Ahad, Mac 18

Akhirnya Aku Kalah


Tidak pernah kusangka
Pertemuan itulah titik mula
Jalinan pertama sebagai taulan
Apatah lagi sebagai pasangan
            Bertahun-tahun kusetkan minda
Jangan pernah mencipta lakaran cinta
Ketika usia masih lagi kuliah

Kuterus keraskan hati
Kuterus bataskan perasaan
Hanya pelajaran aku tumpukan
Sedangkan dia
Sangat yakin aku untuknya
Berkat istikharah aktiviti malamnya
Bersungguh-sungguh memancing perasaanku
Agar kuberikan ruang dan peluang
Agar kami bersatu

Aku benci dengan usahanya
Yang membuatkan hatiku seakan-akan terbuka
Doaku seakan-akan terbaca
Mungkin dialah pemegang kunci cinta
Yang bertahun lama kukunci rapat dengan mangga
Akhirnya aku kalah
Kerana dia
Membuatkan aku jatuh cinta


-Dian Adni-






Tiada ulasan:

Catat Ulasan