Selasa, April 10

7 Petala Cinta



PETALA

= merupakan susunan atau tingkat lapisan

CINTA

= merupakan sejenis perasaan sayang terhadap sesuatu


7 petala langit, 7 petala bumi, 7 petala cinta

Semakin banyak lapisan, maka semakin mendalamlah cinta.

Analoginya mudah...



Nikmat yang ada pada kotak hadiah bukan terletak pada 
  rebennya
pembalutnya
kotaknya
barang di dalamnya
harganya
orang yang memberi
tapi nawaitu... HATInya

7 petala cinta berdasarkan versi Dian Adni adalah seperti berikut:


Petala 7: Cinta akan Allah SWT dan Nabi Muhammad S.A.W


Daripada Anas Bin Malik daripada Nabi Muhammad S.A.W bersabda:

"Seseorang kamu tidak beriman (masih tidak sempurna iman) sehingga Allah dan Rasulnya lebih disayangi dan dicintai daripada apa yang selain keduanya."

Petala 6: Cinta akan diri sendiri

Abu Dzarr menjawab dalam suratnya:

“Kecintaanmu kepada dirimu sendiri jelas melebihi kecintaanmu kepada orang lain. Namun demikian jika engkau tidak mentaati Allah, engkau pasti akan diseksa, dan ini bererti engkau telah berbuat jahat terhadap dirimu sendiri”.

Petala 5: Cinta akan Ibu dan Bapa

Tambah kapsyen

"Dan Rabbmu telah memerintahkan agar kamu jangan menyembah (beribadah) selain Dia dan HENDAKLAH BERBUAT BAIK KEPADA KEDUA IBUBAPA. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya telah sampai berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka janganlah engkau mengatakan "Ah!" dan janganlah engkau membentak keduanya, dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan yang baik. Dan rendahkanlah dirimu kepada keduanya dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah "Wahai Rabbku, sayangilah keduanya sebagaimana mereka berdua telah mendidikku pada waktu kecil"

(Surah al-Isra': 23-24)


Petala 4: Keluarga dan sanak saudara



Rasulullah SAW bersabda:
 "Paling dekat dengan ku kedudukannya kelak pada hari kiamat adalah orang yang paling baik akhlaknya, dan sebaik-baik kamu ialah yang paling baik terhadap keluarganya."


Petala 3: Guru-guru & Rakan-rakan



Petala 2: Saudara seISLAM dan Negara
 

















                                          
Rasulullah (saw) bersabda :

Kebaikan yang paling cepat memperoleh ganjaran pahala ialah kebajikan dan silaturahim. Dan kejahatan yang paling cepat mendapat hukuman ialah kezaliman dan memutuskan hubungan kekeluargaan.

                               (Hadith Riyawat Ibnu Majah)


Petala 1: Cinta akan Flora & Fauna


















-Dian Adni-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan