palestin
Merampas hak hidup di buminya
Mengejar kebahagiaan…
Kezaliman Zionis disaksi beribu mata
Melihat keangkuhan memusnahkan Islam
Betapa dasyatnya…
Darah merah mengalir sana sini
Membasahi tanah yang tidak berdosa
Bedilan memusnahkan harapan Palestin
Memusnahkan impian
Membawa jauh pergi meninggalkan kepalitan
Berdarah…betapa meragut kebahagiaan
Meninggalkan memori berdarah
Oh dunia bangkitlah dari kealpaan
Melihat kemusnahan saudaramu
Di buminya…
Walau seketika

Kritikan sastera melihat, ruang sosial dan ekonomi yang dibincangkan oleh teori Marxisme membuka ruang yang luas untuk memahami fenomena tentang isu-isu sosial seperti kemiskinan, setinggan, buruh, perebutan kuasa, penindasan, dan kezaliman. Oleh sebab itu, pendekatan teori Marxisme sering digunakan untuk memberi gambaran tentang fenomena-fenomena sedemikian. Selain sajak Maharajalela Zionis, sajak Kekejaman yang Terkejam juga merupakan antara sajak yang menggunakan pendekatan teori Marxisme.

Kejam yang kejam
Kejam dari yang kejam
Kejam terlalu kejam
Kejam dari yang terlalu kejam
Kejam menjadi lebih kejam
Kejam…kejam…kejam
Kaulah bangsa yang terlalu kejam.

Ia terus menjadi kejam
Setelah ia memiliki kekejaman
Dari kejam kepada yang lebih kejam
Dari yang lebih kejam
Kepada yang maha kejam
Setelah ia menghirup kekejaman
Ia menjadi semakin ganas dan buas
Kini menjadi pembunuh yang ganas

Kerana ia bangsa yang kejam
Setiap hari ia meningkat kekejaman
Diasah kekejaman itu
Supaya menjadi lebih tajam
Untuk membunuh ribuan umat Islam
Melebarkan kekejaman dengan tangan syaitan

Rumah yang roboh, bangunan yang runtuh
Tubuh hancur, tulang bertabur
Tangan yang terkulai, kepala yang berkecai
Darah yang tumpah, tangisan yang melimpah
Segala-galanya musnah punah ranah
Tetapi rakyat Palestin yang ditembusi peluru
Bukan sahaja mereka yang menerima kekejaman
Tetapi umat Muslimin yang ingin dihancurkan
Oleh si kejam yang paling kejam
Rakyat Israel yang jiwanya dilumuri kekejaman
Menjadi manusia paling kejam di seluruh alam

Kepadanya pembunuhan suatu permainan
Kepadanya pencerobohan itu adalah wajar
Kepadanya anak-anak Palestin sasaran tembakan
Bangsa Yahudi memilih menceroboh dan membunuh
Kerana pemimpinnya telah kehilangan kewarasan
Dengan gembira bongkak dia atas pentas kekejaman
Bangsa Yahudi bangsa dilaknat Allah
Hidup matinya meningkat kekejaman
Kerana belakangnya ada tangan-tangan syaitan
Yang menyemarakkan pembunuhan

Wahai seluruh umat muslimin
Gemakan dan semarakkan doa
Semoga Allah menghancurkan Yahudi laknatullah
Negara Israel yang lahir dari penipuan
Oleh muslihat tajam bangsa mungkar
Akan ada pembalasan dengan kebenaran Al-Quran
Yahudi dan Israel akan binasa.
  
4.0 Kesimpulan

Koleksi sajak “Wahai Api Jadilah Dingin, Jadilah Embun” mengangkat tema kemanusiaan sebagai persoalan utama yang cuba ditonjolkan. Dalam penghasilan sajak-sajak tersebut, terdapat pelbagai pendekatan yang digunakan sebagai garis panduan antaranya ialah pendekatan secara moral, sosiologi, dan teori marxisme. Pendekatan secara moral lebih menjurus kepada penyampaian pengajaran, pendidikan, dan pembentukan akhlak yang baik. Pendekatan secara sosiologi pula lebih menekankan unsur-unsur kemanusiaan dan kemasyarakatan seperti ekonomi, politik, budaya, dan etika sosial, manakala pendekatan secara teori Marxisme pula berkait dengan gambaran fenomena-fenomena sosial yang berkaitan dengan pertentangan kelas dalam sistem ekonomi, kekuasaan, dan pengaruh politik.


-Dian Adni-



Pengenalan

Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) mempunyai matlamat memperkembang fungsi murid secara menyeluruh dan bersepadu bagi mewujudkan insan yang seimbang dan harmoni dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani supaya mereka dapat menjalani kehidupan seharian mereka dengan berkesan dan penuh tanggungjawab. Untuk mencapai matlamat, antara lain guru perlu mempunyai kemahiran memilih kaedah pengajaran dan pembelajaran dengan bijaksana supaya kaedah yang dipilih itu sesuai dengan murid yang mempunyai pelbagai kebolehan, kecenderungan, dan minat. Ilmu pengetahuan murid tidak semuanya berasal daripada maklumat deria yang wujud secara bebas dalam persekitaran yang diserap ke dalam fikiran murid melalui pengalaman dan pancaindera atau mungkin juga wujudnya pengetahuan semula jadi dalam mental tetapi ilmu pengetahuan tersebut diperoleh dengan cara membina sendiri melalui pengalaman, renungan, dan pengabstrakan.

            Oleh itu, untuk mendapatkan hasil pengajaran dan pembelajaran yang terbaik dan berkualiti, guru perlu menganalisis gaya atau kaedah pengajaran dan pembelajaran bilik darjah yang tepat dan bersesuaian dengan pelajar. Antara kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sering digunakan di dalam bilik darjah ialah pendekatan objektivisme yang lebih berpusatkan guru. Walau bagaimanapun, pada zaman ini kaedah tersebut bukanlah kaedah yang efektif dan hasilnya juga kurang menggalakkan. Oleh yang demikian, pendekatan konstruktivisme yang lebih berpusatkan murid perlu dipraktikkan di dalam bilik darjah sebagai contoh dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.


Teori Objektivisme

Objektivisme berpegang kepada fahaman yang melihat objek dan nilai kualiti yang wujud dengan tersendiri. Pada pandangan objektivisme realiti luar bebas daripada minda dan pengetahuan manusia. Walau bagaimanapun, perbezaan persepsi terhadap realiti luar wujud antara manusia kerana manusia mempunyai bias, pandangan, dan pilihan sendiri yang berbeza. Untuk berfikiran objektif, manusia harus mengenepikan bias, pandangan, dan pilihan sendiri dengan berfikir secara logik dan saintifik. Pendekatan objektivisme dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) sealiran dengan behaviourisme. Fahaman behaviourisme beranggapan bahawa tingkah laku manusia dibentuk secara luaran dan dipengaruhi oleh faktor persekitaran. Tingkah laku ialah rangkaian rangsangan dan gerak balas. Tingkah laku manusia berlaku secara penyesuaian dan penerimaan maklumat berlaku secara pasif.
           
Behaviourisme mengenepikan faktor warisan baka, jiwa, dan mental. Pendekatan pembelajaran terbatas kepada perubahan dalam tingkah laku yang boleh dilihat. Behaviourisme memberi penekanan kepada peneguhan terhadap tingkah laku untuk mencapai tahap kemahiran seperti yang dianjurkan tanpa mengira kefahaman atau pemikiran logik seseorang. Guru memainkan peranan yang penting dengan mengawal keseluruhan kelas. Hal ini membuatkan para pelajar perlu mengikuti pembelajaran secara mendatar, iaitu berpandukan pembelajaran yang tersedia ada dengan segalanya diatur mengikut pandangan pakar yang membuat sukatan pelajaran dan terjadinya satu batasan untuk guru memainkan peranan serta pengalaman mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
           
Dalam pendekatan objektivisme, peranan guru adalah terbatas disebabkan oleh penyekatan kreativiti atau pengolahan sesuatu subjek di dalam pengajaran dan pembelajaran tidak dapat dilakukan dengan mudah kerana telah ditetapkan dan proses P&P perlulah melalui landasan betul yang telah digariskan dalam sukatan pelajaran. Oleh yang demikian, pelajar akan menerima secara terus dan minda pelajar tidak dapat diolah dengan menggunakan pelbagai kaedah dalam keadaan yang berbeza. Paradigma pendidikan sekarang lebih menjurus ke arah objektivisme. Paradigma ini diperlihatkan gagal dalam menyelesaikan pelbagai masalah pembelajaran pelajar. Teknik pembelajaran juga tidak lari dari pendekatan objektivisme dengan contoh murid diuji sama ada mereka dapat memberi jawapan yang dikehendaki oleh penggubal soalan atau tidak. Setelah diuji pelajar mempunyai tafsiran yang sama dengan penggubal. Oleh itu, soalan-soalan yang banyak dikemukakan menggambarkan pendedahan dari segi pemikiran yang kreatif dan kritis bagi pelajar, daya pengujian pula akan lemah kerana pelajar tidak dapat diuji dengan lebih efektif dalam pengajaran dan pembelajaran khususnya dalam pembelajaran bahasa Melayu.
           
Teori ini banyak menyekat kebebasan pelajar dalam memberi daya pemikiran yang kreatif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Penyekatan ini mampu memberi impak yang besar kepada pelajar dalam menilai tahap pembelajaran mereka disebabkan pembatasan yang dilakukan oleh sistem pendidikan yang menggunakan teori ini. Teori ini juga banyak memberi kesan negatif bukan sahaja pada pelajar malah pada guru kerana keterbatasan ini boleh menjejaskan daya kreativiti guru untuk mengolah suasana pengajaran agar lebih konduktif dan berkesan.


Pendekatan Objektivisme dalam Bilik Darjah

            Teori objektivisme banyak digunakan dalam sistem pembelajaran di dalam bilik darjah, misalnya dalam pembelajaran bahasa Melayu. Pendekatan objektivisme dianggap mudah kerana telah ditetapkan segalanya oleh pakar untuk guru menyampaikan segala isi kandungan subjek yang diajar mengikut sukatan dan huraian yang ditetapkan. Oleh yang demikian, guru perlu mengikut segala konsep yang diberikan oleh sukatan dan guru hanya perlu menjelaskan isi kandungan sukatan semasa mengajar. Implementasi dari kesan teori ini amat jelas, iaitu terdapat kebaikan dan keburukan dalam menggunakan teori objektivisme.

Kebaikan yang diperoleh dari teori tersebut ialah seperti memudahkan guru dalam proses pengajaran. Guru mengetahui skop dan huraian yang perlu diajar. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, guru hanya berpandukan pendekatan yang telah digariskan. Hal ini membantu guru untuk lebih bersedia dengan nota dan juga soalan-soalan yang akan diberikan kepada pelajar. Teori objektivisme juga bersifat tetap dan tidak boleh diubah oleh sesiapa melainkan garis panduan baharu yang dikeluarkan dan mendapat pengesahan yang sewajarnya. Oleh yang demikian, guru mudah melakukan imbasan dan juga membuat kesimpulan dalam pengajaran dan pembelajaran yang akan diajar di dalam bilik darjah. Ketetapan yang sedia ada ini memudahkan guru bersedia dalam struktur pengajaran mereka agar dapat dipraktikkan dengan lebih mudah dan sempurna apabila berhadapan dengan pelajar semasa di dalam bilik darjah.
           
Walau bagaimanapun, disebalik kebaikan-kebaikan dalam teori objektivisme, terdapat juga beberapa implementasi yang negatif dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Jika dilihat secara mendalam, teori ini jelas menyekat kebebasan guru dalam membuat perubahan struktur pengajaran mengikut kehendak mereka. Oleh yang demikian, guru tidak mampu memberi buah fikiran dan juga idea-idea yang bernas dan bersesuaian dengan kehendak semasa kerana mereka dibayangi dengan ketetapan yang sedia ada, iaitu sukatan dan huraian yang telah diwartakan. Selain itu, pelajar juga mendapat impak yang mendalam kesan aplikasi daripada teori ini. Hal ini jelas kerana pendekatan ini memberi kesan dalam pemahaman pelajar khususnya dalam pembelajaran bahasa Melayu kerana mereka tidak diberikan olahan yang bersesuaian mengikut situasi yang sebenar. Penyekatan ini dapat dilihat dengan jelas, iaitu guru mengajar secara berterusan mengikut sukatan yang telah ditetapkan dan pelajar tidak dapat memberi buah fikiran mereka dalam memahami secara mendalam tentang sesuatu subjek yang diajar.


Teori Konstruktivisme

Konstruktivisme pula merupakan proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana pengetahuan disusun dalam minda manusia. Unsur-unsur konstruktivisme telah lama dipraktikkan dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah, maktab, dan universiti tetapi tidak begitu ketara dan tidak ditekankan. Mengikut kefahaman konstruktivisme, ilmu pengetahuan sekolah tidak boleh dipindahkan daripada guru kepada murid dalam bentuk yang serba sempurna. Murid perlu membina sesuatu pengetahuan mengikut pengalaman masing-masing. Pembelajaran adalah hasil daripada usaha murid itu sendiri dan guru tidak boleh memberikan semua kandungan untuk murid. Blok binaan asas bagi ilmu pengetahuan sekolah ialah satu skema, iaitu aktiviti mental yang digunakan oleh murid sebagai bahan mentah bagi proses renungan dan pengabstrakan. Fikiran murid tidak akan menghadapi realiti yang wujud secara terasing dalam persekitaran. Realiti yang diketahui murid adalah realiti yang dibina sendiri. Murid sebenarnya telah mempunyai satu set idea dan pengalaman yang membentuk struktur kognitif terhadap persekitaran mereka. Untuk membantu murid membina konsep atau pengetahuan baru, guru harus mengambil kira struktur kognitif yang sedia ada pada mereka. Apabila maklumat baru telah disesuaikan dan diserap untuk dijadikan sebahagian daripada pegangan kuat mereka, barulah kerangka baru tentang sesuatu bentuk ilmu pengetahuan dapat dibina. Proses inilah dinamakan konstruktivisme.
           
Beberapa ahli konstruktivisme yang terkemuka berpendapat bahawa pembelajaran yang bermakna bermula dengan pengetahuan atau pengalaman sedia ada murid. Mereka berpendapat bahawa murid mempunyai idea mereka sendiri tentang hampir semua perkara sama ada yang betul atau yang salah. Jika kefahaman dan miskonsepsi ini diabaikan atau tidak ditangani dengan baik, kefahaman atau kepercayaan, mereka akan tetap kekal walaupun dalam peperiksaan mereka mungkin memberi jawapan seperti yang dikehendaki guru. Bukan itu sahaja, dalam teori konstruktivisme dikatakan bahawa pendidik yang cekap harus melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sebagai proses menyusun atau membina pengalaman secara berterusan. Beliau juga menekankan kepentingan penyertaan murid di dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Dari perspektif epistemologi yang disarankan dalam konstruktivisme fungsi guru akan berubah. Perubahan akan berlaku dalam teknik pengajaran dan pembelajaran, penilaian, penyelidikan dan cara melaksanakan kurikulum. Sebagai contoh, perspektif ini akan mengubah kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menuju kepada kejayaan murid.  





Prinsip Pendekatan Konstruktivisme dalam Pengajaran dan Pembelajaran



1

Otak ialah prosesor yang selari dan dapat memproses banyak jenis maklumat termasuk fikiran, emosi, dan pengetahuan budaya. Pengajaran yang efektif menggunakan pelbagai strategi pengajaran.


2

Pembelajaran melibatkan keseluruhan fisiologi. Guru tidak boleh menumpukan intelek sahaja.


3

Usaha untuk mencari makna bersifat semula jadi. Pengajaran efektif menyedari bahasa pengertian bagi seseorang adalah personal dan unik. Pemahaman seseorang pelajar bergantung kepada pengalaman uniknya.


4

Usaha untuk mencari makna berlaku melalui pencorakan. Pengajaran efektif menghubungkaitkan idea dan maklumat dengan konsep dan tema global.


5

Emosi adalah kritikal kepada pencorakan. Pembelajaran dipengaruhi oleh emosi, perasaan, dan sikap.


6

Otak memproses bahagian kecil dan keseluruhannya secara serentak. Masalah timbul apabila ada bahagian yang diabaikan.


7

Pembelajaran melibatkan perhatian berfokus dan persepsi keliling. Pembelajaran dipengaruhi oleh persekitaran, kebudayaan, dan iklim.


8

Pelajaran yang melibatkan proses sedar dan tidak sedar. Pelajar memerlukan masa untuk memproses isi pelajaran.


9

Terdapat sekurang-kurangnya dua jenis ingatan yang digunakan. Sistem ingatan ruang dan sistem ingatan untuk pembelajaran hafalan. Pengajaran yang terlalu mengutamakan pembelajaran hafalan tidak memajukan pembelajaran ruang dan pembelajaran berasaskan pengalaman boleh menghalang pemahaman murid.


10

Pelajar memahami dan mengingati dengan baik jika fakta dan kemahiran diselitkan dalam ingatan semula jadi dan ingatan ruang. Pembelajaran berunsurkan eksperimen dianggap paling efektif.


11

Pembelajaran diperkuat oleh cabaran dan dibantutkan oleh ancaman. Iklim bilik darjah harus mencabar tetapi bukan mengugut pelajar.


12

Setiap otak adalah unik. Pengajaran mestilah dipelbagaikan agar murid dapat menyatakan kecenderungan masing-masing.




Pendekatan Konstruktivisme dalam Bilik Darjah

Untuk membantu murid membina konsep atau pengetahuan baru, guru harus mengambil kira struktur kognitif yang sedia ada pada mereka. Apabila maklumat baru telah disesuaikan dan diserap untuk dijadikan sebahagian daripada pegangan kuat mereka, barulah kerangka baru tentang sesuatu bentuk ilmu pengetahuan dapat dibina. Proses ini dinamakan konstruktivisme. Dari persepektif epistemologi yang disarankan dalam konstruktivisme fungsi guru akan berubah. Perubahan akan berlaku dalam teknik pengajaran dan pembelajaran, penilaian, penyelidikan dan cara melaksanakan kurikulum. Sebagai contoh, perspektif ini akan mengubah kaedah pengajaran dan pembelajaran yang tertumpu kepada kejayaan murid meniru dengan tepat apa sahaja yang akan disampaikan oleh guru. Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang memberi tumpuan kepada kejayaan murid akan membantu mereka membina skema konsep berdasarkan kepada pengalaman yang aktif. Hal ini juga akan mengubah tumpuan penyelidikan daripada pembinaan model daripada kaca mata guru kepada pembelajaran sesuatu konsep daripada kaca mata murid.

Bagi mengimplimentasikan model konstuktivisme di dalam bilik darjah, guru mestilah menggunakan pelbagai perspektif dan representasi konsep dan isi kandungan yang didedah dan digalakkan. Matlamat dan objektif mesti diperoleh oleh pelajar atau dalam perundingan dengan guru atau sistem. Guru juga memainkan peranan sebagai pembimbing, pemantau, jurulatih, tutor dan pemudahcara dengan menyediakan pelbagai aktiviti, kesempatan, alat dan persekitaran yang dibekalkan untuk menggalakkan metakognisi, analisis, kawalan, refleksi dan penyedaran kendiri. Selain itu, pelajar juga memainkan peranan utama dalam mengawal pembelajaran. Situasi pembelajaran, persekitaran, kemahiran, isi kandungan dan tugasan adalah relevan, realistik, autentik dan mewakilkan kompleksiti semula jadi dunia sebenar. Bahan pengajaran guru mestilah dari sumber-sumber data primer digunakan untuk memastikan ketulenan dan kompleksiti dunia sebenar. Pembinaan pengetahuan dan bukan reproduksi fakta diutamakan.

Proses pengetahuan ini berlaku dalam konteks individu dan melalui rundingan, kolaborasi dan pengalaman sosial. Sikap, kepercayaan dan pembinaan pengetahuan yang lalu diambil kira dalam proses pembinaan pengetahuan semasa. Penyelesaian masalah, kemahiran berfikir aras tinggi dan pemahaman mendalam ditegaskan. Kesilapan pelajar merupakan peluang untuk memahami pembinaan pengetahuannya yang lalu. Penerokaan adalah pendekatan pilihan untuk menggalakkan pelajar mencari pengetahuan secara berdikari dan mengurus pencapaian matlamatnya. Pelajar diberi peluang untuk pembelajaran bersifat latihan perantisan, iaitu tugasan, kemahiran dan pengetahaun bertambah kompleks. Kompleksiti pengetahuan dicerminkan dalam saling hubungan konsep dan pembelajaran antara disiplin. Pembelajaran koperatif dan kolaboratif diketengahkan agar pelajar didedahkan kepada pandangan alternatif. Tetangga (scaffolding) digunakan untuk membantu pelajar mencapai di seberang (beyond) had kebolehannya.


Perbezaan Objektivisme dan Konstruktivisme

Paradigma pendidikan pada zaman ini kebanyakannya merupakan paradigma objektivisme. Sebenarnya paradigma ini gagal menyelesaikan banyak masalah dalam pendidikan. Perbezaan antara objektivisme dengan konstruktivisme adalah sangat nyata. Objektivisme berdasarkan tanggapan bahawa wujud pengetahuan di luar persepsi manusia. Menurut pandangan ini, fungsi sains ialah untuk memastikan pengetahuan disampaikan secara objektif. Proses pembelajaran dalam paradigma ini hanyalah untuk menyalurkan pengetahuan pendidik kepada murid. Pengetahuan dari perspektif konstruktivisme adalah penjelasan yang paling sesuai untuk menghuraikan fenomena yang diperhatikan. Ahli objektivisme berpendapat bahawa kata pemutus tentang apa yang perlu diajar dan siapa yang patut mengajar adalah dibuat oleh pakar yang semestinya mengetahui segala-galanya. Hal ini menyebabkan ramai murid tidak dapat melihat keperluan belajar sebagaimana yang dapat dilihat oleh pihak pakar. Model autitarian ini menjadikan guru sebagai sumber pengetahuan dan menjadikan guru sangat penting dalam bilik darjah. Murid dan juga orang awam beranggapan bahawa guru mempunyai segala jawapan bagi semua masalah. Sistem ini gagal melahirkan murid yang produktif dan berpengetahuan luas.

Dari pandangan ahli konstruktivisme, setiap murid mempunyai peranan dalam menentukan apa yang akan mereka pelajari. Penekanan diberi untuk menyediakan murid dengan peluang untuk membentuk kemahiran dan pengetahuan mereka untuk menghubungkaitkan pengalaman lampau mereka dengan kegunaan masa depan. Selepas satu sesi perbincangan murid bersama-sama menentukan perkara penting yang harus dipelajari dan tujuan mempelajarinya. Dalam proses ini, murid akan mengalami prosedur yang digunakan untuk menyelesaikan masalah dan memeriksa hasil yang diperoleh. Melalui penggunaan paradigma konstruktivisme, guru perlu mengubah peranannya dalam bilik darjah. Guru mungkin akan berperanan sebagai pelajar atau penyelidik. Dengan cara ini, guru akan lebih memahami bagaimana murid membina konsep atau pengetahuan. Justeru itu guru akan memperolehi kemahiran untuk membina dan mengubahsuai kefahaman serta berkomunikasi dengan orang lain. Guru akan memahami bahawa proses pembinaan dan pengubahsuaian konsep merupakan satu proses berterusan dalam kehidupan.

Dalam paradigma konstruktivisme, murid menganggap peranan guru sebagai salah satu sumber pengetahuan dan bukan sebagai seorang yang tahu segala-galanya. Mereka menganggap pengetahuan sebagai sesuatu yang boleh disesuaikan dan boleh berubah. Mereka juga sedar bahawa mereka bertanggungjawab terhadap diri sendiri untuk menggunakan pelbagai cara bagi memproses maklumat dan menyelesaikan masalah. Dalam erti kata lain, guru adalah berperanan sebagai seorang fasilitator dan pembimbing. Guru bertanggungjawab membimbing dan membantu murid mempelajari sesuatu pelajaran dengan bermakna. Guru tidak boleh belajar untuk murid. Murid perlu membina fahaman sendiri. Kebanyakan teknik penilaian sekarang adalah berdasarkan paradigma objektivisme. Dalam pengujian yang dijalankan, murid akan diuji sama ada dia dapat memberikan jawapan yang dikehendaki oleh penggubal soalan. Oleh yang demikan, soalan-soalan ujian sebenarnya tidak menguji kefahaman dan pengetahuan murid, tetapi hanya menguji kemahiran murid untuk membekalkan jawapan yang dikehendaki oleh penggubal soalan sahaja.

Menurut teori konstruktivisme, penilaian harus merangkumi cara menyelesaikan masalah dengan munasabah dan pengetahuan. Antara teknik-teknik penilaian yang sedemikian ialah peta konsep, rajah venn, portfolio, ujian prestasi dan ujian berpasukan. Pandangan ahli konstruktivisme terhadap disiplin di dalam kelas adalah berbeza dengan ahli objektivisme. Ahli konstruktivisme menganggap peranan guru adalah sebagai pengurus kelas dan boleh menangani hal-hal disiplin murid dengan sempurna. Murid diterima sebagai individu yang mempunyai ciri-ciri perlakuan yang berbeza, iaitu setiap individu itu dianggap penting dalam proses pembelajaran dan perlu diberi perhatian yang wajar. Mereka diberikan peluang untuk membuat keputusan sendiri tentang perkara-perkara yang akan mereka pelajari. Melalui proses ini, mereka akan lebih prihatin, bertanggungjawab, dan melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran mereka. Sebaliknya, ahli objektivisme berpendapat bahawa guru harus berperanan sebagai pengawal disiplin kelas. Murid tidak ada pilihan kecuali menurut peraturan dan undang-undang yang ditetapkan. Mereka yang ingkar akan didenda. Pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan konstruktivisme memberi peluang kepada guru untuk memilih kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan menentukan sendiri masa yang diperlukan untuk memperolehi sesuatu konsep atau pengetahuan. Di samping itu, guru dapat membuat penilaian kendiri dan menilai kefahaman orang lain supaya kefahamannya tentang sesuatu bidang pengetahuan dapat ditingkatkan lagi.



Perbezaan Objektivisme dan Konstruktivisme Secara Jadual



Objektivisme


Konstruktivisme

pengetahuan wujud secara bebas dan bersifat mutlak.

pengetahuan tidak bersifat mutlak, apa yang diketahui dan faham hanyalah persepsi seseorang terhadap maklumat yang diterima. 


pengetahuan boleh dipindah dari seorang ke seorang yang lain secara pakej. 

pengetahuan tidak dapat dipindah secara keseluruhan kerana setiap manusia mempunyai persepsi tersendiri terhadap sesuatu berdasarkan pengalaman. 


pembelajaran adalah proses penerimaan pengetahuan secara pakej. 

pembelajaran mempunyai perkaitan dengan struktur kognitif, pembentukan skemata, asimilasi, adaptasi dan equilbrium hasil tindakan ke atas maklumat yang diterima


guru merupakan sumber ilmu utama


guru hanya pemudah cara kepada pencapaian ilmu pengetahuan


pengajaran bertujuan menyalurkan ilmu pengetahuan dari guru kepada murid 

pengajaran bertujuan menyusun dan membina konsep dan pengalaman murid semua murid mempunyai keupayaan yang sama untuk mentafsir sesuatu maklumat perbezaan pengalaman murid boleh menyebabkan apa yang mereka faham dan bagaimana mereka membentuk idea hasil maklumat yang diterima adalah berbeza


semua murid dianggap mempunyai tafsiran yang sama dengan guru terhadap apa yang disampaikan oleh guru 


setiap individu mempunyai persepsi yang berlainan terhadap apa yang diajar berdasarkan pengalaman masing-masing 

guru mempunyai kata putus tentang apa yang harus diketahui oleh murid

guru perlu merubah peranan mengikut pengalaman dan kefahaman murid kerana proses pengubahsuaian konsep adalah proses yang berterusan 


murid diuji untuk mengetahui samada beliau dapat merekod dan mentafsir maklumat seperti mana yang diharapkan oleh guru 


murid diuji untuk mengetahui tahap kefahaman dan cara beliau mengendalikan maklumat yang diterima 

murid dianggap bijak apabila mereka memberi respon yang diharapkan oleh guru 


murid dianggap bijak apabila mereka memberi respon yang konstruktif terhadap apa yang dibimbing oleh guru walaupun respon iatu di luar tahap kefahaman guru 


guru dianggap sebagai pengawal disiplin dan penguatkuasa peraturan pembelajaran 

guru dianggap sebagai pengurus kelas yang menangani masalah disiplin murid yang berbeza bagi menyesuaikan mereka dengan tahap kefahaman masing-masing



guru tidak mengharapkan apa-apa pertambahan ilmu atau peningkatan kefahaman tentang bidang yang diajar hasil interaksi dengan murid 



guru turut meningkatkan kefahaman tentang bidang yang diajar hasil interaksi dengan murid



Pendekatan Objektivisme dan Konstruktivisme Berdasarkan Pemerhatian




Objektivisme


Konstruktivisme

Tanggapan Utama

Pengetahuan wujud bebas daripada persekitaran dalaman dan luaran pelajar.

Pengetahuan bukan objektif, apa yang kita benar-benar tahu dan faham hanyalah persepsi kita yang ditentukan oleh kita semua. Pengetahuan tidak mempunyai struktur mutlak.


Kesan

Guru menolong murid membina pengetahuan dan rangka konteks di mana ia wujud. Mereka mengguna analogi, contoh dan pelbagai kaedah mengingat. Mereka tanya soalan untuk membantu murid.

Guru menolong murid membina kefahaman baru dan menolong murid merakamkannya ke dalam struktur kognitif sedia ada. Mereka melakukannya dengan menolong murid membentuk analogi, contoh dan kaedah mengingat murid sendiri, dan guru menolong murid membentuk soalan yang perlu ditanya bagi membimbing mereka ke arah kefahaman yang lebih tinggi.


Respon Guru

"ada perkara yang anda hendak tahu dan saya akan ajar kepada anda apa yang saya tahu"
"Saya ajari ini, mereka belajar ini"
"Pelajar ini sungguh bijak, mereka belajar apa saja yang saya ajarkan"

Ada perkara yang anda hendak tahu dan saya akan tolong anda mengetahui bagaimana anda boleh belajar mengenainya"
"Saya ajar ini, mereka belajar itu"
"Pelajar ini sungguh bijak, mereka belajar perkara yang saya tidak pernah ajar mereka"


Penutup
           
Kesimpulannya, pendekatan konstruktivisme adalah lebih baik dan sesuai digunakan di dalam kelas, khususnya, dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Hal ini demikian kerana, murid-murid mempunyai lebih banyak peluang untuk membentuk kemahiran mereka di samping mengaitkan pengetahuan mereka dengan pengalaman latar. Murid akan menyelesaikan sendiri satu-satu permasalahan yang diberikan, iaitu mereka akan membuat keputusan mereka sendiri seterusnya, mencari jalan penyelesaian terhadap permasalahan tersebut. Selain itu, melalui pendekatan konstruktivisme, murid-murid akan menganggap peranan guru sebagai salah satu sumber pengetahuan dan bukan sebagai seorang yang serba tahu. Mereka menganggap pengetahuan sebagai sesuatu yang boleh disesuaikan dan boleh berubah. Mereka juga sedar bahawa mereka bertanggungjawab untuk memimpin diri sendiri dan berpeluang untuk menggunakan pelbagai cara bagi memproses makluamt dan menyelesaikan masalah satu-satu permasalahan. Dalam erti kata lain, pendekatan konstruktivisme menunjukkan guru hanya berperanan sebagai seorang fasilitator dan pembimbing dan gaya pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas lebih berpusatkan pelajar dan bukannya guru.


-Dian Adni-


1.0             Penghargaan


Bismillahhirrahmanirrahim…

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang. Selawat dan salam atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Alhamdulillah, saya bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya, saya dapat menyiapkan tugasan yang telah diamanahkan oleh pensyarah dengan lancar dan jayanya.
Ucapan penghargaan dan terima kasih juga ditujukan khas kepada pensyarah kursus Kesusasteraan dalam Pengajaran Bahasa Melayu (KOMSAS), Prof Madya Dr Hjh Siti Khairiah kerana telah banyak membantu dan membimbing saya dalam menyiapkan tugasan ini. Segala ilmu, tunjuk ajar, kritikan, dan cadangan beliau banyak membantu saya untuk menghasilkan tugasan yang terbaik.
Selain itu, tidak lupa juga ucapan penghargaan dan jutaan terima kasih kepada ibu dan bapa saya yang sentiasa memberikan dorongan agar saya membuat yang terbaik dalam apa juga tugasan yang diberikan dan menyalurkan bantuan berbentuk wang ringgit untuk perbelanjaan seperti keperluan buku-buku khusus sebagai bahan rujukan.
Seterusnya, ucapan penghargaan dan terima kasih juga kepada rakan-rakan sekelas saya sama ada secara langsung ataupun tidak langsung yang juga banyak membantu saya dalam mencari bahan-bahan yang bersesuaian selain memberikan tunjuk ajar mereka dalam menyiapkan tugasan ini.

2.0  Pengenalan

Bermula pada sesi persekolahan tahun 2010, pelajar-pelajar tingkatan 1 dan 4 telah menggunakan teks KOMSAS yang baharu bagi menggantikan antologi “Sehijau Warna Daun” untuk tingkatan 1 dan “Anak Laut” untuk tingkatan 4 yang telah digunakan sejak tahun 2000. Teks KOMSAS tersebut juga telah lama diuji dalam peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM), iaitu bermula tahun 2001 manakala dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR), iaitu pada tahun 2002. Antologi KOMSAS yang baharu bagi tingkatan 1 berjudul Kasut Kelopak Jantung” diambil berdasarkan cerpen tulisan Ghazali Lateh manakala antologi KOMSAS bagi tingkatan 4 yang berjudul “Harga Remaja” pula diambil  berdasarkan sajak yang dihasilkan oleh Rahman Shaari. Oleh itu, untuk tugasan ini, saya telah mengambil drama Gelanggang Tuk Wali sebagai kajian teks saya. Kajian yang saya lakukan adalah secara struktural, iaitu dengan mengkaji teks drama tersebut secara terperinci daripada tema drama sehinggalah kepada nilai dan pengajaran yang terkandung dalam teks tersebut.

Sinopsis Drama Gelanggang Tuk Wali

Ripin telah pergi ke rumah Tuk Wali, untuk memaklum jemputan bersilat di majlis perkahwinan rumah Haji Kodri. Kedatangannya disambut oleh Mak Umi. Tuk Wali mahu memenuhi jemputan tersebut walaupun demam,. Tuk Wali juga berbual dengan Ripin tentang kerakusan manusia yang menyebabkan kepupusan spesies pokok-pokok herba di hutan sebagaimana yang dilakukan oleh Si Guan. Tuk Wali kesal oleh sebab harga akar-akar kayu semakin rendah Tuk Wali meminta Ripin memastikan murid-murid silat berkumpul kerana wartawan akan datang pada malam itu.
Tuk Wali bersiap-siap untuk pergi ke rumah Haji Kodri dengan berpakaian baju Melayu yang lengkap dengan samping dan bersongkok. Tidak lama kemudian, Imam dan Siak berkunjung ke rumah Tuk Wali. Kedatangan mereka disambut oleh Mak Umi. Siak menyatakan perasaan tidak senang kerana, dia masih bersilat di gelanggang. Baginya Tok Wali sepatutnya menghabiskan masa di masjid. Mak Umi mempertahankan suaminya kerana selama ini suaminya tidak pernah tinggal solat berjemaah di masjid malah mengerjakan solat sunat setiap malam. Bagi Mak Umi, Tuk Wali hanya memenuhi hajat orang untuk memeriahkan majlis, tidak melanggar adat dan agama. Mak Umi meminta Imam dan Siak bercakap dengan Tuk Wali sendiri tentang hal itu. Dia juga akan memaklumkan nasihat Siak dan Imam kepada Tok Wali.
Tuk Wali meluahkan rasa tidak senangnya terhadap Piee cucu tirinya, Piee yang telah memalukan dirinya di rumah Haji Kodri. Mak Umi mahu Tuk Wali mengubatkan Piee yang menagih dadah. Tuk Wali menyuruh Mak Umi menghalau Piee jika datang ke rumah itu lagi. Tuk Wali terlalu marah kepada Piee kerana dia telah mencuri wang tambang Tuk Wali ke Mekah yang berjumlah RM2000.00. Mak Umi memaklumkan nasihat Imam dan Siak kepada Tok Wali. Tuk Wali mengatakan bahawa dia boleh duduk berzikir di masjid tetapi dia juga perlu mengubatkan orang yang patah kaki, terseliuh, dan histeria. Tuk Wali mengimbas dirinya ketika muda dahulu sering dipuji dan dianggap hebat. Apabila dia sudah tua segala yang dilakukannya dipandang tidak elok. Mak Umi mencadangkan anak-anak muridnya seperti Ripin menggantikan tempatnya untuk bersilat di majlis kahwin.
Tuk Wali mengatakan bahawa silat sudah sebati dengan dirinya. Tok Wali dikunjungi oleh Ripin dan Mariam. Tuk Wali menyarankan Ripin dan Mariam mengambil tempatnya untuk mengajar silat tetapi mereka berdua tidak bersedia Mereka merayu agar Tuk Wali terus mengajarkan silat. Tuk Wali mengambil sebilah keris dan menceritakan asal usul keris tersebut Tok Wali merasakan Ripinlah yang layak untuk menjadi pewaris keris itu. Dua orang wartawan dari majalah Pejuang, iaitu Halim dan Jamil datang ke rumah Tuk Wali untuk menemu ramahnya. Piee cucu tiri Tuk Wali yang baru keluar dari pusat pemulihan muncul. Setelah kedua-dua wartawan itu pulang, Tuk Wali menampar dan memarahi Piee kerana masuk ke dalam biliknya. Empat orang pemuda telah datang ke rumah Tuk Wali. Menyangka Tuk Wali tiada di rumah mereka bermain gitar, menyanyi sambil menari-nari. Tuk Wali memarahi mereka. Salah seorang pemuda telah ditampar oleh Tuk Wali kerana bersikap biadap.
Siak datang ke rumah Tuk Wali dan mencabar Tuk Wali agar bersilat dengannya. Siak berasa marah kerana Tuk Wali telah menampar cucunya yang mahu belajar silat. Mereka bertarung menggunakan sundang. Mak Umi mencari Ripin untuk meleraikan pergaduhan tersebut. Ripin berjaya mengunci pergerakan Siak. Ripin mencadangkan Tuk Wali dan Siak menyelesaikan masalah dengan cara berunding.. Mak Umi menyuruh Ripin menghantarnya ke rumah Berahim kerana dia tidak mahu melihat pergaduhan antara Tuk Wali dengan Siak. Siak akhirnya meninggalkan rumah. Tuk Wali yang kepenatan dan akhirnya terlena dibuai mimpi indah.
Piee masuk ke rumah Tuk Wali dan mengambil biola serta sebilah keris yang tersisip di dinding beranda itu. Tuk Wali menyedari perkara itu dan marahi Piee Kemudian berlaku pergaduhan dan pertikaman antara Tuk Wali dengan Piee. Semasa Tuk Wali ingin mengambil biola yang dijatuhkan oleh Piee, Tuk Wali ditikam oleh Piee. Tikaman itu terkena di perut Tuk Wali. Tuk Wali dapat mengambil keris daripada tangan Piee. Tuk Wali semakin lemah apabila banyak darah keluar daripada lukanya. Ripin terkejut apabila melihat Tuk Wali yang terbaring berlumuran darah. Ripin mahu menghantar Tuk Wali ke hospital tetapi Tuk Wali enggan. Tuk Wali sempat menyerahkan keris tersebut kepada Ripin sebelum meninggal. Ripin ingin menuntut bela atas kematian Tuk Wali. Dia menyangka Siak yang membunuh Tuk Wali. Siak dan Imam muncul dan melihat Ripin memegang keris dalam keadaan Tuk Wali telah terbujur kaku. Imam menyangka bahawa Ripin telah membunuh Tuk Wali. Berlaku tuduh menuduh antara Siak dan Ripin Mariam dan Mak Umi sampai lalu menerpa ke arah mayat Tuk Wali. Mak Umi dan Mariam ingin tahu orang yang membunuh Tuk Wali. Siak dan Ripin saling menuduh sekali lagi. Mak Umi menafikan Ripin membunuh Tuk Wali.

Tema dan Persoalan
Tema atau pokok pemikiran dalam drama Tok Wali ialah perjuangan mempertahankan warisan budaya bangsa. Tok Wali mengajarkan ilmu persilatan sejak 50 tahun lalu kepada pemuda-pemudi kampung. Dia juga mematuhi pantang larang mencari pokok-pokok kayu herba di hutan demi memelihara warisan hutan tersebut pada masa akan datang.
Pelbagai persoalan yang dikemukakan dalam drama tersebut, antaranya seperti:
1.      Persoalan sikap hormat-menghormati dalam kalangan masyarakat terhadap orang yang berilmu.
Ripin amat menyanjung tinggi Tok Wali yang telah mengajarnya ilmu silat.

2. Persoalan budaya warisan bangsa yang diremehkan.
Ada sesetengah penduduk kampung yang mencemuh Tok Wali kerana bersilat dalam majlis perkahwinan.

3. Persoalan masalah penagihan dadah yang sukar dirawat.
Piee yang baru keluar dari pusat pemulihan kembali menagih kerana tidak dipantau oleh ibu bapanya.
  
4. Persoalan perasaan dengki dan khianat.
Ada pihak yang dengki kepada Tok Wali lalu menghalau Piee dari majlis perkahwinan di rumah Haji Kodri.

5. Persoalan dendam yang berpanjangan.
Siak masih menyimpan perasaan dendam kepada Tok Wali kerana Tok Wali berkahwin dengan bekas tunangnya.

6. Persoalan keprihatin dan dalam kalangan masyarakat.
Tok Wali merawat orang sakit, menguruskan jenazah dan perkara-perkara lain tanpa meminta sebarang upah.

Plot dan Teknik Plot
Jenis Plot:
Bersifat kronologi-peristiwa berkembang mengikut urutan waktu babak demi babak. Walau bagaimanapun terdapat unsur imbas kembali, contohnya sejarah keris yang diwarisi oleh Tok Wali.

Pembinaan Plot:
Terdapat empat peringkat binaan plot, iaitu:
(i) Permulaan
Pembaca diperkenalkan dengan watak utama iaitu Tok Wali dan watak-watak sampingan iaitu Mak Umi dan Ripin. Tok Wali diundang membuat pertunjukan silat di majlis perkahwinan di rumah Haji Kodri.
(ii) Perkembangan
Tok Siak berkunjung ke rumah Tok Wali dan berjumpa dengan Mak Umi. Mereka berhasrat menasihati Tok Wali agar berhenti bersilat kerana usia Tok Wali telah lanjut dan tidak manis dipandang jika masih lagi bersilat di gelanggang.Tok Wali kesal kerana peranannya tidak lagi dihargai oleh orang-orang kampung. Berlaku pertarungan antara Siak dan Tok Wali kerana Tok Wali telah menampar anak saudara Tok Wali.
(iii) Klimaks
Tok Wali telah ditikam oleh Piee semasa Piee mencuri keris dan biola milik Tok Wali. Tok Wali mati setelah sempat menyerahkan keris kepada Ripin.

(iv) Peleraian
Berlaku tuduh-menuduh antara Ripin dan Siak tentang pembunuh yang telah menikam Tok Wali.

Teknik Penceritaan:
1. Teknik pemerian
Pengarang menggambarkan ruang hadapan rumah Tok Wali yang dipamer dengan pelbagai jenis senjata lama.
2. Teknik dialog
Sebahagian besar drama disampaikan dalam bentuk dialog antara watak.
3. Teknik imbas kembali
Tok Wali menceritakan peristiwa dia menewaskan 4 orang perompak kedai emas Secara kebetulan dia sedang duduk di bangku kedai emas tersebut.
4. Teknik suspens.
Pembaca tertanya-tanya pihak yang akan menang dalam pertarungan antara Siak dan Tok Wali.

Watak dan Perwatakan


Tok Wali
1. Watak utama
2. Nama sebenarnya ialah Wak Raja Waliudin bin Raja Agus.
3. Dia berumur dalam lingkungan 70-an.
4. Dia merupakan guru silat yang membuka gelanggangnya sendiri di halaman rumah
5. Dia merupakan tukang urut, penggali kubur, tok mudim, dan boleh merawat beberapa jenis penyakit.
6. Dia seorang yang tegas dengan pendirian
Tok Wali tetap mahu bersilat di majlis perkahwinan anak Haji Kodri walaupun dinasihati oleh isterinya, Siak dan Imam.
7. Dia seorang yang berani.
Tok Wali berani bertarung dengan Siak apabila Siak datang menyerangnya.
8. Dia seorang yang pantas bertindak
Tok Wali pantas dan cekap menewaskan perompak yang cuba merompak kedai emas.
9. Dia seorang yang taat akan perintah agama.
Tok Wali tidak pernah meninggalkan solat berjemaah di masjid dan rajin menunaikan solat sunat.
10. Dia seorang yang suka membantu orang lain
Tok Wali melakukan kerja-kerja kemasyarakatan seperti memandikan jenazah tanpa meminta upah.           

2. Ripin
1. Anak murid Tok Wali
2. Berusia dalam lingkungan 30-an
3. Anak murid yang dipercayai oleh Tok Wali untuk mewarisi kerisnya.
4. Dia seorang yang menghormati orang tua
Ripin sangat menghormati Tok Wali dan bersopan ketika bercakap dengan Tok Wali.
5. Dia seorang yang taat suruhan gurunya.
Apabila disuruh oleh Tok Wali mengumpulkan anak-anakmuridnya kerana ada pemberita datang, Ripin patuh akan kehendak Tok Wali
6. Dia seorang pendendam
Ripin mahu menuntut bela atas kematian Tok Wali.


3. Mak Umi
1. Dia ialah isteri Tok Wali.
2. Berusia dalam lingkungan 50-an.
3. Dia mahir ilmu persilatan semasa muda.
4. Dia seorang yang bijak
Mak Umi bijak membalas percakapan Siak dan Imam yang mahu menasihati Tok Wali.
5. Dia seorang yang penyabar
Mak Umi sabar melayan kerenah Tok Wali yang membidas kata-katanya.
6. Seorang yang prihatin
Mak Umi mengambil berat tentang Piee yang menjadi penagih dadah.

Latar

Latar masa
1. Pada waktu pagi
Ketika Ripin datang ke rumah Tok Wali.
2. Pada waktu petang
Ketika Tok Wali bersiap sedia hendak pergi ke majlis kenduri di rumah Haji Kodri.
3. Pada waktu malam
Ketika Tok Wali bermain biola dan berbual-bual dengan Mak Umi.

Latar tempat
1. Di rumah Tok Wali
2 orang pemberita datang menemu ramah Tok Wali di rumahnya.
2. Di gelanggang silat
Tok Wali bertarung dengan Siak di gelanggang silat

Latar masyarakat
1. Masyarakat yang mempertahankan warisan bangsa.
Tok Wali mengajarkan ilmu silat supaya dapat diwarisi oleh anak-anak muda kampungnya.

2. Masyarakat yang beradab.
Tok Wali memenuhi jemputan Haji Kodri supaya membuat pertunjukan silat di majlis kenduri di rumahnya.
3. Masyarakat yang saling menghormati
Ripin menghormati Tok Wali kerana memiliki ilmu persilatan dan melayan percakapan Tok Wali dengan sopan.
4. Masyarakat yang hipokrit
Siak menggunakan alasan agama untuk mengurangkan pengaruh Tok Wali di kampung itu.
5. Masyarakat yang tidak berakhlak.
Piee menjadi penagih dadah dan sukar dipulihkan lagi.
6. Masyarakat yang taat perintah agama.
Tok Wali tidak pernah meninggalkan solat berjemaah di masjid.

Gaya Bahasa
1. Penggunaan bahasa Arab
Assalamualaikum Insya-Allah , Astagfirullahal’azim
2. Bahasa Inggeris
Sorrylah
3. Bahasa Indonesia
Bisa copot jantungku
4. Sinkope
Yang itu tak pulak disebut! Kerana dah tualah tak jadi manis tu!
5. Simile
Kawannya macam lalat
ibarat burung dalam sangkar yang terbuka pintunya.
macam rimau tak ada gigi
6. Simpulan bahasa
kambing hitam
7. kata ganda
bertalu-talu, gegak-gempita  

Nilai
1. Nilai ketegasan
Tok Wali tegas dengan pendiriannya mahu bersilat di majlis perkahwinan anak Haji Kodri kerana baginya perbuatannya itu tidak salah.
2. Nilai keberanian
Tok Wali berani bertarung dengan Siak apabila Siak datang menyerangnya.
3. Nilai taat akan perintah agama
Tok Wali tidak pernah meninggalkan solat berjemaah di masjid dan rajin menunaikan solat sunat.
4. Nilai hormat-menghormati
Ripin menghormati Tok Wali yang tinggi ilmu persilatan dan merupakan guru silatnya.

5. Nilai bertanggungjawab
Tok Wali berasa dirinya bertanggungjawab meneruskan usaha mengajarkan ilmu silat kepada anak-anak muda kampung tersebut.
6. Nilai tolong-menolong
Ripin membantu Mak Umi yang memanggilnya supaya menamatkan pergaduhan antara Tok Wali dan Siak.
7. Nilai keprihatinan
Tok Wali sering melakukan kerja kemasyarakatan tanpa mengharapkan upah seperti menggali kubur dan memandikan jenazah.

Pengajaran
1. Kita hendaklah mempertahankan warisan bangsa agar generasi akan dating berpeluang mendapat manfaatnya.
2. Kita hendaklah menghormati guru dan orang yang lebih tua daripada kita kerana mereka banyak berjasa kepada kita.
3. Kita hendaklah sentiasa menghulurkan bantuan kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan agar masyarakat hidup harmoni.
4. Janganlah kita bersikap hipokrit dalam hidup kerana sikap itu memberi kesan yang negatif.
5. Setiap masalah yang dihadapi haruslah diselesaikan secara rundingan supaya tidak berlaku kecederaan atau pertumpahan darah.
6. Kita mestilah bersabar atas ujian yang menimpa kita supaya kehidupan lebih sejahtera. 



-Dian Adni-


Sinopsis drama “Inflakasta” karya Hashim Yassin.

Drama “Inflakasta” mengisahkan Dibisi dan Marhen yang kelaparan telah berkenalan secara kebetulan dalam suasana peperangan.  Mereka menceritakan latar belakang diri masing-masing.  Muncul Siti yang sasau mencari Inflakasta.  Siti menuduh Marhen dan Dibisi berperang menyebabkan anaknya hilang.  Mereka bertiga telah dikepung dan Kastabung yang cuba menangkap mereka.  Marhen cuba melawan tetapi dilarang oleh Dibisi.  Dibisi merayu supaya dilepaskan.  Kastabung dan Marhen bergelut tetapi dihalang oleh Taliba dan Siti.  Jakidan datang melaporkan keadaan kekuatan pasukan Kastabung.  Marhen dan Dibisi cuba mengingatkan Kastabung dan Jakidan tentang kesan dan akibat peperangan tetapi tidak diendahkan oleh mereka.   

Marhen dan Dibisi bertengkar sehingga bergelut menarik perhatian Kastabung.  Taliba cuba menembak mereka tetapi senjata kuasa bahayanya dirampas oleh Siti.  Siti mengarahkan Kastabung supaya memberitahu konco-konconya agar beredar dari tempat itu.  Siti leka meluahkan perasaannya tentang peperangan sehingga ditembak oleh pengikut Kastabung.  Siti rebah, Marhen menyambar senjata kuasa bahaya daripada Siti.  Dibisi turut ditembak semasa memapah Siti.  Marhen yang geram melepaskan tembakan senjata kuasa bahaya mengakibatkan semua orang rebah.  Keadaan menjadi sunyi. 

Selepas itu, muncul Infla dan Kasta mencari ibu mereka.  Mereka memapah Siti dari celah batu dan menyeru ibunya, Siti bangun dari tidurnya.  Siti menasihati Infla dan Kasta supaya tabah menghadapi dugaan hidup serta mendoakan kesejahteraan mereka.

Tema
Menurut Nik Hassan Basri Nik Abdul Kadir dalam bukunya Komsas Pegangan Teras Keterampilan, tema ialah gambaran tentang gagasan, fikiran, atau persoalan pokok yang menjadi tunjang sesebuah cerita atau persoalan utama yang diutarakan atau dikemukakan oleh pengarang dalam sesebuah karya ataupun isi atau inti pemikiran yang ingin disampaikan oleh penulis.

Drama Inflakasta memaparkan pemikiran manusia tentang kesan dan akibat daripada sistem kasta, inflasi, dan peperangan yang bakal menimpa manusia begitu juga dengan kehidupan sejagat. Hal ini dapat dilihat dalam drama Inflakasta melalui teks berikut:
“Begini rupanya manusia zaman ini. Berpenyakit ideologi. Hidup berkasta-kasta. Kasta yang berkuasa menindas kasta yang daif. Bergelumang dengan kepentingan diri, hasilnya mencipta inflasi yang berlarutan. Danau yang jernih menjadi kering-kontang. Tapi kamu tetap hidup. Hidup dalam darah yang bernanah. Hidup dalam noda dan dosa. Ya, anggaplah kehidupan di dunia ini suatu kehidupan yang indah, maha penting! Makanan, minuman, harta benda, pangkat dan kedudukan sangat penting, sumber segala kebahagiaan, kerana tidak ada lagi kebahagiaan dan kesenangan di sebalik itu. Padaku hanya satu jalan yang baik untuk bertindak membasmikan kasta-kasta ini. Semua akan kukirimkan pada satu kehidupan yang sejati. Biar kita menjadi debu hari ini.”

Persoalan 
            Persoalan ialah perkara-perkara pokok atau utama yang ingin dikemukakan oleh pengkarya atau pengarang bagi memantapkan tema dalam sesebuah karya ataupun isi-isi sampingan yang membentuk idea penulis.
           
Dalam drama Inflakasta, terdapat beberapa perkara yang menjadi persoalan utama, antaranya ialah:

1-Peperangan yang membawa manusia kepada penderitaan.
            Persoalan mengenai peperangan yang boleh membawa kepada penderitaan dapat dilihat melalui petikan teks berikut:
“Kamu! Kamu! Kamu! Kamu! Kamu zalim. Kamu pembunuh. Kamu berperang. Kamu meruntuhkan dunia. Zalim! Zalim! Anakku hilang kerana kamu. Anakku lapar kerana kamu. Anakku hilang kerana kamu. Perang! Perang! Manusia berlaga sesama sendiri.”

2-Peperangan tidak mengenal mangsa baik lelaki, wanita, orang tua, mahupun kanak-kanak.
            Persoalan mengenai peperangan yang tidak mengenal mangsa baik lelaki, wanita, orang tua, mahupun kanak-kanak dapat dilihat melalui penglibatan dalam watak seperti Dibisi, Marhen, Siti, Infla, dan Kasta yang turut menderita akibat peperangan.

3-Golongan yang mengambil kesempatan terhadap orang lain.
            Persoalan mengenai golongan yang mengambil kesempatan terhadap orang lain dapat dilihat melalui petikan teks berikut:
“Aku Kastabung. Wilayah ini aku punya. Gurun ini ialah kawasan perangkap manusia. Manusia tidak akan hidup jika telah menjejakkan kakinya di gurun ini. Kamu sungguh tak bernasib baik hari ini. (Diam sejenak) Hei, apakah yang telah kamu pelajari tentang gurun ini? Dari mana kamu datang hah? Oh, kamu ini perisik bukan? Dari mana? Kuasa mana? (Diam sejenak) Oh, membisu! Taat sungguh kamu pada tuanmu ya. Daripada itu, bersedialah kamu menghadapi hukumanku.”

4-Kemusnahan harta benda dan alam sekitar impak daripada peperangan.
            Seterusnya, persoalan mengenai kemusnahan harta benda dan alam sekitar impak daripada peperangan dapat dilihat melalui petikan teks berikut:
“Pemandangan di sebuah gurun berbatu. Bangunan-bangunan runtuh, kawat-kawat besi bergulung merentangi runtuhan itu. Pokok-pokok mati berceratuk. Kawasan kering kontang dan gersang…”
  
Watak dan perwatakan     
Watak ialah pelaku dalam sesebuah karya atau tokoh dalam cerita atau pendukung atau juga pelakon yang memainkan peranan bagi menggerakkan atau menghidupkan sesebuah cerita dalam sesebuah karya atau teks kesusasteraan. Watak boleh sahaja terdiri daripada manusia atau bukan manusia seperti haiwan atau benda.

            Seterusnya, perwatakan ialah gambaran sikap dan sifat yang dimiliki oleh watak dalam sesebuah cerita atau yang menjadi pelaku dalam karya waima secara fizikal ataupun sifat secara dalaman. Dalam sesebuah karya, kebiasaannya watak atau pelakunya pelbagai jenis.
           
Dalam drama Inflakasta, terdapat watak-watak yang memainkan peranan dalam menggerakkan cerita antaranya seperti Marhen, Dibisi, Siti, Kastabung dan beberapa watak sampingan lain seperti Taliba, Jakindan, Infla, dan Kasta. Watak-watak tersebut masing-masing mempunyai perwatakan yang tersendiri. Watak-watak dan perwatakan yang terdapat dalam drama Inflakasta adalah seperti berikut:

1-Marhen
            Dalam drama Inflakasta, watak Marhen atau nama penuhnya Marhen bin Daif merupakan seorang yang digambarkan berwajah bengis, mempunyai misai dan jambang yang tidak menentu, pakaiannya kehitaman dan kotor. Sebelum peperangan berlaku, Marhen merupakan seorang petani. Marhen juga seorang yang agresif, berani, dan kasar tutur katanya. Perwatakan Marhen digambarkan dalam teks berikut:
           “Namaku Marhen. Ya, Marhen bin Daif. Dulu aku seorang petani yang tidak pernah lapar. Hasil daripada titik peluhku itu kebanyakannya aku sedekahkan kepada orang yang memerlukannya. Sekurang-kurangnya aku telah menolong orang yang lapar semasa aku kenyang dulu. (Diam sejenak). Sekarang aku lapar. Semua orang lapar. Adil kan?”

2-Dibisi
            Watak yang seterusnya ialah Dibisi atau nama penuhnya Dibisi bin Elita. Dibisi digambarkan seorang yang berwajah intelek dan sopan berbanding watak Marhen. Pakaiannya juga carik dan kotor. Dibisi masih memakai tali lehernya yang lusuh dan memegang kotnya yang berdebu. Wajahnya kelihatan letih.  Sebelum peperangan, Dibisi merupakan seorang pemimpin atau ketua dalam sesebuah negeri. Dibisi juga bakal menjadi pengeluar utama besi waja di dunia. Dibisi digambarkan juga sebagai seorang yang rasional dan sentiasa tenang dalam menghadapi apa juga situasi yang genting.  Dibisi telah terbunuh semasa cuba untuk menyelamatkan Siti. Perwatakan Dibisi dapat dilihat dalam teks berikut:
           “Maafkan aku lagi. (Diam sejenak). Namaku Dibisi. (Dibisi menghulurkan tangan untuk bersalaman. Marhen Menyambut salam) Aku Dibisi bin Elita. (Diam sejenak). Aku sebenarnya…memang seorang diri. Dulu-dulu pun aku keseorangan. Aku keseorangan kerana aku menjaga maruah sebagai seorang yang penting dalam negaraku. Kata-kataku ialah undang-undang bagi orang bawahanku. Aku menjadi symbol pembangunan material di daerahku. Mereka ghairah dengan kekayaan material itu. Hidup bertuankan wang. Semua kenyang. Kami tidak perlu makanan yang primitif di dalam negeri kami kerana barangan dari luar senang diperoleh. Aku berangan-angan besar untuk menjadikan negeriku sebagai pengeluar utama besi waja di dunia…”

3-Siti
            Siti merupakan seorang ibu muda yang memakai gaun kebiruan yang telah lusuh dan carik-carik.  Dalam peperangan tersebut Siti telah menjadi sasau kerana telah kehilangan anak-anaknya.  Siti juga digambarkan sebagai seorang yang pandai menyanyi, berani dan juga seorang yang bijak.  Siti tidak suka akan peperangan.  Selain itu, Siti juga seorang yang penyayang dan selalu menasihati anak-anaknya, Infla dan Kasta. Perwatakan Siti pula dapat dilihat dalam teks berikut:
           “(Mengilai) Inflakasta! Inflakasta! Di mana kau nak? Di mana? Di mana? Mari! Mari nak. Ibu rindu. Inflakasta! Inflakasta!”

4-Kastabung
            Dalam drama Inflakasta, Kastabung merupakan seorang diktator yang zalim.  Watak Kastabung memakai jubah seperti drakula dan memegang sekaki tongkat perakam.  Kastabung merupakan ketua pasukan yang mempunyai ramai pengikut. Perwatakan Kastabung pula dapat dilihat dalam teks berikut:
           “(Bengis) Aku Kastabung. Wilayah ini aku punya. Gurun ini ialah kawasan perangkap manusia. Manusia tidak akan hidup jika telah menjejakkan kakinya di gurun ini. Kamu sungguh tak bernasib baik hari ini. (Diam sejenak). Hei, apakah yang telah kamu pelajari tentang gurun ini? Dari mana kamu datang hah? Oh, kamu ini perisik bukan? Dari mana? Kuasa mana...”

Plot dan teknik plot 
Plot atau alur ialah jalinan perkembangan atau pembinaan cerita, waima secara kronologi atau tidak kronologi. Plot juga rentetan peristiwa yang berdasarkan sebab dan akibat. Dalam sesebuah karya kreatif, sesuatu plot itu dibina dengan pelbagai cara. Cara yang biasa disebut sebagai pembinaan alur yang normal atau yang tidak kompleks bagi sesebuah karya. Secara keseluruhannya, plot dalam drama Inflakasta disusun secara kronologi. Plot dalam drama tersebut dapat dibahagikan kepada:

1-Permulaan.
            Drama Inflakasta dimulakan dengan sesi perkenalan antara Marhen dan Dibisi. Perkenalan mereka bermula selepas mereka berebut kotak kosong yang disangkakan berisi makanan. Selepas itu, mereka mula menceritakan latar belakang diri masing-masing. Bahagian permulaan bagi plot drama Inflakasta ditandai pada bahagian teks berikut:
           “…Dari celah sebuah batu besar, muncul seorang mangsa perang (Dibisi) yang kelihatan amat penat. Pakaiannya carik-carik, tali lehernya yang lusuh masih tergantung di lehernya. Kot yang berdebu masih dikeleknya dengan erat. Dari sudut kepulan asap, muncul pula seorang lagi mangsa perang (Marhen) yang lebih kotor, bengis, dan berjambang yang tak terurus. Matanya liar mencari sesuatu. Di tengah halaman itu terdapat sebuah kotak “fragile-food” yang telah lusuh. Kedua-dua mangsa ternampak kotak yang sama. Mereka menerkam pada kotak itu. Pergelutan sengit berlaku…”


2-Perkembangan
            Bahagian perkembangan dalam drama Inflakasta bermula apabila masuknya watak-watak lain seperti watak Siti, Kastabung, Taliba, dan Jakidan. Pada ketika itu, Siti sedang mencari anak-anaknya yang hilang, iaitu Infla dan Kasta. Bahagian perkembangan pula ditandai pada bahagian teks berikut:
           “Inflakasta! Inflakasta! Inflakasta di mana? (Diam sejenak) Inflakasta mari sini. Jangan tinggalkan emak. Ibu takut nak. Ibu takut nak. Inflakasta! Inflakasta!”

3-Konflik
            Pada peringkat konflik, pertengkaran telah berlaku dan mereka saling menyalahkan antara satu sama lain. Dalam pergelutan tersebut, Marhen, Dibisi, dan Siti telah merampas senjata “kuasa bahaya” daripada Taliba. Bahagian konflik pula ditandai pada bahagian teks berikut:
           “Siti: (Meludah) Aku juga manusia seperti kamu. Aku lebih berkuasa daripada kamu kerana aku golongan yang melahirkan generasi. Jakindan: Perempuan! Eh, kamu hanya melahirkan! Itu saja…”

4-Klimaks

            Siti rebah akibat terkena tembakan pada bahagian bahunya. Marhen telah mengambil senjata “kuasa bahaya” manakala Dibisi pula membantu Siti. Bahagian klimaks pula ditandai pada bahagian teks berikut:
           “Terdengar suatu bunyi gegaran. Sinaran cahaya tajam di luar menusuk tepat ke bahu Siti. Siti rebah. Marhen melompat menyambar senjata “kuasa bahaya”. Semua panik semula…”

5-Peleraian
            Anak-anak Siti, iaitu Infla dan Kasta menemui ibunya. Mereka membawa makanan untuk ibu mereka. Mereka menangis kuat kerana kematian ibu mereka. Bahagian peleraian dalam drama Inflakasta ditandai pada bahagian teks berikut:
           “Ibu! Ibu! Ibu! Dua orang kanak-kanak (Infla dan Kasta) muncul membawa bungkusan. Mereka hairan melihat mayat-mayat bergelimpangan di situ. Seorang daripadanya ternampak Siti di celah batu.  Infla: Ibu! Ini kami bawa makanan. Celiklah mata. Kasta: Ibu, janganlah tidur. Bukalah mata tu. Ibu! Ibu! Lihat ini kami bawa makanan! Infla: (Menangis) Ibu kita mati, dik. Ibu dah tinggalkan kita, dik. Kasta: (Menangis kuat) Ibu! Jangan tinggalkan aku, bu...”


Teknik plot
            Teknik penceritaan atau dikenali juga sebagai teknik plot ialah kaedah atau cara yang dipilih oleh pencerita atau penulis untuk membina atau menyampaikan sesuatu cerita agar cerita atau kisah yang dikemukakannya itu menarik dan tidak membosankan pendengar atau penonton atau pembaca. Kebiasaannya, bagi menjadikan sesuatu cerita atau kisah itu menarik dan tidak membosankan, pencerita atau pengkarya akan menggunakan banyak cara atau teknik untuk menghasilkan cerita yang menarik.
            Dalam drama Inflakasta, teknik yang banyak digunakan ialah teknik pemerian. Teknik pemerian ialah teknik yang menggunakan kaedah bercerita tentang sesuatu peristiwa atau keadaan.           

Latar 
Latar ialah keterangan atau gambaran persekitaran yang berkaitan atau yang meliputi perihal tentang masa, tempat, masyarakat, atau suasana yang membawa kepada terjadinya sesuatu peristiwa dalam karya.

1-Latar masa
Latar masa merupakan perihal bayangan atau gambaran mengenai zaman, era, sejarah, atau musim sesuatu cerita atau peristiwa itu terjadi. Dalam drama Inflakasta, latar masanya, iaitu dalam suasana peperangan.
           
2-Latar masyarakat
Latar masyarakat pula ialah perihal lukisan atau gambaran mengenai suasana kehidupan atau budaya hidup masyarakat dalam sesuatu karya atau cerita seperti pekerjaan, kepercayaan, agama, amalan, dan sikap. Latar masyarakat dalam drama Inflakasta ialah masyarakat yang berperang untuk meneruskan kehidupan. Mereka menggunakan kekuatan fizikal untuk menguasai orang lain dan sangat mementingkan kekuasaan dan kedudukan untuk menjamin kelangsungan hidup. Kebanyakan mereka mangsa peperangan yang menderita.
           
3-Latar Tempat
Seterusnya, latar tempat bagi drama Inflakasta ialah di kawasan gurun gersang yang hanya terdapat runtuhan-runtuhan rumah batu.

Gaya Bahasa
Gaya bahasa ialah cara atau ragam bahasa yang digunakan dalam penulisan atau lisan ataupun cara pemakaian bahasa dalam sesebuah karya atau susunan kata, frasa, dan ayat yang digunakan oleh pengarang dalam usaha melengkapkan tema dan persoalan.
           
Dalam drama Inflakasta, secara keseluruhannya drama tersebut menggunakan gaya bahasa yang mudah difahami. Antara bentuk gaya bahasa yang terdapat dalam drama Inflakasta ialah:

1-Ayat Seruan
Contoh: Hei!  Bongkak!
               Undur!  Aku bunuh semua.

2-Sinkof
Contoh: Namaku Marhen
              Dalam perang tak ada jenaka tau?

3-Repitasi
Contoh:  Lapar bersama, mati bersama.
               Tembak, tembak

4-Peribahasa
Contoh: Padang jarak padang terkukur, tak kenal maka tak cinta.

5-Lirik Lagu
Contoh:  Do-di-do-doi, dodoi di dodoi,
               Tidurlah anak di dalam buaian  
               (korus)
               Lailahaillah, Muhammadan Rasullulah (2x)
               Tidurlah anak, ibu dendangkan,
               Lekaslah besar bimbing negara.

6-Bahasa Asing
Bahasa Arab
Contoh:  Syukur Alhamdullah.

Bahasa Inggeris
Contoh: sorry, neck tie dan coat, exhaust, fragile, food

7-Hiperbola
Contoh: Luahkan peluru itu.

8-Simile
Contoh: Letupan bergegaran seperti halilintar.

9-Personifikasi
Contoh: Cahaya ‘laser’ menjunam mencari sasaran.

10-Perlambangan
Contoh: Primitif dalam negeri kami.

Nilai dan pengajaran.
            Nilai ialah segala perbuatan, perlakuan, atau tindakan yang bermutu, berdarjat, bertaraf, atau elok yang harus dijadikan contoh dan teladan. Dalam drama Inflakasta, nilai-nilai yang diterapkan ialah seperti:

1-Nilai kasih sayang
Contoh: Siti amat menyayangi anak-anaknya Infla dan Kasta.
Nilai kasih sayang dalam drama Inflakasta dapat dilihat melalui petikan berikut:
“(Mengilai) Inflakasta! Inflakasta! Di mana kau nak? Di mana? Di mana? Mari! Mari nak. Ibu rindu. Inflakasta! Inflakasta!”

2-Nilai bertanggungjawab
Contoh: Infla dan Kasta membawakan makanan untuk ibu mereka.
Nilai bertanggungjawab dapat dilihat melalui petikan “Ibu! Ini kami bawa makanan. Celiklah mata.”

3-Nilai menghargai persahabatan.
Contoh: Persahabatan antara Dibisi dan Marhen terjalin semasa mereka mencari  
  makanan.

4-Nilai bekerjasama
Contoh: Dibisi dan Marhen bekerjasama mencari makanan kerana kelaparan.

Pengajaran
Pengajaran pula ialah nilai yang menyarankan seseorang individu atau mengajar manusia supaya berbuat sesuatu yang baik, yang disenangi, dan yang diterima oleh setiap anggota masyarakat dan agama. Pengajaran yang terkandung dalam drama Inflakasta ialah seperti:

1-Kita hendaklah berkerjasama mengelakkan peperangan yang akan  
   menyebabkan hidup manusia menderita.
2-Kita janganlah membelakangkan orang tua.
3-Kita mestilah taat dan setia kepada pemimpin.
4-Kita mestilah bijak dalam membuat keputusan.


-Dian Adni-

Mengapa mereka menyokong PPSMI? 
oleh: Siti Aisyah Binti Asis 

Pengenalan

Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) merupakan nama rasmi bagi salah satu daripada dasar pendidikan negara yang menetapkan bahasa Inggeris bagi menggantikan bahasa kebangsaan atau bahasa ibunda kita sebagai bahasa perantaraan dalam mata pelajaran Sains dan Matematik di semua peringkat pendidikan. Dasar PPSMI telah termaktub sebagai salah satu keputusan dasar kerajaan Malaysia. Dasar ini merupakan hasil kata putus daripada Mesyuarat Khas Jemaah Menteri, iaitu pada 19 Julai 2002. Pelaksanaan dasar PPSMI dilakukan  secara berperingkat-peringkat, iaitu bermula pada sesi persekolahan tahun 2003. Tapak perintis bagi dasar ini ialah semua pelajar Tahun 1 untuk peringkat Sekolah Rendah dan pelajar Tingkatan 1 serta pelajat Tingkatan 6 Rendah untuk peringkat Sekolah Menengah. Dasar PPSMI yang dilaksanakan secara penuh pula bermula pada tahun 2007 untuk peringkat Sekolah Menengah manakala peringkat Sekolah Rendah pula, iaitu pada tahun 2008. Rasionaliti dalam peralihan bahasa pengantar bagi pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik, iaitu daripada bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris merupakan ekoran daripada keprihatinan kerajaan. Kecaknaan pihak kerajaan terhadap pembangunan sumber tenaga manusia untuk mencapai taraf negara maju dan sebagai langkah awal untuk mempersiapkan generasi muda agar dapat bersaing dalam era globalisasi.

Seperti yang kita tahu, bidang Sains dan Matematik merupakan salah satu bidang yang menjadi asas kepada perkembangan Sains dan Teknologi, malah juga berperanan penting dalam aspek kemajuan dan pembangunan sesebuah negara. Kepelbagaian inovasi dan hasil penemuan baharu dalam bidang ini berlaku dengan pantas. Bukan itu sahaja, capaian maklumat mengenai perkembangan dalam bidang ini sama ada dalam bentuk elektronik atau bukan elektronik juga majoritinya dalam bahasa Inggeris. Di samping itu, oleh sebab bahasa Inggeris merupakan bahasa antarabangsa, sekiranya tahap penguasaan bahasa Inggeris kita lebih tinggi, maka hal ini akan menjadi satu kelebihan kepada kita, seterusnya membantu dan memudahkan kita untuk memperoleh pelbagai bidang  ilmu antaranya seperti bidang sains dan teknologi. Sehubungan dengan itu, generasi muda khususnya pelajar dapat mengakses dan menerokai pelbagai maklumat berkaitan dengan mudah dan berkesan. Oleh sebab pihak kerajaan berharap agar generasi muda dapat menguasai bidang Sains dan Teknologi serta bidang Sains dan Matematik secara mendalam, maka pihak kerajaan mengambil keputusan untuk melaksanakan dasar PPSMI. Hal ini demikian kerana, sebahagian besar daripada sumber maklumat dalam bidang ini adalah dalam bahasa Inggeris. Oleh itu, dengan pelaksanaan dasar PPSMI, pihak kerajaan berharap agar penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan generasi muda khususnya pelajar akan meningkat. Walau bagaimanapun, pelaksanaan dasar PPSMI ini perlu dilihat secara dwi dimensi. Hal ini bermaksud, terdapat golongan yang melihat dasar ini dari perspektif positif dan ada juga yang melihatnya dari perspektif negatif, yakni terdapat golongan yang menyokong dan menentang pelaksanaan dasar ini. Sebagai seorang yang berpandangan jauh, kita perlu mengambil tahu dan meneliti secara terperinci berkaitan kewajaran yang terkandung dalam dasar ini dan menganalisis keberkesanannya bukan sahaja untuk tempoh terdekat  malah untuk tempoh jangka panjang. Selain itu, keberkesanan itu juga perlulah dilihat secara menyeluruh dari peringkat rendah sehingga ke peringkat tinggi.

Latar belakang dasar PPSMI

            Nama besar yang mendukung pelaksanaan dasar PPSMI ialah mantan perdana menteri Malaysia, iaitu YAB Tun Dr Mahathir bin Mohamad. Menurutnya, ketika beliau mencadangkan dasar PPSMI ini, beliau berpendapat bahawa negara kita Malaysia semakin ketinggalan dalam arus globalisasi. Oleh itu, dengan pelaksanaan dasar PPSMI beliau berharap agar dasar ini akan memberikan pelbagai kelebihan kompetetif kepada negara. Beliau menginginkan negara kita, Malaysia mencontohi kejayaan negara Singapura dan India yang hari ke hari semakin melangkah jauh ke depan ekoran daripada memanfaatkan bahasa Inggeris dalam perkembangan negaranya. Selain itu, beliau berpendapat bahawa masyarakat khususnya kaum Melayu wajar mempunyai kekuatan bahasa lain, misalnya dapat menguasai bahasa Inggeris seperti kaum Cina dan India.

Pendekatan yang digunakan oleh kerajaan dengan menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa perantaraan dalam mata pelajaran Sains dan Matematik yang dimulakan sejak tahun 2003 merupakan salah satu daripada penstrukturan semula cara berfikir, sikap, dan strategi dalam mendepani globalisasi. Pengenalan dasar ini juga adalah ekoran daripada hakikat bahawa bidang Sains dan Matematik merupakan salah satu bidang ilmu yang sangat dinamik dengan pelbagai penemuan baharu. Sebagai contoh, bidang Matematik merupakan salah satu bidang atau mata pelajaran penting dalam kurikulum di sekolah. Sebelum ini terdapat beberapa kajian yang dilakukan secara langsung dan tidak langsung ke atas justifikasi Matematik di sekolah. Berdasarkan hasil kajian tersebut, kebanyakan pendapat tokoh seperti Christiansen, Howson, dan Otte menyatakan bahawa untuk membolehkan individu tersebut berfungsi secara efektif pada abad ke-21 dan abad seterusnya, individu itu haruslah mempunyai kefahaman yang baik dalam bidang Matematik. Secara keseluruhannya, kewajaran pelaksanaan dasar PPSMI ini ialah ekoran daripada kepentingan bahasa Inggeris dalam melahirkan warganegara Malaysia khususnya generasi muda yang mampu bersaing dengan negara lain dalam era globalisasi. Walau bagaimanapun, sejak pelaksanaan dasar ini, terdapat banyak tentangan, bidasan, dan kritikan yang dilontarkan oleh pihak atau golongan yang menentang dasar PPSMI ini. Golongan yang menentang pelaksanaan dasar ini sememangnya banyak melontarkan kritikan mereka berbekalkan bukti-bukti kukuh hasil daripada kajian-kajian yang telah dijalankan. Walau bagaimanapun, golongan yang mendukung dan menyokong dasar PPSMI ini juga mempunyai rasionalitinya yang tersendiri yang perlu diketahui oleh semua pihak.

Rasionaliti umum dasar PPSMI

Golongan yang mendukung atau menyokong dasar PPSMI, iaitu bersetuju sekiranya mata pelajaran Sains dan Matematik diajar dalam bahasa Inggeris ini kerana mereka melihat dan meneliti dari aspek tanggungjawab kerajaan dalam pembangunan negara dan kebolehan bersaing dalam era globalisasi. Untuk mencapai matlamat ini, aspek pembangunan tenaga manusia diangkat naik sebagai agenda yang paling utama. Hasrat kerajaan adalah untuk membangunkan generasi muda khususnya pelajar yang mampu menguasai bidang sains dan teknologi pada tahap yang tinggi, seterusnya berupaya untuk menjana ilmu dan teknologi baru dalam bidang-bidang tersebut pada masa akan datang sekaligus menyumbang kepada himpunan harta intelektual negara dalam era ekonomi berasaskan pengetahuan ini. Tidak dapat kita nafikan bahawa bidang Sains dan Matematik memainkan peranan dan menjadi asas penting dalam kemajuan dan pembangunan negara. Perkembangan ilmu dan maklumat dalam kedua-dua bidang ini berlaku dengan sangat cepat dan pelbagai inovasi. Selain itu, penemuan baru juga berlaku hampir setiap hari dan dari semasa ke semasa, iaitu melalui penyelidikan dan pembangunan. Kini, sebahagian besar daripada maklumat terkini mengenai perkembangan dalam bidang ini sama ada dalam bentuk elektronik atau bukan elektronik kebanyakannya terdapat dalam bahasa Inggeris. Dengan ini, pendedahan awal kepada bidang Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris akan membolehkan pelajar mengakses maklumat malah membantu mereka untuk menerokainya dengan lebih mendalam.

Golongan pendukung atau penyokong PPSMI ini memandang luas atau secara stereostopik berkaitan dasar PPSMI ini. Mereka melihat bahawa pada era ini, bahasa Inggeris merupakan bahasa yang paling banyak digunakan di peringkat global. Kegagalan dalam menguasai bahasa yang dipersetujui sebagai paling penting digunakan dalam teknologi dan kommersial ini akan merugikan negara. Tanpa penguasaan bahasa Inggeris yang baik sejak peringkat sekolah rendah, dikhuatiri hal ini akan menjadi masalah ketika di peringkat pendidikan lanjutan, termasuklah peringkat universiti. Kebanyakan keluaran universiti yang sedang mencari pekerjaan terutama sekali dalam sektor syarikat multinational (MNC) sememangnya menampakan kesukaran. Hal ini kerana, kemampuan dan penguasaan mereka untuk berkomunikasi dan mengaplikasikan pengetahuan mereka semasa di universiti amat terbatas, terutama sekali sebilangan besar bahan rujukan utama adalah dalam bahasa Inggeris. Sehubungan dengan itu, atas dasar keprihatinan kerajaan terhadap pembangunan sumber tenaga manusia dan hasrat kerajaan untuk mencapai taraf negara maju di samping sebagai persiapan awal untuk bersaing dalam era globalisasi, maka mereka beranggapan bahawa pelaksanaan dasar PPSMI ini ada kewajarannya.

Walaupun lebih ramai pihak yang menganggap pelaksanaan dasar PPSMI ini mendatangkan banyak keburukan dan memandangnya hanya dalam versi kelemahan tetapi bagi golongan pendukung atau penyokong PPSMI, dasar ini sebenarnya mempunyai kelebihannya yang mungkin tidak dapat dilihat dalam masa terdekat tetapi hasilnya dapat diraih pada masa 10 tahun akan datang. Melalui pelaksanaan dasar PPSMI, generasi muda khususnya pelajar dijangka akan menjadi lebih bersedia mendepani cabaran pada masa-masa mendatang. Hal ini demikian kerana, mereka tidak akan mudah merasa gementar untuk menempuhi alam pengajian yang lebih tinggi dan semakin sukar begitu juga dalam alam pekerjaan. Tidak perlu mengambil contoh akan datang, cukup melihat senario pada hari ini sahaja, kebanyakan sektor-sektor atau lubuk-lubuk pekerjaan memberi keutamaan kepada pekerja yang mempunyai pengetahuan dan penguasaan bahasa Inggeris yang baik berbanding pekerja yang mempunyai kelebihan-kelebihan lain. 

Selain itu, dasar PPSMI juga bertujuan untuk menyedarkan rakyat Malaysia khususnya generasi muda tentang kepentingan bahasa Inggeris lebih-lebih lagi pada era globalisasi ini. Hal ini juga sekali gus akan membantu meningkatkan pemahaman dan mengelakkan salah faham dalam kebanyakkan istilah Sains dan Matematik yang diguna pakai untuk pembelajaran pada hari ini. Melalui pelaksanaan dasar PPSMI, pelajar dapat mempelajari bidang Matematik, Sains dan bahasa Inggeris sehingga pada tahap yang lebih luas dan mendalam bukan sahaja pada masa ini malah pada masa akan datang.

Melalui pelaksanaan dasar PPSMI juga, pihak kerajaan berharap agar negara kita Malaysia mampu melahirkan lebih ramai cerdik pandai dalam ketiga-tiga bidang ini, iaitu pakar Matematik, pakar Sains dan juga pakar bahasa Inggeris, di samping dapat melahirkan generasi yang mempunyai daya saing yang tinggi. Pelaksanaan dasar PPSMI juga sebenarnya membantu pelajar untuk memahirkan diri untuk berkomunikasi dan memahami istilah-istilah dalam bahasa Inggeris dan secara tidak langsung membantu untuk meningkatkan prestasi pelajaran mereka dalam mata pelajaran lain yang diajar dalam bahasa Inggeris. Sejak dasar PPSMI dilaksanakan, sebenarnya terdapat hasil positif yang diraih namun kurang didedahkan. Sebagai contoh, kualiti pelajar Melayu yang dihantar ke negara luar khususnya negara Barat telah pun menampakkan kadar peningkatan yang membanggakan dalam bidang Aplikasi Sains dan Teknologi. Mereka dilihat mampu untuk bersaing dalam meraih dan menjana maklumat dan ilmu yang berkaitan dengan teknologi maklumat. Bukan itu sahaja, mereka juga mengakui bahawa dengan adanya penguasaan bahasa Inggeris yang baik sangat membantu mereka untuk mengaplikasikan ilmu dalam bidang Sains dan Teknologi di samping dapat berkomunikasi dan berinteraksi dengan tahap keyakinan yang lebih tinggi seterusnya mempamerkan keterampilan dan jati diri bangsa Melayu yang berilmu.

Rasionaliti utama pencetus dasar PPSMI

            Seperti yang kita sedia maklum, pencetus utama dasar PPSMI ialah mantan Perdana Menteri kita, iaitu YAB Tun Dr Mahathir Mohamad. Dari sudut pandangan beliau secara peribadi, dasar PPSMI ini mempunyai kewajarannya yang tersendiri sehingga membawa beliau untuk melaksanakannya kerana beliau berpandangan bahawa hasilnya akan dapat dilihat pada masa akan datang. Beliau mencadangkan agar mata pelajaran Sains dan Matematik ini perlu diajar dalam bahasa Inggeris kerana bidang Sains dan Matematik merupakan bidang ilmu yang sentiasa bertambah dan berkembang dari semasa ke semasa. Menurut beliau, kebanyakan hasil kaji selidik yang dijalankan di seluruh dunia dihasilkan dalam bahasa Inggeris. Beliau mengakui dan tidak meremehkan keupayaan bangsa kita untuk menterjemah ilmu atau sumber maklumat tersebut ke dalam bahasa kebangsaan tetapi terjemahan tersebut belum cukup untuk membantu kita memahami teori dan mengaplikasikan kemajuan Sains tersebut khususnya dalam bidang penciptaan dan pembuatan seperti dalam industri automotif misalnya.

Untuk menterjemah sesuatu bahan maklumat, kita perlu memahami isi penulisan bahan terlebih dahulu. Untuk  bahan yang ditulis dalam bahasa Inggeris, kita memerlukan seseorang yang mempunyai kelulusan sekurang-kurangnya peringkat Phd dalam bahasa Inggeris dalam bidang-bidang khusus. Namun demikian, di Malaysia, tidak ramai saintis yang belajar dalam bahasa Melayu yang boleh menggunakan bahasa Melayu untuk tujuan ini. Menurut beliau lagi, tidak banyak buku berkenaan tajuk-tajuk dalam bidang Sains dan Teknologi ini dalam bahasa Melayu. Pengajaran sains perubatan misalnya, juga menggunakan buku rujukan Inggeris walaupun syarahan atau sesi kuliah dibuat dalam bahasa Melayu. Untuk peringkat lepasan ijazah misalnya dalam pelbagai kepakaran perubatan, bahasa Inggeris sangat digunakan. Walaupun terdapat pensyarah yang menyampaikan syarahan dalam bahasa Melayu dalam bidang-bidang pakar ini, mereka tetap belajar kepakaran ini dalam bahasa Inggeris. Mungkin juga terdapat golongan yang belajar Sains di peringkat rendah dalam bahasa Melayu dan mampu mengikuti syarahan dalam bahasa Inggeris diperingkat ijazah pertama, tetapi untuk kelulusan yang lebih tinggi penguasaan bahasa Inggeris sangat di perlukan. Untuk mengambil bahagian dalam seminar atau konferens bahkan untuk berhujah di peringkat antarabangsa, bahasa Inggeris sangat di perlukan. Cetusan dasar PPSMI ini disebabkan beliau tidak ingin orang Melayu itu jauh ketinggalan hanya atas kapasiti semangat nasionalisme terhadap bahasa kebangsaan. Menurut beliau, aspek nasionalisme itu meliputi kejayaan bangsa kita sebagai orang Melayu yang setaraf dengan bangsa-bangsa lain di dunia. Untuk memajukan diri, jika kita terpaksa menguasai bahasa Inggeris dan belajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris, sepertimana orang Arab belajar bahasa Greek untuk mendapat ilmu orang Greek, juga sepertimana orang Eropah terpaksa belajar bahasa Arab untuk mempelajari ilmu orang Arab pada kurun ke-15 Masihi, kita harus dan patut lakukannya.

Selain itu, menurut beliau juga, dasar PPSMI ini wujud bukanlah disebabkan beliau memandang rendah atau menidakkan kebolehan bahasa Melayu sehinggakan ada pihak yang mengandaikan bahawa dasar ini akan menjejaskan perkembangan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan namun beliau ingin menyedarkan kita bahawa apa-apa yang kita pelajari itu bukan hanya membantu mengembangkan bahasa tetapi juga membantu kita menguasai pelbagai jenis bidang ilmu. Bukan itu sahaja, beliau ingin kita sedar bahawa bidang Sains dan Matematik itu sebenarnya tidak membantu dalam perkembangan bahasa. Hal ini demikian kerana, istilah-istilah dalam bidang Sains dan Matematik itu sendiri diambil daripada bahasa Latin yang diterjemakan kepada bahasa Inggeris.

Seterusnya, beliau juga berpendapat bahawa bahasa sesuatu bangsa hanya akan dipelajari oleh orang asing jika bangsa itu amat maju dan terkenal dengan ilmu yang dimiliki dan diterokainya. Sebagai contoh, sebelum abad ke-15 Masihi, orang Eropah terpaksa belajar bahasa Arab kerana tamadun Islam pada masa itu sangat gah dan amat dihormati. Walau bagaimanapun, selepas orang Islam mengabaikan bidang Sains, ilmu perubatan dan hisab, orang Eropah tidak lagi mempelajari bahasa Arab, sebaliknya orang Arab dan Islam pula terpaksa belajar bahasa Eropah. Menurut beliau, jika kita ingin bahasa Melayu digunakan dengan meluas sehingga ke peringkat antarabangsa kita perlu memajukan diri kita dalam semua bidang terutama bidang ilmu terlebih dahulu. Tujuan kita mempelajari Sains dan Matematik adalah untuk memajukan bangsa kita agar pada masa akan datang kita juga dapat terkenal berkenaan dengan penerokaan dan kaji selidik yang dilakukan oleh bangsa kita sehingga membawa orang lain untuk belajar bahasa kita dengan tujuan untuk mendapatkan ilmu yang telah kita terokai. Seperti yang kita sedia maklum, penguasaan ilmu amat penting bagi masa depan seseorang. Oleh itu, janganlah kita memperjudikan masa depan generasi muda hanya kerana begitu sayang kepada bahasa kita. Sayang akan bahasa tidak boleh melebihi sayang akan bangsa. Mereka yang menyayangi bangsa, mereka ingin melihat bangsa mereka maju, berilmu dan dihormati di seluruh dunia. Tidak cukup hanya kerana boleh bertutur kata dalam bahasa sendiri, kita akan menjadi bangsa yang dihormati dan disegani.

Kesimpulan
            
Dasar PPSMI perlu dilihat dari dua dimensi, iaitu dari perspektif positif juga perspektif negatif. Hal ini demikian kerana, dasar ini terkandung kewajaran yang mendukung rasionalitinya begitu juga dengan ketidakwajarannya. Oleh sebab itu wujudnya golongan yang mendukung atau menyokong dan golongan yang menentang pelaksanaan dasar PPSMI. Secara keseluruhannya, golongan yang mendukung atau menyokong dasar PPSMI adalah disebabkan oleh penekanan terhadap kepentingan bahasa Inggeris dalam menguasai Sains dan Matematik. Sokongan mereka lebih menjurus kepada faktor kedudukan bahasa Inggeris yang semakin menguasai dunia ilmu pengetahuan dan memainkan peranan yang sangat penting dalam menentukan masa depan generasi muda dan negara pada masa akan datang. Secara umum juga, mereka menyokong atau mendukung dasar PPSMI kerana gambaran mereka terhadap perana bahasa Inggeris pada era ini yang juga membantu melahirkan masayarakat yang mampu bersaing di peringkat globalisasi. Namun demikian, sebanyak mana pun rasionaliti yang dinyatakan oleh golongan pendukung atau penyokong dasar PPSMI, pelaksanaan dasar ini tetap mendapat tentangan hebat dan dapat dibidas dengan sebab-musabab dan bukti kajian yang juga menampakkan rasionalitinya. Sebagai contoh, antara kajian yang menjadi bahan bidasan terhadap rasionaliti pelaksanaan dasar PPSMI ialah kajian yang dibuat oleh Permuafakatan Badan Ilmiah Nasional (Pembina),  kajian daripada Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS 2007), kajian yang dilakukan oleh Prof Dr Nor Hashimah Jalaludin, dan kajian daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Kini, kita tertunggu-tunggu pula dengan keputusan muktamad yang bakal diputuskan oleh pihak kerajaan sama ada dasar PPSMI ini akan dikuburkan atau dibiarkan berkembang mekar sehingga dapat menuai hasilnya. Apa-apapun keputusan yang bakal diambil oleh pihak kerajaan berkaitan dasar PPSMI ini, kita hendaklah menerimanya dengan hati yang terbuka dan berfikiran positif. Diharapkan agar pihak kerajaan dapat menyelesaikan isu ini dengan sebaik-baiknya dan mengambil kata putus yang terbaik demi kepentingan anak bangsa kita dan kemajuan negara kita Malaysia. Semoga keputusan yang bakal diambil nanti merupakan kata putus yang memberikan manfaat dan kebaikan kepada semua pihak bak kata pepatah menarik rambut dalam tepung, rambut jangan putus, tepung jangan berselerak. Seterusnya, janganlah disebabkan perbezaan pendapat dalam isu PPSMI ini menjadikan kita saling bertelingkah sesama sendiri sehingga meletakkan bangsa kita dalam gelombang perpecahan sedangkan orang luar bertepuk tangan dan menunggu masa untuk mengambil kesempatan.


-Dian Adni-


Syeikh Muhammad Sa'id Ramadhan al-Buti menyebut kisah bidalan orang Arab. Di sebuah taman terdapat banyaknya pohon kayu, ada yang besar dan ada juga yang kecil. Mereka bersuka ria. Tiba-tiba suatu hari jatuh sebilah mata kapak menyebabkan semua pohon kayu menangis ketakutan. Hal ini demikian kerana sudah pasti mereka semua akan ditebang. Akhirnya mereka bertemu dengan pohon yang paling tua dan mengadu hal tersebut. Lantas jawab pohon yang tua dan mempunyai banyak pengalaman hidup seraya berkata:




 "Jangan takut dan jangan menangis. Sesungguhnya mata kapak tersebut tidak boleh menebang kamu selama mana kamu tidak memberikan dahan-dahan kamu untuk dijadikan hulu kapak."

Daripada Nu'man bin Basyir r.a, Rasulullah S.A.W bersabda:
"Gambaran kehidupan orang yang beriman dari segi kasih sayang, saling bersimpati, dan saling mencintai samalah seperti anggota tubuh yang jika salah satu daripadanya mengadu sakit, maka seluruh anggota yang lainnya tidak tidur malam dan demam."

Hadis ini Muttafaq alaih dan diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dalam Kitab Adab 6011, Muslim dalam Kitab al-Bir 86, Imam Ahmad dalam Musnadnya 4/270.

-Dian Adni-


Ketika Dr Sadler sedang menceritakan kisahnya:



Telefon berdering. Ternyata panggilan itu datangnya dari hospital. Saya tidak biasa menangguhkan segala sesuatu. Saya tidak ingin menangguhkan pembicaraan dengan hospital itu. Oleh itu, saya tinggalkan pesakit saya untuk menjawab telefon dari hospital itu. Belum lama saya letakkan telefon, terdengar telefon itu berdering lagi. Untuk kali kedua saya meninggalkan pesakit saya itu dan telefon kali kedua ini memakan masa yang cukup lama.

Selepas itu, berlaku gangguan yang ketiga kalinya. Seorang pelanggan datang untuk meminta nasihat tentang seorang pesakit yang sudah teruk sakitnya. Sebaik selesai bercakap dengan pelanggan itu, saya kembali kepada pesakit saya yang tadi. Saya meminta maaf kerana terpaksa membiarkannya menunggu lama. Walau bagaimanapun wajahnya cerah dan ternyata berbeza berbanding sebelumnya.

"Jangan meminta maaf, Dr Sadler. Sepuluh minit terakhir ini saya menyedari apa yang salah faham dalam diri saya. Saya akan kembali ke pejabat dan mengubah cara saya bekerja. Namun, sebelum saya pergi, bolehkah saya melihat meja kerja anda dahulu?"

Dr Sadler membuka semua laci-laci meja kerjanya. Semua kosong kecuali berisi pelengkapan alat-alat pejabat yang diperlukan.  "Cuba katakan di mana anda menyimpan urusan anda yang belum selesai," kata pesakit itu. "Sudah selesai" kata Dr Sadler. "Di mana pula anda menyimpan surat-surat yang belum dibalas?" "Telah dijawab" kata Dr Sadler. 

"Peraturan saya mengatakan bahawa saya tidak boleh meletakkan surat-surat begitu sahaja sebelum saya membalasnya. Ketika itu juga saya akan memberikan jawapan kepada setiausaha saya agar dia dapat membantu saya membalasnya"

6 minggu kemudian, pengarah dari Chicago yang merupakan pesakit Dr Sadler itu mengundangnya datang ke pejabat. Pesakit itu telah berubah, begitu juga dengan keadaan meja kerjanya. Di dalam laci-lacinya juga sudah tidak ada kerja yang tertangguh.

"Enam minggu lalu, saya ada 3 meja kerja di dalam dua pejabat yang berbeza, ketiga-tiganya penuh dengan kerja yang belum siap"
"Saya tidak pernah selesai mengerjakan sesuatu. Setelah saya bercakap dengan anda, saya kembali ke pejabat dan membuang banyak sekali kertas-kertas tua berisi bermacam-macam laporan. Sekarang, saya hanya ada satu meja kerja. Begitu sesuatu kerja muncul, saya segera menyelesaikannya."
"Kini, saya tidak mempunyai segunung persoalan yang belum diselesaikan yang selalu mengganggu ketenteraman saya, yang selalu membuatkan saya tegang dan gelisah. Saya sama sekali sembuh dan tidak ada sesuatu yang mengganggu kesihatan saya."





Charles Evans Hughes, bekas Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Syarikat berkata:

"Orang tidak akan mati kerana bekerja kuat. TETAPI mereka mati kerana pembaziran tenaga dan ditambah pula dengan tekanan kerana merasa tidak mampu menyelesaikan pekerjaan itu."



-Dian Adni-


Charles Luckman, seorang usahawan yang bermula daripada bawah dan selama 20 tahun berjuang untuk naik sedikit demi sedikit sehingga meningkat naik menjadi Presiden Syarikat Pepsodent Company, menerima gaji beratus ribu dolar setahun. Di samping itu, dia juga telah menghasilkan sejuta dolar untuk produknya. 

Charles Luckman sendiri mengatakan bahawa hampir tidak boleh dijumpai orang yang memiliki kemampuan kedua sepertinya.

Charles Luckman berkata:

"Sejauh mana yang saya ingat, saya biasanya bangun seawal pukul 5 pagi kerana pada waktu itu saya boleh berfikir dengan lebih baik, saya boleh merancang apa yang harus saya kerjakan hari itu. Merancangnya pula sesuai dengan kepentingannya. Mana yang paling penting harus dikerjakan terlebih dahulu, kemudian disusuli dengan yang penting, dan begitulah seterusnya."


Frank Bettger, seorang jurujual insurans yang paling berjaya di Amerika pula tidak penah menunggu hingga pukul 5 pagi untuk merancang harinya. Beliau akan merancang hari esok pada waktu malamnya. Beliau akan menentukan apa yang harus dicapainya pada keesokan hari dan menentukan seberapa banyak penjualan yang harus dibuatnya.




-Dian Adni-


Al Qahir, salah seorang khalifah Bani Abbasiyah berkata:


"Saya menyimpan bekalan untuk satu tahun dan memelihara harta untuk hari-hari susah."

Maka, diapun membuat sebuah lubang dan mengisinya dengan emas dan perak. Sementara itu, dia tidak mempercayai Allah. 

Al Qahir berkata kepada anak-anaknya:



"Wahai anak-anakku, kalian jangan takut miskin, aku sudah memenuhi lubang ini dengan harta yang banyak, sekiranya dibahagikan harta ini kepada seluruh penduduk kampung, maka setiap daripada mereka akan jadi pedagang."

Apa yang Allah berikan kepadanya tatkala dia menyimpang dan tidak mematuhi perintah Allah? 

Al-Qahir telah dipecat daripada jawatan khalifah, kedua matanya dicungkil, semua hartanya disita, dan diberikan kepada khalifah seterusnya. Akhirnya, dia menjadi peminta sedekah di depan masjid Jami' terbesar Baghdad lalu berkata:


"Wahai hamba-hamba Allah, infaqkanlah sebahagian daripada harta Allah."

Orang-orang yang lalu di hadapannya seraya berkata:

"Perhatikan orang ini, tatkala dia menyia-nyiakan Allah, kemudian Allah pun menyia-nyiakannya."

Allah S.W.T berfirman dalam surah Qaf ayat 37:
Maksudnya: Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat peringatan bagi orang-orang yang mempunyai hati atau menggunakan pendengarannya, sedang dia menyaksikannya.


-Dian Adni-




Pemilik buku Tobaqat al-Hanabilah dalam biografi Abd al-Ghani al-Maqdisi, seorang pakar hadis yang besar yang makruf dengan bukunya yang bertajuk al-Kamal fi Asma'ir Rijal, buku tentang para periwayat hadis yang belum pernah ditulis seperti itu, mengatakan bahawa al-Maqdisi pernah dipenjarakan bersama orang-orang kafir. 



Pada suatu malam, Abd Ghani al-Maqdisi bangun dan mengambil wuduk lalu melaksanakan sembahyang dua rakaat. Apabila wuduknya sudah kering, maka dia berwuduk lagi, lalu dia sembahyang dua rakaat, membaca al-Quran dan menangis sampai pagi.




Sementara itu, orang-orang kafir tersebut menyaksikan pemandangan yang sangat menakjubkan ini. Tatkala pagi harinya para tahanan itu pergi mendatangi pengawal penjara lalu berkata:

"Lepaskanlah kami kerana kami sudah beriman kepada Allah S.W.T"

Pengawal penjara itu bertanya:

"Mengapa?"

Mereka mengatakan bahawa suatu malam itu berlalu dengan sebuah peristiwa, kami tidak pernah menyaksikan peristiwa seperti itu selama ini, bahkan kami beranggapan hari kiamat bakal tiba, tatkala kami melihat apa yang terjadi, tiba-tiba kami melihat lelaki ini sedang sembahyang dan menangis.


Sesungguhnya kita menyeru manusia dengan amal perbuatan kita sebelum menyeru mereka dengan perkataan kita. Kita terlebih dahulu menyeru mereka dengan ketaqwaan, kezuhudan, dan perkaitan kita dengan Allah. Sehingga usaha keras kita dan para ulama kita dapat menghasilkan buah yang sangat baik.

-Dian Adni-



Firman Allah S.W.T yang bermaksud: 

Allah telah menjadikan Kaabah, rumah suci itu sebagai pusat bagi manusia.” 
(Surah Maa’idah: 97)

Sebenarnya, Al-Quran  sejak 1400 tahun dahulu telah membicarakan mengenai rahsia-rahsia Kaabah yang menjadi pusat bumi.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

“Demikianlah kami wahyukan kepada-Mu al-Quran dalam bahasa Arab supaya kamu memberi peringatan kepada Ummul Qura (penduduk Mekah) dan sekalian penduduk dunia di sekelilingnya (negeri-negeri di sekelilingnya).” 
(asy-Syura: 7)

Kata “Ummul Qura” bererti induk bagi kota-kota lain, dan kota-kota di sekelilingnya, menunjukkan Mekah adalah pusat bagi kota-kota lain, dan yang lain hanyalah berada di sekelilingnya. Lebih dari itu, kata “ummu” (ibu) mempunyai erti yang cukup penting dan luas di dalam peradaban Islam. Sebagaimana seorang ibu adalah sumber dari keturunan, maka Mekah juga merupakan sumber dari semua negeri lain serta keunggulan di atas semua kota


Allah berfirman lagi yang bermaksud:

“Wahai jin dan manusia, jika kamu sanggup menembusi (melintasi) penjuru langit dan bumi, maka lintasilah, kamu tidak dapat menembusinya kecuali dengan kekuatan (ilmu pengetahuan).” 
 (ar-Rahman: 33)

Kata “aqthar” adalah bentuk jamak dari kata “qutr” yang bererti diameter, dan mengacu pada langit dan bumi yang mempunyai banyak diameter. Berdasarkan ayat ini dapat difahami bahawa diameter lapisan-lapisan langit itu di atas diameter bumi (tujuh lempengan bumi). Jika Mekah berada di tengah-tengah bumi, maka hal ini bererti bahawa Mekah juga berada di tengah-tengah lapisan-lapisan langit. Selain itu, ada hadis yang menerangkan bahawa Masjidil Haram di Mekah, tempat letak kaabah itu ada di tengah-tengah tujuh lapisan langit dan tujuh lapisan yang membentuk bumi.


Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya: 

“Wahai orang-orang Mekah, wahai orang-orang Quraisy , sesungguhnya kamu berada di bawah pertengahan langit.”

Berdasarkan penelitian di atas, dibuktikan bahawa Mekah berada pada tengah-tengah bumi (pusat dunia), dan benar-benar diyakini bahawa Kota Suci Mekah, yang seharusnya dijadikan rujukan waktu dunia dan bukannya Greenwich


Ketika kali pertama Neil Amstrong melakukan perjalanan ke luar angkasa dan mengambil gambar planet Bumi, dia berkata:

 “Planet Bumi ternyata bertumpu di area yang sangat gelap, dan di manakah ia berpusat?.” 



Para angkasawan telah menemui bahawa planet Bumi itu mengeluarkan satu radiasi. Setelah melakukan penelitian lebih lanjut, ternyatalah radiasi tersebut berpusat di kota Mekah, dan tepatnya berasal daripada Kaabah. Yang mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infinite (tidak berakhir). Perkara ini terbukti ketika mereka mengambil foto planet Mars, radiasi tersebut masih berlanjutan. Para peneliti Muslim mempercayai bahawa radiasi ini memiliki karakteristik dan menghubungkan antara Kaabah di planet Bumi dengan Kaabah di alam akhirat. Di tengah-tengah antara kutub utara dan kutub selatan, terdapat suatu kawasan yang bernama ‘Zero Magnetism Area’, iaitu apabila kita mengeluarkan kompas di kawasan tersebut, maka jarum kompas tersebut tidak akan bergerak sama sekali kerana daya tarikan yang sama besar antara kedua kutub.

Itulah sebabnya jika seseorang tinggal di Mekah, maka dia akan hidup lebih lama, lebih sihat, dan tidak banyak dipengaruhi oleh banyak kekuatan graviti. Oleh sebab itu, ketika kita mengelilingi Kaabah, maka seakan-akan diri kita dicas oleh suatu tenaga misteri yang menyebabkan kita bertenaga ketika mengelilingi kaabah dan ini adalah fakta yang telah dibuktikan secara ilmiah


(Dipetik dari Eramuslim “Makkah Sebagai Pusat Bumi” Oleh Dr. Mohamad Daudah)


Berdasarkan kajian Saintifik, berikut merupakan 16 perkara mengenai Kaabah yang tidak diketahui ramai:

1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.

2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.

3. Tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.

4. Graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi.

5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.

6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.

7. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.

8. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.

9. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itu lah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.

10. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.

11. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.

12. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.

13. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Kaabah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.

14. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.

15. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma (lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.

16. Selepas selesai semua itu baru lah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun, rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.

Wallahu’alam….


Iblis datang kepada Nabi Musa a.s dan berkata:

"Engkaulah yang dipilih oleh Allah rasul-Nya dan Kalimullah, sedangkan aku seorang makhluk biasa yang ingin juga bertaubat kepada Allah. Maka, tolonglah aku, semoga taubatku itu diterima."

Nabi Musa a.s merasa sangat gembira lalu dia berwuduk dan sembahyang, kemudian dia berdoa.

"Ya Allah, Ya Tuhanku, iblis adalah makhluk-Mu dan ingin bertaubat, maka terimalah taubatnya."

Maka diturunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s:

"Ya Musa, dia tidak akan bertaubat"

Jawab Nabi Musa:

"Ya Tuhan, dia mahu bertaubat."

Maka turun lagi wahyu kepada Musa:

"Aku telah menerima permintaanmu Musa, maka suruhlah Iblis itu sujud kepada kubur Adam, maka Aku akan menerima taubatnya"

Nabi Musa sangat gembira dan menyampaikan suara wahyu itu kepada iblis, tiba-tiba iblis dengan penuh marah dan sombong lalu berkata:

"Aku tidak sujud kepadanya pada masa hidupnya, bagaimana aku akan sujud sesudah matinya?"

Lalu iblis berkata lagi:

"Hai Musa, kerana engkau telah menolongku, kini engkau berhak menerima hadiah daripadaku, maka aku berpesan kepadamu 3 perkara:


<1> Ingatlah kepadaku ketika MARAH, sebab aku di dalam tubuhmu mengikut saluran darah.



<2> Ingatlah kepadaku ketika MENGHADAPI MUSUH KETIKA PERANG, sebab aku datang kepada anak Adam mengingatkan kepadanya keadaan isteri, anak, hartanya, sehingga dia lari ke belakang.


<3>AWASLAH, jangan duduk sendirian dengan wanita yang bukan mahram, sebab aku sebagai utusanmu kepadanya.


Oleh yang demikian, apabila kita dalam keadaan amarah... cepat-cepatlah berdoa:





-Dian Adni-
Ali bin Abi Talib r.a berkata:

 Sewaktu Rasullullah S.A.W duduk bersama para sahabat muhajirin dan ansar, maka dengan tiba-tiba datanglah satu rombongan orang-orang Yahudi seraya berkata:

"Ya Muhammad, kami hendak bertanya kepada kamu kalimat-kalimat yang telah diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa A.S. yang tidak diberikan kecuali kepada para Nabi utusan Allah atau malaikat muqarrab."

Lalu Rasullullah S.A.W. bersabda:
"Silakan bertanya."

Berkata orang Yahudi: 

"Sila terangkan kepada kami tentang 5 waktu yang diwajibkan oleh Allah ke atas umatmu."

Sabda Rasullullah S.A.W. : 

Sembahyang Zuhur jika tergelincir matahari, maka bertasbihlah segala sesuatu kepada tuhanNya, Sembahyang Asar itu ialah saat ketika Nabi Adam A.S. memakan buah Khuldi, Sembahyang Maghrib itu adalah saat Allah menerima taubat Nabi Adam A.S., maka setiap mukmin yang bersembahyang Maghrib dengan ikhlas kemudian dia berdoa meminta sesuatu pada Allah maka pasti Allah akan mengkabulkan permintaannya.

Sembahyang Isyak itu ialah sembahyang yang dikerjakan oleh para Rasul-Rasul sebelumku, Sembahyang Subuh adalah sebelum terbit matahari, ini kerana apabila matahari terbit, terbitnya di antara dua tanduk syaitan dan di situ sujudnya tiap orang kafir. 

Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah S.A.W. maka mereka berkata: 

"Memang benar apa yang kamu katakan itu Muhammad, katakanlah kepada kami apakah pahala yang akan didapati oleh orang yang sembahyang."

Rasullullah S.A.W bersabda: 

 "Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sembahyang yang pertengahan, sembahyang Zuhur, pada saat itu nyalanya neraka Jahanam, orang mukimin yang mengerjakan sembahyang pada ketika itu akan diharamkan ke atasnya wap api neraka Jahanam pada hari Kiamat." 

Sabda Rasullullah S.A.W. lagi:

 "Manakala sembahyang Asar, adalah saat di mana Nabi Adam A.S. memakan buah Khuldi. Orang mukmin yang mengerjakan sembahyang Asar akan diampunkan dosanya seperti bayi yang baru lahir.

Setelah itu Rasullullah S.A.W. membaca ayat yang bermaksud: 

"Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sekali sembahyang yang pertengahan, sembahyang Maghrib itu adalah saat di mana taubat Nabi Adam A.S. diterima. Seorang mukimin yang ikhlas mengerjakan sembahyang Maghrib kemudian meminta sesuatu dari Allah maka Allah akan perkenankan."

'Sabda Rasullullah S.A.W.:
"Sembahyang Isya' (atamah). Katakan kubur itu adalah sangat gelap dan begitu juga pada hari Kiamat, maka seorang mukmin yang berjalan dalam malam yang gelap untuk pergi menunaikan sembahyang Isya' berjamaah, Allah S.W.T. haramkan dari terkena nyalanya api neraka dan diberinya cahaya untuk menyeberangi titi sirath."

Sabda Rasullullah S.A.W. seterusnya: 

"Sembahyang Subuh pula, seorang mukmin yang mengerjakan sembahyang subuh selama 40 hari secara berjamaah, diberi oleh Allah S.W.T. dua kebebasan iaitu:

1. Dibebaskan dari api neraka.
2. Dibebaskan dari nifaq.

Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah S.A.W. maka mereka berkata:
"Memang benarlah apa yang kamu katakan itu wahai Muhammad (S.A.W). Kini katakan pula kepada kami semua kenapakah Allah S.W.T. mewajibkan puasa 30 hari ke atas umatmu?"

Sabda Rasullullah S.A.W.: 

"Ketika Nabi Adam memakan buah pohon yang dilarang, lalu makanan itu tersangkut dalam perut Nabi Adam A.S. selama 30 hari. Kemudian Allah S.W.T. mewajibkan ke atas keturunan Adam A.S. berlapar selama 30 hari. Sementara izin makan diwaktu malam itu adalah sebagai kurnia Allah S.W.T. kepada makhlukNya."

Kata orang Yahudi: 

'Wahai Muhammad, memang benarlah apa yang kamu katakan itu. Kini terangkan kepada kami ganjaran pahala yang diperolehi dari puasa itu.

Sabda Rasullullah S.A.W.: 

Seorang hamba yang berpuasa dalam bulan Ramadhan dengan ikhlas kepada Allah S.W.T. dia akan diberi oleh Allah S.W.T.

7 perkara:

1. Akan dicairkan daging haram yang tumbuh dari badannya (daging yang tumbuh dengan makanan yang haram).
2. Rahmat Allah sentiasa dekat dengannya.
3. Diberi oleh Allah sebaik-baik amal.
4. Dijauhkan dari merasa lapar dan haus.
5. Diringan baginya siksa kubur ( siksa yang sangat mengerikan).
6. Diberikan cahaya oleh Allah S.W.T. pada hari Kiamat untuk menyeberang titian sirath.
7. Allah S.W.T. akan memberinya kemudian di syurga.


Kata orang Yahudi:

"Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad. Katakan kepada kami kelebihanmu antara semua para nabi-nabi."

Sabda Rasullullah S.A.W.:

"Seorang nabi mengunakan doa mustajabnya untuk membinasakan umatnya, tetapi saya tetap menyimpankan doa saya (untuk saya gunakan memberi syafaat pada umat saya di hari kiamat)."

Kata orang Yahudi: 

"Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad, kini kami mengakui dengan ucapan Asyhadu Alla illaha illallah, wa annaka Rasulullah (kami percaya bahawa tiada Tuhan kecuali Allah dan engkau utusan Allah)."

"Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah2an. Dan berilah berita gembira kepada orang2 yang sabar." 
(Al-Baqarah : 155)

-Dian Adni-
Rasulullah SAW berkata:

 “Senjata yang melindungi kamu dari musuh adalah wuduk.” 



Tidak sah solat jika kita mengerjakannya dengan meninggalkan wuduk. Pernahkah kita terfikir mengapakah wudhuk dijadikan syarat wajib?

Mengapa tangan bersama dengan air perlu menyentuh anggota-anggota tubuh? Mengapa muka, kepala dan telinga yang dibasuh? Juga kenapa mesti tangan dan kaki? Setiap perintah Allah SWT memiliki kebaikan dan hikmah tentu disebaliknya. Semua lima pancaindera, tanpa terkecuali disapu oleh air wuduk. Mata, hidung, telinga & seluruh kulit tubuh. Ini betul-betul luar biasa. Difahami bahawa dengan berwuduk kita dapat membersihkan hati dari sifat-sifat buruk dan tercela serta menyucikan badan dari dosa.

Rasulullah SAW bersabda: 

“Sewaktu seorang muslim atau mukmin itu berwuduk, lalu ia membasuh mukanya, maka keluarlah dari mukanya itu semua dosa yang dilihat oleh matanya bersama air atau bersama titisan air yang terakhir. Dikala ia membasuh kedua tangannya, maka terusirlah semua dosa yang tersentuh oleh kedua tangannya bersama air atau bersama-sama dengan titisan air terakhir. Manakala tika ia membasuh kedua kakinya, maka bersihlah semua dosa yang pernah dijalani oleh kakinya bersama air atau bersama titisan air yang terakhir, sehingga keluar (selesailah) dalam keadaan bersih dari dosa-dosa.” 
 (Hr Imam Muslim dari Abu Hurairah).
.
Masih banyak rahsia yang terkandung dalam wuduk yang hanya Allah Maha Mengetahui. Namun begitu terdapat ahli sains dan pakar saraf/ neurologist berjaya mengungkap sedikit rahsia yang terdapat pada anggota wuduk. Ahli kaji saraf/ neurologist pun telah membuktikan dengan air wuduk yang menyejukkan hujung-hujung urat saraf jari-jari tangan dan jari-jari kaki berguna untuk menenangkan fikiranJika diperhatikan di mana saja letak titik-titik sensitif yang sering digunakan dalam ilmu akupunktur, kemudian diamati pula rukun2 wuduk. InsyaAllah kita akan menemui persamaan antara keduanya.

.
Pada anggota badan yang terkena semasa berwuduk terdapat ratusan titik akupunktur yang merupakan titik penerima ransangan terhadap sentuhan berupa basuhan, gosokan, usapan, dan tekanan atau urutan ketika melakukan wuduk. Sentuhan tersebut akan dihantarkan ibarat signal ke sel, jaringan, organ dan sistem organ yang bersifat terapi. Hal ini terjadi kerana adanya sistem komunikasi, iaitu sistem saraf dan hormon bekerja untuk mengadakan homeostasis (keseimbangan). Titik-titik akupunktur, suatu fenomena yang menarik jika dibandingkan dengan syariat wuduk yang disyariatkan sejak 15 abad yang lalu.

Muka = 84

Tangan = 95
Kepala = 64

Telinga  = 125

Kaki = 125

Jumlah keseluruhan = 493

Ternyata terdapat 493 titik penerima ransangan pada anggota wuduk. Bayangkan jika kita melakukan itu sekurang-kurangnya 5 kali sehari. Dari ilmu ahli akupuntur, bahagian telinga, tapak tangan atau tapak kaki terdapat titik2 yang merangkumi seluruh sistem tubuh badan dan yang istemewanya titik2 di ketiga2 bahagian ini bersamaan jumlah hari dalam setahun.

Kita tidak harus memandang ringan semasa menjalani wuduk. Mengapa? Cuba ingat kembali, semasa kita membasuh tapak kaki & tangan, apakah celah-celah jari sering kita abaikan? Ternyata ada fakta menarik yang ingin dikongsikan di sini.


Di celah-celah jari terdapat 16 titik akupunktur yang mana titik-titik tersebut apabila dirangsang dapat mengubati migrain, sakit gigi, bengkak tangan, lengan merah dan jari kaku.




Berkenaan telinga pula, walaupun ia adalah amalan sunat, ia mengandungi 30 titik ransangan utama. Maka, semasa menyapu telinga itu jangan cuma membasuh saja, tapi harus dengan urutan lembut juga. Selepas ini sebaiknya kita tidak meninggalkan amalan sunat semasa berwuduk kerana setiapnya mempunyai titik penerima ransangan. Terdapat 125 titik akupuntur di telinga, apabila disentuh kesemua titik ini semasa mengambil wuduk, ianya seolah2 kita telah merawat seluruh jasad. 

Ketika kamu mengambil wuduk, selain membaca niat apa yang pertama kali dilakukan? Ia adalah membasuh tangan sampai pergelangan dan di antara jari-jemari. Ketika membasuh kedua tangan, itu bererti gerak pertama yang dilakukan adalah menggunakan kedua tangan itu, jadi energy level pertama berada di kedua tangan.
.
Oleh sebab itulah punca mengapa orang lain berusaha belajar dan mengutip cara-cara Islam, khususnya orang India dan China yang meyakini Bhuddism. Pertama kali mereka gunakan kedua tangan mereka sebagai sebuah method untuk melepaskan tenaga dari tubuh mereka, kerana mereka mengumpulkan energy melalui tubuh mereka seperti sebuah piring atau sebuah parabola.
.
Mereka mengumpulkan tenaga ini dan melepaskannya melalui kedua tangan mereka. Tubuh bertindak sebagai sebuah penampung tenaga. Melalui olah gerak mereka yang beragam dari latihan berat kepada keseluruhan tubuh, mereka mulai mendapatkan tenaga jenis itu untuk memfokuskan dan melepaskannya melalui kedua tangan mereka. Bagi menyembuhkan orang sakit, segala sesuatu yang mereka gunakan dalam penyembuhan memiliki efek penggunaan tenaga.


Kekuatan wuduk juga boleh digunakan bagi menentang keegoan. Ketika tenaga negatif meninggalkan tubuh, maka tenaga positif akan bertambah. Dengan berwuduk, tenaga ribuan kali lebih kuat daripada biasanya. 

Oleh itu,  Rasulullah SAW menyarankan: 

“Pergilah ambil wuduk.”



-Dian Adni-







Keluasan ilmu agama dan perhatian yang mendalam terhadap Sunnah Rasulullah S.A.W, dengan izin Allah, telah membuka rahsia alam Malakut kepada Abd Qadir al-Jilani. Beliau telah sampai ke martabat, iaitu perbezaan antara hak dan batil, ilham illahi dan bisikan syaitan, telah menjadi perkara yang sejati dengan jiwanya. Beliau telah memperoleh ilmu Yaqin bahawa syariah Nabi yang terakhir  adalah sempurna dan tidak boleh diubah, dan apa juga bentuk dakwaan yang berlawanan dengan hakikat tersebut adalah bisikan syaitan semata-mata. Abd Qadir sendiri ada menyebut suatu peristiwa yang berlaku kepada dirinya.

Beliau berkata:

"Pada suatu ketika, saya ternampak suatu cahaya terang benderang yang memenuhi seluruh langit. Kemudian, suatu bentuk manusia kelihatan di dalamnya dan manusia itu berkata:

"Wahai Abd al-Qadir, akulah Allah, Tuhanmu. Aku telah menghalalkan segala perkara yang haram bagimu."

Abd al-Qadir menjawab:

"Berambuslah wahai syaitan"

Sebaik sahaja Abd al-Qadir berkata sedemikian, cahaya langit bertukar menjadi gelap dan bentuk manusia itu mendesir menjadi asap. Kemudian terdengar seseorang berkata:

"Wahai Abd al-Qadir, aku telah menyesatkan 70 Ahli al-Sufi dengan cara ini, tetapi Allah telah menyelamatkan kamu disebabkan ilmu dan taqwamu"

Mendengar sahaja suara itu, Abd al-Qadir pun menjawab:

"Tidak. Itu cuma rahmat Allah S.W.T"

Sesudah Abd al-Qadir menceritakan peristiwa tersebut, salah seorang pendengar bertanya:

"Bagaimana kamu tahu bahawa itu adalah syaitan?"

"Ketika dia berkata bahawa dia telah menghalalkan bagi aku perkara yang haram" jawab Abd al-Qadir.

Abd al-Qadir selalu memberitahu murid-muridnya bahawa apa-apa amalan yang bercanggah dengan suruhan Allah, maka sudah tentu itu adalah amalan syaitan. Oleh yang demikian, hendaklah seseorang kembali kepada ajaran syariat, mengukuhkan iman, dan melawan kecenderungan nafsu dengan bersungguh-sungguh. Apa juga yang tidak dibenarkan oleh syariat sudah tentu menyesatkan.


-Dian Adni-
Imam al-Bukhari menyebut dalam sahihnya bahawa seorang daripada Bani Israel pernah meminta kepada seseorang daripada Bani Israel yang lainnya untuk meminjamkan wang sebanyak 1000 dinar. 


Orang yang memberi pinjam itu berkata:

"Adakah anda mempunyai saksi?"

"Saya tidak mempunyai saksi selain Allah" jawab si peminjam.

Yang memberi pinjam lalu berkata, "Cukuplah Allah sebagai saksi"

"Adakah anda mempunyai penjamin?"

"Saya tidak mempunyai penjamin kecuali Allah" jawab si peminjam.

Dengan tegas yang memberi pinjam berkata, "Baik, cukuplah Allah sebagai pelindung"


Kemudian, wang 1000 dinar pun dipinjamkannya dan yang memberi pinjam pun berlalu pergi selepas keduanya menyepakati waktu dan tempat penyerahan nanti. Tempat tinggal mereka berdua dipisahkan oleh sebatang sungai. Pada waktu yang telah ditetapkan, si peminjam pun tiba di tepi sungai dengan membawa wang pinjaman yang ingin dikembalikannya. Dia menunggu seharian tetapi tidak ada satu perahu pun yang lalu. 

Malam pun menjelma. Namun, satu perahu pun tidak ada yang muncul. Dengan penuh pengharapan, dia pun memohon pertolongan Allah.

"Ya Allah, dia meminta kepadaku saksi namun tidak aku peroleh selain engkau. Dia juga meminta kepadaku penjamin, namun tidak juga aku peroleh selain engkau. Ya Allah, sampaikanlah surat ini"

Si peminjam tadi pun mengambil sepotong kayu lalu dibelahnya kemudian dimasukkannya semua wang 1000 dinar itu ke dalam kayu tersebut. Di dalamnya juga dia menyatakan surat. Selepas itu, kayu tersebut dicampakkan ke dalam sungai. Dengan izin kebaikan dan bantuan Allah dia sangat berharap agar kayu tersebut bergerak menuju ke seberang.



Pada masa yang sama, yang memberi pinjam juga sedang menunggu janji sahabatnya itu. Dia berdiri di tepi sungai dengan harapan sahabat yang meminjam wangnya itu muncul. Sebaliknya, tidak ada seorang pun yang datang. Tiba-tiba dia melihat kayu api terapung di tebing sungai. Hatinya berkata, "Mengapa tidak aku mengambil kayu api itu untuk kegunaan keluargaku di rumah"

Lalu kayu api itu dibawanya pulang ke rumah. Setibanya di rumah, ikatan kayu api tersebut dibukanya dan ternyata di dalamnya terdapat wang 1000 dinar dan sepucuk surat daripada sahabat yang ditunggunya itu.

Kerana saksinya ialah Allah, maka Allah pun menolongnya dan kerana yang melindunginya ialah Allah, maka Allah juga melindunginya. Maha Tinggi Allah.

Firman Allah dalam surah Ali Imran ayat 122:

Maksudnya: Dan jika sudah demikian kepada Allah sahajalah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakkal.



-Dian Adni-

♥ Tidak dapat disangkal dan dinafikan, salah satu fitrah manusia itu, ingin disayangi dan menyayangi. Namun percayalah jodoh itu salah satu rahsia yang kemas tersembunyi. Andai engkau jodoh buatku... sebetulnya aku tidak perlu bersusah payah untuk mengejar cintamu tetapi sangat perlu untukku lebih mengejar dan menambahkan kekuatan cintaku terhadap-Nya... kerana... walau apapun keadaannya, Allah pasti membantuku untuk mendapatkan cintamu kerana dia Yang Esa itu telah terlebih dahulu menuliskan namamu sebagai JODOHKU ♥

:: ♥ tulang rusuk tidak pernah akan tertukar (^_^) ♥ ::


♥ Tidak dapat disangkal dan dinafikan, salah satu fitrah manusia itu, ingin disayangi dan menyayangi. Namun percayalah jodoh itu salah satu rahsia yang kemas tersembunyi. Andai engkau jodoh buatku... sebetulnya aku tidak perlu bersusah payah untuk mengejar cintamu tetapi sangat perlu untukku lebih mengejar dan menambahkan kekuatan cintaku terhadap-Nya... kerana... walau apapun keadaannya, Allah pasti membantuku untuk mendapatkan cintamu kerana dia Yang Esa itu telah terlebih dahulu menuliskan namamu sebagai JODOHKU ♥

:: ♥ tulang rusuk tidak pernah akan tertukar (^_^) ♥ ::


♥ Tidak dapat disangkal dan dinafikan, salah satu fitrah manusia itu, ingin disayangi dan menyayangi. Namun percayalah jodoh itu salah satu rahsia yang kemas tersembunyi. Andai engkau jodoh buatku... sebetulnya aku tidak perlu bersusah payah untuk mengejar cintamu tetapi sangat perlu untukku lebih mengejar dan menambahkan kekuatan cintaku terhadap-Nya... kerana... walau apapun keadaannya, Allah pasti membantuku untuk mendapatkan cintamu kerana dia Yang Esa itu telah terlebih dahulu menuliskan namamu sebagai JODOHKU ♥

:: ♥ tulang rusuk tidak pernah akan tertukar (^_^) ♥ ::

Dan mataku terus meniti langkah SUBUH
yang semakin laju dengan setiap langkah
dan akhirnya SUBUH hilang dari pandangan.

Moga SUBUH ini bukan yang terakhir...




RASULULLAH SAW bersabda maksudnya: 

“Sesiapa yang menunaikan solat Subuh, maka dia berada dalam jaminan Allah SWT. Kerana itu, janganlah kamu mencari jaminan Allah SWT dengan sesuatu (selain daripada solat), yang pada waktu kamu mendapatkannya, lebih-lebih lagi ditakuti kamu tergelincir ke dalam api neraka.” 

(Hadis riwayat Muslim)


Muhammad Abdur Rauf al-Munawi dalam kitabnya at-Ta'arif menegaskan:

 As-Subhu atau as-Sabah adalah permulaan siang hari, iaitu ketika ufuk berwarna merah jingga di langit tertutup oleh tabir matahari. Adapun solat Subuh ibadat yang dilaksanakan ketika fajar siddiq dan berakhir pada waktu matahari terbit.


Solat Subuh memiliki banyak daya tarikan kerana kedudukannya dalam Islam dan nilainya yang tinggi dalam syariat. Banyak hadis mendorong untuk melaksanakan solat Subuh serta menyanjung mereka yang menjaga dan mengerjakannya. Rasulullah SAW mengkhususkan solat subuh dengan beberapa keistimewaan tunggal dan sifat tertentu yang tidak ada pada solat lain. Banyak keutamaan dan kelebihan yang didapati di waktu subuh.  Salah satu keutamaannya adalah Rasulullah SAW mendoakan umatnya yang bergegas dalam melaksanakan solat Subuh, sebagaimana disebutkan dalam hadis:

 “Ya Allah, berkatilah umatku selama mereka suka bangun subuh (iaitu mengerjakannya).” 

(Hadis riwayat Termizi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah) 


Waktu Subuh adalah waktu yang paling baik untuk mendapatkan rahmat dan keredaan Allah SWT. Allah SWT berfirman maksudnya: 

“Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keredaan-Nya, dan janganlah kedua matamu berpaling daripada mereka kerana mengharapkan perhiasan duniawi, dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya sudah Kami lalaikan daripada mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melampaui batas.” 

(Surah al-Kahfi, ayat 28)


Keutamaan solat Subuh diberikan ganjaran pahala melebihi keindahan dunia dan seisinya, sebagaimana disebutkan dalam hadis: 

“Dari Aisyah telah bersabda Rasulullah SAW, dua rakaat solat Fajar pahalanya lebih indah daripada dunia dan seisinya.” 

(Hadis riwayat Imam at-Tarmizi)


Solat Subuh adalah sumber daripada segala cahaya di hari kiamat. Di hari itu, semua sumber cahaya di dunia akan padam. Matahari akan digulung, ibadat yang akan menerangi pelakunya.

Diriwayatkan daripada Abu Musa al-Asyaari, dia berkata Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:

 “Barang siapa yang solat dua waktu yang dingin, maka akan masuk syurga.” 

(Hadis riwayat Bukhari).


Mereka yang menjaga solat Subuh dan Asar dijanjikan kelak di syurga akan melihat Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: 

“Kami sedang duduk bersama Rasulullah SAW, ketika melihat bulan purnama. Baginda berkata, “Sungguh kamu akan melihat Rabb (Allah), sebagaimana kamu melihat bulan yang tidak terhalang dalam memandangnya. Apabila kamu mampu, janganlah kamu menyerah dalam melakukan solat sebelum terbit matahari dan solat sebelum terbenam matahari. Maka lakukanlah.” 

(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim) 


Rasulullah SAW memberi janji, apabila solat Subuh dikerjakan, maka Allah akan melindungi siapa saja yang mengerjakannya seharian penuh. Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: 

“Barang siapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah. Maka janganlah cuba-cuba membuat Allah membuktikan janji-Nya. Barang siapa yang membunuh orang yang menunaikan solat Subuh, Allah SWT akan menuntutnya, sehingga Allah SWT akan membenamkan mukanya ke dalam neraka.” 

(Hadis riwayat Muslim, at-Tarmizi dan Ibn Majah) 



Semoga Dian Adni si gadis berhati kapas ini masih kuat dan berpeluang untuk merasai nikmat dan indahnya sirna subuh... Amin... (^_^)




-Dian Adni-

Salam Muharam (^_^)


Muharam adalah bulan yang mulia di sisi Allah taala. Firman-Nya bermaksud:
“Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi, antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar larangan-Nya) dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya dan ketahuilah sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang bertakwa.”
(At-Taubah 9:36)
An-Nasa’i meriwayatkan daripada Abu Dzar r.a. katanya: 
“Saya bertanya Nabi s.a.w., malam apakah yang paling afdal dan bulan apakah yang paling afdal?”
 Baginda s.a.w. menjawab (maksudnya): 
“Sebaik-baik malam adalah pertengahannya dan bulan paling afdal ialah Syahr-Allah (bulan Allah), iaitu yang kamu panggil Muharam.” 
Ibn Rajab menambah, maksud Muharam bulan paling afdal yang disebut oleh Rasulullah s.a.w. dalam Hadis ini ialah bulan yang paling afdal selepas bulan Ramadan.
Hadis lain yang menunjukkan kelebihan bulan Muharam ialah yang diriwayatkan oleh Muslim daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: 
“Puasa paling afdal selepas bulan Ramadan ialah bulan Allah yang dimuliakan (Muharam). Dan solat paling afdal selepas fardu ialah solat malam.”
Dalam hadis yang disebut di atas, kita dapati Nabi s.a.w. menisbahkan atau menamakan bulan Muharam ini sebagai bulan Allah. Ia sahaja sudah cukup untuk memberikan gambaran betapa mulianya bulan ini.
Dalam bulan ini telah berlaku satu peristiwa penting dalam sejarah Islam, peristiwa datangnya pertolongan Allah memenangkan kebenaran yang dibawa oleh pesuruh-Nya dan tumpasnya kebatilan yang cuba dipertahankan oleh musuhnya.
Antara peristiwa penting itu ialah Allah telah menyelamatkan Nabi Musa a.s. serta kaumnya daripada ancaman Firaun yang zalim, manakala Firaun serta pengikutnya mati lemas dalam keadaan yang hina.
Ibnu ‘Abbas r.a. menceritakan, apabila Nabi s.a.w. berhijrah ke Madinah, baginda mendapati orang-orang Yahudi berpuasa pada hari ke-10 Muharam. Nabi s.a.w. bertanya mengapa mereka berpuasa pada hari tersebut. Mereka menjawab, “10 Muharam adalah hari berlakunya peristiwa besar di mana Allah telah menyelamatkan Nabi Musa a.s. dan kaumnya serta melemaskan Firaun dan pengikutnya. Musa telah berpuasa pada hari ini (10 Muharam) sebagai tanda bersyukur, maka kami pun ikut berpuasa.”
Mendengar jawapan itu, Nabi s.a.w. bersabda (maksudnya): 
“Maka kita (umat Islam) lebih berhak dan lebih utama mengikuti Musa daripada kamu (orang Yahudi).” Ibnu ‘Abbas menambah, maka Nabi s.a.w. berpuasa dan menyuruh umat Islam berpuasa.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Ahmad meriwayatkan daripada Abu Hurairah hadis yang sama dengan menambah:
 “Hari itu (10 Muharam) juga merupakan hari mendaratnya kapal Nabi Nuh di atas bukit Judi. Maka Nuh berpuasa sebagai tanda syukur.”

Dipetik daripada:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan