Khamis, Mac 8

Kehidupan Kampus

Sebagai mahasiswa-mahasiswi universiti, kita bukanlah hanya pergi kuliah dan menyiapkan tugasan semata-mata... tetapi perlulah diseimbangkan antara akademik dan kokurikulum. Seperti juga di sekolah, bukan prestasi akademik sahaja yang perlu dijaga tetapi penglibatan kokurikulum juga perlu diberi perhatian. Aku bukanlah seaktif mana...tetapi sekurang-kurangnya aku cuba juga bersukan, berpersatuan. Ketika inilah kita perlu ambil peluang untuk mengenal pasti potensi, menggilap bakat, dan meningkatkan prestasi.

Oleh itu, insyaAllah nanti aku akan kongsikan pula cerita dan pengalaman yang boleh kita kongsi bersama. Mungkin saja perkongsian itu dapat memberi semangat dan rangsangan untuk kalian semua untuk mengaktifkan diri, cakna dengan isu dan persekitaran, dan bukannya tergolong dalam pelajar atau mahasiswa yang pasif. 

-Dian Adni-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan