Jumaat, Mac 23

Delegasi ke Acheh

Pada 20 November tahun lepas, aku dan ahli majlis perwakilan yang lain telah membuat kunjungan balas ke sebuah universiti di Acheh. Program ini merupakan program aku yang kedua dan kali kedua memegang jawatan sebagai pengarah program. Jika sebelum ini program yang aku buat itu di dalam negara, program yang kedua ini pula program peringkat luar negara.

Delegasi 2 Budaya, Jalinan Ukhwah Sebenua


Sangat gembira dan bersyukur sangat sebab apa yang direncanakan untuk satu tempoh yang agak lama, akhirnya dapat juga dijalankan. Terima kasih juga kepada pihak pengurusan bahagian Acheh yang diketuai oleh Pak Qismullah, yang banyak membantu dan memastikan program yang dianjurkan ini berjalan dengan lancar.










Bukan mudah untuk merancang, mengurus, dan mengadakan sesebuah program. Sudah menjadi adat berprogram jika dilanda masalah, tetapi alhamdulillah kami berjaya juga mengatasi masalah-masalah tersebut. Terima kasih kepada pak Suhra, bang Wahyu, ukhti ria, ukthi yuyun, abg kacak, dan ahli majlis perwakilan yang menyertai program ini. Syukran... (^_^)


-Dian Adni-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan