Ahad, Mei 27

Sebab Payung

Pelajaran & Pengajaran Untuk Hari ini...


Kalau dulu masa tinggal dengan mak n bapa, ke mana-mana pergi akan dihantar dan diambil... jarang nak jalan dengan kawan-kawan, dan tak pernah pun dibagi untuk jalan sorang-sorang. Hmm tapi semenjak hidup sebagai anak perantau ni, ke mana-mana sya jalan sorang-sorang, jarang plak nak diambil dan dihantar, ronda kL tu pun lebih selesa kalau ronda sorang-sorang. Nak rasa hidup berdikari la katakan.

Hmm yang aku nak jadikan cerita ialah disebabkan aku dah lama tak jalan sorang-sorang di pekan TM tu, agak berdebar la juga masa dah pasang niat nak pergi ke pekan tu sorang-sorang. Tapi... disebabkan aku nak cari barang-barang untuk keperluan praktikal, aku pun lupakanlah debaran-debaran tu, terus jadi kuat dan berani la. Hmm pada awalnya perjalanan agak lancar, Khar-Kampus-Pekan, hmm sampai saja di pekan, aku pun dengan penuh yakin atur langkah ke kedai yang aku dah letakkan sebagai sasaran untuk aku cari kertas A4, marker, fail bagai. 


Habis ja urusan beli barang, aku pun ambil beg, keluar, dan berlalu pergi. Rupanya tanpa aku sedar dan bahasa mudahnya aku lupa yang aku datang dengan membawa sekaki payung tapi  berlalu pergi tanpa membawa payung tu. Dah jauh berjalan baru teringat yang aku tertinggal payung. Huhu walaupun tapis air muka tu, gelabah juga sebenarnya. Mana taknya, payung tu payung yang aku pinjam dari rumah. Kalau payung tu aku punya, tak la risau sangat, tapi disebabkan payung tu payung kawan... huhu tu yang risau dan gelabah. Hmm memang macam tu la Dian Adni si gadis berhati kapas ni, disebabkan payung pun dengan mudah saja  dia boleh terpsiko.


Mujur ada "my good good FRIEND" yusop mohammad kebetulan ada d pekan juga masa tu. Hmm maka dia la yang pergi semula ke kedai tu untuk mencari dan mengambil semula payung yang sya tinggalkan tu tapi... sungguh malang, abg yang jaga kaunter penyimpanan barang tu kata yang takda payung pun yang ditinggalkan. Huhuhu. Jadinya, lepas ni kena la sya gantikan payung kawan tu dengan payung yang baharu.


Apa-apa pun pelajaran dan pengajaran yang boleh diambil ialah jangan berani-berani sangat jalan sorang-sorang, kalau ada masalah kan terpinga-pinga sorang. Nasib tadi ada kawan tu, tak la juga sya terpinga-pinga seorang dan tak la sya perlu berpeluh-peluh lari semula ke kedai tu. Huhuhu. Terima kasih awak. Hmm dan terima kasih juga sebab tadi terus temankan sya pergi beli buah... hehe geng hantu buah (^_^)



minggu ni beli buah epal, limau, dan plum (^_^)






Tiada ulasan:

Catat Ulasan