Khamis, November 29

Menu Minum Petang

Sanggar Tumbuk 
Sambal Tomato 
Teh Halia


Sejak duduk rumah, sya mengambil alih tugas masterchef a.k.a c mama. Haha dari sarapan pagi sampai makan malam, sya yang kena sediakan. Kadang-kadang je mak yang buat, kalau sya puasa sunat ke, sya keluar dating ngan En Dmax ke, maka mak la yang akan masak.

Menu di atas ni kadang-kadang sya buat untuk minum petang. Yelah tengah duduk-duduk, borak-borak waktu petang tu, sambil-sambil tu kami senaman mulut la. Haha senaman. A-la-san. Macam mana tak dundut. Ada je yang dimasak, Ada je yang dimakan. Buat tak abut je la kan.

Kalau yang tak biasa dengan perkataan sanggar tu, sya jelaskan ya. Sanggar tu maksudnya pisang la. Sanggar tumbuk ni maksudnya pisang yang ditumbuk. Ada juga yang guna panggilan "sanggar pappek" hahaha dasyat tak dasyat namanya. Hahaha. Biasanya masyarakat bugis la yang guna nama tu. Hmm pisang yang digunakan tu pisang mentah yang masih hijau macam ni. Kesian encik pisang belum sempat nak menguning dah kena makan. Dundut punya kerja la ni. Hehe (^_^)V


Tiada ulasan:

Catat Ulasan