Ahad, Januari 5

Isu PANASSS


***Dipetik daripada : Fb Saudara Solihin Hassan
Rakan AT05, UPSI

1. Jikalau tiada penempatan kerja kenapa PIHAK BERWAJIB membuka ambilan yang melebihi keperluan yang diperlukan?

2. Ijazah Pendidikan adalah bidang khas seperti Doktor dan Peguam, sekiranya seorang berkelulusan Ijazah undang-undang tidak akan diterima kerja sebagai seorang akauntan.

3.Adakah pihak PIHAK BERWAJIB menjadikan pendidikan tinggi sebagai sebuah perniagaan kerana keperluan pekerja yang diperlukan tidak sebesar pengambilan pelajar ke IPT?

4. Warga ISMP bukanlah peminta yang meminta kerja kerana kerja ada di mana-mana dan seperti yang dapat dilihat pada awal sambutan tahun baru juga ramai individu yang menjual air minuman, aksesori, dan makanan di sekitar Dataran Merdeka dan KLCC juga memperoleh keuntungan. Apa yang dimahukan hanya keadilan.

5. Adilkah rakan-rakan ISMP yang sudah menghabiskan pengajian selama 1 tahun tidak dibuka peluang pekerjaan sedangkan warga IPG belum keluar keputusan peperiksaan sudah dipanggil temuduga penempatan? Ya warga IPG ditaja, adakah PIHAK BERWAJIB hanya mengambil berat kerana PIHAK BERWAJIB telah mengeluarkan dana sementara ISMP adalah umpama modal perniagaan mereka?

6. Benarkah keperluan guru sudah mencukupi sedangkan di sekolah masih ramai guru diperlukan untuk mengajar dengan lebih efisien berbekalkan ijazah yang kemahiran yang dimiliki.

7.Adakah wajar guru yang bukan bidangnya mengajar bidang lain? 

8. Berkesankah pengajaran jika dalam sebuah kelas nisbah guru adalah 1:40 sedangkan di barat adalah sekitar 15-20 orang sahaja untuk satu kelas. 

9. Adakah PIHAK BERWAJIB tidak mencukupi dana? Persembahan bunga api sambutan Merdeka dan tahun baru sudah tentu berbilion ringgit jumlahnya jika dinilai dari sambutan besar-besaran di ibu kota, ibu negeri, daerah-daerah, dan mukim. Tambahan pula jika bunga api yang dibeli sudah tentu bukan secara cash tetapi melalui L.O sudah tentu harga yang diberikan lebih tinggi.

10. Adakah warganegara dari umur 5 tahun hingga 19 tahun mendapat guru-guru yang mencukupi serta berkualiti semasa mereka mendapat pendidikan di sekolah? Mereka juga pembayar cukai yang membayar segala cukai dengan pembelian segala barangan termasuk baju sekolah, alat tulis, dan lain-lain.

11. Kenapakah pendidikan kita sering diabaikan? adakah kerana tidak mahu melahirkan warga yang bijak pandai untuk berfikir?

12.Apakah yang akan terjadi sekiranya warganegara kita tidak pandai berfikir? Jenayah makin meningkat, remaja makin bertindak liar. Warganegara tidak akan pentingkan NEGARA. Tidak pentingkan ekonomi asalkan dapat berseronok, tidak pentingkan baik buruk perkara yang berlaku disekeliling. Tidak mampu berfikir logik. Tidak mampu memilih pemimpin yang baik! Tidak mampu bezakan baik dan buruk?

13. Adakah ini yang dimahukan? Kehidupan di dunia hanya sementara, harta, kuasa dan semua isinya hanya sementara. Dengan amanah yang dikurniakan berilah yang terbaik untuk warganegara. Jalankan amanah yang digalaskan dibahu anda. Kami sayangkan anda, kami tak mahu PIHAK BERWAJIB disoal di akhirat sana. Kami sayangkan anda semua. Jalankan amanah sebaik-baiknya.Ada ganjaran yang menanti jika anda ikhlas menjalankan tanggungjawab dan amanah yang diberikan untuk kesejahteraan semua di dunia dan akhirat.


***Dipetik daripada: Fb Saudara Sofuan Saadon
Rakan AT05, UPSI







***Dipetik daripada: Fb Saudara Shahrael Abd Kassim
Rakan Mantan Mpp UPSI, Sidang 2011/2012




#Isu Tuntutan Posting Semakin PANASSS

 !!!


Jodoh - Rezeki - Ajal Maut
Allah dah tetapkan sejak dari dalam kandungan lagi...
Yakin dengan janji & takdir Allah

Allah... mudahkan urusan kami ya...?
 =D

Tiada ulasan:

Catat Ulasan