Rabu, Jun 6

Alhamdulillah Selesai Sudah

Syukur ya Allah... selesai sudah hari-hari peperiksaan yang berlangsung selama tiga hari berturut-turut. Syukur juga ya Allah kerana memberi aku kekuatan dan kesempatan untuk menduduki kertas-kertas peperiksaan tersebut tanpa sebarang halangan atau rintangan. Maka dengan ini, peperiksaan untuk semester ini telah berjaya dilepasi. Semoga hasil yang bakal diperoleh nanti setimpal dengan usaha-usaha yang telah dijana dan semoga kejayaan dan sirna kebahagiaan itu juga menjadi milikku, hamba-Mu yang lemah ini.

Walaupun selama tiga hari ini hati ini tidak pernah lari daripada debaran dan getaran, tapi masih juga boleh menyempat untuk bergambar. Hantu kamera kan... (^_^)







Selepas berhempas pulas mempersiapkan diri untuk menduduki peperiksaan, hari terakhir baru tewas dek kerana demam. Huhuhu agak bernasib baik juga, dah habis peperiksaan baru demam. Semoga cepat sembut ya. Mesti kuat !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan