Ahad, Julai 14

Sudah Jatuh Ditimpa Motor Merah

Cerita Pagi JUMAAT...
bak kata pepatah
"sudah jatuh ditimpa motor merah"




Entah semangat apa sya n cik kiah pagi tu... pukul 8 dah sampai pejabat. Bukan sebab kami ni  budak skim yang berkomitmen tinggi dan bukan juga dek kerana adanya aliran dedikasi tapi kerana kami lupa yang hari Jumaat pejabat lambat buka... tu yang kami cuba datang tepat macam hari biasa. Bagi mengelakkan dapat jeritan peringatan masa, tu yang latih diri untuk patuh setia tentang waktu masuk kerja.

Hmm dah alang-alang sampai awal... nak patah balik, malas plak. Kebetulan pagi tu sya n cik kiah pergi kerja dengan c merah a.k.a motor dayah. Tiba-tiba cik kiah usul agar sya ambil masa tu untuk belajar bawa motor. Sya dengar je usul tu... sya pun senyum nakal sampai pipi tu mengembang macam pau. Hmm boleh juga... :)

Sya pun memulakan sesi. Cik kiah turun dan hanya bertindak sebagai jurulatih. Sekali-kali memberi arahan apa yang patut sya buat. Mula-mula, aisyah belajar seimbangkan badan dan motor dulu. Pelan-pelan je. Lebih kurang macam tu la arahan cik kiah. Sya pun ikut. Hmm kalau dah belajar basikal masa d pangkor tu payah, yang ni lagi payah... atau mungkin payah sgttt kottt. Hmm sebab.y motor kan lebih berat. huhuhu haish... dun...duttt. 

2, 3 kali cuba alahai macam nak putus asa... tiba-tiba dah macam keyakinan tu semakin meningkat, ala-ala macam dah nak lulus arahan keseimbangan. Sya terus tepis jauh detikan putus asa tadi. Kemudian, arahan cik kiah yang seterusnya. Okey, aisyah cuba plak letak kaki pada tempat yang sepatutnya. Macam tadi, bawa pelan-pelan je. Baik... sya pun ikut arahan seterusnya. Hmm detikan putus asa datang balik. Yalah... dapat letak 2 belah kaki pada tempat yang sepatutnya... kejap je. Tak lama lepas tu dah rasa macam tak seimbang. 2, 3 kali cuba... haish payahhh.y... Hmm

Haish... tak ble, tak ble... kenapa orang lain ble, sya tak ble plak. Even dundut2 macam ni pun, ada yang double triple lebih dut pun boleh, jadinya sya mesti boleh. Berpeluh-peluh sya dibuatnya. Padahal baru berapa minit buat sesi. Tiba-tiba hati sya mula melonjak girang, tahap keyakinan pun semakin meningkat. Sya rasa sya dah boleh. Hehe. Cik kiah pun dah mula kata, ha... tu aisyah dah boleh. Mesti boleh... Sya pun try la bawa pada jarak yang jauh sikit. Sepanjang berganding dengan cik merah, sepanjang tu sya senyum. Mana taknya... dah boleh bawa motor kottt...

Hmm tapi senyuman yang paling comel tadi serta merta je bertukar jadi hmm ntah muka jenis apa tatkala c merah sudah meluncur dalam gerakan tidak seimbang kena lagi bila tiba-tiba menyimpang naik ke jalan tidak rata dan tiba-tiba sya rasa badan sya dah terhumban masuk ke dalam longkang dalam sekelip mata je. Sya landing baik punyerrr dalam longkang dengan sebelah kaki dihempap manja oleh c merah. Aduhhh sambil pejam mata menahan sakit. Itu je yang sya dapat buat masa tu. Tak lama lepas tu baru cik kiah sampai sambil panggil 2 budak yang kebetulan ada d situ untuk bantu alihkan c merah. Sebelah kaki sya dah kesakitan sangat. Tapi pelik. Takde plak turun air mata, malah sya boleh plak gelak ha-ha-ha sedangkan sya dah kesakitan sgt masa tu. 

Sya cuba berdiri. Tengok je c merah sya terus lupa pasal sakit. Sebab c merah lagi teruk. Sya tengok kepala motor, erk apa nama ntah, yang penting bahagian penutup lampu depan tu pecah. lampu tepi tertanggal. dan badan c merah kotor dengan tanah. Huhuhu habislah...  kalau sya sakit takpe... motor tu sakit, payah wei... motor orang kot... dah la tuan.y takde, balik kampung. Allah... rasa bersalah sangat. Lepas je berterima kasih dengan budak berdua yang membantu,sya n cik kiah balik rumah untuk bersihkan pakaian sya yang terkena kotoran tanah. Sebenarnya bukan takat bersihkan kotoran tapi terus check bahagian sakit yang amat tu. 

Dan huhuhu... walau takde luka... alhamdulillah tapi kaki 2 belah lebam. Tapi paling teruk kaki kiri. Ha tu la... bagus-bagus kaki dah mulus bersih... gatal pegi hias dengan lebam berseni. Walau dengan terhenjut-henjut, sya gigihkan juga pergi kerja. Sampai je pejabat, lagak jalan macam normal. Tapi tak ble... masih juga nampak abnormal.y. Moga-moga takde orang dalam pejabat yang tahu. Kalau tak, kan-toiii... Hmm mmg kantoi pun... tiba-tiba je fizan jerit dari dalam bilik mesyuarat, aisyah rempit ke mana tadi... A-la-makkk... takkan fizan tahu kot. Dia nampak ke kejadian tadi? huhu malu.y...  hmm klau dah fizan tahu... mmg tak mustahil yang lain pun akan tahu. 

Hmm tak pasal-pasal kejadian sya jadi salah satu topik dalam pejabat. En Haris, salah satu staff dalam pejabat tu siap bagi pinjam minyak Afiat lagi. Ble kurangkan sakit kata.y. Huhuhu.
Lebam yang biru, bertukar ungu, kemudian merah, dan sekarang warna apa ntah. Sakit yang awalnya hanya pada kaki dah menjalar satu badan. Allah...  baru Ramadhan ke-3 sudah ada cerita indah. Alahaiii dun...duttt.

Orang kata... kalau nak pandai mesti jatuh dulu... jadinya... jangan putus asa ya dun... bila dah sembuh nanti... boleh sambung sesi. hahaha. C merah pun dah masuk bengkel. Tukar cover lampu tu rm 23 je. Alhamdulillah. Tinggal cuci n polish je lagi. Bila cerita nanti, jangan dayah mengamuk sudah. Huhuhu.

Apa-apa pun... cik cahaya hidayah cikebum-cikebum... minta maaf sgt2 tau... sya dah menjahanamkan c merah. Rasa bersalah sgt. Abah kau belikan motor punya cantik sya plak yang pergi cacatkan. Maaf tau... huhu kalau ada lagi yang kau nak sya repair... nanti kau gtau la. Jangan marah sya tau... =D


Tiada ulasan:

Catat Ulasan