Jumaat, Mac 23

Persidangan di UMS

Persidangan Majlis Perwakilan Pelajar peringkat IPTA di Universiti Malaysia Sabah (UMS)

Ketika ini wakil dari UPSI hanya 5 orang, iaitu saudara YDP, SU, exco kebudayaan dan keseniaan, exco perpaduan dan integrasi, dan aku sebagai penolong bendahari MPP UPSI. Sebenarnya, kalau diizinkan semua nak dibawa ke persidangan ini tetapi memandangkan pihak tuan rumah menetapkan syarat untuk setiap universiti menghantar 5 orang wakil, maka hanya kami berlima sahaja yang datang ke persidangan ini.











Sepanjang 3 hari di Sabah, aktiviti kami sangat padat dan sambung-menyambung. Semasa mesyuarat tidak dapat bergambar jadinya hanya gambar semasa aktiviti santai-santai ini sahaja yang dapat dikongsi bersama. 

Semasa persidangan inilah aku dapat kawan baharu yang rapat dengan aku sampai sekarang, iaitu Farha Zubir yang merupakan penolong S/U daripada USIM. Orangnya manis, lembut, alim, dan mesra. Selain itu, kawan-kawan dari UMK, UPNM, UTHM, UTM, UMS, dan banyak lagi.

p/s: Terima kasih awak semua, kerana senang berkawan dengan saya.  Ukhwah fillah till jannah. InsyaAllah... (^_^)


-Dian Adni-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan