Ahad, Mei 5

Permintaan Terlaksana

ALHAMDULILLAH... (^_^)

Niat untuk menyempurnakan permintaan sahabat peluk cium terlaksana.

Sekali lagi... mabruk on ur marriage farha n fadh... sweettt...sangat :-)



Dalam perjalanan nak ke majlis kawan sya ni memberikan banyak pengalaman. Begitu juga dengan balik. Hehe memang tak boleh lupa. Serius. Nak ke majlis ni kami kena naik ktm dan turun UKM. Sampai je stesen UKM tu sya cuba kol no farha kot-kot la adik dia sambut kan tau-tau.y kawan dia. Kawan tu kata farha dah tak pegang phone jadinya kamu datang je la terus ke dewan ni. Sya terus beralih kepada pelan ke-2 cari pak cik teksi. Ada sorang pak cik bollywood tu yang nak hantar kami dengan kadar RM 20. Dengan penuh berharap dan percaya yang penting selamat sampai kami pun naik. Tau-taunya pak cik tu pun bingung cari tempat tu. haha sudah... last-last tanya pak cik pengawal dan dengan tunjuk arah pak cik tu kami selamat sampai.




Sya tak pernah lagi rasa begitu gembira dan bahagia sebab orang lain selain keluarga. Sampaikan air mata sya nak mengalir tau bila tengok wajah ceria + bahagia farha dan fadh sepanjang majlis ni. Dalam hati kata, "Allah... bahagia.y aku bila tengok kawan2 aku ni bahagia... semoga aku juga begitu". Nasib ada dua budak mp3 tu tolong kawal... "kak sya... jangan nangis plak...bla...bla...bla..." hehe thanx budak berdua.






Sampai je Dewan Masjid UNITEN, kami masuk ke dalam dan sya bersalaman dengan ibu farha. Lepas dapat door gift sya pegi tulis ucapan pada album macam dalam gambar tu. Masa menulis tu punyalah tangan sya bergetar. Sebab apa pun tak tau... haha :p


Masa sampai tu memang dah tengah hari, memang dah waktu untuk makan jadinya memang makan dengan penuh berselera la. Nasib kuantiti yang diambil terus buat kenyang klau tidak memang ada yang berdiri pegi tambah makanan. hahaha. alhamdulillah sedap dan kenyang. (^_^).





masa bergambar-gambar ni ingat nak terus pergi jumpa farha n fadh di bahagian hadapan. tapi sya tengok mereka masih duduk di meja bulat dan masih sedang makan. kami pun menggunakan masa menunggu itu dengan... foto-foto (^_^) klau sya sorang mungkin duduk diam je la tu. Nasib ada dua adik mp3 ni sudi temankan sya untuk hadiri majlis ni. 


adik emmukkk ainun :-) 


shahira kwn ainun



wehee... gembira sangattt. terima kasih adik mp3 berdua sebab sudi teman c kakak (^_^)v. Haha mesti korang tertanya-tanya kenapa sya panggil dorang adik mp3 kan??? haha se...bab... sepanjang perjalanan pergi dan balik... celoteh mereka tu tak sempat buat sya bosan. haha.

Balik dari majlis tu pun cipta pengalaman juga sebabnya kami tak tahu dan takde no teksi yang nak dihubungi. Punya la tak ingat nak minta no pak cik bollywood tu. Haha. Dah basah berhujan   rintik menunggu penuh harap kalau-kalau ada teksi lalu baru shahira kawan ainun tu teringat dia ada kawan punya kawan belajar di UNITEN. Lepas tu barulah kol pak cik perlis tu. pak cik tu hairan kenapa nak ke stesen ukm, sedangkan stesen serdang lagi dekat. kami hanya berpandangan dan ikut je la saranan pak cik perlis tu. Alhamdulillah kadar tambang pak cik perlis tu bagi hanya rm 13. pak cik perlis tu memang baik dan bertanggungjawab dalam setiap kerjanya. 10 tahun sebagai askar, 10 tahun d jabatan kayu ukur, kini sebagai pemandu teksi.

Sampai je kL sentral sya pegi solat. Usai solat sya pegi belikan adik mp3 berdua tu eskem mcD sebagai tanda terima kasih sebab sudi harungi pengalaman hari tu tanpa mengeluh sedikit pun. Sya belikan eskem bukan sebab makanan kegemaran dundut tapi sebab masa d majlis farha n fadh kami tak bkesempatan ambil eskem sebab.y barisan panjang. haha. best kan dalam majlis mereka ada eskem... (^_^)

Ingatkan pengalaman baru dah selesai. haha pengalaman lain plak muncul. kad rapid sya tiba-tiba tak boleh guna. pegi tanya di kaunter cik tu kata kad tu blacklist kena pegi kaunter khas tapi masa tu kaunter khas tu setengah hari jadinya kena beli manual. berbaris dengan penuh sabar dan adik mp3 berdua yang dah melepasi laluan cek in tu pun setia menunggu sambil menghabiskan eskem mereka. haha.

Sampai je masjid jamek sya bawa la adik mp3 berdua tu menyelusuri pasar malam masjid jamek dan pengalaman lain plak muncul. ni lagi dasyat. sedang sya kusyuk pilih sarung tangan tiba-tiba mak cik d sebelah sya teriak kuat. gelang kaki mak cik tu digunting. macam mana sedar.y pun sya tak tau. terus je abg yang jaga jualan tempat sya pilih sarung tangan tu pegang leher lelaki tu. nasib sesak jadi lelaki tu tak boleh lari. tiba-tiba ada datang abg sorang tu terus je tumbuk muka lelaki tu. semua.y berlaku depan mata. sya punya takut... Allah je yang tahu.  Huhu... nasib bukan sya yang dijadikan sasaran lelaki tu tapi tetap kesian dengan mak cik tu.


dalam ketakutan tu, sya jumpa terapi penyembuh... hahaha. eskem potong ni shahira yang belikan. sempat lagi kan... memang klau dun...duttt :p




sampai je plaza rakyat sya pegi solat dan adik mp3 berdua tu pegi tolong beli tiket. tiket yang tinggal hanya tiket untuk pukul 9.50pm. sya gunakan masa tu di kedai buku dan untuk mengisi perut di marry brown dengan menu tetap setiap kali makan di situ. chick-A-licious with mushroom sause. huhu napa la tak dundut kan... hehe buat tak abut jak.

hmm ingatkan bila dah naik bas balik ke tanjung malim pengalaman baharu berakhir... belum lagi. sedang asyik merehatkan diri tiba-tiba bas berhenti d tepi jalan ntah bahagian mana sya pun tak tahu. dalam hati... "bas rosak ka? tayar pancit ka?" macam-macam persoalan. lepas berapa minit bas bergerak semula. sampai di kolej kab pukul 11.30 pm. nasib adik mp3 berdua tu hantar sya masuk kolej. walau tak sampai kawasan blog ada juga yg teman sya jalan kaki. bila dorang dah balik sya teruskan langkah melewati blok 5, 6, dan 7 dengan penuh berani sebab keadaan yang begitu sunyi yalah kawan-kawan lain banyak yang balik mengundi... kolej pun sunyi sepi.

Alhamdulillah... dapat kembali ke bilik dengan keadaan yang selamat. Seharian yang penuh makna. 

(^_^)v alhamdulillah...wasyukurillah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan