Khamis, Mac 8

Perah Otak

Sebagai mahasiswi Ijazah Muda Pendidikan,
aku tidak pernah lari daripada aktiviti memerah otak, mencungkil idea untuk menyiapkan
tugasan yang telah diamanahkan oleh pensyarah. Menyiapkan tugasan itu bukanlah sekadar siap dan dihantar pada waktu yang ditetapkan... tetapi haruslah disiapkan dengan baik dan bersungguh-sungguh. Sebab apa? Sebab nak mendapatkan markah yang baik... yalah nak menjaga 'pointer' la katakan... (^_^)

Oleh yang demikian, insyaAllah nanti
aku akan kongsikan tugasan-tugasan yang telah aku siapkan
sepanjang tempoh berkuliah, tidak lain dan tidak bukan untuk berkongsi idea dan pendapat...
bukan pula hendak menunjuk-nunjuk.

P/S: Ilmu itu kan perlu dikongsikan, barulah ia akan berkembang
dan... bukan pula hanya ditelan tidak dihadam. Dalam erti kata lain, jika ilmu yang diajar itu hanya diperoleh tetapi tidak dipraktikkan, maka itu adalah sia-sia.


-Dian Adni-


Tiada ulasan:

Catat Ulasan