Khamis, Jun 14

Debaran + Terharu

Debaran yang semakin menggetarkan jiwa...

Kerana apa...?

Kerana... tinggal beberapa hari sahaja lagi, aku akan bergelar guru pelatih di 

SMK SRI TAPAH, TAPAH PERAK.

Ya Allah... permudahkanlah urusanku dan urusan kawan-kawanku dalam menempuh tempoh praktikum sepanjang 4 bulan yang mendatang. Aku yakin, aku percaya, dan aku bersiap sedia dengan semua cabaran, ujian, dan dugaan yang bakal kau hidangkan sebagai terapi kesabaranku. Maka aku dengan rendah hati memohon kepada-Mu ya Allah... agar engkau berikanlah aku kekuatan semangat dan kesabaran hati yang tinggi agar aku dapat melepasi semua itu dengan jayanya ya Allah... 

AMIN...

Dalam berdebar-debar tu... fikiran ni pun semakin ligat berfikir... pasal rumah sewa, pasal barang-barang kemudahan, pasal makan minum, bahan-bahan mengajar. Rumusannya, sya bukan sahaja risau dengan diri yang entah cukup atau tidak dengan ilmu sedia ada untuk bergelar guru pelatih ataupun tidak tetapi semua sudut perkara sya risaukan. Tempoh 4 bulan itu bukan satu tempoh yang singkat dan dalam tempoh 4 bulan itu juga macam-macam hal boleh berlaku.

Walaupun belum pernah melalui.y tetapi aku sudah sedia maklum dengan keadaan guru-guru pelatih sebelumnya yang juga merangkap senior aku. Kesibukan guru pelatih itu secara dasarnya menandingi guru lama yang sudah mendapat pengesahan jawatan malah mungkin lebih sibuk daripada itu. Dengan sibuk nak mengajar, sibuk nak siapkan Rancangan Pengajaran Harian dan mingguan, sibuk nak siapkan bahan bantu mengajar, sibuk nak siapkan jurnal refleksi, dan sibuk nak jalankan kajian untuk projek tahun akhir. 

Selama 4 bulan berpraktikal itu juga hanya akan adanya pengeluaran tanpa ada sebarang kemasukan. Ya Allah... aku sudah dapat membayangkan bagaimana sulitnya keadaan aku sepanjang tempoh itu. Huhu... dugaan... dugaan... Tapi, kena tetap berpegang pada kata-kata ini... "Sya... hidup mesti kuat !" (^_^)




Dalam aku sibuk berfikir itu ini, kakak ipar aku... kak lin tiba-tiba sms. Mula-mula hanya bercerita tentang alice yang kini semakin besar, semakin mula pandai bermain, bercakap, merajuk dan semakin banyak ragam. Biasalah budak-budak yang nak membesar. Kemudian, masuk kepada topik yang sya bakal berpraktikal dan ketika itu juga sya jadi terharu. 

Hmm dia tanya pasal rumah sewa, dia tanya sama ada barang-barang sya untuk praktikal dah lengkap ka belum. Sampaikan dia nak masukkan duit paling kurang pun Rm 100 setiap bulan selama 4 bulan untuk tolong tutup belanja makan sya dalam tempoh itu. Boleh bayangkan tak orang yang hanya bergelar kakak ipar tetapi perhatian dan ambil berat dia menandingi kakak sendiri. Dalam sya berdebar-debar nak praktikal tu, baru mak dan kak lin ni la yang ada bertanyakan bagaimana dengan persiapan sya nak praktikal, barang-barang cukup ka tak, huhuhu terharu tak terharu? Ha... tu la yang buat sya terharu.

Hmm sya terima niat baik dia tu... tapi, sya ni bukanlah ringan sangat tangan nak menadah bantuan daripada orang lain, oleh itu sya tak bagi pun no akaun sya pada dia. Kemudian, sya bagitau yang tak payahlah dia buat macam tu sebab baki duit biasiswa sya kononnya masih ada, masih cukup untuk tampung sya dalam tempoh tu. Walaupun pada hakikatnya semua itu tidak benar belaka. Bukan niat nak tolak rezeki, atau apa, cuma sya segan dan kalau boleh sya tak nak sangat bergantung dengan mereka. Semoga Allah ampunkan sya dan semoga Allah murahkan rezeki untuk dia sekeluarga. Amin.

Apa-apapun... debaran ni tak boleh nak layan sangat kan. Hehe ya ya ya... usaha sedaya mungkin, kuatkan semangat, tabahkan hati. Sya... kau juga mampu...! Sya kan kuat... dan yang pasti Allah itu kan sentiasa ada bersama (^_^)






Tiada ulasan:

Catat Ulasan