Sabtu, Julai 20

Jemputan berbuka + Belajar Masak


Antara juadah berbuka untuk ramadhan ke-6 hingga ramadhan ke-10.



Sambal kerang + Sayur campur

haha... mentang-mentang la kan... budak dundut ni baru lepas jatuh motor, dengan lebam kaki yang tak hilang lagi... kawan serumah kata... sya, bagus makan kerang... ble tambah darah. erk? tu sya tau la... tapi kerang ble hilangkan lebam kaki ni ke...? =.=" hahaha

hmm dan buat pertama kali selama hidup menumpang kasih d tanah dan langit semenanjung sya buat dan makan laksam. ya... L-A-K-S-A-M. hehe biasa makan laksa je tak abut sangat laksam ni. sebab ingatkan sama je dgn laksa. rupa-rupanya ada perbezaan... =)

kalau juadah lain sya dgn kawan skim buat dgn rice cooker. yang ni plak kami buat di rumah puan yati aziz. dah alang-alang kena ajak buka puasa sama... maka berani-beranikan la diri buat permintaan nak makan laksam. ha... dalam masa yang sama dapat belajar buat dan dapat merasai laksam tu sebenarnya macam mana.



Bahan bahan (laksam):

3 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
5 cawan air suam (3 cawan air mendidih + 2 cawan air biasa)
1/2 sudu kecil garam

bahan-bahan ni untuk buat yang warna putih tu. hehe kalau mi laksa kan ble dapat d supermarket... kalau laksam ni... kena buat sendiri. bila dah campur semua bahan-bahan tu, tuangkan dan kukus dalam bekas leper ala-ala dulang kecil tu. bila bancuan tu dah masak, kena gulung kemudian potong. hehe lebih kurang macam tu la.

Bahan-bahan (kuah):

1 kg ikan - rebus, ambil isi, dan kisar
1/2 kg santan pekat 
1 gelas air utk tambahan (utk sesuaikan pekat/cair)

Kisar
10 ulas bawang merah 
2 ulas bawang putih 
1 inci halia 
2 btg serai - ketuk 
1 sk serbuk lada hitam
3 keping asam keping 
Garam dan gula secukup rasa

Haha... tak sabar nak buat lagi... balik rumah sabah nanti, sya nak cuba buat lagi untuk c mama dan c bapa... wehee... (^_^) Apa-apa pun terima kasih puan yati sebab dah ajak berbuka bersama dan terima kasih juga sebab kongsikan cara nak buat laksam ni. Hehe =)





Tiada ulasan:

Catat Ulasan