Sabtu, Oktober 13

Kejutan 18 September

Kejutan 18 September

Malam sambutan hari lahir tu, sya tidur awal. Selesai sahaja solat isyak dan sesi mengaji sya terus sahaja tidur. Tiada niat atau perancangan pun hendak bergadang malam semata-mata hendak menyambut ulang tahun kelahiran. Dah asyik lena dan mungkin sudah dibuai mimpi bertemu pangeran idaman tiba-tiba sahaja lampu bilik dihidupkan dan 3 kepala gadis idaman tersembul keluar sambil tersengih-sengih daripada muka pintu. Secara perlahan mereka membawa kek ni masuk ke dalam bilik. Inilah kejutan yang dibuat oleh zati, rina, dan tini.



Masa zaman sekolah dulu, tangan sya tak pernah berjauhan dengan aktiviti origami. Tetapi... sya tak pernah lagi buat origami sampai jadi macam ni. Origami robot comel ni pelajar saya, Xin Hui yang buat. Comel + kreatif kan? Hmm dan lukisan tu pun, dia yang lukis. Kiranya hadiah dia, origami dan lukisan tu la.



Kemudian, kad ucapan ni pula pelajar sya Yoyo yang buat. Dia buat sendiri, hasil tangan sendiri, dan bukannya ada dijual di mana-mana kedai. Ayat yang dia hasilkan tu sebenarnya yang buat sya terharu.


Tempat alat tulis ni pula, daripada fakirah. Comel je kan? 


Dan hadiah ni pula daripada zati, eifa, dan aina. Sya tak sangka pula mereka akan bersusah payah menyediakan hadiah ini.


Dapat bayangkan tak, masuk kelas bagi salam, nak mengajar,  tiba-tiba sahaja respon yang pelajar berikan dengan menyanyikan lagu "happy birthday". Terharu tau... (^_^) 

Apa-apapun, terima kasih untuk semuanya. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan