Jumaat, Mac 9

Mengatur Langkah

Dalam diam aku mula berjinak-jinak untuk menulis. Tak kisahlah intipati penulisanku itu sekadar picisan atau boleh dikelaskan sebagai taraf ilmiah aku akan cuba juga untuk menulis seperti seorang pengarang. Walau bagaimanapun, usahaku itu tidak boleh hanya ditakat yang sama. Oleh itu, semangat yang sudah ada itu perlu disuburkan lagi dengan harapan-harapan yang ingin dituai. Sejak bila dan bagaimana aku dapat semangat untuk menulis ??? Sejak lahirnya buku ini.


 Buku "Dalam Redup Wajah Ibu" ini merupakan antologi puisi yang menghimpunkan karya mahasiswa-mahasiswi bahasa dan sastera. Buku ini diselenggarakan oleh pensyarahku sendiri, yang pada penilaianku bukanlah calang-calang orang, dan tentunya dikenali, iaitu Dr Abdul Halim Ali atau nama penanya A.Halim Ali.

 Dalam buku ini, 2 buah sajakku telah dimasukkan, iaitu "Aset Yang Kupunya" dan "Akhirnya Aku Kalah".



Aku harap dengan terbitnya sajak-sajak tersebut aku menjadi lebih bersemangat untuk berkarya. Harapanku juga semoga aku dapat mengorak langkah dengan lebih jauh lagi dalam bidang penulisan ini. Amin... (^_^)

-Dian Adni-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan