Ceritera Kehidupan

Sebagai mahasiswa-mahasiswi universiti, kita bukanlah hanya pergi kuliah dan menyiapkan tugasan semata-mata... tetapi perlulah diseimbangkan antara akademik dan kokurikulum. Seperti juga di sekolah, bukan prestasi akademik sahaja yang perlu dijaga tetapi penglibatan kokurikulum juga perlu diberi perhatian. Aku bukanlah seaktif mana...tetapi sekurang-kurangnya aku cuba juga bersukan, berpersatuan. Ketika inilah kita perlu ambil peluang untuk mengenal pasti potensi, menggilap bakat, dan meningkatkan prestasi.

Oleh itu, insyaAllah nanti aku akan kongsikan pula cerita dan pengalaman yang boleh kita kongsi bersama. Mungkin saja perkongsian itu dapat memberi semangat dan rangsangan untuk kalian semua untuk mengaktifkan diri, cakna dengan isu dan persekitaran, dan bukannya tergolong dalam pelajar atau mahasiswa yang pasif. 

-Dian Adni-
Kem Penulisan Kreatif Bakal Guru
28 MAC 2010
Rock Eco Resort, Ulu Yam Selangor



Pengalaman pertama menjadi pengarah program di peringkat universiti. Ketika itu aku berada di semester 2 dan pada kiraanku agak muda untuk menjadi pengarah program. Ditambah pula, program itu merupakan julung-julung kali diadakan.

Dalam usaha untuk menjayakan sesuatu program pastinya tidak akan lari dari fasa-fasa masalah dan kerumitan. Namun, semua itulah yang mewarnai program yang kita anjurkan dan melakar pahit manisnya hidup berorganisasi.


-Dian Adni-


Selepas berjinak-jinak aktif berpersatuan, aku teruskan lagi langkah dengan aktif di peringkat kampus sehinggalah aku dapat merasai pengalaman sebagai wakil pelajar.

Sijil perlantikan ini diberikan dalam Majlis Penyampaian Surat Lantikan Mpp pada 10 Mac 2011 di bangunan bitarasiswa UPSI.


Sijil lantikan dan sijil penghargaan ini pula diberikan semasa Majlis Ramah Mesra Mpp dengan KPT bertempat di PWTC.




Menjadi wakil pelajar bukanlah suatu kelebihan yang perlu dibanggakan. Kerana apa? Kerana kita terpaksa memikul tanggungjawab yang besar dan terpaksa menghadapi risiko untuk berhadapan dengan pelajar-pelajar lain yang nawaitunya berbeza. Walau bagaimanapun, platform kepimpinan ini banyak mengajar aku untuk menguruskan sesebuah organisasi dan mengajar aku untuk berhadapan dengan masalah.


Leadership is a matter of intelligence, trustworthiness, humaneness, courage, and discipline ...
When one has all five virtues together, each appropriate to its function, then one can be a leader.
Kepemimpinan adalah gabungan unsur-unsur kecerdasan, sifat amanah (dapat dipercaya), rasa kemanusiaan, keberanian, serta disiplin...
Hanya ketika seseorang memiliki kelima unsur ini menjadi satu dalam dirinya, masing-masing dalam porsi yang tepat, baru dia layak dan bisa menjadi seorang pemimpin sejati.
~  S un Tzu  ~


The word impossible is not in my dictionary.
Kata "tidak mungkin" tidak ada dalam kamus saya.
~  N apoleon Bonaparte  ~
line





-Dian Adni-

Sesungguhnya aku sangat merindui kenangan ini. Kursus Kepimpinan MPP di Pulau Pangkor merupakan kursus pertama bagi ahli majlis perwakilan pelajar, UPSI.




Bermain bersama, beraktiviti bersama, masak makan bersama, sehinggakan aku seperti merasakan yang kami ini mempunyai ideologi yang sama. Kenangan ini yang aku benar-benar  rasakan yang kami bagai hidup dalam sebuah keluarga.


-Dian Adni-
Ini merupakan kursus kepimpinan MPP yang ke-2, yang diadakan di Pasir Salak Resort. Kursus ini diadakan sejurus selesai kursus kepimpinan MPP yang pertama, iaitu di Pulau Pangkor.





Pada ketika inilah banyak cara dan perkara yang didedahkan kepada kami khususnya berkaitan pengurusan organisasi. Dalam sibuk berkursus, aktiviti riadah tetap ada. Oleh itu, pada ketika ini, kami semua bagaikan menyelam sambil minum air kerana sambil kami sibuk berkursus sambil kami manfaatkan untuk berhibur. Jangan pula ada yang salah faham dengan konsep berhibur itu, pastinya aktiviti yang kami anggap sebagai hiburan itu bukanlah lagha tetapi sebagai medium untuk mengakrabkan lagi jalinan ukhwah antara ahli majlis.


-Dian Adni-
Selain kursus kepimpinan MPP, ahli majlis juga telah dijemput untuk menghadiri Majlis Makan Malam dan Ramah Mesra MPP bersama KPT yang telah diadakan di PWTC. Ketika ini, semua ahli majlis yang keseluruhannya berjumlah  29 orang hadir ke majlis ini. 







Bukan senang nak berkumpul dengan semua ahli Majlis Perwakilan Pelajar seluruh IPTA dan IPTS, dan bukan mudah untuk beramah mesra dengan VVIP dan VIP di satu-satu majlis. Oleh itu, aku sangat bersyukur dan gembira kerana mendapat peluang dan kesempatan ini.  Pada ketika inil jugalah aku dapat berjumpa dengan rakan-rakan MPP dari universiti lain dan ada juga antara mereka yang merupakan Sabahan.


-Dian Adni-
Seterusnya, Majlis Makan Malam dan Ramah Mesra bersama Nc dan TNC HEP di Dewan Besar Kolej Kediaman Za'ba. Majlis ini bertemakan 60-an dan pada malam ini juga semua staf di bahagian Hal Ehwal Pelajar bersaing untuk mempamerkan persembahan mereka dengan memegang konsep 60-an.






Kami ahli majlis hanya sebagai tetamu dan menikmati jamuan yang disediakan. Agak meriah juga kerana orang lebih dewasa daripada kami yang membuat persembahan. Kami sebagai tetamu hanya tumpang ketawa dengan gelagat mereka. Walau bagaimanapun, sesekali majlis sebegini diadakan dapat mengeratkan lagi hubungan antara staf dan ahli majlis.

-Dian Adni-



Pesta Konvokesyen UPSI kali ke-13 ini diadakan di Padang Utama Kampus Sultan Abdul Jalil. Pada ketika ini aku sebagai Penolong Pengurus untuk sekretariat perasmian dan protokol. Banyak aktiviti menarik yang telah disediakan dan sasaran utama untuk pesta pada ketika itu ialah pelajar-pelajar dari sekolah-sekolah berdekatan.




Pengalaman paling besar pada ketika ini ialah semasa menjadi pengerusi majlis, MC pada majlis perasmian yang dirasmikan oleh 
Tan Sri Dato' Seri Dr. Haji Yahaya Bin Ibrahim
           Pro Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris


-Dian Adni-
Persidangan Majlis Perwakilan Pelajar peringkat IPTA di Universiti Malaysia Sabah (UMS)

Ketika ini wakil dari UPSI hanya 5 orang, iaitu saudara YDP, SU, exco kebudayaan dan keseniaan, exco perpaduan dan integrasi, dan aku sebagai penolong bendahari MPP UPSI. Sebenarnya, kalau diizinkan semua nak dibawa ke persidangan ini tetapi memandangkan pihak tuan rumah menetapkan syarat untuk setiap universiti menghantar 5 orang wakil, maka hanya kami berlima sahaja yang datang ke persidangan ini.











Sepanjang 3 hari di Sabah, aktiviti kami sangat padat dan sambung-menyambung. Semasa mesyuarat tidak dapat bergambar jadinya hanya gambar semasa aktiviti santai-santai ini sahaja yang dapat dikongsi bersama. 

Semasa persidangan inilah aku dapat kawan baharu yang rapat dengan aku sampai sekarang, iaitu Farha Zubir yang merupakan penolong S/U daripada USIM. Orangnya manis, lembut, alim, dan mesra. Selain itu, kawan-kawan dari UMK, UPNM, UTHM, UTM, UMS, dan banyak lagi.

p/s: Terima kasih awak semua, kerana senang berkawan dengan saya.  Ukhwah fillah till jannah. InsyaAllah... (^_^)


-Dian Adni-
Pada 20 November tahun lepas, aku dan ahli majlis perwakilan yang lain telah membuat kunjungan balas ke sebuah universiti di Acheh. Program ini merupakan program aku yang kedua dan kali kedua memegang jawatan sebagai pengarah program. Jika sebelum ini program yang aku buat itu di dalam negara, program yang kedua ini pula program peringkat luar negara.

Delegasi 2 Budaya, Jalinan Ukhwah Sebenua



Sangat gembira dan bersyukur sangat sebab apa yang direncanakan untuk satu tempoh yang agak lama, akhirnya dapat juga dijalankan. Terima kasih juga kepada pihak pengurusan bahagian Acheh yang diketuai oleh Pak Qismullah, yang banyak membantu dan memastikan program yang dianjurkan ini berjalan dengan lancar.










Bukan mudah untuk merancang, mengurus, dan mengadakan sesebuah program. Sudah menjadi adat berprogram jika dilanda masalah, tetapi alhamdulillah kami berjaya juga mengatasi masalah-masalah tersebut. Terima kasih kepada pak Suhra, bang Wahyu, ukhti ria, ukthi yuyun, abg kacak, dan ahli majlis perwakilan yang menyertai program ini. Syukran... (^_^)


-Dian Adni-

Program Khidmat Masyarakat Antarabangsa Kemboja 
pada 27 Januari 2012 hingga 1 Februari 2012


















-Dian Adni-
Kajian modal insan di AKRINE, akademi rawatan islam... sambil menyelam minum air. Sambil menjalankan kajian, mengambil kesempatan melakukan rawatan (^_^)






                                -Dian Adni-

Seminar MBMMBI di Auditorium UPSI...





                                -Dian Adni-

Drama dan Amali Seni Lakon


Teater TUN SERI LANANG karya dan arahan Mana Sikana


Teater AIR MATA NANING karya Mana Sikana, arahan Tan Sri Nordin Kardi


Kursus ini merupakan wadah untuk mahasiswa mahasiswi mengetengahkan bakat mereka bukan sahaja dari segi lakonan, tarian, malah pengurusan pentas.

Senarai Pelakon TUN SERI LANANG ialah...


1. Zahid = Tun Seri Lanang


2. Yusop = Jenal


3. Eddy = Sultan


4. Sya = Selasih


5. As = PGL


6. Mat Nor = Dato' Sagoh


7. Jojo = Syeikh Nuruddin


8. Rashid = Rambal


9. Wadi = Temenggung


10. Syafiq = Putera Ahmad


11. Isa = Afonso & Satung


Kak Wani = Penolong Pengarah


Kina = Pengurus Pentas

                                -Dian Adni-


p/s: Selasih (Siti Aisyah Asis) la bukan Aris... sedih c bapa tgk ejaan nama dia salah.


-Dian Adni-

Team Produksi Tun Seri Lanang... Kini Tinggal Kenangan...

Pernah ada rasa cinta antara kita
Kini tinggal kenangan
Ingin ku lupakan semua tentang diri kamu
Namun tak lagi kan seperti diri kamu
Oh bintangku

Chorus
Jauh kamu pergi meninggalkan diriku
Di sini aku merindukan diri kamu
Kini ku coba mencari pengganti kamu
Namun tak lagi kan seperti diri kamu
Oh kawanku


Pernah ada rasa cinta antara kita
Kini tinggal kenangan
Ingin ku lupakan semua tentang diri kamu
Namun tak lagi kan seperti diri kamu
Oh bintangku


Ulang Chorus 2X

Pernah ada rasa cinta antara kita
Kini tinggal kenangan















Rakan-rakan penghibur...






Sumber kekuatan



p/s: Orang yang JAHAT itu sebenarnya lebih baik daripada orang yang BERPURA-PURA BAIK.

Janganlah ketidaksukaanmu terhadap seseorang itu berpaksikan iri hati dan hasad dengki melainkan keburukan dan kejahatan perilaku si empunya diri yang nyata dan terbukti.

Maaf dan terima kasih untuk semuanya. Halalkan semua makan minum dan masa yang pernah dikongsi. 


-Dian Adni-
Tarikh peperiksaan semakin mendekat...

4 Jun: Drama & Amali Seni Lakon
5 Jun: Asas Kewartawanan
6 Jun: Modal Insan


Sya...

Good Luck
Semoga Berjaya
Buat Yang Terbaik
Usaha Sedaya Mampu
Cayoo-Cayoo my dear



Remember:

Allah is always with you... and Their love is around you...




Untuk kawan-kawan yang juga bakal menduduki peperiksaan (yusop, farha USIM, fadhli UPNM, hafiz UTHM, kak rya UPM, hawa, geng kpd at05b UPSI, dan lain-lain, sya ucapkan selamat menduduki peperiksaan. 

Semoga kejayaan milik kita. Amin... (^_^)


-Dian Adni-
Syukur ya Allah... selesai sudah hari-hari peperiksaan yang berlangsung selama tiga hari berturut-turut. Syukur juga ya Allah kerana memberi aku kekuatan dan kesempatan untuk menduduki kertas-kertas peperiksaan tersebut tanpa sebarang halangan atau rintangan. Maka dengan ini, peperiksaan untuk semester ini telah berjaya dilepasi. Semoga hasil yang bakal diperoleh nanti setimpal dengan usaha-usaha yang telah dijana dan semoga kejayaan dan sirna kebahagiaan itu juga menjadi milikku, hamba-Mu yang lemah ini.

Walaupun selama tiga hari ini hati ini tidak pernah lari daripada debaran dan getaran, tapi masih juga boleh menyempat untuk bergambar. Hantu kamera kan... (^_^)







Selepas berhempas pulas mempersiapkan diri untuk menduduki peperiksaan, hari terakhir baru tewas dek kerana demam. Huhuhu agak bernasib baik juga, dah habis peperiksaan baru demam. Semoga cepat sembuh ya. Mesti kuat !

                                   -Dian Adni-


Ole-Ole... dari JOGJAKARTA (^_^)


Alhamdulillah... rezeki lagi... apabila pensyarah aku yang paling sempoi, En Ariff Mohamad belikan kain ini sebagai ole-ole atau cenderamata semasa beliau berkunjung ke Jogjakarta 7hb hingga 9hb Jun yang lepas. 

TERIMA KASIH ENCIK... (^_^)

                                   -Dian Adni-



Keputusan PEPERIKSAAN dah keluar ! ! !

dan...

ALHAMDULILLAH... syukur ya Allah... (^_^)

Buat kali ke-6 senarai dekan dan akhirnya...
DEKAN... 4.00

Semoga untuk peperiksaan yang akan datang aku dapat mengekalkan keputusan sebegini. AMIN...



                                   -Dian Adni-


Semua Tentang Kita



Artist: Peter Pan

Album: Taman Langit
Waktu terasa semakin berlalu 

Tinggalkan cerita tentang kita 

Akan tiada lagi kini tawamu 

Tuk hapuskan semua sepi di hati 


Teringat di saat kita tertawa bersama 

Ceritakan semua tentang kita 



Reff:



Ada cerita tentang aku dan dia 

Dan kita bersama saat dulu kala 

Ada cerita tentang masa yang indah 

Saat kita berduka saat kita tertawa











                                  -Dian Adni-

Minggu Ujian Bulanan 2

Untuk adik-adik kelas 4 Setia & 4 Rasional


Buat yang TERBAIK untuk semua mata pelajaran tau...

4S: zati, iefa, aina, diana, yoyo, xin hui, jia hui, siew teng, shung lim, amir, syafiq, etc

4R: fakirah, syakirin, satna, irin, hazim, acap, jijie, aizat, fikri, dayah, ain, jumaika, hospi, etc

Pasti MAMPU !!! (^_^)V

                                 -Dian Adni-

Kami di SEMESTA

13 guru pelatih UPSI 

berhempas pulas melepasi cabaran, 
meredah dugaan tak putus-putus berkunjungan, 
mencabar had ketinggian kesabaran, 
yang akhirnya mewarnai kanvas perjuangan, 
yang dilakari 1001 pengalaman dan juga kenangan.


Aku yang lemah tanpamu
Aku yang rentan karena
Cinta yang tlah hilang darimu
Yang mampu menyanjungku

Selama mata terbuka
Sampai jantung tak berdetak
Selama itu pun
Aku mampu tuk mengenangmu

Darimu…
Kutemukan hidupku
Bagiku…
Kau lah cinta sejati

Ooh…
Bila yang tertulis untukku
Adalah yang terbaik untukmu
Kan kujadikan kau kenangan
Yang terindah dalam hidupku
Namun takkan mudah bagiku
Meninggalkan jejak hidupku
Yang tlah terukir abadi
Sebagai kenangan yang terindah


atie, sya, farhan, kak uda, alyaa, rina 



wan, faiesal 


milah, farhah





murnah

Moga hubungan yang pernah dijalin 
sentiasa subur. 

Aamiin (^_^)


                                 -Dian Adni-
Kejutan 18 September

Malam sambutan hari lahir tu, sya tidur awal. Selesai sahaja solat isyak dan sesi mengaji sya terus sahaja tidur. Tiada niat atau perancangan pun hendak bergadang malam semata-mata hendak menyambut ulang tahun kelahiran. Dah asyik lena dan mungkin sudah dibuai mimpi bertemu pangeran idaman tiba-tiba sahaja lampu bilik dihidupkan dan 3 kepala gadis idaman tersembul keluar sambil tersengih-sengih daripada muka pintu. Secara perlahan mereka membawa kek ni masuk ke dalam bilik. Inilah kejutan yang dibuat oleh zati, rina, dan tini.



Masa zaman sekolah dulu, tangan sya tak pernah berjauhan dengan aktiviti origami. Tetapi... sya tak pernah lagi buat origami sampai jadi macam ni. Origami robot comel ni pelajar saya, Xin Hui yang buat. Comel + kreatif kan? Hmm dan lukisan tu pun, dia yang lukis. Kiranya hadiah dia, origami dan lukisan tu la.



Kemudian, kad ucapan ni pula pelajar sya Yoyo yang buat. Dia buat sendiri, hasil tangan sendiri, dan bukannya ada dijual di mana-mana kedai. Ayat yang dia hasilkan tu sebenarnya yang buat sya terharu.


Tempat alat tulis ni pula, daripada fakirah. Comel je kan? 


Dan hadiah ni pula daripada zati, eifa, dan aina. Sya tak sangka pula mereka akan bersusah payah menyediakan hadiah ini.


Dapat bayangkan tak, masuk kelas bagi salam, nak mengajar,  tiba-tiba sahaja respon yang pelajar berikan dengan menyanyikan lagu "happy birthday". Terharu tau... (^_^) 

Apa-apapun, terima kasih untuk semuanya. 

                                  -Dian Adni-

Makan Malam dan Jamuan Perpisahan SEMESTA













Sekelumit panggung kisah

Embun pengalaman mewarnai detik-detik perjuangan

Medan tempur pendidikan dilingkari dilema cabaran

Entah kuat, entahkan bertahan

Seribu satu emosi digauli perasaan

Tak terluah dek tanggungan kesibukan

Antara kemahuan dengan kemestian (^_^)V



Sepanjang coretan pena di bumi SEMESTA



                               -Dian Adni-
Hari Terakhir di SEMESTA ='(

Wahai bintang hati
Dengarlah kisah ini
Coretan puisi, kenangan berseni
Penuh warna-warni
Kan terus bersemi

Wahai bintang hati
Dengarlah kisah ini
Terpahat di memori dan sanubari
Warnai detik hari
Di semesta bermisi
Bersama kasihku bintang-bintang hati

Wahai bintang hati
Dengarlah kisah ini
Lukisan pertemuan, lukisan perkenalan, lukisan perpisahan
Moga terpahat kukuh di ingatan
Titik memori buat tatapan
Buat renungan album kita
pada masa depan






                               -Dian Adni- 

Pintu Teka-Teki Kini Terbuka


Sya yakin bukan sya saja yang ternanti-nanti, tertunggu-tunggu hasil penat lelah selama 16 minggu. Yang lain juga. Sejak melihat markah penilaian guru pembimbing, sya seakan-akan sudah dapat meneka hasil tuaian yang bakal sya peroleh. Hebat bukan? Mana taknya belum dapat hasil dah boleh teka. Hahaha. Ya, ya, ya. Selama 16 minggu bukan sahaja berhempas pulas, hempas kepala, banting tulang jemari, perah otak, pokoknya semuanya. Dan yang paling jelas, sya korbankan masa sukasuki, korbankan masa lepaking dengan kwn serumah, korban masa gelak tawa semata-mata menyiapkan kerja supaya tidak ada satu kerja pun yang tertangguh dan hasilnya fuhhh sungguh tak terluah... tapi macam yang sya kata tadi, sya sepertinya dapat teka. Hebat tak hebat. Hebat. Dan sya tak menangis pun. Kuat tak kuat. Kuat... (^_^)

Apa-apapun, sya ucapkan syabas dan tahniah buat semua kawan-kawan praktikum yang berjaya melepasi peringkat ini dan untuk hasil yang kalian tuai. Tahniah... (^_^) Terima kasih juga buat kawan-kawan yang sama-sama berkongsi idea, memberikan cetusan buah fikir dalam menyiapkan rph dan utk menyambut kedatangan hari pencerapan, walaupun hakikat sebenar hanya 3 gadis idaman sahaja yang tahu bagaimana keadaannya sya berperang dengan otak sendiri, terima kasih. Semua tu sangat membantu sya untuk mengharungi hari-hari praktikum. Sangattt (^_^). Tidak lupa pensyarah penyelia dan guru pembimbing yang sangat dikasihi.

Walaupun secara egoisnya sya sepertinya tidak bersyukur dengan apa yang sya dapat tapi yang realitinya sya bukan jenis yang akan duduk mengalah dan mudah menerima yang dikatakan "seadanya" apa lagi jika sya sanggup berhempas pulas untuk mengharunginya. Buruk tak buruk? Buruk... (^_^) Buat tak abut je. Apa-apapun pokok pangkalnya...




                               -Dian Adni- 


Boleh bayang tak macam mana tinggal di kawasan macam ni???

awal.y reaksi sya mcm ni... 

=.=" 
='(
tapi bila dah lama2... mcm ni
(^_^)v
=)

wehee... :D

Allah... bersyukur sgt dan semakin meyakini bahawa tiap2 sesuatu yang kita lalui itu tersirat butir-butir hikmah.

KHAR # Blok 7 # Syukur

Alhamdulillah sampai akhir sem duduk kolej, terjaga dan terpelihara keselamatannya. Tenang itu lebih-lebih lagi la. Semoga sya dapat melalui liku-liku cabaran sem ni. Dundut mesti KUAT !

                                -Dian Adni-


 Buat pertama kalinya untuk semester ini bergambar bersama. Walaupun tak dapat mengumpulkan semuanya... kehadiran yang sedia ada pun menjentik wayar gembira.

mereka # kenalan # se-AT05 # se-upsi










                               -Dian Adni-


:: si pemberi yang kreatif =)

awal.y masa tau tukaran hadiah yang sya dapat ialah hadiah ni... sya rasa mcm ni...

" ekk yg ni ka sya dapat...=.=" huhu"
" boleh plak benda2 mcm ni jadi benda utk tukar2 hadiah mcm tak sesuai je... klau cabutan bertuah ok kot... =.=" huhu"
" huhu malu.y nak bawa... semua org dapat yg berbalut cantik... =.=" huhu"

awal.y sya juga mengetawaki dan diketawaki... tapi lps bertelefon dgn mak semalam, lps cerita yg sya dapat hadiah jenis ni... baru sya tau rasional.y kenapa... dan sya akui ckp c mama sya... awk si pemberi yg kreatif (^_^)

c mama: apa la kau dapat utk tukar2 hadiah?
sya: tempat air... boleh2.y kawan bagi hadiah mcm tu utk tukar2 hadiah. huhu =.="
c mama: ai... ngam la ba tu. kenapa plak kau ckp mcm tu. kreatif ba kwn mu tu. kan hari2 kau minum air. setiap berapa minit mesti kau minum kan? na bila kau minum, mesti kau tgk tmpt air tu kan? asal tgk tempat air tu mesti kau akan ingat yang tempat air tu tukaran hadiah yg kau dapat. kau tu yg kasi matang lg sikit tu pikiran
sya: ekk =.=" kena cuci plak :D

hehe lepas dgr hujah c mama, walau tak tau siapa si pemberi ini, tapi sya akui awk mmg si pemberi yg kreatif. awk bagi sesuatu yg mmg utk sentiasa dguna dan membuatkan si penerima teringat pd awk even tak tau awk tu siapa.

#makasih c mama ♥ sentiasa jadi pembetul laluan fikiran sya.
#makasih si pemberi hadiah. minta maaf sgt2 sbb mengetawaki hadiah awk ni. maafkan saya tau :)
#insyaAllah sya bawa juga balik ke sabah.


                              -Dian Adni-


Majlis Makan Malam Ekapaksi 2013

himpunan laskar pelangi yang penuh warna warni




Buat sekian kali sya ikut serta dalam program se-AT05. Sya akui... sya sangat jarang ikut serta dalam program se-AT05. program lain sya aktif je ikut. sebab apa? sebab.y secara peribadi sya memang sangat tidak rapat dengan mereka. sya akui... dalam lingkungan 1++ orang AT05  ni... berapa orang je yang sya kenal dan kawan. bukan menyombong, berlagak ke apa. tapi sebab sya memang bukan tipe orang yang ramah mesra huhahuha. itu kelemahan sya yang paling jelas. sya lambat nak berkawan. tapi bila dah selesa berkawan itu itu je la. berkepit ke mana-mana. tu yang payah nak bertambah. sebab tu sya selalu guna perkataan kenalan se-AT05 sebab memang level.y hanya kenalan. Yang berkawannya hanya gadis stupsi rtz ngan buddyz tu je la. Kadang sya nak juga rapat2 dengan mereka tapi sya sangat segan sampaikan perasaan malu yang sangat besar itu menutupi perasaan mahu. teruk betul kan? ya memang sangat teruk. 

Awalnya sebab sya fikir sya tak rapat dengan mereka, sya tak nak ikut serta program ni. ya tak nak ikut serta. sebab sya fikir... sya ada pun tak menambah, sya takda pun tak mengurang. alasan yang sentiasa sama bila ada kaitan dgn se-AT05. tapi bila dengar butir2 kata dari gadis rtz, buddyz, n c mama yang sentiasa jadi pembetul laluan fikiran... akhirnya sya ikut serta juga dalam program ni. sya dapat juga jadi warga majlis ni. sya dapat juga merasai kehangatan ikatan AT05 tu. Tahniah buat si cantik afiqah dalilah a.k.a fifi dan semua ajk pelaksana yang bertungkus lumus dalam menjayakan majlis ni. Sya memang tak pernah nak like or komen... cukup jadi pemerhati n menaip doa dalam hati supaya urusan kerja kalian dipermudahkan. Alhamdulillah keberhasilan itu milik kalian.

Walaupun majlis malam tu menghimpunkan laskar pelangi yang penuh warna warni tapi sya hanya berani bertegur sapa untuk mereka yang duduk semeja dengan sya je. meja kiri kanan depan belakang sya pandang senyum je. hai pun tak. bye pun tak. teruk tak teruk. sangat teruk. mulut sya punya berat. kalau orang tak tegur. memang sya tak berani tegur. memang patut la kalau ada yang kata sombong, berlagak, dari tipe muka pun orang selalu kata muka sombong... sebab takut nak sapa orang pun sya selalu dikata sombong. Tapi gadis stupsi rtz dan buddyz pasti dah masak dengan perangai sya. baik buruk semua mereka tahu. tak tahu macam mana mereka boleh betah kawan dgn sya pun tak tau. apa-apa pun di tanah upsi ni mereka selalu ada di sisi.

Masa malam tu buddyz buat persembahan. buat pertama kali sya dengar dan lihat dia nyanyi. Terpaku. Sedap. Serius suara dia sedap. Masa tu sya terus terfikir... mesti kalau buddyz ngaji bertarannum pun sedap. Allah... bangga saya. Kan sya selalu kata awk tu punya kelebihan dan bakat besar. baik akademik, baik bakat terpendam, baik sahsiah. cuma kadang kemalasan tu menutupi.y. kan? hehe. utk buddyz pun tahniah. majlis kahwin sya ??-??-20?? nanti awak tolong nyanyi utk sya tau. tak baik mengecewakan permintaan buddyz. tak mau mcm tu. tak mau. haha :P



see... hari kedua bersama se-AT05 gambar-gambar sya hanya bersama gadis stupsi rtz. pelosok mana kami datangi... ahli.y tetap sama. sya nak je pegi dekat kenalan yg lain dan cakap... awk, saya nak gambar sama boleh... tapi bila dah nak pegi mulut sya mesti terus terkunci makanya lakuan kawalan yang terhasil hanya senyum menutupi gigi. huhuhu. boleh kira berapa byk gambar sya dgn kenalan lain. dua je. kalau ikut hati nak je tarik kenalan tu dan ajak bgambar atau lari masuk mana2 kumpulan yang nak bgambar tp malu yang mengatasi mahu itu membuatkan semua itu mustahil. 




hmm kadang sya selalu fikir n tanya diri... apa yang susah sangat sya... tegur je la... hmm tapi tetap payah. sebab dgn mereka sangat tdk biasa. kalau yang dah biasa tu, sya senang la potpetpotpet tapi bila dgn yang tak biasa. paling lulus la sudah tu kalau senyum. apa nak jadi pun tak tau la. mungkin betul juga cakap c mama... ego tinggi. nak org mula dulu, baru boleh mula. hmm mungkin =.=" sem pengajian ni dah nak berakhir sya... cuba kira berapa banyak ikatan yang sya berjaya jalin. hmm boleh dikira sebab sgt sedikit.

apa-apa pun... awak semua... kenalan se-AT05... sya minta maaf sangat2... pameran tingkah yang tak baik, menjengkelkan, dan sama pengertian dengan.y sya minta maaf. maaf berat mulut nak menyapa. maaf tak dapat bermesra. maaf tak mampu buatkan kalian bergelak suka dgn kehadiran sya. minta maaf sgt2... dan terima kasih untuk semua.y. meski sekadar bayang kelabu, hadir dalam lingkungan kalian itu juga memberi makna dan mengajar sya hubungan sosial itu perlu ada dan diperluaskan bukan hanya selesa dengan bilangan sekangkang kera.

# mlm ekapaksi # se-AT05 # terbaikkk #



Allah... masih penuh dgn kelemahan dan kekurangan. bila aku dapat mengubahnya... ='(


                               -Dian Adni-                    





18-19 Mei 2013

Dewan Kuliah Pusat 10, UPSI (KSAS)


18 Mei 2013


Ustaz Asraf Bin Hj Ismail
Aqidah Islamiyah
Fiqh Ibadah 

Ustaz Zainal Abidin Bin Soleh
Prosedur Perkahwinan Berkonsepkan Islam 
Hubungan Kekeluargaan Perspektif Islam
Pengurusan Kewangan dan Masa

19 Mei 2013

Tuan Haji Abd Razak Bin Zainal
Pengurusan Kesihatan

Tuan Harith Fadzillah Bin Abd Halim
Komunikasi Suami Isteri
Pengurusan Stress dan Konflik
Pengurusan Talaq / Fasakh

Kursus Pra Perkahwinan Islam



Alhamdulillah... selesai juga kursus yang disertai untuk dua hari berturut-turut ni. Walaupun pada awalnya hampir-hampir sahaja mengundur diri tetapi akhirnya berjaya juga menyelesaikan kursus ni dengan jayanya. Walaupun tak dapat pergi kursus ni sama-sama dengan bakal pendamping diri, takpe la... pergi dengan kawan-kawan stupsi pun dah memadai memandangkan peluang kursus ni tiba dulu sebelum munculnya bakal pendamping diri.

Terima kasih tini sebab bersungguh-sungguh mengajak. Terima kasih zati sebab memudahkan pergerakan pergi dan balik sepanjang kursus. Terima kasih rina sebab menghangat kursus dengan kejadian-kejadian :P hahaha.
Tahniah gadis stupsi_rstz...dah berjaya melepasi kursus pra perkahwinan (^_^)v


Sebelum Kursus

Sya : Mak... 18, 19 nanti sya ada kursus

C Mama : Owh... kursus apa? masih lagi kau aktif d sana... bilang sibuk banyak tugasan... aktif itu ini awas pointer menurun...

Sya : hahaha (buat2 gelak) ndak ba juga... bukan kursus2 mcm dulu, yang ni kursus pra perkahwinan... hahaha (gelak betul2)

C Mama : Kursus kahwin? Ai... bilang ndakda calon... ndak mau fikir pasal kahwin2... ingkar prinsip lagi la ni

Sya : ekk =.=" (mcm mana mau kasi terang ya... ) hmm ndak la mak. ambil peluang jak ba ni... persediaan. kalau yang ni harga student murah sikit berbanding ambil di luar. lagi pun manatau nanti dah kerja dah tambah bz, ndak payah dah sibuk2 mau atur masa semata2 pegi ambil kursus. 

C Mama : Owh... betul la juga tu. Jadi pegi jak la dulu kan biarpun ndakda calonnya. 

Sya : hahaha iya... anggap jak pegi top up ilmu kan =)

C Mama : Ba yalah... 

______________________________________________


Semakin banyak kita ingin mendapatkan "tahu" maka semakin banyak akan kita dapatkan "tak tahu"

Hikmah sya pergi kursus ni awal... sekurang-kurangnya sya diberi masa untuk memperbaiki, membina, dan mempersiap diri ke arah fasa hidup yang seterusnya. Manatau lepas ni Allah datangkan bakal pendamping diri yang telah Allah sediakan untuk sya... sekurang-kurangnya ilmu tu sya dah ada. Kan... (^_^)v

Manfaatkan ilmu untuk 2 hari ni dengan sebaik-baiknya.
Persiapkan diri untuk diri dan
persiapkan diri untuk bakal pendamping diri
ke arah membina baitul muslim
yang penuh dengan 
sakinah, mawaddah, dan rahmah.
InsyaAllah...

Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri (pasangan) dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram (sakinah) kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih (mawadah) dan sayang (rahmah). Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir” 

(Ar Rum : 21)

“Barangsiapa menikah, maka ia telah melengkapi separuh dari agamanya. Dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah dalam memelihara yang separuhnya lagi”

(Hadith Riwayat Thabrani dan Hakim)

“Nikahilah perempuan yang penyayang dan dapat mempunyai banyak anak (subur), kerana aku bangga dengan sebab banyaknya kalian di hadapan para nabi nanti pada hari Kiamat.”

(HR. Ahmad No: 13594 , dan disahihkan oleh Ibnu Hibban)

“Wanita dikahwini kerana empat hal: Kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya, dan kerana agamanya. Maka hendaklah kamu pilih kerana agamanya, sebab kalau tidak demikian, nescaya kamu akan celaka”

(Hadith Shahih Riwayat Bukhari 6:123, Muslim 4:175)

 “Jika umurku tinggal sepuluh hari lagi, sungguh aku lebih suka menikah daripada aku harus menemui Allah sebagai seorang bujang.”  

(Ihya' Ulumuddin dan Tuhfatul 'Arus  hal 20)


                               -Dian Adni-




Hari terakhir bersama kenalan se-AT05 dalam kelas seminar refleksi di bawah pengendalian Encik Razali Ayob.



Sebenar.y ni bukan pertama kali sya mengikuti kelas Encik Razali. Sebelum ni Encik Razali pernah ajar sya untuk kelas KPD 1 dan KPD 2. Dan disebabkan sya dah selesa dan suka dengan cara pengajaran dan pengendalian beliau, sya sanggup tukar kelas. Ha'a tukar kelas. Sebelum ni sya dapat kelas seminar kumpulan lain tapi sya tukar, masuk kumpulan bawah pengendalian En Razali. Sya tahu ada yang menyalah anggap alibi sya tukar kumpulan. Buat tak abut je.


Sya ni kan budak skema, jadi bila sya masuk kelas yang tak berapa skema sya jadi huru-hara tak tahu satu benda. Sya rasa sya dah selesa dan sehaluan dengan cara En Razali sebab tu la sya bulat hati untuk tukar kumpulan. Ingat lagi masa minta tandatangan pengesahan untuk masuk kelas beliau.

"ha aisyah, kawan-kawan awak keluar kelas saya sampai 7-8 orang... awak pula nak masuk kelas saya..."


Alhamdulillah... keputusan yang dibuat diberkati. Tugasan individu mahupun kumpulan berjalan lancar begitu juga dengan sesi forum. Tidak ada satu kerumitan pun yang menduga. 


Apa yang sya tabik springgg dengan cara pengajaran dan pengendalian Encik Razali ni... setiap patah kata yang beliau ucap sentiasa buat sya berfikir. Berfikir sebab apa? sebab kebanyakan yang beliau kongsikan dalam kelas, pada kiraan sya maklumat baharu dan bermanfaat. Sampai kelas terakhir pun beliau tetap menyalurkan maklumat-maklumat baharu yang memang akan diguna pakai kelak. Masa kelas KPD 1 dan 2 dulu pun macam tu. Berkat tunjuk ajar dan bimbingan beliau juga la urusan praktikum sya jadi lebih mudah. 

Apa-apapun... En Razali Ayob memang pensyarah terbaik yang pernah sya kenal sepanjang di UPSI. Terima kasih encik. Halalkan untuk semua ilmu yang telah dicurahkan. Dan minta maaf untuk segala kekurangan sebagai "pelajar yang lambat tangkap" hehe (^_^)v


                               -Dian Adni-



Sepetang bersama adik-adik mp3... 

adik emmukkk n syahirah

(^_^)v

Petang tu... usai je urusan Asar, sya pergi jumpa adik-adik mp3 ni di kZ...  Sebelum gerak tu memang dah janji dah nak jumpa di bahagian mana, so sya dengan penuh yakin gerak la ke kZ tanpa membawa hp. Sampai je kZ sya pun cari la blok C. Yes... jumpa. Pusing punya pusing ekk =.=" tak nampak pun mereka. A-la-makkk ! Tiba-tiba ada adik sorang tu lalu nampak.y macam nak menuju ke kafe... sya pun dengan penuh mesra bertanya. 

"maaf...dik tau tak tempat sewa basikal bahagian mana...?"
"errr... tak pasti la... hmm actually saye pun tak tahu la..."
"awk duk kZ ea...?"
"ha'a...blok ni je..."
"owh... ok makasih ya"

ekk =.="... ha sudah... adik tu yang tinggal di kZ tu pun tak tahu mana tempat sewa basikal tu, sya yang tinggal kolej lain ni lagi la... huhu. Dengan penuh harap, sya doa dalam hati."harap2 la c adik emmukkk cari sya di sini..."

aha... tak sampai berapa minit lepas tu... sya nampak org melambai-lambai...
oh yeah... (^_^) alhamdulillah permintaan didengar. hehe. Sya pun jalan menuju ke tempat mereka. Kemudian sya ikut je laluan mereka menuju ke tempat sewa basikal tu.

lorh??? "sini je..." ingatkan tempat sewa basikal tu tempat tertutup... awat hangpa tak khabaq tempat tu tempat parking belakang blok C... hahaha :D

hmm sampai je tempat tu... sya lihat deretan basikal yang pelbagai warna... ada merah, biru, putih, dan pink. adik-adik mp3 tu dah mula pilih-pilih basikal. sya tak fokus warna lain. sya terus  'aim' satu warna tu je. macam biasa biru... (^_^)v haha. adik emmukkk mesti la ambil warna pink... dia kan ke-hello kitty-an. hahaha :D dan syahirah pun ambil warna biru. hmm sya tgk sepintas macam ok je basikal yang sya pilih tu. dengan penuh yakin... sya pun keluarkan la basikal tu dari deretan yang lain. adik emmukkk dan syahirah pun sama. adik yang bertugas jaga basikal tu kenakan RM9 untuk 3 basikal dan boleh guna untuk 2 jam. wehee... (^_^)v terlaksana juga perancangan riadah yang tertunggak lama ni.

dengan lafaz bismillah... kami pun gerak... haha... kan sya dah lama tak kayuh basikal... jadinya awal-awal lagi dah buat kejadian. berlaku ketidakseimbangan ya di situ. hahaha. berapa minit lepas tu baru kayuhan stabil dan sya pun mengayuh dengan penuh lagak comel + ayu. Sangattt :P hahaha.

hai... senang.y dalam hati... dapat kayuh basikal lagi... wahaha sambil kayuh, sambil nyanyi la konon... keluar je pintu pagar... sya berhenti kemudian turun.

=.=" ekk jalan tu agak berbukit... nak kayuh ke nak jalan. nak kayuh ke nak jalan. nak kayuh ke nak jalan. hmm =.=" ha amekaw... tertunduk-tunduk sya menyorong basikal tu lalu jalan berbukit tu. kalau orang pro... takde hal pun... redah je... tapi sebab sya tak yakin diri... maka tu yang sanggup menyorong dari mengayuh :P heiii dun...duttt

hmm kemudian sya cuba-cuba la juga nak kayuh... hmm napa macam berat je basikal ni nak gerak. tayar pancit ka apa. hei...tu...run... lagi. tengok tayar ok je.  huhu sya minta tolong adik emmukkk tengok dan cuba kayuh. ha... dia pun rasakan yang sama. akhir.y dengan rasa prihatin adik emmukkk pun suruh sya pakai basikal dia, dia pakai basikal sya. oh yeah... (^_^)v makasih ya adik emmukkk... hahaha

bila semua.y dah ok... baru la kayuhan tu lancar dan dengan penuh yakin sya gigih mengayuh menuju ke tasik kampus. gigih-gigih pun sya juga la yang tertinggal di belakang... =.=" heiii...dun...duttt haha :D


macam tak percaya... mampu juga sya mengayuh sampai kawasan kampus ni... oh yeah... dundut MAMPU ! hahaha. sampai je kawasan padang ni... suasana ptg.y cantik sangat. betu... serius... tak tipu... (^_^) jadi.y seperti biasa... hantu bergambar pun menjelma keluar. haha jom tengok aksi adik-adik mp3 ni dalam memanfaatkan "prop" haha :p




hahaha... lihat... sangat pandai kan mereka memanfaatkan "prop" haha sgttt :P trak pemotong rumput pun mereka sapu... hahaha. adik-adik mp3 ni memang suka me-naughty... jadi.y kalau dengan mereka... sya rasa macam sya ni pun baru sem 4. haha :P

hmm lepas je beraksi dengan trak pemotong rumput, kami pun menyambung kayuhan sampailah tiba di kawasan yang memang nak dituju. hmm tapi kan... rasa.y lebih banyak sya menyorong dari mengayuh. hampei. heiii dun...duttt =.=" haha :D

sampai je kawasan tasik... Allah... cantik.y lukisan alam-Mu...(^_^) <3 suka suka suka...









wahaha... kalau bergambar... memang masing-masing menjelmakan hantu.y. haha :P tengah asyik-asyik bergambar tiba-tiba rasa adanya titisan air yang jatuh dari langit... A-la-makkk hujan la wei... wehee (^_^)v oh yeah... dapat main hujan... haha :p dundut memang tak abut. tapi kesian pada adik mp3 berdua tu la plak. maka.y kami pun bergerak balik.




kalau dalam perjalanan pergi sya lebih banyak menyorong dari mengayuh... ha... dalam perjalanan balik sya nekad mesti lebih banyak mengayuh dari menyorong. hehe. biar macam mana pun kena beranikan diri juga untuk mengayuh. baru je nak gigih berabis mengayuh tiba-tiba adik emmukkk sound kata nak singgah d tempat bulat-bulat. ekk bulat-bulat? apakah =.="

lorh??? hahaha. o...raittt layankan saja (^_^)v




hahaha... ni la nama.y tempat bulat-bulat ye dik wahaha :P terbaikkk la. antara kami bertiga... syahirah yang paling rajin dan berkebolehan untuk jadi jurugambar. c kakak dan adik emmukkk hanya mampu jadi model je. kan adik emmukkk... haha :p

bila dah dapat paling kurang 10 gambar baru kami teruskan lagi kayuhan tanpa henti sampai la di kawasan padang. ha bila dah sampai kawasan padang... hantu menjelma lagi, berhenti lagi, dan bergambar lagi. huhuhu. memang kan kalau tipe gila kamera. eh silap kamera tu tak gila. orang-orang tu yang gila bergambar. takpe-takpe... layankan saja. (^_^)





ha... semua posing ada. baring dan kuak lentang je yang takde. hahaha :p masa semakin mencemburui kami. tanpa berlengah kami pun menyambung lagi kayuhan tanpa henti sampai la tiba di kafe khar. hmm tapi dalam perjalanan balik tu... ada budak dundut tu... nak 2 kali ter-excident... huhu alhamdulillah 2 kali tu juga berjaya dielak. satu di jalan menurun bukit. satu kali lagi di kawasan bulatan. huhu rasa macam tercabut jantung sya tau. nasib tak jadi apa-apa kalau tidak... sya yakin dan pasti mesti adik mp3 berdua tu tak sanggup bawa sya naik basikal lagi lepas ni. haha :p

sebagai tanda terima kasih kerana sudi beriadah sepetang bersama c kakak... macam biasa... trademark c kakak dundut... wehee~ eskem time (^_^)v




sebagai upacara penutup... eskem time... wehee... eskem kit kat (^_^)v sambil makan sambil gigit sambil jilat eskem tu syahirah menyatakan kesedapan eskem kit kat ni dan mengakui eskem ni lebih sedap dari eskem mcD... ho... la... berapa kali makan pun, berapa kotak kamu bagi pun, tak pernah bosan c kakak makan ni eskem. haha :p

huhu riadah sepetang bersama adik-adik mp3 memang syok. memang best. memang bermakna. serius. hmm sambil dapat beriadah. sambil dapat melunas rindu dengan c adik emmukkk. sya ni tiada adik. tak pernah rasa ada adik. tak pernah ada pengalaman layan adik. dan tak pernah tahu pun begini nikmat gembiranya punya adik. walau hanya pangkat adik bawah umur a.k.a junior (^_^)v makasih syahirah. makasih adik emmukkk. sayang kamu kerana Allah =)


lakaran wajah ceria yang berjaya sya lukis. kalau hari-hari sya dapat senyum ceria macam ni kan bagus. Allah... anugerahkan aku nikmat sebegini secara berterusan ya Allah... =') hmm ya luaran itu mampu menipu tapi retak, pecahan, gurisan di dalam itu hanya empunya diri dan Allah sahaja yang tahu. takpe-takpe sekurang-kurangnya sya dapat mengecapi rasa gembira dan bahagia itu walau seketika. dan penangan riadah sepetang bersama adik-adik mp3 ni buat sya hampir-hampir terlupa yang demam sya masih belum kebah.



                               -Dian Adni-


Kelas terakhir untuk subjek 
Analisis Wacana
di bawah pengendalian
Dr Sanat Md Nasir





Beliau juga salah seorang pensyarah yang sya tabikkk springgg...
hehe dengan bahasa.y yang teratur, dengan sifat kebapaan.y, dengan sifat memahami dan... pendekatan pemikiran.y yang sya kira sgt unik membuatkan sya rasa selesa dan senang belajar dengan beliau. Sebenarnya untuk semester 8 ni... subjek wacana ni la antara subjek yang paling paling paling... walaupun begitu, sepanjang membuat tugasan dan kuiz... alhamdulillah beliau banyak membantu dan menjadikan kerja-kerja sya sedikit mudah. Hehe sangat2 beruntung dapat belajar dengan beliau. Serius (^_^)v


                               -Dian Adni-


Usaha awal menubuhkan Muzium Pendidikan Sultan Idris  telah diilhamkan sejak tahun 1950an lagi. Pada masa itu muzium tersebut digelar muzium SITC, Muzium tersebut hanyalah muzium kecil yang hanya menyimpan khazanah-khazanah yang berkaitan dengan pendidikan di SITC dan budaya masyarakat Tanjong Malim. Pada ogos 1986, Kementerian Pendidikan telah bersetuju terhadap saranan untuk menubuhkan secara rasmi Muzium Pendidikan Nasional. Langkah pertama ke arah penubuhan muzium ini apabila Muzium Negara telah membuat pameran pendidikan tersebut di Kuala Lumpur. Pada 31 julai 1983, DYMM Seri Paduka Baginda Yang dipertua Agong iaitu Sultan Ahmad Shah telah melawat Muzium MPSI untuk merasmikan perayaan Jubli Intan MPSI. Beliau juga telah menyokong gagasan penubuhan Muzium Pendidikan Nasional. Muzium Pendidikan Nasional ini juga, telah mengalami beberapa perubahan dari era Muzium SITC, Muzium Pendidikan MPSI dan Muzium Pendidikan IPSI 
Pada 26 Mac 1999, Muzium Pendidikan IPSI dengan rasminya diserahkan kepada UPSI dan sekali lagi mengalami perubahan menjadi Muzium Universiti Pendidikan Sultan Idris. Akhirnya pada 26 Jun 2002 melalui kertas cadangan dan kata sepakat oleh pihak Kementerian Pendidikan dan pihak Kementerian yang lain serta pihak UPSI, Muzium Pendidikan Sultan Idris dengan rasminya telah dinaiktaraf menjadi Muzium Pendidikan Nasional. Terdapat beberapa bangunan yang dipilih oleh pihak kementerian untuk dijadikan bangunan bersejarah serta muzium, antara bangunan-bangunan bersejarah, yang dikenalpasti untuk dijadikan Muzium Pendidikan Nasional adalah:-
1. Bangunan Suluh Budiman
2. Bangunan Tadahan Utara SITC
3. Bangunan Tadahan Selatan SITC
5. Bangunan Rumah Pengetua SITC
6. Bangunan Rumah Tamu SITC
7. Bangunan Dewan Makan SITC
8. Bangunan Sekolah Latihan SITC
































Inilah hasil lawatan ke Muzium Pendidikan Nasional, UPSI. Hehe kawan-kawan lain habis je exam keluar TM untuk berjalan-jalan... anak perantau macam sya ni hanya mampu manfaatkan kemerdekaan menamatkan exam dengan mengadakan lawatan persendirian ke muzium je. Haha buat tak abut je la kan... okey apa (^_^)v

Hehe sebenarnya tak rancang pun nak pergi sini... sebab sebelum ni sya dah pernah masuk muzium ni. Masa tu sya masih mpp dan terlibat dengan program perasmian muzium dan majlis santapan diraja bersama Tuanku Bainun. Tapi disebabkan kebosanan takde apa nak buat lepas exam, sya bawa la kawan sorang ni sebabnya dia tak tahu pun muzium ni ada dan tak pernah masuk pun. Ha... kesempatan yang baik kan? tambahan pula masa sya masuk sebelum ni tak dapat pun tangkap gambar sebanyak ini, yelah terikat dengan program lagi pula masa tu dalam muzium yang banyaknya hanya vip dan vvip je. Masa tu sya bertugas untuk jadi pengiring vip jadinya memang tak boleh la nak suka2 tangkap gambar.

Hehe tini... bagus juga kan kau tak masuk-masuk lagi muzium ni... tanpa dirancang berpeluang pula masuk muzium ni buat kali ke-2. haha makasih ya puang attek... (^_^)v




                               -Dian Adni-


Khar lama


Khar baharu


ALHAMDULILLAH...

Dari sem 1 sampailah ke sem penamat, sem 8 masih dapat tinggal dalam kolej. Dari khar lama sampailah khar baharu, masih dapat jadi warga kolej. Masih dapat setia menjadi warga Kolej Harun Aminurrashid, KHAR. Rumah ke-2 bagi si anak perantau yang menumpang tinggal di tanah dan langit semenanjung.

Pasti merindui setiap rutin hari sepanjang tinggal di kolej. Kehidupan yang sangat santai tanpa banyak fikiran. Berbeza dengan kehidupan rumah. Di sini serba serbi diurus dan dirancang sendiri. Baik perancangan... baiklah aturan sehariannya. Dan begitulah sebaliknya. Banyak mengajar sya untuk hidup mandiri dan menguatkan sya untuk terus gagahkan diri. (^_^)


Sambil-sambil mengimbau kenangan sem 1 sampailah sem 8... dimaniskan lagi dengan eskem time... kit kat kit kat kawanku... haha dun...duttt (^_^)v. 

Pasti sya rindu semua ini... =')


                              -Dian Adni-
 Penyerahan penulisan ilmiah projek tahun akhir



Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih sya ucapkan kepada Dr Dahlia Janan, pensyarah penyelia. Berkat tunjuk ajar dan bimbingan beliau, kami berhasil menyiapkan penulisan ilmiah ini dengan jayanya.




InsyaAllah... sya akan meneruskan langkah pada tangga yang seterusnya. Jika sya dapat melepasi tangga yang ini, tidak mustahil sya dapat melepasi tangga yang seterusnya kan? Selagi ada niat dan usaha, insyaAllah kekasih sya yang unggul itu sentiasa ada untuk membantu mempermudah segala urusan yang terbentang. (^_^)v



Tiada istilah "tidak mampu" selagi mana kita "mahu"
tahniah dundut... (^_^)v



Sekalung penghargaan dan terima kasih juga sya ucapkan kepada gadis-gadis stupsi kesayangan sya rtz... zati, tini, dan rina... yang sentiasa memberikan komitmen dalam menyiapkan hasil. Terima kasih sebab memberikan kepercayaan untuk mengetuai bahtera kumpulan kita. Terima kasih sebab terus setia dan sabar jadi kawan sya di tanah dan langit upsi. Mengenali dan menjadi kawan buat kalian adalah anugerah terbesar yang sya dapat selama menumpang kasih di bumi semenanjung. Terima kasih yang sebanyak-banyaknya. Sya sayang kamu (^_^) <3

***walaupun rina takde dalam gmbr sebab dah balik dulu, tp semangat dia tetap ada. serius. semangat apa? hehe semangat bgambar :P











Gadis stupsi rstz... 
ukhwah fillah abadan abada
(^_^)

Tempat jatuh lagikan dikenang
ini kan pula tempat
menimba ilmu,
menginsankan peribadi,
dan mengikat ukhwah...


UPSI 2009-2013
Ijazah Sarjana Muda
Pendidikan Bahasa Melayu (AT05)
in memories... =')


                              -Dian Adni-



BUKIT GAMBANG RESORT CITY





KUALA TERENGGANU





 pesta pantai teluk ketapang



seberang takir



pantai teluk ketapang



KELANTAN


kilang biskut raya


CAMERON HIGHLAND

Bukit Gambang - Kuala Terengganu - Kelantan - Cameron Highland

mission COMPLETE !





TERIMA KASIH KEPADA:

Pn Yati Aziz dan keluarga
Kak Ida dan keluarga
Adik debab a.k.a cahaya hidayah
Abg Asyraf
&
afiq n pian

(^_^)v SERONOK wei...


                               -Dian Adni-



ALHAMDULILLAH
WASYUKURILLAH
(^_^)

Sekali lagi... 4 bintang, 4 flat, 4.00

8 semester X 8 kali dean list = 1st class


***waiting for SEPTEMBER <3 <3 <3


                              -Dian Adni-


ALHAMDULILLAH...

SELAMAT DATANG BULAN KEBERKATAN
(^_^)

SALAM RAMADHAN...

Seperti tahun-tahun sebelumnya, Ramadhan kali ni juga disambut di perantauan. Di tanah dan langit semenanjung, jauh dari perhatian c mama dan c bapa. Walau apa-apa pun... semoga Ramadhan kali ni memberikan kesan yang lebih baik daripada tahun sebelum-sebelumnya. 

Aamiin.

*** Hehe... kalau tahun lepas mengharungi bulan Ramadhan dengan gadis stupsi_rtz... kali ni dengan rakan sekerja cik kiah dan dayah. Awal-awal dah sediakan bahan sahur dan berbuka... nak memasak sendiri... ka-ta-nya... haha kita lihat ye ke dok... insyaAllah... sekurang-kurangnya boleh berjimat kan. (^_^)


                               -Dian Adni-


Tadaa... (^_^)
hahaha








Perancangan hendak memasak sendiri juadah berbuka dan bersahur terlaksana secara istiqamah juga... Alhamdulillah... hehe yang ni antara model juadah ringkas yang sempat diambil gambarnya. Guna rice cooker pun boleh masak apa... yang penting niat dan kerajinan tu ada. Sebenarnya semangat berjimat punya pasal pun salah satu penggalak juga. Hahaha mana taknya, dah la hidup menumpang kasih d tanah dan langit semenanjung, memegang gelaran sang perantau yang gigih berdiri di atas kaki sendiri, kenalah  pandai urus poket kan...

Hehe jadinya... persidangan 1-1-3  dan perancangan 3 kepala bukanlah omong kosong pada suara tapi terlaksana juga melalui gerak dan tingkah. Walaupun balik kerja tu kadang letih yang amat, tapi buat masa ni kerajinan memasak tu masih ada. Alhamdulillah.

p/s: cik kiah n dayah... tak pergi melawat bazaar pun takpe kan...
hahaha... :P makasih ya awak, awak... masih setia menemani sya di dapur... erk dapur la sangattt. (^_^)



Selain merancang nak istiqamah dalam menyediakan juadah berbuka dan bersahur... ada satu lagi perancangan dalam persidangan 1-1-3... nak tarawih berjemaah di masjid agung KSAS. Alhamdulillah... setakat ni hati dan kaki masih bekerjasama dengan baik. Walaupun cuaca petang d bumi tanjung malim ni selalu hujan... masih gigih nak pergi tarawih. Walaupun ahli jemaah.y semakin berkurang... yang penting, kami tetap setia jadi salah satu daripada ahli jemaah. hujan pun hujan la... "ala takpe...hujan air je pun... hahaha" gelak sopan je sya n cik kiah tatkala mengharungi tis-tis hujan yang turun menyapa hampir setiap malam. so-pan sgttt :P

Perancangan lain dalam persidangan 1-1-3 tu ikut individu. Apa-apa pun moga Ramadhan kali ini lebih baik dan bermakna daripada sebelum-sebelumnya. InsyaAllah... aamiin. (^_^)v


                               -Dian Adni-


Cerita Pagi JUMAAT...
bak kata pepatah
"sudah jatuh ditimpa motor merah"




Entah semangat apa sya n cik kiah pagi tu... pukul 8 dah sampai pejabat. Bukan sebab kami ni  budak skim yang berkomitmen tinggi dan bukan juga dek kerana adanya aliran dedikasi tapi kerana kami lupa yang hari Jumaat pejabat lambat buka... tu yang kami cuba datang tepat macam hari biasa. Bagi mengelakkan dapat jeritan peringatan masa, tu yang latih diri untuk patuh setia tentang waktu masuk kerja.

Hmm dah alang-alang sampai awal... nak patah balik, malas plak. Kebetulan pagi tu sya n cik kiah pergi kerja dengan c merah a.k.a motor dayah. Tiba-tiba cik kiah usul agar sya ambil masa tu untuk belajar bawa motor. Sya dengar je usul tu... sya pun senyum nakal sampai pipi tu mengembang macam pau. Hmm boleh juga... :)

Sya pun memulakan sesi. Cik kiah turun dan hanya bertindak sebagai jurulatih. Sekali-kali memberi arahan apa yang patut sya buat. Mula-mula, aisyah belajar seimbangkan badan dan motor dulu. Pelan-pelan je. Lebih kurang macam tu la arahan cik kiah. Sya pun ikut. Hmm kalau dah belajar basikal masa d pangkor tu payah, yang ni lagi payah... atau mungkin payah sgttt kottt. Hmm sebab.y motor kan lebih berat. huhuhu haish... dun...duttt. 

2, 3 kali cuba alahai macam nak putus asa... tiba-tiba dah macam keyakinan tu semakin meningkat, ala-ala macam dah nak lulus arahan keseimbangan. Sya terus tepis jauh detikan putus asa tadi. Kemudian, arahan cik kiah yang seterusnya. Okey, aisyah cuba plak letak kaki pada tempat yang sepatutnya. Macam tadi, bawa pelan-pelan je. Baik... sya pun ikut arahan seterusnya. Hmm detikan putus asa datang balik. Yalah... dapat letak 2 belah kaki pada tempat yang sepatutnya... kejap je. Tak lama lepas tu dah rasa macam tak seimbang. 2, 3 kali cuba... haish payahhh.y... Hmm

Haish... tak ble, tak ble... kenapa orang lain ble, sya tak ble plak. Even dundut2 macam ni pun, ada yang double triple lebih dut pun boleh, jadinya sya mesti boleh. Berpeluh-peluh sya dibuatnya. Padahal baru berapa minit buat sesi. Tiba-tiba hati sya mula melonjak girang, tahap keyakinan pun semakin meningkat. Sya rasa sya dah boleh. Hehe. Cik kiah pun dah mula kata, ha... tu aisyah dah boleh. Mesti boleh... Sya pun try la bawa pada jarak yang jauh sikit. Sepanjang berganding dengan cik merah, sepanjang tu sya senyum. Mana taknya... dah boleh bawa motor kottt...

Hmm tapi senyuman yang paling comel tadi serta merta je bertukar jadi hmm ntah muka jenis apa tatkala c merah sudah meluncur dalam gerakan tidak seimbang kena lagi bila tiba-tiba menyimpang naik ke jalan tidak rata dan tiba-tiba sya rasa badan sya dah terhumban masuk ke dalam longkang dalam sekelip mata je. Sya landing baik punyerrr dalam longkang dengan sebelah kaki dihempap manja oleh c merah. Aduhhh sambil pejam mata menahan sakit. Itu je yang sya dapat buat masa tu. Tak lama lepas tu baru cik kiah sampai sambil panggil 2 budak yang kebetulan ada d situ untuk bantu alihkan c merah. Sebelah kaki sya dah kesakitan sangat. Tapi pelik. Takde plak turun air mata, malah sya boleh plak gelak ha-ha-ha sedangkan sya dah kesakitan sgt masa tu. 

Sya cuba berdiri. Tengok je c merah sya terus lupa pasal sakit. Sebab c merah lagi teruk. Sya tengok kepala motor, erk apa nama ntah, yang penting bahagian penutup lampu depan tu pecah. lampu tepi tertanggal. dan badan c merah kotor dengan tanah. Huhuhu habislah...  kalau sya sakit takpe... motor tu sakit, payah wei... motor orang kot... dah la tuan.y takde, balik kampung. Allah... rasa bersalah sangat. Lepas je berterima kasih dengan budak berdua yang membantu,sya n cik kiah balik rumah untuk bersihkan pakaian sya yang terkena kotoran tanah. Sebenarnya bukan takat bersihkan kotoran tapi terus check bahagian sakit yang amat tu. 

Dan huhuhu... walau takde luka... alhamdulillah tapi kaki 2 belah lebam. Tapi paling teruk kaki kiri. Ha tu la... bagus-bagus kaki dah mulus bersih... gatal pegi hias dengan lebam berseni. Walau dengan terhenjut-henjut, sya gigihkan juga pergi kerja. Sampai je pejabat, lagak jalan macam normal. Tapi tak ble... masih juga nampak abnormal.y. Moga-moga takde orang dalam pejabat yang tahu. Kalau tak, kan-toiii... Hmm mmg kantoi pun... tiba-tiba je fizan jerit dari dalam bilik mesyuarat, aisyah rempit ke mana tadi... A-la-makkk... takkan fizan tahu kot. Dia nampak ke kejadian tadi? huhu malu.y...  hmm klau dah fizan tahu... mmg tak mustahil yang lain pun akan tahu. 

Hmm tak pasal-pasal kejadian sya jadi salah satu topik dalam pejabat. En Haris, salah satu staff dalam pejabat tu siap bagi pinjam minyak Afiat lagi. Ble kurangkan sakit kata.y. Huhuhu.
Lebam yang biru, bertukar ungu, kemudian merah, dan sekarang warna apa ntah. Sakit yang awalnya hanya pada kaki dah menjalar satu badan. Allah...  baru Ramadhan ke-3 sudah ada cerita indah. Alahaiii dun...duttt.

Orang kata... kalau nak pandai mesti jatuh dulu... jadinya... jangan putus asa ya dun... bila dah sembuh nanti... boleh sambung sesi. hahaha. C merah pun dah masuk bengkel. Tukar cover lampu tu rm 23 je. Alhamdulillah. Tinggal cuci n polish je lagi. Bila cerita nanti, jangan dayah mengamuk sudah. Huhuhu.



Apa-apa pun... cik cahaya hidayah cikebum-cikebum... minta maaf sgt2 tau... sya dah menjahanamkan c merah. Rasa bersalah sgt. Abah kau belikan motor punya cantik sya plak yang pergi cacatkan. Maaf tau... huhu kalau ada lagi yang kau nak sya repair... nanti kau gtau la. Jangan marah sya tau... =D


                              -Dian Adni-


TAMAT PENGAJIAN DAN LAYAK DIANUGERAHKAN 

IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (BAHASA MELAYU) DENGAN KEPUJIAN KELAS PERTAMA






ALHAMDULILLAH... (^_^)


dapat melepasi fasa ini dengan jayanya. Semoga fasa seterusnya juga dipermudahkan. InsyaAllah aamiin... 


                              -Dian Adni-


Antara juadah berbuka untuk ramadhan ke-6 hingga ramadhan ke-10.



Sambal kerang + Sayur campur

haha... mentang-mentang la kan... budak dundut ni baru lepas jatuh motor, dengan lebam kaki yang tak hilang lagi... kawan serumah kata... sya, bagus makan kerang... ble tambah darah. erk? tu sya tau la... tapi kerang ble hilangkan lebam kaki ni ke...? =.=" hahaha

hmm dan buat pertama kali selama hidup menumpang kasih d tanah dan langit semenanjung sya buat dan makan laksam. ya... L-A-K-S-A-M. hehe biasa makan laksa je tak abut sangat laksam ni. sebab ingatkan sama je dgn laksa. rupa-rupanya ada perbezaan... =)

kalau juadah lain sya dgn kawan skim buat dgn rice cooker. yang ni plak kami buat di rumah puan yati aziz. dah alang-alang kena ajak buka puasa sama... maka berani-beranikan la diri buat permintaan nak makan laksam. ha... dalam masa yang sama dapat belajar buat dan dapat merasai laksam tu sebenarnya macam mana.



Bahan bahan (laksam):

3 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
5 cawan air suam (3 cawan air mendidih + 2 cawan air biasa)
1/2 sudu kecil garam

bahan-bahan ni untuk buat yang warna putih tu. hehe kalau mi laksa kan ble dapat d supermarket... kalau laksam ni... kena buat sendiri. bila dah campur semua bahan-bahan tu, tuangkan dan kukus dalam bekas leper ala-ala dulang kecil tu. bila bancuan tu dah masak, kena gulung kemudian potong. hehe lebih kurang macam tu la.

Bahan-bahan (kuah):

1 kg ikan - rebus, ambil isi, dan kisar
1/2 kg santan pekat 
1 gelas air utk tambahan (utk sesuaikan pekat/cair)

Kisar
10 ulas bawang merah 
2 ulas bawang putih 
1 inci halia 
2 btg serai - ketuk 
1 sk serbuk lada hitam
3 keping asam keping 
Garam dan gula secukup rasa

Haha... tak sabar nak buat lagi... balik rumah sabah nanti, sya nak cuba buat lagi untuk c mama dan c bapa... wehee... (^_^) Apa-apa pun terima kasih puan yati sebab dah ajak berbuka bersama dan terima kasih juga sebab kongsikan cara nak buat laksam ni. Hehe =)


                               -Dian Adni-


20 Julai 2013

Buat pertama kalinya sya sertai konvoi motorsikal... hehe tapi bukan sebagai penunggang... sekadar penumpang. haha dun...duttt. lebam dan trauma terhumban ke longkang pun tak hilang lagi tapi dah ikut konvoi. haish... takya abut sangat, apa yang penting... rasai kegembiraan.y dan keluar dari kepompong ketidakbiasaan. gi...tu... =P

Dalam pukul 2.30 petang macam tu, kami berkumpul di hadapan masjid KSAS, upsi. Ramai juga tapi macam biasa, majoriti.y adik diploma yang berjantinakan lelaki. Yang adik diploma perempuan 3 orang je. Tambah sya dengan cik dayah, perempuan 5 orang je. Hahaha luar biasa tak luar biasa.

Apabila semua peserta dah ada, pak cik trafik tu pun arahkan kami untuk susun motor secara berdua-dua dan selepas sedikit penerangan kami pun gerak dgn diiringi oleh motor-motor trafik yang besar tu, siap dengan siren lagi. ala-ala vvip gitu... syok tak syok. Huhu sepanjang jalan diiring, kenderaan lain kena bagi laluan untuk kami. Perghhh... memang best la.

Sampai je politeknik, tgk dah ada barisan motor yang menunggu ketibaan kami kemudian motor-motor tu pun ikut kami dari belakang. Jadi.y bilangan peserta semakin bertambah dan deretan motor semakin panjang. Wah... meriah. 

Konvoi ni diteruskan pula dengan majlis berbuka puasa dan tazkirah ramadhan oleh ustaz kazim elias. Akhirnya dapat juga tengok dan dengar ceramah ustaz kazim secara langsung. Selalunya sya ulang-ulang tengok dalam youtube je. Hahaha.

Antara gambar yang sempat diambil sepanjang program (^_^)









wehee... syok sgttt. mungkin orang lain rasa biasa-biasa je kan. tak seteruja sya... tapi sya tetap rasa teruja sebab bab konvoi-konvoi motor ni tak pernah sya buat. kiranya.y aktiviti yang sya buat kali ni diluar daripada kebiasaan sya. sebab.y c mama dan c bapa mana pernah bagi sya sentuh motor-motor ni. hahaha. takpe sekali sekala kita perlu buat sesuatu yang luar daripada kebiasaan, luar daripada kepompong. ye dok? haha =P

apa-apa pun... pengalaman program hari ni memang best... (^_^)v


                             -Dian Adni-


10 September 2013
Alhamdulillah berkesempatan meraihkan hari konvokesyen Hafizi... Fizi ni asalnya kawan baik buddyz... tapi secara tak langsung jadi kawan sya juga. Sangat berterima kasih dengan fizi ni sebab dah banyak bantu sya.




Meriah kan...? Berpeluang bertegur sapa dengan ahli keluarga fizi. Memang ramah. Paling tak boleh lupa masa borak dengan mak fizi. Hahaha. Yang baju biru tu Zira, pn wifey. Cantik kan? Moga dapat bertemu lagi. InsyaAllah aamiin... (^_^)


11 September 2013
Hari berikutnya... sya pergi meraihkan hari konvokesyen Nisa dan Fatiha plak. Cumanya masa ni sedikit kemalangan warna baju berlaku. Ntah suratan atau kebetulan. Hahaha buat tak abut je la ye. Tak pasal-pasal ada yang kena serang dengan batang penyapu plak nanti.





Kawan muka buku... dah habis belajar baru jumpa... Apa-apa pun alhamdulillah niat nak berjumpa mereka tercapai juga. Senyum tak perlu kata apa-apa. (^_^)

Selamat bergraduasi untuk awak-awak semua... Moga kejayaan dan kebahagiaan sentiasa memayungi langkah kita.
InsyaAllah aamiin...

                             -Dian Adni-

12 September 2013
Cepat atau lambat... akhirnya hari yang dtunggu-tunggu tiba juga. Alhamdulillah tersarung juga jubah ni. Syukur... (^_^)




Kulihat pinky... haha tema konvo dundut... 1 set lengkap. Bukan je pinky pada baju dan tudung... siap lengkap ke pipi tu ha... korang adow...? :P
Sesi konvo sya ni waktu tgh hari sampai petang. Kena pula masa ni cuaca baik punyer... memang masak la pipi sya dibuatnya. Huhu pantang kena panas tu yang jadi begitu. Takpe buat tak abut je. :-)


Ha... yang ni la VVIP terhormat masa hari konvokesyen sya. Alhamdulillah... terima kasih buat c mama n c bapa sudi datang. Sedondon kan? Biasa... kami kan 3 beranak yang memang gemar buy 2 free 1 :P


C mama - Dundut - C bapa


Alhamdulillah juga sebab dapat juga gadis-gadis stupsi_rstz ni bergambar sama. Ni pun memang berjanji habis-habisan tau mesti jumpa sebelum masuk dewan. Yelah sebab masing-masing sedia maklum bila keluar dewan keadaan.y seperti apa. Maka.y sebelum masuk dewan kami pun menyempat la dulu. Huhu ni je la kawan se-AT05 yang boleh gaul. Dorang jak boleh layan dundut c banyak pe'el ni. Terima kasih untuk semua.y... (^_^)



Alhamdulillah... akhirnya dapat juga jumpa mak ayah angkat redang... Syukur sangat. Sebelum ni dengar suara, tgk gambar je. Masa ni dapat jumpa depan-depan. Memang sporting habis... 



Comel kan mak angkat redang... hehe masa ni ntah mcm mana abg long buat mak angkat redang gelak... haha comel...




Huhu anggap je adik dan abg yang sedang bergambar dengan seorang ibu. Rasa.y kena juga kot adik abg... sebab muka kami kan lebih kurang nak sama... sgttt... Hahaha :D Gurauan semata-mata. Buat tak abut je. Huhu


Dan terima kasih buat c adik emmukkk... dan shahira sudi datang meraihkan hari konvokesyen sya... Hmm c adik belajar baik-baik tau... tinggal berapa sem je lagi. C kakak doakan moga dipermudahkan semua.y ya... insyaAllah aamiin (^_^)



Alhamdulillah... syukur ya Allah... dengan izin-Mu akhirnya Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Melayu dengan Kepujian Kelas Pertama dalam genggaman. Moga tangga seterusnya juga dipermudahkan. Moga kejayaan, kebahagiaan, dan keredhaan-Mu sentiasa memayungi setiap langkahku. Hanya engkau sahaja yang menjadi sandaranku. InsyaAllah aamiin... (^_^)
                                                                               -Dian Adni-

Terima kasih buat si pemberi... Moga dihalalkan semua yang diterima. (^_^)



Hehe tak sangka ada juga hadiah konvo... Moga Allah limpahkan rezeki buat kamu semua. InsyaAllah aamiin (^_^)v


                          -Dian Adni-


Alhamdulillah... lepas je duduk rehat di rumah selama 2 minggu... Allah limpahkan rezeki melalui panggilan guru ganti. Syukur nikmat. Sya kena bertugas di bahagian Program Integrasi Pendidikan Khas (Bermasalah Pembelajaran) di SK Kukusan Tawau. Bermula la ceritera kehidupan sebagai guru ganti. Hehe awalnya serius... sya gugup sangat. Yelah bahagian pendidikan khas tu bukan alang-alang punya tugas. Ilmu pendidikan khas tu kena ada. Sya zero kot bahagian tu. Huhu tapi sya bulatkan hati juga untuk pikul tanggungjawab dan terus-menerus berdoa moga dipermudahkan urusan hingga ke akhir.y. InsyaAllah aamiin.


Awal-awal bertugas... boleh dikatakan seminggu sekali sya mesti bawa umpan. Hahaha. Hmm sebenarnya saja, nak kongsi rezeki dengan adik-adik istimewa sya ni sebab beri sokongan dan kerjasama hinggakan sya terus bertahan memikul tugas-tugas sya. 



Mereka ni sebahagian daripada adik-adik istimewa yang sya ajar. Sya ajar mereka subjek Bahasa Melayu dan Pengurusan Diri. Mereka ni ada yang kategori hyperactive, sindrom down, autisme, terencat akal ringan, dan masalah pertuturan. Tapi alhamdulillah... mereka masih punya semangat belajar dan masih punya potensi untuk dikembangkan.

Jujur... sya dah mula, semakin, dan sangat sayangkan mereka... adik-adik sya yang sangat istimewa... :'D


                             -Dian Adni-

Majlis Apresiasi Kecemerlangan Murid SKKT 2013
Tahniah buat adik-adik yang istimewa... (^_^)









                          -Dian Adni-

Annual Dinner SKKT 2013
(^_^)v





Terima kasih buat semua warga SKKT... moga dipertemukan di lain masa. InsyaAllah... :-)


                      -Dian Adni-


21-12-2013
Majlis Pertunangan Kawan Muka Buku...
nisa shma a.k.a adik bambam






Selamat bertunang dik... Moga semua urusan meniti singgahsana berjalan lancar & dipermudahkan...

InsyaAllah... Aamiin... (^_^)



                              -Dian Adni-



***Dipetik daripada : Fb Saudara Solihin Hassan
Rakan AT05, UPSI

1. Jikalau tiada penempatan kerja kenapa PIHAK BERWAJIB membuka ambilan yang melebihi keperluan yang diperlukan?

2. Ijazah Pendidikan adalah bidang khas seperti Doktor dan Peguam, sekiranya seorang berkelulusan Ijazah undang-undang tidak akan diterima kerja sebagai seorang akauntan.

3.Adakah pihak PIHAK BERWAJIB menjadikan pendidikan tinggi sebagai sebuah perniagaan kerana keperluan pekerja yang diperlukan tidak sebesar pengambilan pelajar ke IPT?

4. Warga ISMP bukanlah peminta yang meminta kerja kerana kerja ada di mana-mana dan seperti yang dapat dilihat pada awal sambutan tahun baru juga ramai individu yang menjual air minuman, aksesori, dan makanan di sekitar Dataran Merdeka dan KLCC juga memperoleh keuntungan. Apa yang dimahukan hanya keadilan.

5. Adilkah rakan-rakan ISMP yang sudah menghabiskan pengajian selama 1 tahun tidak dibuka peluang pekerjaan sedangkan warga IPG belum keluar keputusan peperiksaan sudah dipanggil temuduga penempatan? Ya warga IPG ditaja, adakah PIHAK BERWAJIB hanya mengambil berat kerana PIHAK BERWAJIB telah mengeluarkan dana sementara ISMP adalah umpama modal perniagaan mereka?

6. Benarkah keperluan guru sudah mencukupi sedangkan di sekolah masih ramai guru diperlukan untuk mengajar dengan lebih efisien berbekalkan ijazah yang kemahiran yang dimiliki.

7.Adakah wajar guru yang bukan bidangnya mengajar bidang lain? 

8. Berkesankah pengajaran jika dalam sebuah kelas nisbah guru adalah 1:40 sedangkan di barat adalah sekitar 15-20 orang sahaja untuk satu kelas. 

9. Adakah PIHAK BERWAJIB tidak mencukupi dana? Persembahan bunga api sambutan Merdeka dan tahun baru sudah tentu berbilion ringgit jumlahnya jika dinilai dari sambutan besar-besaran di ibu kota, ibu negeri, daerah-daerah, dan mukim. Tambahan pula jika bunga api yang dibeli sudah tentu bukan secara cash tetapi melalui L.O sudah tentu harga yang diberikan lebih tinggi.

10. Adakah warganegara dari umur 5 tahun hingga 19 tahun mendapat guru-guru yang mencukupi serta berkualiti semasa mereka mendapat pendidikan di sekolah? Mereka juga pembayar cukai yang membayar segala cukai dengan pembelian segala barangan termasuk baju sekolah, alat tulis, dan lain-lain.

11. Kenapakah pendidikan kita sering diabaikan? adakah kerana tidak mahu melahirkan warga yang bijak pandai untuk berfikir?

12.Apakah yang akan terjadi sekiranya warganegara kita tidak pandai berfikir? Jenayah makin meningkat, remaja makin bertindak liar. Warganegara tidak akan pentingkan NEGARA. Tidak pentingkan ekonomi asalkan dapat berseronok, tidak pentingkan baik buruk perkara yang berlaku disekeliling. Tidak mampu berfikir logik. Tidak mampu memilih pemimpin yang baik! Tidak mampu bezakan baik dan buruk?

13. Adakah ini yang dimahukan? Kehidupan di dunia hanya sementara, harta, kuasa dan semua isinya hanya sementara. Dengan amanah yang dikurniakan berilah yang terbaik untuk warganegara. Jalankan amanah yang digalaskan dibahu anda. Kami sayangkan anda, kami tak mahu PIHAK BERWAJIB disoal di akhirat sana. Kami sayangkan anda semua. Jalankan amanah sebaik-baiknya.Ada ganjaran yang menanti jika anda ikhlas menjalankan tanggungjawab dan amanah yang diberikan untuk kesejahteraan semua di dunia dan akhirat.


***Dipetik daripada: Fb Saudara Sofuan Saadon
Rakan AT05, UPSI







***Dipetik daripada: Fb Saudara Shahrael Abd Kassim
Rakan Mantan Mpp UPSI, Sidang 2011/2012




#Isu Tuntutan Posting Semakin PANASSS

 !!!


Jodoh - Rezeki - Ajal Maut
Allah dah tetapkan sejak dari dalam kandungan lagi...
Yakin dengan janji & takdir Allah

Allah... mudahkan urusan kami ya...?
 =D

                             -Dian Adni-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan