Rabu, Mac 21

Asal Usul

Hujan emas di negeri orang, Hujan batu di negeri sendiri, namun lebih molekl di negeri sendiri. Peribahasa tersebut merujuk kepada perasaan si perantau. Walaupun terdapat banyak kelebihan yang ada di negeri atau negara orang, pasti kita akan balik semula ke negeri atau negara kita.

Sama seperti aku, walaupun di Semenanjung Malaysia ini ada banyak kelebihannya, namun aku tetap bangga kerana berasal daripada SABAH.


Asal-usul nama ‘Sabah’ dipercayai berasal daripada sejenis tanaman, iaitu pisang yang dikenali sebagai pisang saba. Pisang tersebut dipanggil "Sabba" atau "Sappa" oleh masyarakat Bajau. Pisang tersebut juga sangat popular untuk dibuat pisang goreng. Pisang tersebut banyak ditanam di sepanjang pantai barat Sabah sebagai sumber makanan. Ada juga masyarakat yang menggelar pisang saba tersebut sebagai "Jaba". Kini, 'pisang saba' ini lebih dikenali sebagai pisang menurun.



Nama "Sabah" pertama kali digunakan pada abad ke-15 oleh para pedagang yang mengembara di antara Kepulauan Borneo Utara hingga ke kepulauan Sulu di Selatan Filipina. Kesimpulannya, nama Sabah telah pun digunakan sejak sebelum kedatangan Syarikat Berpiagam Borneo Utara dan British lagi. Dalam peta Portugis Melaka 1604, Kota Kinabalu juga disebut sebagai Api-Api.

Setelah negeri Sabah diambil alih oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara, nama "Sabah" telah ditukar kepada "Borneo Utara" secara rasmi pada tahun 1881. Walau bagaimanapun, nama "Sabah" kembali digunakan pada tahun 1963 selepas negeri tersebut menyertai Malaysia.

Catatan puisi Jawa Nagarakertagama yang dikarang oleh Prapancha pada tahun 1365 menyebut Sabah sebagai "Seludang". Dalam catatan Marco Polo pula, sewaktu beliau singgah di Borneo, Sabah ketika itu dikenali sebagai "Burni" yang mungkin merujuk kepada Brunei.



Tawau, terletak di bahagian Selatan Pantai Timur yang bersempadan dengan Kalimantan, Indonesia. Mengikut sejarah awal, Tawau diserahkan oleh Sultan Brunei dan Sultan Sulu kepada Baron Von Overbeck, pemerintah Inggeris pada tahun 1877. Tawau hanya dibuka pada tahun 1893 memandangkan lokasi yang strategik sebagai bandar pelabuhan dan lurah-lurah yang subur. Koko merupakan pertanian utama hingga menjadikan Tawau sebagai pengeluar koko yang terbesar di rantau Asia. Selain koko, tanaman seperti kelapa sawit, lada hitam dan kelapa juga turut diusahakan. Selain itu, hutan rimba di Tawau juga menyumbang hasil kayu balak kepada ekonomi Sabah. Tawau juga terkenal dengan ternakan udang laut yang pertama dan terbesar di Asia Tenggara, iaitu terletak di Umas-umas. Lapangan Terbang Tawau hanya menyediakan penerbangan domestik sahaja. Bukan itu sahaja, Tawau juga terkenal dengan sarang burung yang banyak ditemui di gua seperti Gua Batarong, Segarong dan Tapadong.  


Rasanya, tidak lengkap sesuatu catatan seseorang apabila tidak mencatitkan bagaimana nama sesebuah tempat itu diperoleh. Demikian juga yang dilakukan oleh Ken Goodlet dalam bukunya, Where did the name Tawau come from.
Menurut beliua, banyak sumber yang beliau temui untuk menceritakan mengenai nama Tawau dan “orang lama” itu mengatakan bahawa:
Maisuri Binti Daeng Passawa mengatakan Tawau itu datangnya dari perkataan Tana-Tidong yang merujuk kepada kawasan tanah orang Tidung yang akhirnya perkataan tana menjadi TawauOKK Dullah Bin Salim juga mengatakan Tawau itu berasal dari perkataan Tidung.
Kee Sulaiman Abdullah pula menyatakan bahawa Tawau berasal daripada perkataan Tidung yang membawa maksud kepada perbuatan memancing ikan dengan di hujung kakinya diikat tali tangsi sambil berbaring.
Imam Sembakong bin Abdul Wahab mengatakan Tawau adalah perkataan Iban bermaksud menangkap ikan. Demikian juga Abdul Rahman Bin Habib Seh yang mengatakan Tawau itu bermaksud menangkap ikan dalam bahasa Iban.

-Dian Adni-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan