Khamis, Mei 16

Aku...di masa depan



Walau kujadi guru di sekolah tua

walau ku tak punya ijazah berjela

tetap kusudi jadi penunggu setia 

walau hanya di sekolah desa

kerna harapanku bukan mengharap ganjaran upah

tidak juga mengejar kemilau gelaran atau anugerah

sekadar kerelaan kumenggenggam suatu amanah



Amanah yang mampu mengangkat harga diri dan maruah

secara senyap dan kebah

berbekalkan keyakinan dan juga hikmah

berbekalkan keikhlasan had dan juga redha

menghapus jemu dan penat lelah

memandu niat membangun ummah

berlandas paksi jelas dalam tuju-arah



Sanggup kujadi pengganti ayah ibu

sanggup kujadi pembentuk generasi baru

sanggup kujadi pembina insan sepadu

walau kuhanya diimbau tak berbunyi, dilihat tak bertemu

oleh anak muridku yang sentiasa bertukar, berlalu...


sya...


" Selamat Hari Bakal Guru "

(^_^)v

Tiada ulasan:

Catat Ulasan