Jumaat, Jun 1

Detikan Hati



Niat ingin berubah itu tidak lain dan tidak bukan... pastinya hanya kerana ALLAH...




Perubahan itu tidak hanya dalam konsep "jahat kepada baik" atau "baik kepada jahat" tetapi boleh juga berlaku dalam konsep "jahat kepada lebih jahat" atau "baik kepada lebih baik".



Sebenarnya, dalam hati yang paling dalam... aku rasa sangat bersyukur kerana Allah membuatkan hati yang penuh jahil ini berdetik, membuatkan hati dan fikir ini sedar dan ingin melakukan perubahan ke arah yang lebih baik. Walaupun kesedaran itu agak lewat, namun rasa syukur itu sangat besar kerana Allah masih memberi aku peluang untuk berubah sebelum sampai detik untuk aku menutup mata buat selamanya. 



Semoga aku dapat melakukannya secara istiqamah dan jika ada datangnya ujian-ujian yang ingin menduga ketetapan hati ini, moga Allah sentiasa memberikan aku kekuatan dan kejernihan akal fikir agar aku dapat menghadapinya dengan sebaik-baiknya.



Dalam niat untuk berubah itu, kita tidak perlulah sampai meniru orang lain melainkan kita menjadikannya sebagai contoh atau teladan. Yang baik kita contohi dan terapkan dalam diri tetapi adalah lebih baik sekiranya kita menjadi diri sendiri kerana aku pasti setiap yang bakal kita lakukan itu akan lebih ikhlas dan bersahaja tanpa perlu dibuat-buat.






Ya Allah semoga petunjuk dan kesedaran yang telah engkau berikan ini dapat aku lakukan secara berterusan, semoga setiap bicara dan tingkahku terjaga, dan semoga aku juga termasuk dalam golongan wanita solehah.

AMIN... (^_^)


-Dian Adni-


Tiada ulasan:

Catat Ulasan