Rabu, November 7

Soal Hati dan Pasangan

Perasan atau tidak, kebanyakan entry yang sya masukkan berkaitan ceritera diri, keluarga, dan aktiviti sekitar ruang lingkup sya. Mana ceritera teman tapi mesra? Mana ceritera buayafriend? Mana ceritera teman istimewa? Mana ceritera si pendamping peribadi?
Dan sering kali ditanya dengan soalan cepu cemas seperti ini: 

*sya dah ada buayafriend belum?
*sya ni bujang ke? ke tunangan org? ke dah jadi isteri org?
*macam sya ni takkan la takda sapa-sapa yang istimewa?

HMM...

*zaman semasa fikiran masih dijajah dgn kejahilan tu memang pernah ada dan sehingga hari ini, itupun hanya SEKALI.

*sya masih berstatus bujang la... kenapa, muka dan fizikal sya ni ada menzahirkan yang sya ni tunangan atau isteri orang ka? sehingga sya tak habis belajar, tak bekerja, tak puas membelanjakan duit gaji sya untuk mak bapa sya, selagi itu jugalah status sya belum boleh diubah. pasti.

*sapa kata sya takda sapa-sapa yang istimewa? sya ada mak. sya ada bapa. sya ada abg dan kakak. sya ada Rosa Enterprise. jadi jangan pernah kata sya takda sapa-sapa yang istimewa.

Sya tahu apa yang kalian cuba maksudkan. Sya faham. Sya mengerti. Tapi soal pasangan, soal percintaan, soal kehidupan berkeluarga, masih terlalu jauh dari kotak fikiran sya. Kerana apa, masih terlalu banyak yang lebih penting untuk sya fikirkan secara serius.

Sya juga manusia biasa. Sya juga wanita. Sya juga ingin dicinta dan mencinta. Haha gedik pula bunyinya kan tapi itulah lumrah. Dulu sya juga pernah ada kisah cinta. Tapi itu dulu. Sekarang? Sekarang kisah cinta itu sudah dikuburkan pada dasar bumi yang paling dalam. Haha. Macam fobia pula kan. 

Ok, kalau nak dijadikan cerita... baik sya akan cerita tapi bila sya dah cerita, tidak perlu lagi ditanya apa dan kenapa. Ble? Ok sya mulakan kisah.

Semasa zaman di bangku sekolah, dari tahun 1 sampailah tingkatan 6 atas, sya TAK PERNAH BERCINTA. Tak laku ke apa? Haha bukan sebab tak laku. Tapi TAK MAHU. Jual mahal ke apa? Bukan juga sebab jual mahal. Tapi TAK MAHU. Zaman sekolah dulu, sya ni budak skema, budak buku, dan fikiran masih dikuasai "mesti belajar betul-betul, markah mesti kena tinggi-tinggi, kalau masih nak sekolah jangan gatal-gatal nak bercinta-cinta" Haha lucu kan? Tapi itulah realitinya. Dan itu adalah pengaruh daripada mak bapa sya. Mereka tak bagi sya fikir benda-benda lain selain BELAJAR, BELAJAR, dan BELAJAR. 

Walaupun begitu, sya masih boleh berkawan dan hanya berkawan. Tapi yalah hati org, perasaan org, mana boleh kita nak kawal kan? Sya ingat lagi masa sekolah rendah, kalau sya tak silap ingat, masa tahun 4 buat pertama kali ada seorang kawan sekelas sya, Faizal Jauhari   @ JJ yang begitu berani cakap depan-depan yang dia suka sya. Tau sya buat apa? Sya pukul dia dengan buku sambil nangis dan tanya kenapa dia suka sya. Hahaha tindakan pramatang bukan. Sgttt (^_^) Hmm agak-agaknya di mana la JJ skrg ni? Dah jadi apa dia? Haha...dalam banyak-banyak kisah sekolah rendah, yang tu sya tak boleh lupa. Kalau setakat kirim-kirim salam sya dah bungkus rapi-rapi dan dah tersimpan dalam stor memori.

Naik sahaja sekolah menengah maka kisah cinta menjadi lebih biasa. Yalah masing-masing berlagak muda mudi, masing-masing dah berlagak dewasa. Tapi fikiran sya masih diikuasai "mesti belajar betul-betul, markah mesti kena tinggi-tinggi, kalau masih nak sekolah jangan gatal-gatal nak bercinta-cinta" Pesan mak, pesan bapa. Tak pernah pudar. Tak pernah berubah. Maka.y fikiran sya hanya BELAJAR, BELAJAR, dan BELAJAR

Masa sekolah menengah sya ada seorang kawan baik lelaki. Ya, hanya kawan baik. Tak sampai pun tahap teman tapi mesra atau teman istimewa. Sehingga sekarang sya tak pernah lupakan dia. Kawan yang baik, kawan yang banyak membantu sya. Nama dia Ameer Farez. Sya tak pernah sangka yang sya akan terpisah dengan dia. Sehinggalah kami benar-benar terpisah. Ececeh macam orang bercinta pula kan. Kami mula renggang apabila sya dapat tahu  salah seorang kawan sekelas sya suka sgt dgn dia tapi tak dapat meluahkan hasrat kerana menyangka sya ada hubungan apa-apa dengan dia. Kalau sya terus menjadi tembok, kalau sya terus menerus menjadi batu sekatan, kejam bukan? Ya kejam sgt. Makanya sya mengundur diri, menjauhkan diri, dan memberi laluan kepada kawan sya tu agar boleh berkawan dgn Ameer. Walaupun pada dasarnya sya sangat sedih untuk kehilangan kawan sebaik dia, tapi sya akur kerana sya yakin Allah pasti menggantikannya dgn yang lain. Hmm tapi lepas sya dah tak kawan baik dgn Ameer, Ameer dan kawan sya tu pun tetap tak ada apa-apa hubungan.  Usaha yang sia-sia bukan? Dan sejak tu sya yakin yang sya takda kemahiran untuk bekerja dalam ejen cari dan temu jodoh. Hahaha :P

Dan masa sekolah menengah jugalah sya ada seorang kawan halimunan yang sya kenali sebagai abg Hisham. Maksud sya kawan halimunan tu kawan yang hanya berkawan dalam talian. Kawan melalui mesej. kawan melalui kol. Tak pernah sekali pun bertemu. Tak pernah sekali pun bersua muka. Yang sya tahu dia dapat no telefon sya daripada sepupu dia, dan dia jumpa sya pun semasa sya menari untuk pesta ria sekolah. Percaya tak percaya sya ni penari sekolah. Hahaha. Hmm tapi kisah dengan abg Hisham tergantung begitu sahaja sejurus dia pergi ke UK. Semoga dia baik-baik saja di mana pun dia berada.

Maka, kesimpulannya... zaman sekolah takda buayafriend, takda cinta-cintun, takda kisah cinta.

Melangkah pula zaman universiti. Zaman yang memang dinanti-nanti. Bukan zaman untuk dapat kelulusan bercinta-cinta tapi zaman untuk mengejar impian dan cita. Dan fikiran sya masih tetap dikuasai dgn pemikiran "mesti belajar betul-betul, markah mesti kena tinggi-tinggi, kalau masih nak sekolah jangan gatal-gatal nak bercinta-cinta" Pesan mak, pesan bapa. Tak pernah pudar. Tak pernah berubah. Fikiran sya masih tetap, BELAJAR, BELAJAR, dan BELAJAR. 

Masa semester 1 buat pertama kalinya sya yakin 100% pada diri yang sya ada perasaan suka bila tengok seorang manusia yang bergelar lelaki. Sya takda pengalaman bercinta, sya takda pengalaman jatuh cinta, makanya sya pun tak tahu nak kategorikan perasaan tu sebagai apa. Yang sya tahu sya suka tengok. Haha. Gedik tak gedik. Buat tak abut je. Hmm dan disebabkan sya ni konon.y pemalu, sopan santun, dan susah nak bergaul makanya tindakan yang sya boleh ambil ialah tindakan mendiamkan diri. Terbaik bukan? Haha. Pandang, tunduk, senyum dalam hati macam ni (^___^) last-last perasan sendiri. Senang kan? Sgttt... huhu sangat susah kot. Boleh bayang tak kalian suka tengok arnab tu tapi kalian tak boleh nak dekat apa lagi nak sentuh arnab tu. Huhuhu. lebih kurang macam tu la keadaannya. Tapi, perasaan syok sendiri tu tak lama sebab Allah beri sya petunjuk supaya tidak terus menerus SS a.k.a syok sendiri. Hahaha. Sebaik sahaja sya terserempak si dia dengan pasangannya sya terus nekad memadamkan perasaan suka tu dengan serta merta. Susah. Payah. Itu realiti tapi yang pasti sya berjaya. Sya mampu berlagak O.K untuk beberapa semester. Hahaha kan dah kata sya kuat (^_^)

Hmm dan buat pertama kalinya sya mengingkari prinsip yang dipegang selama ini, tidak akan bercinta ketika usia masih lagi kuliah. Ketika itulah sya mula bercinta dengan abg Shafri. Bercinta ke...? haha lucu je bunyinya. Hmm sya pun tak tahu kenapa, mengapa, dan bagaimana sya boleh jadi ingkar. Yang pasti sya terbuka hati untuk menerima dia sebaik sahaja sya dengar dia mengaji bertarannum. Itu pun dah berbulan-bulan kami kenal baru sya terbuka hati untuk terima dia dan sebabnya tak lain tak bukan hanya sebab dengar dia mengaji bertarannum. Bukan apa, sya macam tak sangka yang kaki muzik macam dia boleh mengaji bertarannum sebaik itu. Hmm walaupun dia baik, penyayang, dan mengambil berat tapi semua kebaikan-kebaikan itu tidak menghalalkan kami untuk  meneruskan hubungan. Dunia kami berbeza. Prinsip kami berbeza, Cita-cita kami berbeza. Dan perancangan hala tuju kami juga sangat berbeza dan semua itulah punca kami tidak boleh terus-menerus bersama. Dan alhamdulillah kami berpisah dengan cara baik, kesepakatan bersama, dan tidak ada sebarang konflik pun. Hmm semoga abg ri dapat pasangan yang jauh lebih baik daripada sya. Aamiin (^_^)

Dan sekarang ???

Sekarang... sya tak perlu semua tu... apa yang perlu sya hanya nak habiskan baki-baki masa yang ada ni dengan ahli keluarga sya. Tak kisahlah keluarga kecil ka, atau keluarga besar. Tak kisahlah keluarga RoSa ka, atau keluarga Hassan. Yang pasti sya nak habiskan masa dengan ahli keluarga sya. Soal jodoh, pasangan, sya sandarkan saja pada Allah, sya tahu, sya percaya, dan sya yakin, Allah pasti tahu apa yang sya perlu dan akan berikan apa yang sya perlu dan bukannya apa yang sya mahu (^_^) Kalau panjang umur, maka akan ada la kesempatan berpasangan tu, tetapi jika masa itu tiba, maka kuburkan sahaja sekali soal itu. Senang bukan :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan