Sabtu, Jun 16

Rezeki Mencurah

Alhamdulillahirrobbilalamin...

Syukur atas nikmat dan rezeki yang engkau curahkan kepadaku hari ini ya Allah... Sesungguhnya aku sangat bersyukur.




Pada siang tadi, aku dan kakak aku keluar berbelanja di sekitar Jalan TAR, Masjid Jamek dan Sogo. Bukan berbelanja sakan atau untuk bergaya pun setakat barang keperluan yang akan aku gunakan untuk berpraktikal nanti. Pada awalnya, aku ingat aku akan keluar seorang diri tetapi apabila aku memberitahu kakak tentang hasrat aku hendak keluar melihat-lihat barang yang aku kira-kira hendak beli sekiranya wang mencukupi, kakak aku beritahu yang dia juga hendak pergi bersama. Oleh itu, kami keluar berdua dan apa yang aku ingin nyatakan ialah rezeki yang mencurah itu sebenarnya Allah datangkan melalui kakak aku ini. (^_^)



Sepanjang berbelanja tadi, bayangkan aku tidak ada mengeluarkan satu sen wang pun. Dari nak makan sampailah membeli barang-barang yang aku rancang hendak beli, semua kakak aku ini yang bayarkan. Oleh sebab itu aku katakan rezeki yang mencurah. Mula-mula aku dengan kakak pergi ke Jalan TAR, Masjid Jamek untuk mencari dan membeli tudung. Untuk tudung aku ni saja, dia habiskan sebanyak RM 85.00. Aku beli tudung bidang 50, 2 jenis corak kosong dan 3 jenis corak 2 warna, semuanya jenama akel... Semoga niat nak jadi muslimah sejati itu dapat dilaksanakan secara istiqamah. InsyaAllah... (^_^)



Kemudian, kami pun pergi ke Sogo tetapi sebelum tu kami singgah makan dulu kerana perut dah semakin berkeroncong. Selama di Tanjung Malim, dah agak lama juga aku tak pergi menikmati Secret Recipe dan hari ini Allah memberi aku peluang untuk menikmatinya. Alhamdulillah tadi kakak aku belanja makan Ice chocolate blended dan laksa curry. Rezeki tak rezeki? Hehe.


Usai sahaja makan, kami pun habiskan masa berbelanja di Sogo. Mula-mula kakak aku beli minyak wangi untuk dia. Minyak wangi dia kebanyakan harga RM 2++  dan ke atas. Hehe. Tak mampu lagi aku nak merasa pakai macam tu. Selepas itu, kakak aku belikan aku kasut untuk praktikal, jenama Hush Puppies yang berharga RM 1++. Huhu tau tak, awalnya aku nak tengok kasut Bata je tau, tapi Allah bagi peluang dan rezeki lebih sikit untuk aku pakai kasut itu bagi menggantikan kasut Bata aku tu. 


Jadinya, semua barang yang aku rancang nak tengok dan beli semua kakak aku yang beli dan bayarkan. Alhamdulillah... Kemudian dia pun cari barang-barang untuk eryna, kimi, dan abg jai. Isteri mithali kan? Walaupun dia sibuk cari barang untuk aku, tanggungjawab dia sebagai ibu dan isteri tak dilupa dan paling penting bahagian rezeki yang dikongsi untuk suami dan anak-anak itu tidak pernah dilupa. Apa-apapun, aku sangat bersyukur dan berterima kasih sangat pada dia.

Kak Ap

Terima Kasih Banyak-Banyak ya... (^_^) 

Semoga Allah membuka luas pintu rezeki untuk kak ap... 

Amin...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan