Empunya Diri


Seorang
yang agak pendiam, tetapi banyak juga ragam,
kaya dengan emosi, gemar mengekspresi,
sentiasa cuba mencari potensi, untuk meningkatkan prestasi.


-Dian Adni-

"Dian" bermaksud "cahaya" dan "Adni" pula bermaksud "salah satu daripada nama syurga".
Oleh itu, Dian Adni membawa maksud "cahaya syurga".

Aku menganalogikan seseorang insan itu
mempunyai pancarannya yang tersendiri. Sama ada pancarannya itu malap atau terang-benderang. Setuju atau tidak, jika aku katakan bahawa kelemahan dan kelebihan yang ada pada diri kita itulah pancarannya? Ya, dengan adanya sesuatu kelebihan atau keistimewaan itu, orang lain dapat mengenali kita, menyedari kehadiran kita. Kerana apa? Kelebihan itu sebagai penarik atau rangsangannya. Kerana kelebihan itulah pancarannya. Begitu juga sebaliknya.

Oleh itu, kita perlu menghiasi diri kita dengan kebaikan, mencari kelebihan diri, dan memperbaiki sebarang bentuk kelemahan agar diri kita memancarkan cahaya yang cantik, berkilauan, dan mampu menerangi orang lain.

-Dian Adni-


Ingin menyelusuri sejarah persekolahanku? Aku akan berkongsi serba sedikit tentang sekolah-sekolahku yang merupakan medium untuk aku menuntut ilmu, membina aku menjadi insan, dan mengajar aku pelbagai ilmu dan kemahiran.



Memulakan pendidikan awal di Tabika Perpaduan Kg Tanjung Batu Laut, Tawau.

Apabila melangkah ke peringkat rendah persekolahan, aku dihantar ke Sekolah Rendah Kebangsaan Bandar Tawau, iaitu pada tahun 1996 hingga 2001.


Pada peringkat menengah pula, aku melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Kebangsaan Kuhara Tawau, iaitu pada tahun 2002 hingga 2006 manakala peringkat prauniversiti pula pada tahun 2007 hingga 2008.


Kini, aku sedang melanjutkan pengajian di peringkat tinggi, iaitu di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim Perak dalam kursus Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Melayu dengan Kepujian. Pengajian ini berlangsung pada tahun 2009 hingga 2013. 

p/s: semoga aku dapat melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat tertinggi, mencapai cita-cita, merealisasikan harapan kedua ibu bapaku yang banyak berkorban, dan paling penting berjaya dunia akhirat. AMIN...

-Dian Adni-

Hujan emas di negeri orang, Hujan batu di negeri sendiri, namun lebih molek di negeri sendiri. Peribahasa tersebut merujuk kepada perasaan si perantau. Walaupun terdapat banyak kelebihan yang ada di negeri atau negara orang, pasti kita akan balik semula ke negeri atau negara kita.

Sama seperti aku, walaupun di Semenanjung Malaysia ini ada banyak kelebihannya, namun aku tetap bangga kerana berasal daripada SABAH.


Asal-usul nama ‘Sabah’ dipercayai berasal daripada sejenis tanaman, iaitu pisang yang dikenali sebagai pisang saba. Pisang tersebut dipanggil "Sabba" atau "Sappa" oleh masyarakat Bajau. Pisang tersebut juga sangat popular untuk dibuat pisang goreng. Pisang tersebut banyak ditanam di sepanjang pantai barat Sabah sebagai sumber makanan. Ada juga masyarakat yang menggelar pisang saba tersebut sebagai "Jaba". Kini, 'pisang saba' ini lebih dikenali sebagai pisang menurun.



Nama "Sabah" pertama kali digunakan pada abad ke-15 oleh para pedagang yang mengembara di antara Kepulauan Borneo Utara hingga ke kepulauan Sulu di Selatan Filipina. Kesimpulannya, nama Sabah telah pun digunakan sejak sebelum kedatangan Syarikat Berpiagam Borneo Utara dan British lagi. Dalam peta Portugis Melaka 1604, Kota Kinabalu juga disebut sebagai Api-Api.

Setelah negeri Sabah diambil alih oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara, nama "Sabah" telah ditukar kepada "Borneo Utara" secara rasmi pada tahun 1881. Walau bagaimanapun, nama "Sabah" kembali digunakan pada tahun 1963 selepas negeri tersebut menyertai Malaysia.

Catatan puisi Jawa Nagarakertagama yang dikarang oleh Prapancha pada tahun 1365 menyebut Sabah sebagai "Seludang". Dalam catatan Marco Polo pula, sewaktu beliau singgah di Borneo, Sabah ketika itu dikenali sebagai "Burni" yang mungkin merujuk kepada Brunei.



Tawau, terletak di bahagian Selatan Pantai Timur yang bersempadan dengan Kalimantan, Indonesia. Mengikut sejarah awal, Tawau diserahkan oleh Sultan Brunei dan Sultan Sulu kepada Baron Von Overbeck, pemerintah Inggeris pada tahun 1877. Tawau hanya dibuka pada tahun 1893 memandangkan lokasi yang strategik sebagai bandar pelabuhan dan lurah-lurah yang subur. Koko merupakan pertanian utama hingga menjadikan Tawau sebagai pengeluar koko yang terbesar di rantau Asia. Selain koko, tanaman seperti kelapa sawit, lada hitam dan kelapa juga turut diusahakan. Selain itu, hutan rimba di Tawau juga menyumbang hasil kayu balak kepada ekonomi Sabah. Tawau juga terkenal dengan ternakan udang laut yang pertama dan terbesar di Asia Tenggara, iaitu terletak di Umas-umas. Lapangan Terbang Tawau hanya menyediakan penerbangan domestik sahaja. Bukan itu sahaja, Tawau juga terkenal dengan sarang burung yang banyak ditemui di gua seperti Gua Batarong, Segarong dan Tapadong.  

Rasanya, tidak lengkap sesuatu catatan seseorang apabila tidak mencatitkan bagaimana nama sesebuah tempat itu diperoleh. Demikian juga yang dilakukan oleh Ken Goodlet dalam bukunya, Where did the name Tawau come from.
Menurut beliua, banyak sumber yang beliau temui untuk menceritakan mengenai nama Tawau dan “orang lama” itu mengatakan bahawa:
Maisuri Binti Daeng Passawa mengatakan Tawau itu datangnya dari perkataan Tana-Tidong yang merujuk kepada kawasan tanah orang Tidung yang akhirnya perkataan tana menjadi TawauOKK Dullah Bin Salim juga mengatakan Tawau itu berasal dari perkataan Tidung.
Kee Sulaiman Abdullah pula menyatakan bahawa Tawau berasal daripada perkataan Tidung yang membawa maksud kepada perbuatan memancing ikan dengan di hujung kakinya diikat tali tangsi sambil berbaring.
Imam Sembakong bin Abdul Wahab mengatakan Tawau adalah perkataan Iban bermaksud menangkap ikan. Demikian juga Abdul Rahman Bin Habib Seh yang mengatakan Tawau itu bermaksud menangkap ikan dalam bahasa Iban.


-Dian Adni-

Banyak-banyak makanan dan masakan, makanan dan masakan apa yang paling sedap ???

Makanan dan masakan moden?
Makanan dan masakan tradisional?

Jika soalan itu ditujukan kepada aku, maka dengan penuh senyuman aku akan kata...



Makanan yang dimasak oleh mak aku (^_^)

Aku sangat suka apabila mak masakkan:

Ketam masak kari
Udang masak sos
Ayam masak merah 
dan
Ayam masak kicap


Aku sangat suka apabila mak masakkan:

Labu masak santan
Daun ubi masak santan
Sambal tempe
dan
Tauhu Goreng


Aku sangat suka apabila mak menghidangkan:

sambal kicap
dan 
sambal tumis

Konklusinya, apa jua makanan atau masakan yang dimasak dan dihidangkan daripada air tangan mak aku sangat suka. Sesungguhnya, melalui masakanlah cara mak, ibu, umi, mami kita menyalurkan kasih sayang mereka. Oleh itu, hargailah setiap masakan yang mereka masak dan hidangkan walau sekadar nasi berlaukkan ikan kering sekalipun. 


-Dian Adni-



Rahsia Bulan Kelahiran berdasarkan 
kajian Dato' Dr Fadzilah Kamsah

SEPTEMBER
Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
Sangat cermat, teliti & teratur.
Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
Pendiam tapi pandai bercakap.
Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
Sangat sensitif yang tidak diketahui.
Seorang yang banyak berfikir.
Daya pentaakulan yang baik.
Otak bijak & mudah belajar.
Suka mencari maklumat.
Kawal diri dari terlalu mengkritik.
Pandai mendorong diri sendiri.
Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
Suka sukan, hiburan & melancong.
Kurang menunjukkan perasaannya.
Terluka hatinya sangat lama disimpan.
Terlalu memilih pasangan.
Sukakan benda yang luas.
Bersistematik



Dalam ISLAM, aku lahir pada 17 Safar 1410 Hijrah, iaitu pada hari Isnin.

Safar bererti kosong. Dinamakan Safar kerana dalam bulan ini orang-orang Arab sering meninggalkan rumah mereka menjadi kosong kerana melakukan serangan dan menuntut pembalasan ke atas musuh-musuh mereka. Antara peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam pada bulan ini ialah Peperangan Al-Abwa pada tahun kedua Hijrah, Peperangan Zi-Amin pada tahun ketiga Hijrah dan Peperangan Ar-Raji (Bi’ru Ma’unah) pada tahun keempat Hijrah. 

Daripada kajian yang dijalnkan oleh Dato' Dr Fadzilah Kamsah ini, ada juga yang padan dengan aku. Walau bagaimanapun, semua ini hanyalah kajian semata-mata. Cara yang paling baik untuk menilai diri kita ialah dengan memperbanyak muhasabah diri, bertanya dengan ibu bapa atau ahli keluarga terdekat, dan mungkin juga rakan-rakan yang benar-benar mengenali peribadi kita. Yang buruk kita ubah, yang baik kita tingkatkan. 


"Betulkan yang Biasa, Biasakan yang Betul"


-Dian Adni-


Perjalanan hidupku di dunia yang sementara ini, bermula daripada seperti ini:


Seorang yang ingin mengikuti perkembangan fesyen dan trend terkini. Potongan rambut, fesyen baju, sehinggalah gaya kasut. Keluar sahaja fesyen baharu, semua nak diikut.


Kemudian, naik sahaja sekolah menengah, kesedaran itu datang. Aku mula bertudung. Keluar rumah aku mula bertudung. Jalan dengan kawan-kawan sekelas, aku akan pakai tudung. Sampailah sekarang...

TAPI

Pada suatu hari, semasa aku sedang membaca sebuah buku, aku mula menyoal diriku sendiri.

Adakah aku benar-benar bertudung?
Adakah aku benar-benar menutup auratku?
Adakah aku benar-benar melindungi perhiasanku yang haram dilihat oleh orang lain yang bukan muhrim?




Rupa-rupanya walaupun aku sudah bertudung tetapi cara pemakaianku tidak selari dengan hukum di dalam Al-Quran itu sendiri.

Firman Allah s.w.t. dalam Surah An-Nur, ayat 31 bermaksud:

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak- anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan, dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka, dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.”

Sabda Nabi Muhammad SAW: 
“Bahawa anak perempuan apabila cukup umurnya, maka mereka tidak boleh dilihat akan dia, melainkan mukanya dan dua tapak tangannya hingga pergelangan.” 
(H.R Abu Daud)
Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi yang telanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk surga dan tidak akan mencium baunya 
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Firman Allah s.w.t. dalam Surah al-A`araf, ayat 26 yang bermaksud:
“Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan- bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmat-Nya kepada hamba-hamba-Nya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur).”


Walau bagaimanapun, untuk melakukan transformasi itu bukanlah sesuatu yang mudah dan tidak baik sekiranya dilakukan secara drastik kerana dikhuatiri akan berpatah balik. Nauzubillah~ Perubahan itu boleh dianalogikan sebagai orang yang tak pandai makan durian tiba-tiba ingin makan durian. Jika dia terus kepada seulas pasti dia akan muak, mungkin terus berhenti, atau membuangnya semula. Oleh itu adalah baik sekiranya dia mulakannya dengan rasa demi rasa. 

Sesungguhnya aku sangat berharap supaya suatu saat nanti aku dapat menghiasi diriku dengan lebih sempurna, dengan menutup diriku dengan tudung dan pakaian yang benar-benar dapat melindungi perhiasan diriku yang menjadi mahkota wanita solehah. AMIN...

Aku sangat berharap, suatu saat nanti, aku akan jadi seperti ini:







INSYALLAH...

"Wahai Tuhan kami ! Terimalah daripada kami (akal kami), sesungguhnya Engkaulah yg Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Wahai Tuhan kami ! Jadikanlah kami orang Islam (yg berserah diri) kepada-Mu, dan jadikanlah daripada keturunan kami umat Islam (yg berserah diri) kepada-Mu, dan tunjukkanlah kami syariat dan cara-cara ibadat kepada kami, dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima Taubat lagi Maha Mengasihani." 

(Surah al-Baqarah 2: 127-128) 


-Dian Adni-


Ya Allah, sesungguhnya aku tidak pernah berniat untuk menyakiti mana-mana hati dan perasaan mereka yang aku anggap sebagai kenalan, kawan, teman, sahabat, apa lagi saudara. Dan aku juga percaya bahawa engkau juga maha mengetahui. Ya Allah, aku mohon engkau maafkanlah mereka yang sudah menganiayaku, engkau maafkanlah mereka yang sudah berbuat jahat kepadaku, dan engkau maafkanlah mereka yang pernah menyakitiku. Ya Allah, aku memohon kepada-Mu agar engkau terus menerus lembutkanlah hatiku agar terus menerus dapat dan mudah untuk memaafkan orang lain ya Allah.

Ya Allah jika semua masalah berkaitan hubungan dan silaturrahim itu berpunca daripada kelemahan, keburukan, kejahatan, dan kejahilanku sendiri maka memang selayaknyalah aku menerima balasan seperti itu, tetapi jika semua yang aku hadapi ini merupakan salah satu daripada ujian-Mu terhadapku, maka aku mohon engkau berikanlah aku kekuatan dan kesabaran agar aku dapat terus bertahan.

AMIN...


Siti Aisyah Asis a.k.a Aisyah a.k.a Sya a.k.a Dian Adni a.k.a si gadis berhati kapas ini akan cuba untuk menjalani baki-baki harinya dengan sentiasa membuka lembaran baharu yang terlukis kenangan-kenangan terindah yang penuh ceria sebelum tiba detik untuknya menutup mata buat selamanya. 



InsyaAllah akan sentiasa tersenyum ceria seperti ini (^____^)

p/s: kalau sya hampir2 terlupa... mohon ingatkan... sya tak nak bazirkan air mata lagi...

                          
                                  -Dian Adni-



Sya... 

Walaupun orang lain meletakkanmu di tepian... teruskan bersabar, bertahan, dan tabahkanlah hatimu untuk terus mendayung ke tengah.

Sya...

Sentiasa ingat yang hidup ini mesti kuat. Hidupmu tidak selama mana, tidak sepanjang mana, jadi manfaatkanlah pengisian hari-harimu dengan sebaik-baiknya. Habiskan baki-baki harimu dengan memberi dan merasakan sebanyak-banyaknya rasa kasih, sayang, dan cinta daripada pencipta-Mu, mak & bapamu, keluargamu, dan orang-orang yang masih sudi untuk menghargai kehadiranmu.

Sya...

Senyumlah... ketawalah... agar kau dapat melupakan rasa sakit itu, agar kau dapat melupakan baki-baki hari yang tak terhitung itu, dan agar kau tidak takut untuk memejamkan matamu.

" Jalani hari-harimu dengan penuh ceria, untuk melakar kenangan yang terindah "


                                -Dian Adni-

Niat ingin berubah itu tidak lain dan tidak bukan... pastinya hanya kerana ALLAH...




Perubahan itu tidak hanya dalam konsep "jahat kepada baik" atau "baik kepada jahat" tetapi boleh juga berlaku dalam konsep "jahat kepada lebih jahat" atau "baik kepada lebih baik".



Sebenarnya, dalam hati yang paling dalam... aku rasa sangat bersyukur kerana Allah membuatkan hati yang penuh jahil ini berdetik, membuatkan hati dan fikir ini sedar dan ingin melakukan perubahan ke arah yang lebih baik. Walaupun kesedaran itu agak lewat, namun rasa syukur itu sangat besar kerana Allah masih memberi aku peluang untuk berubah sebelum sampai detik untuk aku menutup mata buat selamanya. 



Semoga aku dapat melakukannya secara istiqamah dan jika ada datangnya ujian-ujian yang ingin menduga ketetapan hati ini, moga Allah sentiasa memberikan aku kekuatan dan kejernihan akal fikir agar aku dapat menghadapinya dengan sebaik-baiknya.



Dalam niat untuk berubah itu, kita tidak perlulah sampai meniru orang lain melainkan kita menjadikannya sebagai contoh atau teladan. Yang baik kita contohi dan terapkan dalam diri tetapi adalah lebih baik sekiranya kita menjadi diri sendiri kerana aku pasti setiap yang bakal kita lakukan itu akan lebih ikhlas dan bersahaja tanpa perlu dibuat-buat.






Ya Allah semoga petunjuk dan kesedaran yang telah engkau berikan ini dapat aku lakukan secara berterusan, semoga setiap bicara dan tingkahku terjaga, dan semoga aku juga termasuk dalam golongan wanita solehah.

AMIN... (^_^)

-Dian Adni-


Terima Kasih

sya ucapkan kepada Rasdiana Sassu dan Cahaya Hidayah... terima kasih sangat-sangat atas kebaikan anda berdua. Semoga sya juga dapat membalas kebaikan kalian.

Malam sebelum ni sya dapat burger percuma daripada cik Rasdiana Sassu. Masa tu, sya takda di rumah sebab kawan rumah ajak sya keluar makan. Balik-balik ja, tengok ada burger atas meja. Ingatkan kawan rumah yang punya. Tak sentuh, tak tanya, terus ja masuk bilik. Tak lama lepas tu, kawan serumah yang lagi satu bagitau burger tu untuk sya (^_^) Wah... terima kasih...




Semalam, dapat cik teddy dan kad ucapan pula daripada Cahaya Hidayah. Dia masuk bilik senyap-senyap... masa tu sya tengah buat nota. Tanya itu ini sikit, pastu tiba-tiba lari keluar. Kemudian, tgk atas katil dah ada teddy n kad. Hehe comel ja kan... Terima kasih budak... (^_^). Cik Teddy teman sya belajar ya... (^_^)V



Dgn perlakuan-perlakuan sebegitu daripada kalian buat sya rasa diri ini lebih dihargai. Apa-apapun TERIMA KASIH SANGAT-SANGAT.



                                   -Dian Adni-
















Bersendiri itu lebih baik. 

Sanggup kulepas cinta manusia demi menggapai cinta Allah yang esa.


Tidak perlu untukku mencari apatah lagi mengejarnya, kerana cepat atau lambat, petunjuk dan jodoh itu akan tiba.

Jodoh itu salah satu daripada rahsia Allah yang kemas tersembunyi.

Yakin dan percaya bahawa tulang rusuk dan pemiliknya tidak pernah tertukar.

                                   -Dian Adni-

Debaran yang semakin menggetarkan jiwa...

Kerana apa...?

Kerana... tinggal beberapa hari sahaja lagi, aku akan bergelar guru pelatih di 

SMK SRI TAPAH, TAPAH PERAK.

Ya Allah... permudahkanlah urusanku dan urusan kawan-kawanku dalam menempuh tempoh praktikum sepanjang 4 bulan yang mendatang. Aku yakin, aku percaya, dan aku bersiap sedia dengan semua cabaran, ujian, dan dugaan yang bakal kau hidangkan sebagai terapi kesabaranku. Maka aku dengan rendah hati memohon kepada-Mu ya Allah... agar engkau berikanlah aku kekuatan semangat dan kesabaran hati yang tinggi agar aku dapat melepasi semua itu dengan jayanya ya Allah... 

AMIN...

Dalam berdebar-debar tu... fikiran ni pun semakin ligat berfikir... pasal rumah sewa, pasal barang-barang kemudahan, pasal makan minum, bahan-bahan mengajar. Rumusannya, sya bukan sahaja risau dengan diri yang entah cukup atau tidak dengan ilmu sedia ada untuk bergelar guru pelatih ataupun tidak tetapi semua sudut perkara sya risaukan. Tempoh 4 bulan itu bukan satu tempoh yang singkat dan dalam tempoh 4 bulan itu juga macam-macam hal boleh berlaku.

Walaupun belum pernah melaluinya tetapi aku sudah sedia maklum dengan keadaan guru-guru pelatih sebelumnya yang juga merangkap senior aku. Kesibukan guru pelatih itu secara dasarnya menandingi guru lama yang sudah mendapat pengesahan jawatan malah mungkin lebih sibuk daripada itu. Dengan sibuk nak mengajar, sibuk nak siapkan Rancangan Pengajaran Harian dan mingguan, sibuk nak siapkan bahan bantu mengajar, sibuk nak siapkan jurnal refleksi, dan sibuk nak jalankan kajian untuk projek tahun akhir. 

Selama 4 bulan berpraktikal itu juga hanya akan adanya pengeluaran tanpa ada sebarang kemasukan. Ya Allah... aku sudah dapat membayangkan bagaimana sulitnya keadaan aku sepanjang tempoh itu. Huhu... dugaan... dugaan... Tapi, kena tetap berpegang pada kata-kata ini... 

"Sya... hidup mesti kuat !" (^_^)


                                -Dian Adni-




Dalam aku sibuk berfikir itu ini, kakak ipar aku... kak lin tiba-tiba sms. Mula-mula hanya bercerita tentang alice yang kini semakin besar, semakin mula pandai bermain, bercakap, merajuk dan semakin banyak ragam. Biasalah budak-budak yang nak membesar. Kemudian, masuk kepada topik yang sya bakal berpraktikal dan ketika itu juga sya jadi terharu. 

Hmm dia tanya pasal rumah sewa, dia tanya sama ada barang-barang sya untuk praktikal dah lengkap ka belum. Sampaikan dia nak masukkan duit paling kurang pun Rm 100 setiap bulan selama 4 bulan untuk tolong tutup belanja makan sya dalam tempoh itu. Boleh bayangkan tak orang yang hanya bergelar kakak ipar tetapi perhatian dan ambil berat dia menandingi kakak sendiri. Dalam sya berdebar-debar nak praktikal tu, baru mak dan kak lin ni la yang ada bertanyakan bagaimana dengan persiapan sya nak praktikal, barang-barang cukup ka tak, huhuhu terharu tak terharu? Ha... tu la yang buat sya terharu.

Hmm sya terima niat baik dia tu... tapi, sya ni bukanlah ringan sangat tangan nak menadah bantuan daripada orang lain, oleh itu sya tak bagi pun no akaun sya pada dia. Kemudian, sya bagitau yang tak payahlah dia buat macam tu sebab baki duit biasiswa sya kononnya masih ada, masih cukup untuk tampung sya dalam tempoh tu. Walaupun pada hakikatnya semua itu tidak benar belaka. Bukan niat nak tolak rezeki, atau apa, cuma sya segan dan kalau boleh sya tak nak sangat bergantung dengan mereka. Semoga Allah ampunkan sya dan semoga Allah murahkan rezeki untuk dia sekeluarga. Amin.

Apa-apapun... debaran ni tak boleh nak layan sangat kan. Hehe ya ya ya... usaha sedaya mungkin, kuatkan semangat, tabahkan hati. Sya... kau juga mampu...! Sya kan kuat... dan yang pasti Allah itu kan sentiasa ada bersama (^_^)



                               -Dian Adni-


Sya pelik 
apabila kawan-kawan kata bosan duduk rumah. Hmm bosan? Sya? kalau sya memang tak la. Istilah bosan duduk rumah bagi sya memang tak la. Kan banyak kerja yang boleh dibuat. Haha contoh, sebagai memantapkan kemahiran bakal menjadi suri rumah tangga, antara aktiviti yang sya suka buat ialah memasak. Sedap tak sedap tu persoalan ke-2, dan persoalan pertama, sama ada ringan atau tak tangan kita nak buat kerja-kerja dapur seperti memasak ni.


Udang masak merah + Labu masak kari + Ayam goreng berempah


Daging masak lada hitam

Hmm selain menghabiskan masa dengan aktiviti memasak versi "cuba dan cuba", aktiviti lain yang sya buat ialah keluar dating. Ya D-a-t-i-n-g. Haha tapi sya bukan dating dgn buayafriend tapi dating dgn mak n bapa. Kalau sya takda, mak n bapa jak la yang selalu keluar dating, tapi kalau sya ada memang takda peluang la mereka nak dating  berdua. Haha nakal tak nakal.


Semasa di Kfc dan Pizza Hut

Dan... selama beberapa hari di rumah, dah 2 kali sya melantak haiwan kesayangan merangkap makanan kegemaran sya ni. Percaya tak percaya, mak beli hanya dengan harga RM18 untuk 3kg =12 ekor. Boleh tak bayangkan 3 beranak ni makan sebelanga ketam yang dimasak kari ni macam mana? Hahaha. Tak payah nak bayang2 sangat yang penting memang kepuasan tahap maksmaksmaksimum (^_^)




Santapan buat Puteri Ketam yang Dundut

Haha... hmm disebabkan lama tak balik dan raya lepas pun tak balik, maka raya haji tadi sya memang gigih la tolong mak siapkan salah satu makanan tradisi yang selalu ada semasa hari raya, iaitu burasa. Mak buat 2 jenis, burasa pulut n burasa nasi. Sya tak tolong banyak sebenarnya. Mak buat bahan, sya tolong balut ngan daun pisang, dan bapa tolong ikat. Tengok kerjasama yang baik kan? haha (^_^)


Burasa Versi Mak Sya N Bapa

Yang ni baru cerita beberapa hari duduk rumah. Macam mana la tak dundut kan :P hahaha. Tak abut la yang penting sya sangat sangat sangat senang hati duduk rumah di samping mak n bapa. Walaupun siang mereka keluar kerja, masa mereka sentiasa ada buat sya. Ikutkan hati banyak lagi gambar nak kongsi tapi cukup setakat ni dulu ye. Selain sibuk nak update cerita dalam ni banyak lagi kerja lain nak buat. Hahaha.

                                -Dian Adni-



Disebabkan terlalu rajin mengemas, maka sampai ke ruang mini library pun sya kemas. Dan dalam kesibukan mengemas tu la sya terjumpa album lama, gambar lama, kisah lama (^_^)

Bukan nak angkat diri ka apa tapi dari kecil sampai ke besar, dari muda sampai ke tua ramai yang kata sya macam anak cina. Hello... sya anak mak n bapa ok... mak sya suluk jawa, dan bapa sya bugis belanda, jadinya sya bugis suluk. Tengok takda kaitan ngan mana-mana cina kan? hahaha. Kalau dulu masa kecil-kecil sya mesti marah apabila ada yang kata sya anak cina, hmm tapi sekarang macam dah lali. Kalau setakat mata sepet tu yang nak disamakan dengan anak cina, hmm apa-apa je la labu... :P

Sya suka tengok bayi dan budak-budak kecil, jadinya dalam banyak-banyak gambar yang sya pernah ada sya paling suka gambar sya masa bayi dan masa budak-budak.  Tapi apabila sya tengok gambar-gambar sya masa kecil, tiba-tiba pula sya terfikir, macam mana pula agaknya gambar waris-waris sya nanti, secomel emaknya ka? hahaha amboi tersasar jauh pula fikiran sya kan. Yang pasti, dulu, kini, dan selamanya maintain dundut :P






Sejak kecil memang sya suka pakai baju "gegirl" melawa, reben sana sini. Hahaha walaupun dundut tetap tak abut, yang penting sya mahu, sya dapat, yeah sya pakai. (^_^) Hmm apabila dah mula tadika, dundut tu macam dah kurang sikit. Tapi stail rambut tetap dengan fesyen amoi-amoi supaya maintain comel. Konon :P Dan sejak sya mula tadika, mak bapa sya memang dah selalu tekan soal akademik dan sya pun dah macam biasa untuk bersaing dapat markah tinggi-tinggi supaya senang sya nak minta itu ini. Haha itu dulu, tapi sekarang dapat tinggi-tinggi pun macam tak abut sangat. Dah masuk tadika pun, apabila kawan-kawan mak jumpa sya, seorang dua mesti akan ada yang kata, "kak, anakmu ka ni? macam anak cina pula" dan sya hanya akan tengok mak cik yang kata macam tu kecil besar, kecil besar je. Bila balik rumah terus cakap dengan mak, "mak, sya anak mak ngan bapa kan? bukan anak cina kan?" hahaha masa tu takut sangat rasanya.





Bila dah semakin besar, maka istilah anak cina tu dah mula berubah tapi sya tetap tak suka. Hmm nama sya, aisyah, sya, sasa bukan amoi. Dipanggil anak cina pun sya marah, dipanggil amoi pun sya marah. Dan bila ada yang panggil sya amoi, maka simbol protes yang selalu sya guna ialah buat dono tapi dalam hati panas jadinya dengan jelingan maut la sya lampiaskan kegeraman tu. Hahaha.

Hmm dan bila sya dah mula menutup kepala, sya ingatkan tidak ada lagi istilah anak cina, tidak ada lagi istilah amoi, dan ternyata memang tidak ada TAPI istilah baharu pula yang muncul dan sya bertambah-tambah tak suka. Hmm "sya, kau ni cina masuk islam ka? mualaf ka?" Isk !!! Sya islam la !!! islam asli, takda masuk2 islam !!!

Kalau dulu masa kecil-kecil, muda-muda, sya memang marah tapi bila dah besar, dah semakin tua ni sya memang dah tak kisah. Kalaupun ada yang kata sya macam cina, paling kurang pun sya respon dengan senyum. Hehe  macam ni (^__^) Hmm semua kenangan tu terimbas semula apabila sya buka balik album lama, gambar lama, kisah lama. Tapi sya selalu dengar, yang sudah biarkan berlalu, simpan rapi dalam memori dan pandanglah jauh ke depan moga-moga tergenggam semua impian.

Yang pasti, sekarang aku tahu aku bukan anak cina, aku bukan amoi, dan aku bukan mualaf. Aku anak mak dan bapa, dan kami islam (^_^)V


                                -Dian Adni-

Perasan atau tidak, kebanyakan entry yang sya masukkan berkaitan ceritera diri, keluarga, dan aktiviti sekitar ruang lingkup sya. Mana ceritera teman tapi mesra? Mana ceritera buayafriend? Mana ceritera teman istimewa? Mana ceritera si pendamping peribadi?
Dan sering kali ditanya dengan soalan cepu cemas seperti ini: 

*sya dah ada buayafriend belum?
*sya ni bujang ke? ke tunangan org? ke dah jadi isteri org?
*macam sya ni takkan la takda sapa-sapa yang istimewa?

HMM...

*zaman semasa fikiran masih dijajah dgn kejahilan tu memang pernah ada dan sehingga hari ini, itupun hanya SEKALI.

*sya masih berstatus bujang la... kenapa, muka dan fizikal sya ni ada menzahirkan yang sya ni tunangan atau isteri orang ka? sehingga sya tak habis belajar, tak bekerja, tak puas membelanjakan duit gaji sya untuk mak bapa sya, selagi itu jugalah status sya belum boleh diubah. pasti.

*sapa kata sya takda sapa-sapa yang istimewa? sya ada mak. sya ada bapa. sya ada abg dan kakak. sya ada Rosa Enterprise. jadi jangan pernah kata sya takda sapa-sapa yang istimewa.

Sya tahu apa yang kalian cuba maksudkan. Sya faham. Sya mengerti. Tapi soal pasangan, soal percintaan, soal kehidupan berkeluarga, masih terlalu jauh dari kotak fikiran sya. Kerana apa, masih terlalu banyak yang lebih penting untuk sya fikirkan secara serius.

Sya juga manusia biasa. Sya juga wanita. Sya juga ingin dicinta dan mencinta. Haha gedik pula bunyinya kan tapi itulah lumrah. Dulu sya juga pernah ada kisah cinta. Tapi itu dulu. Sekarang? Sekarang kisah cinta itu sudah dikuburkan pada dasar bumi yang paling dalam. Haha. Macam fobia pula kan. 

Ok, kalau nak dijadikan cerita... baik sya akan cerita tapi bila sya dah cerita, tidak perlu lagi ditanya apa dan kenapa. Ble? Ok sya mulakan kisah.

Semasa zaman di bangku sekolah, dari tahun 1 sampailah tingkatan 6 atas, sya TAK PERNAH BERCINTA. Tak laku ke apa? Haha bukan sebab tak laku. Tapi TAK MAHU. Jual mahal ke apa? Bukan juga sebab jual mahal. Tapi TAK MAHU. Zaman sekolah dulu, sya ni budak skema, budak buku, dan fikiran masih dikuasai "mesti belajar betul-betul, markah mesti kena tinggi-tinggi, kalau masih nak sekolah jangan gatal-gatal nak bercinta-cinta" Haha lucu kan? Tapi itulah realitinya. Dan itu adalah pengaruh daripada mak bapa sya. Mereka tak bagi sya fikir benda-benda lain selain BELAJAR, BELAJAR, dan BELAJAR. 

Walaupun begitu, sya masih boleh berkawan dan hanya berkawan. Tapi yalah hati org, perasaan org, mana boleh kita nak kawal kan? Sya ingat lagi masa sekolah rendah, kalau sya tak silap ingat, masa tahun 4 buat pertama kali ada seorang kawan sekelas sya, Faizal Jauhari   @ JJ yang begitu berani cakap depan-depan yang dia suka sya. Tau sya buat apa? Sya pukul dia dengan buku sambil nangis dan tanya kenapa dia suka sya. Hahaha tindakan pramatang bukan. Sgttt (^_^) Hmm agak-agaknya di mana la JJ skrg ni? Dah jadi apa dia? Haha...dalam banyak-banyak kisah sekolah rendah, yang tu sya tak boleh lupa. Kalau setakat kirim-kirim salam sya dah bungkus rapi-rapi dan dah tersimpan dalam stor memori.

Naik sahaja sekolah menengah maka kisah cinta menjadi lebih biasa. Yalah masing-masing berlagak muda mudi, masing-masing dah berlagak dewasa. Tapi fikiran sya masih diikuasai "mesti belajar betul-betul, markah mesti kena tinggi-tinggi, kalau masih nak sekolah jangan gatal-gatal nak bercinta-cinta" Pesan mak, pesan bapa. Tak pernah pudar. Tak pernah berubah. Maka.y fikiran sya hanya BELAJAR, BELAJAR, dan BELAJAR

Masa sekolah menengah sya ada seorang kawan baik lelaki. Ya, hanya kawan baik. Tak sampai pun tahap teman tapi mesra atau teman istimewa. Sehingga sekarang sya tak pernah lupakan dia. Kawan yang baik, kawan yang banyak membantu sya. Nama dia Ameer Farez. Sya tak pernah sangka yang sya akan terpisah dengan dia. Sehinggalah kami benar-benar terpisah. Ececeh macam orang bercinta pula kan. Kami mula renggang apabila sya dapat tahu  salah seorang kawan sekelas sya suka sgt dgn dia tapi tak dapat meluahkan hasrat kerana menyangka sya ada hubungan apa-apa dengan dia. Kalau sya terus menjadi tembok, kalau sya terus menerus menjadi batu sekatan, kejam bukan? Ya kejam sgt. Makanya sya mengundur diri, menjauhkan diri, dan memberi laluan kepada kawan sya tu agar boleh berkawan dgn Ameer. Walaupun pada dasarnya sya sangat sedih untuk kehilangan kawan sebaik dia, tapi sya akur kerana sya yakin Allah pasti menggantikannya dgn yang lain. Hmm tapi lepas sya dah tak kawan baik dgn Ameer, Ameer dan kawan sya tu pun tetap tak ada apa-apa hubungan.  Usaha yang sia-sia bukan? Dan sejak tu sya yakin yang sya takda kemahiran untuk bekerja dalam ejen cari dan temu jodoh. Hahaha :P

Dan masa sekolah menengah jugalah sya ada seorang kawan halimunan yang sya kenali sebagai abg Hisham. Maksud sya kawan halimunan tu kawan yang hanya berkawan dalam talian. Kawan melalui mesej. kawan melalui kol. Tak pernah sekali pun bertemu. Tak pernah sekali pun bersua muka. Yang sya tahu dia dapat no telefon sya daripada sepupu dia, dan dia jumpa sya pun semasa sya menari untuk pesta ria sekolah. Percaya tak percaya sya ni penari sekolah. Hahaha. Hmm tapi kisah dengan abg Hisham tergantung begitu sahaja sejurus dia pergi ke UK. Semoga dia baik-baik saja di mana pun dia berada.

Maka, kesimpulannya... zaman sekolah takda buayafriend, takda cinta-cintun, takda kisah cinta.

Melangkah pula zaman universiti. Zaman yang memang dinanti-nanti. Bukan zaman untuk dapat kelulusan bercinta-cinta tapi zaman untuk mengejar impian dan cita. Dan fikiran sya masih tetap dikuasai dgn pemikiran "mesti belajar betul-betul, markah mesti kena tinggi-tinggi, kalau masih nak sekolah jangan gatal-gatal nak bercinta-cinta" Pesan mak, pesan bapa. Tak pernah pudar. Tak pernah berubah. Fikiran sya masih tetap, BELAJAR, BELAJAR, dan BELAJAR. 

Masa semester 1 buat pertama kalinya sya yakin 100% pada diri yang sya ada perasaan suka bila tengok seorang manusia yang bergelar lelaki. Sya takda pengalaman bercinta, sya takda pengalaman jatuh cinta, makanya sya pun tak tahu nak kategorikan perasaan tu sebagai apa. Yang sya tahu sya suka tengok. Haha. Gedik tak gedik. Buat tak abut je. Hmm dan disebabkan sya ni konon.y pemalu, sopan santun, dan susah nak bergaul makanya tindakan yang sya boleh ambil ialah tindakan mendiamkan diri. Terbaik bukan? Haha. Pandang, tunduk, senyum dalam hati macam ni (^___^) last-last perasan sendiri. Senang kan? Sgttt... huhu sangat susah kot. Boleh bayang tak kalian suka tengok arnab tu tapi kalian tak boleh nak dekat apa lagi nak sentuh arnab tu. Huhuhu. lebih kurang macam tu la keadaannya. Tapi, perasaan syok sendiri tu tak lama sebab Allah beri sya petunjuk supaya tidak terus menerus SS a.k.a syok sendiri. Hahaha. Sebaik sahaja sya terserempak si dia dengan pasangannya sya terus nekad memadamkan perasaan suka tu dengan serta merta. Susah. Payah. Itu realiti tapi yang pasti sya berjaya. Sya mampu berlagak O.K untuk beberapa semester. Hahaha kan dah kata sya kuat (^_^)

Hmm dan buat pertama kalinya sya mengingkari prinsip yang dipegang selama ini, tidak akan bercinta ketika usia masih lagi kuliah. Ketika itulah sya mula bercinta dengan abg Shafri. Bercinta ke...? haha lucu je bunyinya. Hmm sya pun tak tahu kenapa, mengapa, dan bagaimana sya boleh jadi ingkar. Yang pasti sya terbuka hati untuk menerima dia sebaik sahaja sya dengar dia mengaji bertarannum. Itu pun dah berbulan-bulan kami kenal baru sya terbuka hati untuk terima dia dan sebabnya tak lain tak bukan hanya sebab dengar dia mengaji bertarannum. Bukan apa, sya macam tak sangka yang kaki muzik macam dia boleh mengaji bertarannum sebaik itu. Hmm walaupun dia baik, penyayang, dan mengambil berat tapi semua kebaikan-kebaikan itu tidak menghalalkan kami untuk  meneruskan hubungan. Dunia kami berbeza. Prinsip kami berbeza, Cita-cita kami berbeza. Dan perancangan hala tuju kami juga sangat berbeza dan semua itulah punca kami tidak boleh terus-menerus bersama. Dan alhamdulillah kami berpisah dengan cara baik, kesepakatan bersama, dan tidak ada sebarang konflik pun. Hmm semoga abg ri dapat pasangan yang jauh lebih baik daripada sya. Aamiin (^_^)

Dan sekarang ???

Sekarang... sya tak perlu semua tu... apa yang perlu sya hanya nak habiskan baki-baki masa yang ada ni dengan ahli keluarga sya. Tak kisahlah keluarga kecil ka, atau keluarga besar. Tak kisahlah keluarga RoSa ka, atau keluarga Hassan. Yang pasti sya nak habiskan masa dengan ahli keluarga sya. Soal jodoh, pasangan, sya sandarkan saja pada Allah, sya tahu, sya percaya, dan sya yakin, Allah pasti tahu apa yang sya perlu dan akan berikan apa yang sya perlu dan bukannya apa yang sya mahu (^_^) Kalau panjang umur, maka akan ada la kesempatan berpasangan tu, tetapi jika masa itu tiba, maka kuburkan sahaja sekali soal itu. Senang bukan :)


                                -Dian Adni-

 Ayam Masak Lemon

 Ikan Masak Sweet n Sour

 Ayam Goreng Tepung & Udang Goreng Tepung


Pasta Buah

Air Tangan Bakal Isteri

Walaupun belum bergelar isteri, belum bergelar suri rumah tangga, tetapi persediaan untuk memikulnya telah dimantapkan seawal-awalnya. Bukan kerana angan-angan melangit dek ketidaksabaran untuk menjadi isteri tetapi salah satu tanggungjawab yang wajib dipikul apabila bergelar isteri kelak. Sya selalu dengar orang tua-tua berkata, apabila sudah bergelar isteri maka 2 hal yang mesti engkau jaga ialah perut suamimu dan kehendak antara dua lututnya.

Selayaknya sya sentuh bahagian menjaga perut dahulu. Bahagian kedua tak cukup umur nak sentuh. Hahahaha :-D

Dari pemahaman sya, menjaga perut tu maksudnya makan minum terutama suami dan ahli keluarga lainnya sama ada belah keluarga sya sendiri mahupun belah keluarga suami. Jangan sesekali membiarkan perut suami berbunyi dek kelaparan. Kalau boleh jangan sesekali menghidangkan makanan bungkus atas alasan malas nak masak. Maka rajin-rajinkanlah diri, ringan-ringankanlah tangan, untuk memasak. Kerana apa? kerana tanpa kita sedari air tangan isteri itu sebenarnya mempunyai kekuatannya yang tersendiri.

Untuk menghurai bahagian ini, sya ambil contoh keluarga sya sendiri. Mak merupakan master chef bagi keluarga sya. Sebagai contoh, kalau bapa pergi menghadiri mana-mana majlis atau jamuan, balik je dari majlis atau jamuan tu komen pertama yang akan bapa utarakan berkaitan soal makanan dan secara tak langsung akan membandingkan makanan dalam majlis atau jamuan tu dengan masakan mak. Kerana apa? kerana... cara, teknik, dan kaedah yang setiap orang gunakan untuk memasak adalah berbeza-beza. Dan sya sendiri sangat yakin itu. Walaupun menunya sama, tetapi rasanya pasti berbeza walaupun perbezaannya hanyalah 0.01% hahaha. Cara mak masak beza dengan cara sya masak. Cara sya masak beza dengan cara kak ap dan kak wati masak. Walaupun kami belajar masak dari master chef yang sama. hahaha (^_^)

Hmm contoh seterusnya, sya, kak ap, dan abg lan duduk jauh dari mak dan kami berpeluang dan mampu untuk makan itu ini tetapi dalam hati tetap merindui, mengingati masakan mak. Sedangkan kalau memang nak makan senang2 je nak pesan di mana2 restoran kan? Tetapi kami sedar walaupun kami pesan di restoran atau hotel termahal pun, komennya tetap tidak sama.

                             -Dian Adni-


Dian Adnisi gadis berhati kapas sangat cerewet soal kekemasan rumah dari ruang tamu utama, ruang makan, ruang dapur, bilik tidur sampailah ke bilik selesa a.k.a tandas (^_^)

Jadi... dah tau diri tu cerewet, kena la rajin-rajinkan diri, ringan-ringankan tangan mengemas rumah. Tak gitu... hehe.

Hmm dan disebabkan sya ni puteri bongsu yang setia lepak di rumah, maka semua urusan rumah dan dapur sya kena abut. Mana taknya, mak bapa kan keluar kerja. Lagipun, mak bapa sya sendiri memang dah asuh kami untuk menitikberatkan soal kekemasan sama ada dari segi penampilan diri mahupun tempat tinggal.

Dan percaya atau tidak, setuju atau tidak, penilaian terhadap diri kita juga boleh dibuat melalui penilaian tempat tinggal kita. Biar rumah kecil, biar rumah biasa, yang penting bersih dan kemas. Islam sendiri sangat utamakan soal kebersihan bukan? (^_^)

~ Home Sweet Home ~







                                -Dian Adni-

D-a-t-i-n-g bersama En Dmax.
Ini jugalah antara aktiviti harian yang sya buat selama sibuk menghabiskan baki-baki cuti ni. Disebabkan dah lama tak pandu En Dmax, makanya sya kena lancarkan balik pemanduan sya. Mana taknya, En Dmax ni versi manual kalau auto taklah payah sangat. Lagi pula, sya kena betul-betul mahir untuk bergandingan dengan En Dmax. 

Ingat lagi masa borak-borak ngan kak ipar sya, kak lin. Dia tanya bila dah kerja nanti, sya nak beli kereta apa? belum sempat nak jawab abg sya, abg lan dah tolong jawab untuk sya. Dia tak payah beli kereta, dia dah ada kereta. Dmax tu dia punya la. 

Hmm

Baru je nak berangan dengan kereta impian, terus lenyap dari anganan. Ye, ye, ye sya tau mak belikan En Dmax untuk sya tapi itu mak yang belikan. Kalau tanya sya kereta mana yang sya nak beli... ha yang macam ni... hehe (^_^)




Perasan tak beza kereta yang dah dibelikan dengan kereta yang diangan-angankan tu apa? Saiz. Ya, saiz. Hahaha. En Dmax tu besar dan tinggi manakala En Honda ni pula sederhana dan rendah. Bukan tak seronok pakai kereta besar, tapi... leceh sikit. Mana taknya, asal nak g drive bawa bantal. Ye, bawa bantal. Untuk disandarkan pada bahagian belakang sebab kaki tak berapa sampai. Hahaha. lucu tak lucu. Orang tengok dari luar macam nampak tak nampak je. Hahahah. Hmm tu je yang lecehnya, tapi apa-apapun... dah ada En Dmax ni pun sya dah bersyukur. Kalau ada rezeki lebih, sya belikanlah adik untuk En Dmax pula. (^_^) In syaa Allah...

                                -Dian Adni-



Dundut-dundut macam ni pun, sya penggemar buah-buahan. Hmm macam skema pula bunyinya. Haha rasanya lebih tepat "hantu buah". Sya suka sangat makan buah. Apa-apa jenis buah sya suka makan cuma 1 buah ni je yang sya kurang mahir, hehe kalau makan terus macam tu mesti tak dapat telan. Nak tahu buah apa? 



Buah cempedak. Ya, buah cempedak. Haha pelik tak pelik. Kalau dibuat cekodok atau bahasa kami jemput-jemput, kadang makan habis, kadang makan tepung je. Kalau sekali makan dah "kebangkalan" kali ke-2, 3, 4 tu memang makan tepung luar tu je la.

Tema utama cerita buah-buahan hari ni, intro je tentang cempedak, yang sebenarnya nak cerita tentang musim buah susu atau avocado. "Buah susu" tu nama panggilan di tempat sya, sebabnya kami makan buah tu dengan campuran susu pekat F&N hahaha. Nama komersial buah ni, buah avocado. Mesti kalian pun tahu dan pernah makan kan? Mungkin ada yang tahu tapi tak suka makan, dan mungkin juga ada yang suka makan tapi tak tahu nama. Hehe.

Hari tu mak n bapa sya pergi jenguk kebun dan masa balik tu bawalah hasil dan salah satu yang mak bapa sya bawa balik, buah avocado ni la. 



Hmm kadang hairan juga, kenapa ada yang tak suka makan buah ni. Sedap la. Hehe tapi yelah kan, selera orang berbeza-beza. Sya mungkin rasa sedap, orang mungkin rasa tak sedap. Kesimpulannya, dah namanya hantu buah, semua pun rasa sedap. Hehe. Untung juga sya suka n pandai makan buah ni sebab buah ni banyak khasiat. Hmm kalian tahu tak khasiat buah avocado ni? Meh nak kongsi. (^_^)

***Avocado bukan sahaja mempunyai kandungan gula yang rendah dan tiada garam tetapi kaya dengan vitamin iaitu C, E dan K

***Mengandungi antioksida dan potasium untuk mengelak daripada penyakit radang sendi dan kandungan asid foliknya pula dapat mengelak serangan jantung dan kanser

***Hasil kajian oleh Wesley Medical Centre, Brisbane, Australia mendapati jika seseorang itu makan setengah atau sebiji avocado setiap hari selama sebulan akan dapat mengurangkan berat badan dan merendahkan kolesterol

***Kaya dengan vitamin E yang baik untuk memperlahankan proses penuaan dan juga kanser

***Avocado juga mengandungi sumber lutein yang tinggi untuk mengawal katarak sebagai langkah awal daripada menjadi buta


Hehe sebelum tahu khasiat pun sya dah suka makan, apa lagi apabila dah tahu khasiatnya bertambah-tambah la suka. Hehe dan khasiat yang buat sya tambah suka tu bahagian "dapat mengurangkan berat badan dan merendahkan kolesterol" tu. Hahaha. Kalau dengan makan buah avocado sya dan dundut dapat dipisahkan maka sya akan pastikan kebun mak akan dipenuhi dengan buah avocado ni. hehe. (^_^)

                                -Dian Adni-


Sanggar Tumbuk 
Sambal Tomato 
Teh Halia


Sejak duduk rumah, sya mengambil alih tugas masterchef a.k.a c mama. Haha dari sarapan pagi sampai makan malam, sya yang kena sediakan. Kadang-kadang je mak yang buat, kalau sya puasa sunat ke, sya keluar dating ngan En Dmax ke, maka mak la yang akan masak.

Menu di atas ni kadang-kadang sya buat untuk minum petang. Yelah tengah duduk-duduk, borak-borak waktu petang tu, sambil-sambil tu kami senaman mulut la. Haha senaman. A-la-san. Macam mana tak dundut. Ada je yang dimasak, Ada je yang dimakan. Buat tak abut je la kan.

Kalau yang tak biasa dengan perkataan sanggar tu, sya jelaskan ya. Sanggar tu maksudnya pisang la. Sanggar tumbuk ni maksudnya pisang yang ditumbuk. Ada juga yang guna panggilan "sanggar pappek" hahaha dasyat tak dasyat namanya. Hahaha. Biasanya masyarakat bugis la yang guna nama tu. Hmm pisang yang digunakan tu pisang mentah yang masih hijau macam ni. Kesian encik pisang belum sempat nak menguning dah kena makan. Dundut punya kerja la ni. Hehe (^_^)V


                                -Dian Adni-


Assistant Manager C Mama... (^_^)

Sepanjang cuti ni... aktiviti sya bukan saja ambil alih tugas masterchef, suri rumah tangga sepenuh masa, keluar dating ngan En D-max, jadi bunga bila mak n bapa keluar dating, tapi ada aktiviti lain yang sya dah berkali-kali buat sepanjang cuti. Kalau dulu, bila mak ajak minta teman pergi hadiri mana-mana majlis, fuhhh pantang sya nak ikut. Mana taknya, malu kot pergi tempat yang ramai-ramai orang. Huhu sya kan pemalu orangnya. Sgttt... haha (^_^) Tapi, balik cuti ni pantang pula mak ajak, rajin je kaki nak ikut. Kadang mak tak ajak pun, sya offer diri. Hahaha. Kadang-kadang je, 

Hmm agak-agak, kalau selalu ikut mak keluar nampak sangat tak macam sya ni anak emak. Hehe buat tak abut je la kan. Hmm dan... beginilah keadaannya bila mak dengan anak gadisnya keluar rumah. Haha macam mana keadaannya pun mesti menyempat bergambar sebab mak sya pun suka bergambar. Haha (^_^)









                                -Dian Adni-


Banyak-banyak aktiviti... aktiviti apa yang paling sya suka apabila cuti dan dekat dengan keluarga?

Ha... jawapan.y menghabiskan masa bersama c mama dan c bapa. Sebab kadang-kadang apa yang sya nak, sya dapat.

Jawapan tu agak-agaknya boleh terima tak?

Hehe dundut punya pasal kan, terima je la (^_^)


Kalau bosan-bosan di rumah, kami 3 beranak ni rajin je keluar d-a-t-i-n-g ke mana-mana. Kalau sya ada memang takda peluang la c mama n c bapa nak keluar berdua. Tak kira la keluar pergi cari barang dapur ka, keluar makan ka, atau saja-saja nak keluar. Haha. Dan paling banyak aktiviti 3 beranak ni ialah jalan-jalan cari makan. Jadi secara jelas mesti korang dah dapat jawapan hubungkait sya dan dundut kan? haha buat tak abut je kan dun... Kadang fikir juga macam mana la tak dundut, gtau je nak makan apa, dapat. Contoh situasinya macam ni. Kalau tengah tgk tv tiba-tiba rasa nak makan terap ka, durian ka, sya saja-saja la cakap kuat sikit supaya c bapa atau c mama dengar. Nanti keluar la arahan daripada big boss a.k.a c bapa suruh bersiap untuk keluar. Haha ni tak lain tak bukan gara-gara dundut punya pasal (^_^)



Dan kadang-kadang kami 3 beranak ni rajin je keluar semata-mata nak beli satu barang. Contoh situasi. Macam hari tu, tengah duduk borak-borak dengan mak tiba-tiba teringat durian crepe... apa lagi sya pun terus je ingatkan mak yang kami dah lama tak makan durian crepe tu. Padahal baru 2 minggu tak pergi beli. Haha maka c mama pun bagi signal dan sya pun buatlah taktik yang biasa sya guna. 

"pak... macam lama sudah kan kita ndak makan durian crepe..." 

Haha tak lama lepas tu maka keluarlah arahan daripada bigboss a.k.a c bapa suruh bersiap. Maka 3 beranak ni pun keluar semata-mata pergi beli durian crepe dan balik rumah. Gara-gara siapa...? Ni dundut punya pasal...(^_^)


Macam juga kes kuih cina ni. Haha sya panggil kuih cina sebab tak tau nama kuih ni apa. Lepas je solat subuh. Turun bawah nak mulakan aktiviti mengemas rumah tiba-tiba je rasa nak makan kuih cina ni. Apa lagi sya pun pergi dekat dengan mak dan terus gtau yang sya teringin nak makan kuih ni. Mak pun bagi signal. Haha big boss pun keluarkan arahan maka awal pagi lagi kami dah pergi takada semata-mata nak pergi cari kuih cina ni. Dan macam biasa gara-gara siapa...? Gara-gara dundut...punya pasal (^_^)


Hmm si dundut punya pasal la juga sya maintain dundut. Guane, guane, guane... huhu. Tapi sya buat tak abut je... yang penting senang hati. Sgttt... haha (^_^) Hmm tapi c mama selalu pesan ngan bapa. Jgn terlalu diturut sgt apa yang dia mau. Dan respon c bapa, kalau pasal makan biar jak la kalau masih boleh dibelikan, beli jak la.

Tengok...

Gara-gara dundut punya pasal... hahaha :P

                                -Dian Adni-




Allah... awal-awal sem lagi dah diuji... tak cukup dgn masalah bas, diuji plak dgn masalah peribadi.

Datang.y ujian yang ini membuatkan sya terbangun dari tidur lena yang beralaskan tilam selesa. Ungkitan itu membuatkan mata sya terbuka, hati sya terjentik hiba, fikir sya ligat seputar roda.

bait-bait kata yg akan sya pegang sampai bila2
akan sya ingat sentiasa
akan sya jadikan motivasi membina

"ko dah besarkan skg, ada akal pkiran, ko pkir sndr pasni psl hidup mu k. ko fhm kan. enough is enough da byk aku melabur utk ko so pas ni titik"

"tak payah sms kol dah. bikin serabut kepala jak"

hmm makasih utk semua.y. halalkan utk semua yang telah diberi. sya akan ingat sampai bila-bila. bila sya dapat kerja nanti, insyaAllah sya ganti balik sama ada by cash or by cheque.

u make me wake up.
THANX ! :-)


                              -Dian Adni-


Terapi diri cara dundut...
 melalui
eskem.

dundut + eskem = GEMBIRA + SENANG HATI (^_^)v

                          -Dian Adni-

Bayangkan kita suka pada seekor arnab tu, tapi dalam masa yg sama kita tak boleh nak menyentuh.y, tak boleh nak mendekati.y, dan paling utama kita tak boleh nak bagi tahu pada arnab tu yang kita suka dengan arnab tu. sebab kita sedia maklum yang arnab tu takkan pernah faham apa yg kita rasa dan kita pun tak dapat faham apa yg arnab tu rasa.

Allah... derita bukan?

huhu ~

Hmm rasa yang dulunya pernah diatasi kembali menduga. Parut yang semakin hilang kembali menyerlah. Dan rasa yang mula luas dan lapang, kembali menghimpit derita.

"sya... ingat... kau tu wanita... apa lagi skrg ni niat harap mu untuk istiqamah dalam fasa perubahan. utamakan malumu daripada mahumu. mana pergi.y prinsip yang kau jadikan pegangan? mana? mana? sudah, bangun, berdiri, BANGKIT ! jangan pernah mahu dilihat lemah. kau bukan wanita yang sebegitu kan?"

Allah... ='(

duhai rasa yang tak pasti... pergi main jauh-jauh, pergi, pergi, dan tolong jangan pernah kembali...
Sungguh... sangat tidak suka dengan jentikan rasa sebegini ='(




Ma Fi Qalbi Ghairullah
Tiada di hatiku melainkan Allah

                               -Dian Adni-




dalam diam ku buka laman sosialnya...

dalam diam ku lihat pergaulannya...

dalam diam ku merisik perkembangannya...

dalam diam ku menitip doa kepadanya...

semua yang ku buat hanya DALAM DIAM.

1-hasbunallah wa ni'mal wakil
2-ribs and the owners will not have been entered

BELIEVE IT and please sya... STOP to ask urself why should the distance be punishment...

(^_^) s-m-i-l-e


                             -Dian Adni-



Sya... ketika dirimu menghadapi berbagai macam kegagalan janganlah pernah berputus asa, kerana berputus asa itu adalah sifat orang-orang yang lemah. Ketika kau merasa dunia tak berpihak kepadamu, maka ingatlah bahwa Allah, Tuhan pemilik Alam Semesta ini masih berpihak kepadamu.
Sya... jangan terlalu bersedih hati, teruslah berjuang walau rintangan banyak menghadang. Jangan cepat menyerah dan teruslah berjuang. Perbaiki apa yang kurang dan perbanyakkan koreksi dan instropeksi diri.
Sya... walaupun berkali-kali gagal, lekaslah bangkit dan cari akal, walaupun berkali-kali  jatuh, lekaslah berdiri dan jangan mengeluh. Orang hebat adalah orang yang selalu belajar dan belajar dari kegagalan yang dialaminya. Dalam kegagalan itulah kau akan menemukan dirimu yang sesungguhnya.
Ketika engkau menemukan dirimu sendiri, maka di sanalah akan kau temukan bahawa dirimu adalah orang hebat yang belum mendapatkan kesempatan. Kuncinya hanya satu, terus-menerus berjuang dan bersabarlah. Jadikanlah sabar dan rutin solat sebagai penolongmu. Dekatkan lagi dirimu kepada Allah yang telah menciptakanmu.
Sya... teruslah berjuang dan jangan pernah menyerah. InsyaAllah Allah yang esa itu akan terus menerus menjagamu. Memberimu kekuatan di siang dan malam. Jangan pernah lelah meminta kepada Nya, dan yakinkan dirimu bahawa suatu saat nanti Allah akan mengabulkan doa-doamu. 

InsyaAllah... Aamiin... (^_^)

                              
                              -Dian Adni-

Selama mana pun kamu berkawan dengan sya... sya pasti, kamu tetap sukar untuk mengenali sya...
mungkin lagaknya sya macam tak menghargai, payah nak mempamer rasa, bergelak suka, mendamping mesra, tapi jujur dari dasar hati yang paling dalam sya sangat bersyukur mengenali kamu, menjadi kawan buat kamu, dan sebenarnya sya sangat menyayangi kamu. Sebab sya takde kawan lain yang boleh digelar sahabat seperti kamu.

apa-apa pun terima kasih tetap setia dan tetap menyayangi sya walaupun sya macam ni... =')

hmm mcm sya pernah nyatakan sebelum ni. hanya c mama dan c bapa je yang kenal dan faham sya macam mana. Baik lagi angin... boleh dijangka.

tapi... bila mana kamu sudah mula memahami... sya pasti kamu akan faham kenapa sya sebegini. 

hmm sya penattt jadi sya... ='D


c dundut yang lebih teruk dari angin... ='(
kadang ketawa tak ingat dunia
tiba-tiba majok tak terduga
tiba-tiba marah tak tentu punca
tiba-tiba nangis mencurah
kadang boleh pula tersenyum ceria
kadang senyap bisu macam tak sedar apa2
seteruk-teruk apa pun aku
AKU ialah AKU
i love myself


                              -Dian Adni-